Web designer is NOT web marketer
Wahh, tajuk kali ni dalam bahasa omputih lak yer.. Jangan takut, smartusaha.com akan terus ditulis dalam bahasa Melayu untuk tatapan semua. Tapi kekadang, apa salahnya tulis sikit dalam BI kan? Sebab kita kena pergi global. Oh ya, anda perlu tahu, penulisan saya dalam blog ini dalam BM bukan bermaksud agar kita guna BM di dalam perniagaan internet kita. Penulisan di sini adalah sebagai rujukan anda, dan terserah kepada anda nak pergi global atau tempatan, tapi kata yang pakar dan mengikut kajian, kuasa belian orang Malaysia di internet masih rendah. Penulisan dalam blog ini adalah untuk rujukan bagi mereka yang ‘tidak suka’ dan susah nak faham bahasa inggeris. Tapi dalam masa yang sama, belajar lah ekk bahasa inggeris tu..
Ok, berbalik kepada topik kali ni, perekabentuk web BUKAN ‘pakar’ pemasaran internet, kebanyakkannya.. Saya pernah mendengar seorang web designer memberi komen kepada salah sebuah site yang dikatakan design tidak berapa bagus (memang betul), tapi sayangnya, pandangannya hanya tertumpu kepada rekabentuk sahaja. Apabila melihat dua buah website miliknya, wahh, memang cantik! Tapi, kekurangan ciri-ciri pemasaran internet yang efektif. Hanya design, gambar produk dan form order sahaja..
Aspek yang pertama saya melihat adalah penggunaan Title website dan juga kandungan meta-tag. Lain-lain lagilah, seperti teknik-teknik yang lain.. Cukup dua aspek tersebut, aspek lain saya tak tengok, sudah menggambarkan dia tidak begitu menekankan konsep SEO dan beberapa teknik yang lain.
Pendek cerita di sini adalah, sehebat mana pun seseorang web designer tersebut, mereka belum tentu mengetahui mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pemasaran internet ini.
Ops, sebelum itu saya memohon maaf kepada web designer, saya tak bermaksud semua, tetapi kebanyakan. Dan anda juga perlu tahu, saya juga adalah web designer..
Pokok pangkal di sini adalah, jika anda ingin mencari web designer atau web developer, pastikan mereka mengetahui serba sedikit mengenai konsep pemasaran internet, agar website anda bukan setakat kemas pada rekabentuknya, malah ada ciri-ciri yang boleh menarik pelawat untuk membeli.
Wassalam.
PS. Design kemas + Teknik Pemasaran Efektif = $$$$















Yer.. itulah sebabnya.. kalau kita nak upah orang buat website perniagaan kita.. better cari web designer + web marketer.. macammmm.. ehem2… this is my card.. oh!
Terima kasih shuth kad bisnes tu, ohh, awak web designer + web marketer yer.. hahaha.. Oppss, sorry shuth, kad bisnes saya dah abis.. :p
Ermm, penting tu.. Nak baca satu contoh baik, saifulsham pun tulis pasal benda ni jugak.. maksud sama.. Tak sangka lak post saya kali ni sama dengan post di blog diaorang..
BOO.COM: KEGAGALAN 150 JUTA
Wah…….sama memang ader jdoh kot.. muahahah..
Web juga perlu kemas dan tidak lama untuk loading… jika terlalu lama loading pelanggan akan lari… betul tak??
Hehehe, saya bukan web designer tapi print designer and motion designer. Mmg sangat suka dengan design2 yang artistik dan unik. Tapi ia tak menjual: it is a FACT!
Err shuth.. ader business card ker? Nak!
post baru: Penulisan isi web di blog saya.
Wah, shuth nanti pegi seminar cukup tak kad? kalau nak abis tempah baru..hehe
huhuhu..terasa pulak =p. But still perlu kemas …tu je my comment..=p
ramzwatcher dan lain-lain, saya pun still belajar lagi design ni, tapi dalam masa yang sama, kita kena tahu mcm mana ciri website yang menjual. Kalau nak tahu mcm mana aspek yang bagus, boleh baca artikel atau report oleh team Jacob Nielsen, pakar jurutera web: http://www.nngroup.com/
website yg kemas, kena gayanya + penggunaan teknik pemasaran yg efektif, saya yakin kita dapat buat $$$$$. Dengan syarat juga produk kita juga kena gayanya..
aku tak pandai nak design web cun2
saya pulak tak ler pandai design sangat. gitu² jer. tapi alhamdulillah, semenjak kebelakangan nie, banyak pulak customer yang suruh design website. Dia orang paksa lagi walaupun saya cakap tak nak. Dah rezeki. Rezeki jangan ditolak. Nasib baik adik saya yang designer tu dah masuk team. Senang sikit keje.
actually kedua-dua aspek tu penting, tapi pemasaran lebih penting daripada design yang cantik.. maksudnya jgn terlalu fokus pada design sahaja. perlu fokus pada marketing lepas dah siap semuanya.
website saya juga baru up. saya pun sedang belajar marketing sekarang.
harap anda semua dapat berkunjung ke http://www.mellowtech.net
design pun kena bagi cantik2, mekap cantik2 untuk memberikan tarikan yang tersendiri kepada ramai orang dan dalam masa yang sama bahgian pemasaran pun kena disediakan untuk melancarkan lagi perjalanan satu2 peniagaan yang ingin dibangunkan itu…
kalo begitu kena upah dua ke? designer dan marketer…? itupun kalo ada modal yang banyak untuk mengupah mereka…
ada benda yang boleh kita upah kalau ada modal yang cukup…
kalau nak nampak profesional upah lah…
tapi kalau takde modal kena belajar buat sendiri lah…
sebaiknya kena lah tahu sikit2 tentang apa yang kita nak tu…
han
Pengalaman aku la
nak upah sayang duit
tapi bila wat sendiri hampeh
kureng sana kureng sini…
maklum la kemahiran tak ada, tapi aku cuba juga untuk meningkatkan kemahiran
nak upah boleh jugak. namun kena tengok jugak dari segi kualiti. jika tidak kita takkan rasa puashati bila hasilnya tidak menepati citarasa kita nanti… citer upah nih ada dalam “kesilapan internet muda…”