Warna Perniagaan Anda

Warna perniagaan adalah adalah satu topik yang wajar diberikan perhatian serius oleh para usahawan. Peranan penting warna dalam perniagaan tidak dapat dinafikan. Ini kerana, rata-rata perniagaan yang terkenal mempunyai identiti warna tersendiri. Malah, salah satu cara kita mengingati sesebuah perniagaan melalui warna mereka.

Satu bukti mudah untuk menunjukkan warna adalah salah satu faktor menarik minat pembeli adalah, kita sendiri mempunyai warna kegemaran tersendiri. Terkadang, kita juga mudah tertarik dengan satu-satu warna mengikut situasi dan keadaan yang sedang kita lalui. Contohnya semasa kita lapar, warna merah biasanya mudah mempengaruhi untuk kita membuat pembelian.

warna perniagaan

Sedikit kesimpulan, warna yang digunakan untuk laman web, logo dan pembungkusan produk (atau design produk digital), tidak boleh berasaskan warna yang kita suka. Sebaliknya, warna yang digunakan adalah sesuai dengan produk itu ataupun tujuan pemasaran. Teruskan membaca artikel ini untuk memahami asas warna perniagaan untuk bisnes yang anda lakukan… Kajian oleh pihak secretariat of the Seoul International Color Expo 2004 menyatakan:

92.6 percent said that they put most importance on visual factors when purchasing products. Only 5.6 percent said that the physical feel via the sense of touch was most important. Hearing and smell each drew 0.9 percent. Sumber: Why Color Matters

Warna biasanya digunakan untuk logo, kad bisnes, website, header blog, kemeja rasmi syarikat dan pembungkusan produk. Biasanya, hanya satu hingga tiga warna yang sama digunakan untuk kesemua tujuan berbeza tersebut.

Maksud setiap warna

Berikut adalah senarai beberapa warna dan maksud asasnya dari segi psikologi:

  • Hijau – Natural, asli, sihat dan semula jadi. Sesuai untuk produk yang berkaitan dengan ketenangan.
  • Putih – Tulen, suci, neutral, bersih dan muda. Sesuai untuk produk kecantikan dan spiritual.
  • Merah – Bersemangat, berkuasa, agresif, ekstrem dan ghairah. Warna ini adalah warna yang menarik perhatian dan mampu meningkatkan kadar denyutan jantung (tekanan darah). Warna merah boleh menambahkan keseronokan kepada jenama bisnes.
  • Hitam – Kuasa dan elegan. Sesuai untuk produk premium, mewah dan ‘misteri’.
  • Biru – Tenang, autoriti, kesetiaan, keyakinan, kejayaan dan boleh dipercayai. Warna ini adalah neutral untuk kebanyakan situasi.
  • Oren – Bertenaga, seronok dan riang.
  • Kuning – Kegembiraan, kebahagiaan, kehangatan, isyarat dan optimis. Mengikut satu kajian, warna kuning adalah warna yang pertama sekali akan ‘ditangkap’ oleh retina mata berbanding warna-warna lain. Sebab itu warna kuning digunakan pada papan tanda isyarat jalan raya.

Tip penting warna perniagaan

Elakkan mengubah warna utama perniagaan kepada warna lain. Gunakan satu warna selama-lamanya selagi tiada sebab yang kukuh untuk menukarnya. Lihat perniagaan besar seperti KFC, McD dan Pizza Hut, mereka kekal menggunakan warna perniagaan mereka tanpa menukarnya walaupun perniagaan sudah mencecah puluhan tahun.

Ada tiga unsur penting dalam penjenamaan: 1. Warna 2. Logo 3. Slogan Case Study 1: MILO 1. Warna: Hijau dan putih 2. Slogan: “Minum Milo anda jadi sihat dan kuat.” Case Study 2: KFC 1. Warna: Merah, putih an hitam 2. Slogan: “Sedap sehingga menjilat jari.”

Latihan: Lihat warna perniagaan bagi mana-mana perniagaan besar dan berjaya seperti melalui warna logo (jenama) mereka. Kemudian cuba fikirkan sebab mereka memilih warna tersebut. Gunakan senarai rujukan di bawah atau buat carian di Google.com untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai maksud setiap warna. Rujukan-rujukan berkaitan:

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Pingback: myDesktop | Oren | Kuning | Terapi? | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

  2. Pingback: Berikan Ia Nafas Baru | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

  3. Pingback: Rahsia Utama Perniagaan Internet | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

  4. warna semestinya memainkan peranan penting dalam pembentukkan imej.

    lihat sahaja majoriti kelab bola sepak dikenali dengan warna logo/jersi mereka… seperti red devils, the reds, the blues, merah kuning dsb

  5. saya suka warna merah…harap2 pelanggan pun ghairah dalam mendapatkan produk saya…

    TQ admin di atas penjelasan… moga perolehi keberkatan Allah, insyaAllah… 😉