Yahoo!! ;)
Alhamdulillah (ucapan pertama sepatutnya bagi seorang Islam bila mendapat sesuatu), sebanyak 3 website saya berada di tangga top ten di yahoo search engine dengan menggunakan satu keyword famous dan kerap digunakan oleh pencari maklumat. Apakah keyword itu? Siapa yang selalu baca blog saya, tahulah apa keyword itu. Carilah yer.. hehe..
Mengapa saya gembira sangat, sebab semalam saya menyemak kedudukan ranking portal utama saya dengan keyword tersebut, adoii, tangga 18. Saya beritahu shuth kat blog dia pada topik keyword yang dia tulis:
“Shuth, portal utama saya dah jatuh mendadak kat yahoo ni. Tapi tak apa, saya tahu cara nak naikkan balik…”.
BOOM!! Selepas buat cara tu, portal saya smartusaha.com terus naik tangga ke-3 dengan carian keyword tersebut. Mengapa saya menggunakan yahoo sekarang, sebab google tidak begitu stabil, tapi blog saya tetap no. 1 dengan kata kunci itu di google.
Selain itu, yahoo search hasil cariannya lebih baik berbanding google.
Apakah caranya? Apakah kata kunci itu? Dan satu berita gembira juga buat saya, satu website bisnes saya yang selama ini entah tangga berapa, sekarang berada di no 5 di senarai carian yahoo.
Mengapa boleh terjadi begitu? Kemungkinan satu perubahan yang saya telah lakukan pada laman web itu.. Betullah kata pakar, kalau anda biarkan website anda begitu sahaja dan tidak ada improvement dari segi design atau SEO, begitulah anda dapat. Dan semakin anda tak improve atau tambah sesuatu pada laman web anda, semakin teruk dan jatuh ranking anda di enjin carian.
Ya, SEO hanyalah satu teknik. Tapi saya suka teknik ini dan mungkin anda yang sedang membaca sekarang datang ke blog saya hasil daripada carian menggunakan yahoo atau google bukan?
Dan insyaAllah blog atau portal saya di senarai top ten bukan?
Baiklah, nanti saya akan berkongsi tips ‘biasa’ tersebut untuk para pembaca semua.
Beberapa tip atau teknik internet marketing melalui cara SEO.
PS. “Pukulan silat yang simple jangan disangka tak dapat pengsankan musuh..”. Cuba fikir apa maksud saya?









adakah keyword ini: blog usahawan ?
Woow hebatnya….sapu bersih! tangga pertama hingga keempat…hehe RRC pun hebat jugak tangga kedua hingga kelima di yahoo searh engine, kira sapu bersih jugak. tak leh lawan tok guru tetapi petua teknik internet marketing SEO tu perturunkan ler dan ucapan tahniah drp RRC
wah! tahniah!.. ne kena berguru dengan zul nie..
aku, bukan. Kalau saya guna keyword blog usahawan, tu syok sendiri namanya. hehe.. Oklah, saya beritahu sini dulu keyword tu. Saper2 yg selalu masuk blog saya ni tahulah keyword tu:
perniagaan internet
Cuba masuk yahoo search dan taip keyword tu. Kalau tak ada website saya jangan terkejut sebab bila2 masa dia boleh berubah atau sebab server berlainan. yahoo dan google kan banyak server..
Shuth, huhu, saya just guna tip2 yg simple jer dan yang penting, selalu kaji dan buat analisis..
Dan yang penting, ehem, my secret adalah, kena spy / intip apa yg competitor kita gunakan untuk web mereka.
dalam kes ini, saya selalu mengkaji dan memerhatikan competitor terdekat saya terutama bloggers.
aik zul, nak optimize utk teknik internet marketing plak ke?
herm, kena selalu buat kajian jugak…
tukar² meta tag utk lihat hasilnya…
selain tu, dlm ebook mysticmind pun ada dia kongsikan cara dia buat utk website² dia…
*anti-spam ni w/pun dah jwb betul dia bg tau salah plak… x support IE ke?
wah tahniah smartzul boleh la ajarkan kita orang kat sini. Macam mana nak buat?
azwan, saja nak test dan try… hehe.. Mana tahu boleh dapat no 1 nanti dengan keyword tu..
zack, betul. Kena cuba.. Pasal spam tu, saya akan disablekan nanti setelah jumpa cara lain untuk elak spam comment. Maaf atas kesulitan.
Cikgu, insyaAllah…
heheheh keyword (yahoo) resepi kek coklat tangga ke-11 dan keyword kek coklat tangga ke-20 …InsyaAllah lepas ni akan buat promosi besar-besaran untuk http://www.tokocyber.com untuk naikkan semula ranking semua website ummi_nf, terima kasih Ce’egu atas tunjuk ajar dan bantuan
hehehe.. ingatkan aku jer dapat error tu… siap kene perlekeh lagi.. siot tul.. ade ke patut dia cakap aku tak reti campur
nak kene belajar SEO dari ngko nih…
eh eh tak sedar plak ade anta spam kat bawah ni…hehe ;p
smartzul! smartzul! ajarla SEO kat kami ni..buat 2-3 kelas ke cthnya, kelas online pun tak salah…buat conference pakai Yahoo Messenger cthnya…blh la sy yg jauh ni join… :p
sEKURANG2 kurangnya kena update sebulan sekali…. betul tak :p
labonan,, bukan sebulan sekali,, tiap tiap hari,,, saya punya blog, jatuh 100 anak tangga sebab 2 hari tak update(ping),, itu dlm msn tu,, dlm yahoo dengan google, lagilah,,,
http://hair-loss-hair.blogspot.com
“Betullah kata pakar, kalau anda biarkan website anda begitu sahaja dan tidak ada improvement dari segi design atau SEO, begitulah anda dapat. Dan semakin anda tak improve atau tambah sesuatu pada laman web anda, semakin teruk dan jatuh ranking anda di enjin carian.”
nama lagi orang yang berpengalaman, kalo ranking dah jatuh mendadak, zuup gitu je dah naik balik ke ranking muka depan enjin carian…
nampak gayanya kena hapdate setiap hari laaa…. jika tidak tenggelamlah blog anda dalam hutan belantara google.
web memang kena selalu update…
kalau tak update, lama2 jatuh lah rank kita…
tapi kalau web tu banyak backlink, saya rasa susah juga nak jatuh…
han
yahoooo…. maka bersyukurlah selalu hendaknya… kalo gitu kena gunakan sepenuh teknik mana yang patut untuk terus mendapat sambutan yang menggalakkan di muka depan search enjin …
pada pendatan saya,
kalau nak berjaya dalam SEO…
kita mesti kena ada backlink dan tag2 tertentu…
kalau dah berjaya, sudah mestinya duk di muka depan…(top 10)
han
salam.. sy br bljr2 buat blog ni.. saya nk tnya cmna nk bg blog kita ada dlm Yahoo search engine? sy cuma dpt buat blog saya ada dekat google search engine ja. tapi bila type suekacakes dkt yahoo search x da result.. harap en. dapat tlg saya. tq