Zoobie : Si Newbie Yang Main Hentam Sahaja…

Post kali ini hanyalah video yang saya ambil dari YouTube.com. Jika anda kenal dengan seorang Internet Marketer yang bernama Russel Brunson, anda akan tahu salah satu projek videonya iaitu Zoobie.

Untuk makluman, beliau sudah menghasilkan dua siri video. Saksikan yer.

Video 1: Zoobie mencuba program Google Adsense

.

Video 2: Zoobie mencuba bisnes Ebay

.

Pelajaran

Daripada kedua-dua video tersebut, antara pelajaran yang dapat diambil adalah:

1. Sebelum melakukan sesuatu, kena belajar dahulu (ada ilmu), jangan main buat sahaja.

2. Tiada kejayaan dalam masa yang singkat. Perlu ambil masa.

3. Perniagaan Internet yang dilakukan dengan bermatlamatkan mahukan duit semata-mata biasanya berakhir dengan kegagalan.

4. Fokus. Buat satu-satu kerja dalam satu masa. Jangan terpengaruh dengan perkara lain selagi apa yang sedang anda lakukan belum berjaya.

5. Untuk program Google Adsense, JANGAN klik sendiri. 🙂

6. Dalam perniagaan, soal kos, modal dan untung rugi perlu dirancang sebaik mungkin. Jika tidak, untung tak dapat, rugi yang diperolehi.

PS. Sebenarnya saya nak buat video terbaru, namun sebab keadaan tak mengizinkan, maka saya tangguh kepada hari yang lain. Tajuk video tersebut adalah, bagaimana mendapatkan idea produk terutama produk digital dengan menggunakan _________. Nantilah yer… 🙂

Artikel Lain Pada Hari Ini:

1. Hakikat Perniagaan Internet

2. Cara Melayan Komen Negatif di Blog

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

8 thoughts on “Zoobie : Si Newbie Yang Main Hentam Sahaja…

  1. Ramai yang buat perniagaan internet kerana mereka nampak orang lain mendapat untung yang lumayan. Akan tetapi mereka tidak memahami keseluruhan konsep itu inside out.

    Saya pernah mendengar seorang kawan saya yang mengatakan hasratnya untuk membina sebuah search engine macam Yahoo dan Google kerana dia dengar yahoo dan Google dapat untung yang banyak setiap hari.

    Agak terkejut saya apabila mendengarnya kerana kawan saya itu belum lagi tahu menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat.

  2. Ape2 perniagaan pun kite kena tahu sekurang2nye asas untuk melakukannye. Kite tak boleh hanya sebab tengok org lain berjaya kite pun nak melakukannye jugak. Kite tak tahu susah senang org yg melakukannye. Apabila dah mula melakukannye barulah tahu pahit manisnye.

    Untuk berjaya kite mesti mengambil mase. Takde org yg berjaya dalam masa yg singkat. Selalunya org yg begini hanya berjaya sekejap saja. Yang paling penting di sini ialah sikap jangan putus asa. Dan tidak gentar menghadapi cabaran.

    FOKUS! Ini adalah salah satu sikap yang penting untuk berjaya. Kite kena fokus setiap ape yang kita lakukan. Ramai orang yang kecundang hanya disebabkan lari fokus. Ini telah dialami oleh saya sendiri di dalam perniagaan offline. Akibat terlalu ghairah untuk melakukan 2 perkara dalam satu masa, akhirnya kedua2 yg dikejar terlepas.

  3. abg zul..thanks for your request..( saya ni jarang buka friendster..hehehe tapi sebab abg zul dah request jadi member, ni yang nak kena buka selalu)

    ps: akaun friendster saya 40 semuanya, gara2 nak buat style bro syed aston..hehehe..mati katak juga la nak buat semua..tapi skang saya buat marketing sekadar santai2 je dulu..( kekayaan adalah ketenangan jiwa..hehe )

    oh ya, berbalik kepada isu yang abg zul ketengahkan hari ni ( nape cepat sangat abg zul post artikel baru,tak sempat nak baca banyak2.. :mrgreen: kan dah hijau muka saya sebab overload info )..saya bersependapat yang saya perlu tahu kesukaran di sebalik kejayaan..

    ramai yang berjaya dan saya pun nak jadi macam diorang ni..tapi..tak semudah disangka..teman kejayaan adalah kegagalan..

    so, kalau nak berjaya, cuba tanya pada yang berjaya contohnya abg zul
    ” abg zul, boleh ceritakan pada saya kegagalan yang abg zul hadapi dalam bisnes online ni?”

    ini tak, yang banyak tanya, “zul,buat macammana ni,”
    ” eh, ko guna teknik apa zul, bagitahu aku”

    ps: apa yang saya ngomen ni tidak melibatkan yang telah hidup ataupun yang belum mati..sekian wassalam..

    pps: ermm..pada rakan2 yang lain, kalau ada masa lapang dan setelah habis baca artikel kat blog abg zul ni, maila minum kopi kat blog saya sebentar.. :mrgreen:

  4. Aiseh, benar benar belaka..

    bagus info dalam blog ni.. 😀 teringat animation yang saya bakal buat sem ni… lom dapat idea lagi 😀

  5. ada sapa tahu?
    kalau laman kita ada google adsense, boleh tak kita menunjukkan cara buat google adsense?
    harap ada sapa2 yang tahu tu, kongsi lah disini…
    thanks..

    han

  6. adesh… nape nak hentam sahaja laa. jangan main hentam sahaja dengan cara yang tak sepatutnya. kena ada ilmu baru boleh hentam sahajalah yang menguntungkan… bukan ilmu hitam tauuu…

    kalo hentam sahajalah entah apa-apa, apapun takkan dapat… sia sia sahaja usaha hentam sahajalah ini…

  7. kalo oranglain yang dah berjaya kira okeh laa tu sebb dah lama berniaga. kalo kita yang baru nak mula berniaga dan rasa dah nak berjaya, maka takkan lama kita dalam perniagaan tersebut…

    mereka dengan cara mereka sendiri dan anda dengan cara anda yang tersendiri dan ia takkan pernah sama orang yang berjaya dalam berniaga dengan mereka yang abru nak mula dan rasa akan berjaya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *