WordPress 3.0

WordPress versi 3.0 telah pun dilancarkan pada 17 Jun 2010 lepas. Saya telah pun menggunakan versi ini dan setakat ini, belum menghadapi apa-apa masalah walau ada yang mengalami masalah tertentu.

Pada versi 3.0 ini, banyak fungsi-fungsi baru yang telah dimasukkan. Anda boleh membaca mengenai versi terbaru ini di laman web WordPress.org.

Tonton video di bawah:

PS. Saya juga akan melakukan perubahan besar-besaran terhadap Pakej Kit Blogger. Mungkin mengambil masa untuk melakukannya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

18 thoughts on “WordPress 3.0

  1. “..perubahan besar-besaran terhadap pakej kit blogger..” Zul, pembeli-pembeli Pakej Kit Blogger sebelum ini akan mendapat update F.O.C gak ke? Rasanya dah tentu versi terbaru ni mempunyai fungsi lebih hebat. Harap zul akan update post ini tentang apa kelebihan atau kekurangan versi 3.0 tu..

    1. Yup, F.O.C sahaja untuk pembeli sedia ada walaupun banyak item tambahan yang akan ditambah pada Pakej Kit Blogger. Ia akan menjadi satu pakej yang lebih besar.

      InsyaAllah, saya masih mencuba WP 3.0. Nanti saya akan senaraikan fungsi terbaru yang ada, pro dan kontra.

  2. Salam sejahtera.

    Dunia internet begitu pesat. Lambat sedikit akan dipintas. šŸ˜‰

    Oh ya..saya ingin membeli pakej kit blogger. Namun berdasarkan situasi kini, manakah lebih baik sama ada terus membeli dan dapatkan kemaskini terkini pada kemudian hari ataupun menunggu sehingga pakej kit blogger yang terkini siap?? hehe. šŸ™‚

    Walau apa pun, terima kasih kepada saudara SmartZul kerana sentiasa memberikan maklumat terkini berkenaan dunia internet.

    Sukses :mrgreen:

    1. Salam,

      Kalau mahu tunggu versi kemaskini, mungkin lambat.

      Boleh sahaja dapatkan versi ebook sekarang, sebab saya akan berikan versi kemaskini secara percuma kepada semua pembeli sedia ada.

      Asas WordPress tetap sama dari segi pemasangan. Cuma berbeza dari segi paparan sahaja.

      Terserah. Kalau belum perlu blog buat masa ini, boleh tunggu versi kemaskini. šŸ™‚

  3. Salam sejahtera. Semoga saudara SmartZul sentiasa sihat.

    Jika saya mendapatkan pakej kit blogger ini daripada penjual2 lain, adakah kemas kini produk ini tetap akan diterima? šŸ˜‰

    1. Salam saudara Hadi,

      Betul, saudara atau sesiapa sahaja yang membeli dengan penjual lain, tetap mendapat versi kemaskini. Tapi saya sudah ada perancangan lain satu masa nanti, di mana saya tidak lagi akan berikan support kepada pembeli mereka. Kalau mahu, boleh beli dengan mereka secepat mungkin dan daftar pada link yang mereka berikan. Jika mereka tidak berikan link daftar, hubungi saya.

      1. Salam sejahtera saudara SmartZul.

        Maafkan saya jika ingin bertanya berkaitan ini:

        ”…Tapi saya sudah ada perancangan lain satu masa nanti, di mana saya tidak lagi akan berikan support kepada pembeli mereka…”

        Apakah maksud saudara itu? šŸ˜‰

        maafkan saya kerana kurang memahaminya.

        Terima kasih & salam maju jaya. šŸ™‚

        1. Bermaksud, reseller itu sendiri perlu berikan sokongan kepada pembeli mereka. Ada beberapa sebab saya lakukan sebegitu. Sedikit sebanyak tindakan ini akan merajinkan para reseller menjaga kebajikan pembeli mereka.

        2. Oh begitu. Baik saudara SmartZul, kini saya sudah memahaminya.

          Bagus juga cadangan itu kerana ada kebaikannya.

          Maafkan saya jika tersinggung di mana2. he. šŸ˜‰

  4. salam,
    saya bermula dgn versi 1.1 selepas email saudara zul saya dapat versi 2.7 kan…apepun saya terus upgrade 3.0 sebab saya download themes tak boleh letak kat versi lama kalau tak saya tak tau plak 3.0 versi paling latest..apepun TQ saudara zul kerana bg versi terkini F.O.C

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *