Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Zon Selesa: Keluar, Tapi Masuk Semula?

Ada orang kata, “keluarlah dari zon selesa”. Maksudnya, buat sesuatu yang kurang selesa atau yang kita rasakan ia sesuatu yang sukar. Atau dalam maksud yang lain, buat perkara yang ramai orang takut nak buat.

Ya, saya amat setuju. Rata-rata anda yang membaca blog ini pun adalah usahawan sepenuh masa. Melakukan perniagaan secara sepenuh masa adalah satu perkara yang amat luar biasa sekali. :)

Apa yang saya ingin perkatakan pada hari ini ialah, sikap mudah selesa para usahawan. Mereka telah keluar dari zon selesa, tapi mereka ‘masuk semula’ ke dalam zon itu.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Banyak sebab boleh terjadi…

Antaranya, seorang usahawan internet telah mengeluarkan satu produk dan sambutannya amat menggalakkan. Daripada satu produk itu pun dia berjaya mendapat pendapatan yang amat-amat lebih daripada cukup makan.

Lantas, dia amat berpuas-hati. Duit yang diperolehi digunakan secara rambang tanpa kawalan. Ya lah, dia amat selesa sekali dengan pencapaian dan pendapatannya itu.

Itu adalah salah satu contoh keluar dari zon selesa, tapi masuk semula..

Contoh lain pula ialah katakan seorang ni dia sudah tekad mahu melakukan bisnes. Tapi belum sampai pun di pertengahan jalan, dia sudah berputus-asa dan kembali berkira-kira mahu bekerja makan gaji.

Akhirnya, dia kembali semula ke zon selesa. Dia takut dan tidak yakin untuk melalui zon yang amat luar biasa itu. Dia tak mahu melalui liku-liku kegagalan.

Para usahawan semua,

Janganlah cepat rasa selesa. Kerana itu adalah sikap yang tidak sesuai untuk anda. Sebaliknya, usahawan perlukan usaha yang berterusan.

Sikap cepat berpuas-hati adalah musuh utama anda yang boleh membawa kepada kegagalan. Malah sikap sebeginilah yang menjadi penyebab besar anda berlengah-lengah dalam tindakan dan usaha.

Jangan mudah rasa selesa kerana esok belum tentu keselesaan itu masih ada di sisi anda. Jadi, awas!

Wassalam.

Facebook comments:

6 Responses to “Zon Selesa: Keluar, Tapi Masuk Semula?”

  1. Han says:

    menarik tu zul…
    ni saya nak pesan…Jangan puas dengan apa yang kita ada…hehe
    sebab kalau bila dah puas, mesti kita takkan nak lagi kan…

    han

  2. Yusoff Kamil says:

    Salam,

    Bila mula-mula saya baca article ni, rasa kan Smartzul nak ceritakan tentang zon selasa , dah banyak article macam ni, tapi bila teruskan membaca rupa-rupanya Smartzul menceritakan dari perspective lain, iaitu dah tinggalkan zon selesa lama tapi masuk ke zon selesa yang lain pulak atau kembali ke zon selesa yang lama. Tahniah Smartzul, article yang menarik ini.

    Memang sudah menjadi lumrah manusia untuk mencari sesuatu yang selesa untuk dibuat macam tido, makan, minum, tgk tv dsb..Memang susah nak keluar dari zon selesa masing-masing, tapi kalau nak berjaya dalam apa-apa bidang pun, kenalah sanggup untuk keluar and cuba benda baru, never stop doing it.

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  3. taza says:

    Zon selesa ni pada saya ialah target kita bila dah capai selalunya dah tak tau nak buat apa lagi…tapi pada sesapa yang ingin lebih berjaya dia akan buat satu lagi zon tak selesa supaya ia terus bekerja seterusnya capai kejayaan yang lebih besar

    > Comfort Zone (CZ) = > Income Streams (IS)

  4. bantingboy says:

    biasnaya. Itula yang aku wat. Takkan nak dok diam je. Even dah dapat income yang leh tahan dengan sekali henjut promosi. Tapi lepas tu kita akan feel kosong. So, keluar semula dari zon tu, create 1 lagi produk baru dan henjut lagi semula dengan sudut yang berbeza.

  5. mastermuzo says:

    Bagus artikel nie, tapi bagaimanapun sebagai tambahan bagi newbie, bukan setiap perkara itu akan berjaya dilakukan dalam sekelip mata, so setiap usaha perlu datang dengan kesabaran dan ilmu. Satu lagi kekadang ada orang yang memang duduk dalam zon x selesa pun so dalam situasi nie mungkin sebagai permulaan bekerja dahulu lebih baik dan barulah cuba untuk gunakan tips di atas ye….

  6. zool says:

    Saya bukanlah usahawan tetapi dalam proses untuk mengerakkan beberapa produk offline..
    Mungkin akan mencuba membisneskan online ..
    Best baca topik Zul nie

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)