WordPress Versi 2.1 “Ella”

Fuuh, akhirnya berjaya juga upgrade sistem blog wordpress yang selama ni asyik bertangguh sahaja. Sebelum ini, saya menggunakan versi 2.0.5 dan kini saya telah menggunakan versi 2.1 Ella.

Ya, memang lebih laju berbanding versi sebelumnya kerana daripada pengamatan saya, dua sebab utama wordpress versi 2.1 lebih laju iaitu ‘database’ mySQL dan juga rekabentuk struktur sistem wordpress yang ditelah dioptimizekan. Ada beberapa bahagian ‘dibuang’ dan ada beberapa fungsi yang ditambah. Perubahan ‘drastik’ ini nampaknya menjadikan proses penggunaan blog wordpress lebih efektif, mudah dan cepat.

Oh ya, proses upgrade yang saya lakukan adalah secara manual dan BUKAN melalui cpanel (fantastico) kerana saya install secara manual. πŸ˜‰ Namun, ada juga blog saya yang lain saya update melalui fantastico. Kedua-dua cara boleh dilakukan. Anda pembeli ebook wordpress saya? Haa, satu berita baik. Anda akan mendapat secara PERCUMA cara upgrade sistem wordpress anda daripada saya… πŸ™‚ Inilah janji yang saya nyatakan pada laman jualan pakej kit blogger dan kini saya akan kotakan. Cuma, panduan upgrade itu dalam proses editing. Nantikannya…

Persoalan: Perlukah semua pemilik blog wordpress perlu upgrade kepada versi terkini? Ya dan tidak. Ya jika anda inginkan penggunaan yang lebih efektif dan memuaskan atau TIDAK jika anda tidak mahu bersusah-payah upgrade blog anda. Sebenarnya tidak wajib anda update / upgrade blog kepada versi terkini, cuma biasanya versi sebelum ini banyak bugs.. πŸ˜‰ Tahu ke apa itu bugs? Kalau anda tidak mahu blog anda dicerobohi hacker, maka dinasihatkan upgrade ke versi terkini yang lebih tinggi tahap securitynya.

WordPress Terbaik?
Ya, saya amat suka dan cintakan sistem blog ini! Ia mempunyai sebuah team yang mantap dan sentiasa bertungkus-lumus untuk menambah-baik sistem ini. InsyaAllah, saya akan terus menggunakan wordpress untuk semua blog saya.

Dalam masa dua-tiga hari ini, saya sedang melakukan sedikit ‘kajian’ mengenai wordprss versi 2.1 ini dan akan berkongsikan dengan anda.. πŸ™‚

Oklah, saya sebenarnya agak sibuk juga dalam minggu ini kerana ada beberapa kerja tertangguh yang belum disiapkan.

Jumpa lagi semua.

PS. Versi wordpress 2.2 dikatakan akan release pada 22hb April 07 ini..

PPS. Pakej Kit Blogger on the way.. Nantikan ketibaannya ok. Maaf di atas kelewatan..

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

8 thoughts on “WordPress Versi 2.1 “Ella”

  1. Anda pembeli ebook wordpress saya? Haa, satu berita baik. Anda akan mendapat secara PERCUMA cara upgrade sistem wordpress anda daripada sayaÒ€¦ zul said;

    anda mmg usahawan yg bagus/tepati janji;
    ops..kpd newbie yg taktahu buat blog mcm saya suatu ketika dulu, milikilah ebook zul ni, mcm2 ada. yg best tu, support drpd beliau pun best. tak rugi rasanya pelaburan kita tersebut. (sorry terpromosi pula, bukannya apa. just pandangan ikhlas saja)

  2. Saya pun dah upgrade kepada wordpress 2.1. Yang bestnya ada autosave lepas tu boleh pilih nak tulis secara visual atau menggunakan code. Saya ada jugak komen macam mana nak upgrade wordpress secara manual kepada yang pakai fantastico macam saya. Lepas ni senang nak buat kerja upgrade sebab dah tau camner nak upgarde secara manual walaupun masa setup dulu menggunakan fantastico.Tapi saya tak tau la apa kesannya kepada pengguna lain sebab saya pun try n error πŸ™‚

  3. Saya tak upgrade lagi!!.. Tapi dah ada nanti panduan SmartZul tu nak juga la upgrade versi terbaru tu πŸ™‚ , Dah ada kemudahan kena la gunakan.. Tul Tak? Nak try n error boleh, Tapi banyak keje la πŸ˜‰

  4. Saya upgrade cara paling best dan paling tensen. Buang sumer n install balik. All new fresh gitu..:P Post x hilang kalau kiter wat gitu. Tapi, better back up dlu la.. ada saper2 wat cara saya ni?

  5. Affuone, saya pernah.. Dan kat blog ni laa… 1st time, hancur blog ni.. Awal2 dulu laa.. Lepas tu saya pernah buat lagi, selamat. TAPI ia amat berisiko! backup 1st!! πŸ˜‰

    Upgrade, jangan tak upgrade. Saya suka function autosave & beberapa fungsi lain mcm kita leh set static page..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *