Yang ‘Hilang’ Berganti

Dunia perniagaan internet di Malaysia pada tiga tahun yang lepas amat berbeza dengan pada masa sekarang (2010). Bukan sekadar pada pertambahan jumlah usahawan internet atau Internet Marketer, malah produk-produk juga turut bertambah sama ada ebook, perisian dan juga kemudahan.

Saya mula berkecimpung dalam perniagaan internet ini sejak tahun 2004 lagi. Malah sebelum itu, sudah mula melihat dunia perniagaan internet ini sejak tahun 2000 lagi. Maka sudah pasti rentetan sejarah tersimpan rapi di dalam diri saya ini.

Mari kita mula imbas kembali sejarah perniagaan internet pasaran tempatan (terutama berbahasa Melayu) secara ringkas. Namun apa yang saya catatkan di sini mungkin ada kesilapan kerana saya tiada rekod bertulis. Jadi mungkin ada maklumat yang salah atau tidak tepat.

2005

Saya masih ingat, ketika itu terutama pertengahan tahun 2005, Irfan Khairi mula muncul di pasaran Malaysia. Kehadirannya mula membakar api yang sebelum itu hidup-hidup mati. Kemunculan beliau membakar keinginan rakyat Malaysia untuk turut sama berniaga di internet.

Pada waktu itu, saya sudah mempunyai blog sendiri yang berplatform percuma sahaja. Ia masih ada lagi sekarang. Pada September 2005, saya mula membeli nama domain dot com dan juga hosting sendiri. Sebaik membelinya, saya terus membina blog. Pada tahun 2005 ini, saya melakukan empat bentuk bisnes iaitu menjadi agen hosting, menjual ebook resell rights, menjual perisian dan melakukan khidmat membina laman web.

Pada tahun 2005, tidak terlalu banyak peluang yang ada di pasaran Malaysia seperti pilihan program affiliate yang amat pelbagai. Tidak seperti sekarang, begitu banyak pilihan untuk pasaran tempatan.

Di penghujung tahun, saya berkenalan dengan Shuth. Beliau menyatakan ideanya (salah satu projek beliau) iaitu forum WangCyber.com. Kami berborak panjang melalui YM dan saling memberikan idea. Akhirnya beliau melancarkannya dan saya adalah orang pertama menjadi ahli. Kini, Wangcyber sudah maju terus ke hadapan. Saya menjadi moderator sehingga tahun 2008.

Pada tahun ini, beberapa nama yang masih saya ingat adalah seperti Sufian, Hasrul, Mdpai dan beberapa orang lagi. Kami adalah kumpulan pertama yang bekerja keras untuk forum Wangcyber.

2006

Tahun ini dikatakan tahun semarak untuk bidang perniagaan internet di Malaysia. Selain faktor Irfan Khairi, forum Wangcyber.com dan juga beberapa orang IM telah memainkan peranan masing-masing membuka mata kebanyakan rakyat Malaysia mengenai peluang yang ada di internet.

Satu demi satu nama muncul seperti Labanon, Tazilan, Fai, Zhafran dan ramai lagi tidak terkira. Semuanya berkumpul di forum Wangcyber. Malah, usahawan internet yang sebelumnya fokus pasaran luar, mula masuk ke pasaran tempatan.

Pada tahun 2006 ini, beberapa seminar dan bengkel perniagaan internet mula membuka tirai masing-masing. Saya juga tidak ketinggalan di mana, saya dan Sham RajaAdsense menjadi trainer untuk beberapa siri bengkel perniagaan internet. Saya juga memberikan talk dari tahun 2005 hingga terakhir pada tahun 2007.

Secara ringkas, pada tahun 2006 ini graf perniagaan internet di pasaran tempatan naik dengan begitu mendadak. Seorang demi seorang IM muncul dan tercipta.

Apa yang saya buat pada tahun ini? Saya lebih kepada perkhidmatan laman web dan teknikal. Ebook sendiri hanya mula dilancarkan pada penghujung tahun 2006.

2007

Pada tahun ini, tiada banyak perubahan yang berlaku. Seperti tahun 2006, perkembangan bidang perniagaan internet bagi pasaran tempatan berbahasa Melayu terus meningkat naik. Manakala beberapa IM yang sebelum ini melakukan bisnes di pasaran luar, mula masuk ke pasaran tempatan.

2008-2009

Pada tahun 2008, produk demi produk telah dilancarkan terutama niche Internet Marketing. Antara Internet Marketer yang begitu aktif pada tahun ini adalah Ammar Zahar dan Mawardee.

Pada tahun 2009, muncul lagi beberapa Internet Marketer yang hebat-hebat walaupun mereka masih baru. Antaranya adalah seperti Jamal, Razif dan beberapa lagi. Mereka ini hebat di dalam affiliate marketing.

LIST… Jika dahulu hanya dimiliki oleh beberapa orang Internet Marketer sahaja, tetapi kini sudah ramai yang mempunyai list. Mahu buat JV? Hubungi sahaja mereka.

2010

Saya tidak begitu aktif di forum Wangcyber. Namun setelah melayarinya kembali, saya tergamam seketika. Di dalam hati berkata, “banyaknya produk baru!” Ya, banyak produk yang dikeluarkan terutama untuk niche Internet Marketing.

Dan jika dahulu produk jualan balik seperti Resell Rights, Master Resell Rights dan Private Label Rights amat terhad, kini boleh dikatakan setiap minggu ada.

Yang Baru, Yang Lama

Kemunculan beberapa Internet Marketer muda dan baru terkadang lebih laju pencapaian mereka daripada yang lama. Ini tidak pelik kerana pada zaman IM yang senior, mereka berpenat-lelah membina sumber yang tiada. Maka sebab itu pencapaian mereka beberapa tahun baru dikecapi.

Berbeza dengan usahawan internet baru, mereka lebih cepat mencapai kejayaan kerana sumber telah pun tersiap rapi dan tersedia. Contohnya forum, IM senior telah membanting tulang memajukan WangCyber.com. Mereka juga membina senarai emel (list) masing-masing yang ketika itu amat baru di pasaran tempatan. Tetapi IM baru kini, hanya perlu ‘memetik suis’ sahaja. Semuanya telah tersedia. Mahu JV, mudah sahaja, tidak seperti kami dahulu.

Survival Bisnes

Semakin tahun, semakin ramai yang melakukan bisnes Internet. Soalnya di sini, bagaimana kita mampu menghadapi semua persaingan itu? Bagaimana kita mampu bertahan lebih lama? Bagaimana kita terus dapat mengekalkan pencapaian yang baik?

Usahawan yang masih ego dengan cara lama atau statik tidak mahu melakukan sesuatu usaha baru, biasanya akan menempah kegagalan di akhir jalan cerita.

“Hilang Tetap Berganti”

Antara senior-senior usahawan internet senior yang sudah “hilang” di persada pasaran tempatan adalah seperti Sufian, Hasrul, Kak G, Team SaifulSham, Bitol dan ramai lagi. Kami yang senior ini ada sejarah dan perjalanan tersendiri dan begitu juga anda yang baru, juga akan mencipta sejarah sendiri. Namun yang pasti, sejarahnya pasti berbeza.

‘Hilang’ di sini bukanlah bermaksud mereka sudah tidak berbisnes Internet, cuma sahaja mereka sudah mula perlahan di pasaran tempatan atau laju di pasaran ‘bawah tanah’ (underground). Mengapa? Masing-masing ada sebab tersendiri. Hidup ini berevolusi dan perlu berubah.

Jika anda mengatakan seseorang IM sekarang itu super affiliate, ketahuilah, sebelum mereka sudah ada super affiliate. Pada zaman kami, salah seorang super affiliate kami adalah saudara Tazilan. Namun, tidak wajar membanding-bandingkan usahawan dahulu dengan sekarang. Masing-masing ada zamannya. Zaman kami lain, zaman sekarang lain.

Jika dahulu Labanon asyik menulis dan menjual ebook, kini beliau tidak lagi. Sekarang beliau adalah CEO untuk Flarebiz Network SDN BHD. Kini beliau lebih fokus kepada bidang penyedia khidmat IT kepada small business. Syarikat itu mempunyai pusat latihan dan seminar sendiri, mempunyai staf sendiri. ‘Labanon dahulu bukan lagi Labanon sekarang’.

Itulah maksudnya ‘hilang’. Peribadi bisnes mereka dahulu sudah hilang, tetapi kini sudah memiliki (diganti dengan) peribadi yang lain. Tidak mustahil, anda yang sedang membaca ini juga akan mengalami perubahan mendadak kelak agar perniagaan yang dilakukan terus dapat mengharungi keperluan dan tuntutan zaman.

Namun, ada juga usahawan internet yang 100% meninggalkan bidang ini. Mereka terus hilang di dunia perniagaan internet ini, tetapi diganti oleh orang-orang yang baru. Jika dahulunya mereka gah dengan blog yang terbina, kini ia sudah tidak wujud lagi.

Inilah dunia. Segala mahkhluk ada jangka hayat dan cerita akhirnya. Ia PASTI kerana ia sifat makhluk. Jika kita tidak berubah mengikut arus zaman, kita tidak akan ke mana-mana. Kita perlu pandai menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Jika perlu berubah, maka berubahlah. Jika perlu berhenti, maka berhentilah jika ia pilihan yang terbaik.

Di sini kita juga mula faham, kehebatan seseorang bukan disebabkan oleh usahanya sahaja, tetapi turut dibantu oleh orang lain sama ada secara langsung atau tidak. Saya sendiri pun belajar daripada orang lain seperti Team SaifulSham (Sabri dan Syazwan). Jika kita mencapai hasil yang hebat, kita memang hebat, tetapi ketahuilah, insan-insan di belakang kita adalah lebih hebat. Maka tidak perlulah kita mendabik dada mengatakan 100% faktor kejayaan adalah dari tangan kita semata-mata.

Akhir kata penutup bicara, adakah kelak anda juga akan ‘hilang’?

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

29 thoughts on “Yang ‘Hilang’ Berganti

  1. Salam tuan zul..
    Kebanyakkan perubahan semua ke arah positif dan ke arah yang lebih baik, tiada masalah sekiranya ini berlaku perjalanan mesti diteruskan. Untuk sentiasa maju kita hendaklah mengikuti trend dan fokus kepada ‘kerja’ kita.. sekadar berkongsi!!!

  2. Saya sudah mengalami beberapa siri hilang menghilang..
    Yang pasti setiap yg berlaku banyak memberi penjaran kepada saya..

    Dan kebanyakannya berkisar mengenai niche dan fokus dalam perniagaan internet..

  3. hilang pada kita, tetapi ada bisnes lagi masyuk pada mereka…siapa tahu…

    ps: saya memang sediakala ‘hilang’ kerana tak pernah ‘muncul’..cuma nama je sama dgn im tu..hehe

  4. Huh..nostalgia bila zul sebut nama-nama tu.

    Ebook MRR yang pertama 1) Panduan FTP (SmartZul) 2) Rahsia Perniagaan Digital (Zamri Nanyan). Saya tak ingat yang mana dulu, tapi salah satunya adalah merupakan ebook MRR yang pertama bahasa Melayu.

    Mawardee pulak IM yang pertama buat PPL.

    Saya masa tu tengah terkial2 belajar upload bahan ke hosting.

    Dalam forum WC dulu, otai2 tak henti-henti curah ilmu IM. WC ibarat Open University bagi Newbie.

    Salah satu thread yang berkualiti adalah…

    http://www.wangcyber.com/forum/perniagaan-internet/724-a-tips-4-newbie-nak-bisnes-apa-di-internet-niche.html

    Dalam ni kita boleh tengok begitu ramai otai mencurah ilmu kat thread ni. Ilmu yang terkandung dalam thread ni jika dibuat ebook, senang-senang je dijual RM50.

    Sampai sekarang saya masih rujuk thread ni..

  5. Saya mula mengenali dunia internet marketing pada tahun 2006…sejak drpd itu banyak juga mengalami jatuh bangun…

    Harap2 saya dapat teruskan fokus dan konsisten dalan internet marketing sbg hobi dan juga side income…

    Semoga indusri internet marketing di Malaysia semakin maju dan terus berkembang di masa hadapan.

  6. Sy membeli buku panduan pertama mengenai internet biz ni pada tahun 2006. Beberapa bulan sy ambil masa mentelaah buku tu. Tp disebabkan oleh masalah family, sy tak dapat teruskan cita-cita internet biz pada waktu tu. Pun begitu, sy still follow perkembangan dunia internet biz melalui blog-blog terkenal waktu tu. Dan salah satu daripadanya ialah blog Smart Usaha ni. Alhamdulillah, sy masih lagi dapat membaca ilmu2 berguna dr blog ni, moga ianya berkekalan selama-lamanya..

  7. Banyak perkembangan positif dalam masa yang singkat (era 2005-2010). Terlalu banyak yang muncul sebagai IMsebenar, dan banyak juga ynag kaki kencing. Alhamdulillah,sekarang perniagaan internet makin diterima ramai di Malaysia.

  8. Perkongsian yang sangat bagus SmartZul…

    Thanks atas pendedahan sejak zaman bermulanya IM di Malaysia…

    Kami masih belajar dan akan terus belajar…

    ~ InsyaAllah akan “hilang” juga hari nanti ke arah hijrah yang lebih baik…

  9. tapi masih ramai jugak yg memandang negatif perniagaan internet ni, sebab caranya yg susah nak ditafsir terutama bagi org yang kurang terdedah dengan internet.. dan ramai jugak yg gagal dlm perniagaan internet sebab silap atau kurang pemahaman tentang konsep perniagaan internet ni..

  10. Patah tumbuh hilang berganti…ragam dunia memang macam ni. Siapa yg dapat survive tu memang tak dinafikan punya jiwa n semangat yg kental, cthnya macam tuan punya blog ini. Congrats!

  11. Bila baca je artikel zul nie. Mcm2 kenangan yang tergambar semula dalam kepala. Banyak pahit dan manis terukir sebagai sejarah seorg usahwan internet masa tu.

    Saya pun dah lama betul tak aktifkan forum wangcyber nie. Dan dah begitu lama tak mengikuti perkembangan perniagaan internet di Malaysia. Tapo sekali sekala tu adalah juga menjengah kat wangcyber.

    Tapi yang pengalaman paling best rasanya masa mula forum wangcyber ditubuhkan. mcm2 usaha yang dilakukan oleh usawahan internet masa tu untuk menaikkan forum wangcyber. 🙂

      1. Masih lagi biz internet dan lebih banyak fokus kepada market luar.

        Kalau local cuma buat hpa-online.net sahaja. Bulan depan mungkin start satu biz offline.

  12. Salam,

    Salah satu yang aku perasan dalam dunia IM dari Malaysia adalah:

    Terlalu sedikit blogger-blogger Melayu dari Malaysia yang berblog dalam bahasa Inggeris.
    Sedangkan market sebenar dan luas memerlukan penguasaan bahasa Inggeris dalam penulisan blog.

    Siapa dapat jawab persoalan ini?

    1. Salam Joe,

      Sebenarnya tidak tepat kenyataan itu. Ramai sebenarnya orang kita yang ada blog berbahasa Inggeris. Bahkan bukan satu blog, berbelas hingga berpuluh blog setiap orang blogger ada. Itu bagi blogger yang seriuslah. Cuma sahaja mereka tidak dedahkan sahaja. Saya pun ada juga blog BI yang tidak didedahkan. Terlalu berisiko mendedahkannya.

      Keduanya, blog berbahasa Melayu pun besar juga pasarannya. Perlu terokai dan lakukan sebaik-baiknya.

  13. Satu ‘perjalanan’ yang menarik.
    Bukan senang nak cari orang yang bertahan lama dalam sesuatu bidang.
    Hanya yang bersemangat waja dan berjiwa kental je yang boleh bertahan.
    ‘Man can climb high but cannot dwell there long’

  14. Terharu membaca entry Zul. Saya mmg salah seorang di antaranya, walaupun tidak sehebat mereka yg disenaraikan, namun ketika itu tahun pertengahan tahun 2006 saya mula mengenali perniagaan internet. Memang saya antara yang aktif login ke forum WC, boleh kata celik mata saja.. forum WC yg saya cari, sudah tentu WC yg byk membantu saya utk berani dan nekad utk menjalankan perniagaan internet. Sehingga terhasilnya begitu byknya laman web saya.

    Perjalanan bisnes internet saya mmg ada juga naik turunnya sekitar 2008 (balik for good dr Japan), namun 2009 saya bangkit semula tp dgn bisnes offline dimana saya telah ditawarkan utk menjadi Stokis Pertama produk tempatan..kini tlh dinaiktaraf sbgi Pusat Edaran. Syukur alhamdulilah, dah setahun saya melaluinya. Saya terus melakukan pemasaran di internet bg produk ini & dgn networking yg terbina selama 3 tahun lah, saya berjaya membina rangkaian pengedar saya dr seluruh Msia!. Walaupun saya tidak sempat utk aktif seperti dulu di WC, tapi saya tetap ada & akan terus menyokong perniagaan internet tanahair!

    1. Terima kasih Kak Lynn. Ya, pada tahun-tahun dahulu begitu ramai rakan-rakan kita (terutama di forum support Kit Blogger). Kini mereka sudah ‘menghilang’.

      Apa pun, semua ini adalah lumrah alam. Hidup mesti berubah mengikut keadaan.

      Semoga kak Lynn terus sukses.

  15. Saya suka dengan penulisan Zul. Saya pon banyak belajar dari mereka yang terdahulu.

    Tanpa yang lama, siapalah kami yang baru. Banyak lagi perlu diusahakan untuk memajukan IM di Malaysia.

    Saya sebagai newbie, akan sentiasa belajar..belajar..belajar. Kejayaan masih jauh untuk dicapai….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *