Waktu yang sesuai untuk mempromosi atau mengiklan : Satu Analisis..

Kali ini saya nak share satu experience saya dan juga sedikit analisa yg saya buat ke atas trafik portal dan blog saya..

Iklan? Ya, naper? Iklan juga ‘mesti’ anda lakukan kerana ia adalah salah satu strategi pemasaran walau ia mungkin tidak berkesan.
Bukan cara buat ayat iklan berkesan yg saya nak nyatakan di sini, tapi sekadar ingin memberitahu hari dan waktu yg sesuai untuk anda mengiklan atau membuat promosi di laman web anda. Saifulsham ada beritahu hal ini di dalam buku mereka. Tp kali ni saya nak tambah sedikit dari segi analisa trafik ke portal saya. Apa kaitan dgn portal saya? Tidak, saya hanya nak buat analisis, waktu dan hari apa yg org ramai atau kerap masuk internet.. Scr logik, yg masuk ke web saya adalah ‘internet surfer’ yg mencari peluang, info, membeli, dll. Lihat imej di bawah:

pssst, tidak ramai webmaster yg mahu share graf trafik web mereka.. Tp saya mahu berkongsi dengan anda semua.. πŸ˜‰

Analisis dan andaian:

Imej pertama adalah mengikut hari dan yg kedua mengikut pukul berapa.. Graf di atas adalah untuk bulan ni sehingga ari ni – 22/4/06, Sabtu -.

Jika mengikut hari, hari jumaat adalah paling ramai masuk ke internet. Secara logiknya, sebab waktu rehat panjang.. πŸ˜‰ If government, waktu rehat hari jumaat start 12.45 hingga 2.15. Kalau tak silap lah. Ehem, saya pernah kerja p.time goverment, so sy juga masuk internet time rehat TERUTAMA hari jumaat!! πŸ˜‰ Anda pula bagaimana??

Tak cukup graf hari, cuba tengok graf jam lak. Pukul berapa yg ramai masuk? Tengok graf tu baik-baik. Cantik kan? Apa yg cantik? Dari pukul 10, bilangan mula naik dan naik sehinggalah kemuncaknya pada jam 11. Then turun perlahan-lahan sampai pukul 1. Bermula pukul 2 sehingga waktu lain, trafik semakin berkurangan..

Andaian:

– Kebanyakan yg masuk internet adalah dari tempat kerja. Anda setuju?
– Mula jam 10, biasanya org dah mula relaks sikit. Start waktu rehat, org makin relaks dan ada waktu nak masuk internet. Start pukul 2, orang dah kerja dah…. πŸ˜‰

Andaian di atas juga dari pengalaman dan pemerhatian saya semasa saya kerja part time di satu jabatan (goverment). πŸ˜‰

Rumusan Analisis:

Buatlah iklan atau ‘offer’ kepada orang ramai terutama di LAMAN WEB ANDA (jika laman anda ramai yg masuk!!) Atau iklan di laman iklan yg sedia ada spt cari.com.my, termasuklah OFFER iklan banner di portal saya (boleh rujuk di ruang Pengiklanan forum ini).

Saya pernah buat iklan utk satu produk, dan terus dapat pesanan dan jualan pada hari tu juga!! Dan hari itu adalah HARI JUMAAT!! πŸ˜‰

Kesimpulan:

Analisis di atas mungkin boleh berubah jika ada pembolehubah lain. Hehe, mcm matematik pula.. Saya pun tak tahu apa pembolehubah tu, mungkin corak keperluan dan persekitaran yg membuatkan orang masuk pada hari lain pula.. πŸ™‚ Pembolehubah bila-bila masa boleh ubahkan analisisi di atas. Hanya andaian..

PS. Laman web atau ‘ayat’ iklan anda perlulah BERKESAN dan mampu menjual! Ramai mana pun yg masuk ke laman anda, tak guna jika laman web anda tidak berkesan.

PSS. Analisis di atas hanya untuk pasaran Malaysia sahaja.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

25 thoughts on “Waktu yang sesuai untuk mempromosi atau mengiklan : Satu Analisis..

  1. Gud post!

    Mmg timing ntuk org malaysia surf tenet ni pelik sket. Mcm eBay dlm buku kitorang, mmg mostly order ktorang dpt antara hari jumaat-ahad. Tu time prime ntuk eBay Malaysia.

    N mostly2 customer dr eBay Malaysia ktorang adalah Chinese (90 Percent)…i dunno laa myb tk rmai Malay is not interested kot buyin online.

    Tp ntuk visitor SaifulSham, kbykannya plak dtg hari selasa n rabu n time tu time tgh hari. Haiihh….tktaulaa org curi2 bukak kt ofis…bos tk marah ke. Hahaa

    Nway, pos kali mmg sgt2 bgus. Keep it up Zul~

  2. betul tu saifulsham. Analisis yg saya buat tu adalah utk bulan ni (lupa nak state), hehe.. Dan bulan2 yg lepas juga saya ada tengok juga dan kekadang hari rabu adalah hari yang ramai orang masuk.

    So, analisis di atas hanyalah andaian.. Tengoklah next month lak mcm mana. Tapi pengalaman saya, memang waktu tengahari (Malaysia) adalah waktu yang amat sesuai untuk buat promosi atau iklan.

  3. ikut pengalaman saya lak.

    hari puncak isnin-khamis (hari paling top berubah-ubah).
    jumaat – ahad very slow.

    time puncak pulak office hour esp. waktu tgh hari.

    syazwan, ebay malaysia ok ke nak wat jual beli? cam tak berapa dapat sambutan je

    zul, promosi atau iklan yg camne boleh target just certain2 masa je? kalau hari tu maybe le boleh bid kat cari.com.my ke during weekdays etc. tapi ada ke yg boleh letak few hours je?

  4. Yup, bagi saya, kita takleh nak tentukan hari sangat. Just boleh dikatakan, waktu tengahari atau waktu rehat ramai yang masuk internet.

    Untuk ebay tu, saifulsham ada bagitahu dalam buku mereka.. Nak jual kena ada strategi gak.. hehe.. Salah satunya, buat promote pada hari minggu dan seminggu kemudian, promosi atau jualan kita tu akan berada di dalam list muka depan bagi setiap kategori.

    Bab ebay Malaysia tu, saya tak pasti lah sebab saya belum pernah buat betul2.. Tu kena tunggu Syazwan jawab.. πŸ˜‰

    Promosi atau iklan camne? Tak ada pilihan, terserah lah kan? Maksudnya iklan ikut time tu, iklan free tu.. hehe.. Mcm iklan101.com lah.. πŸ˜‰ Katakan ramai yg ke iklan101.com time tghari. So, iklan mana yg dok list teratas dan muka depan, peratusan nak klik tu ramai lah kan? Mcm sy cakap, iklan tu kenalah berkesan.. πŸ™‚

    Iklan dalam few hours? Takder kot.. Cuba buat iklan Red Box Ads tu.. Saya pernah buat, memang ramai yg klik..

    PS. Iklan yg sy relate dgn analisis saya adalah iklan jenis free, yg turun naik list tu.. πŸ˜‰

  5. iklan101.com dah ada random list. hehe. so iklan lama pun akan dipaparkan jugak kat depan secara random πŸ™‚ more features to come termasuk of course featured list yg mana iklan yg sentiasa ada kat depan, atas skali dlm category listing cam cari red box ads.

    target iklan101 lebih kepada org search from search engine. setiap iklan diberi satu file name .html dan title page mengikut title ad yang diletakkan. dijangka dalam few months lagi bila search engine dah index most of the pages, iklan101.com boleh la nak compete with other classifieds.

  6. yup, lagipun kbykn transaksi pakai paypal.. Paypal tu kan bawah eBay. Lagi2lah paypal ban Malaysia. So difficult nak guna ebay. Sebab tu lah saifulsham dalam buku mereka suruh kita buka pasaran kak ebay uk atau mana2 ebay yg panas.

    Pastikan juga barang yg kita nak jual tu ada pasaran. Erm, nak citer, beli je buku diaorang tu. hehe.. Nak citer sini panjang, maybe saya akan tulis sikit tips pasal ebay.. πŸ™‚

  7. Cop! Cop! Cop!

    Jgn salah faham. Ebay yang kami SaifulSham maksudkan adalah Ebay Malaysia. Ebay International kena bayar. Tak sesuai kalau kita tak test dan cara penulisan kita masih belum boleh attract buyer.

    Selain nak buat sale, kumpul modal. Training kat Ebay ni utk praktis selling skill.

    Btw, camni la.. bile kitorg kata Ebay, that’s mean (Ebay Malaysia+Lelong)

    Ebay Malaysia tu kurang sikit je dari Lelong. Jgn lupa, hardcore internet shopper memang kenal lelong & forum low yat…. Tapi bagi newbie, diorang tak tahu lelong u.. diorang lebih kenal Ebay..

    Camner nak stay kat Ebay pada time2 “peak”

    Kat Ebay ada function nak listkan produk 7 hari, 10 hari , etc kan? So, time kanla listing korang supaya kena pada time2 peak. Contoh… kalau nak kena Malam Ahad,

    either listkan hari Ahad malam 7 hari sebelumnya, ataupun Rabu Malam 10 hari sebelumnya.

    Begitulah ceritanya….

  8. hehehe.. Thanks sabri membetulkan statement saya… πŸ˜‰

    Yups, kat ebay kita leh letak apa2 metod pembayaran. TT, wang pos, online banking, cek, paypal..

    PS. Nak baca buku saifulsham sekali lagi before nak buat testimoni dan ulasan.. πŸ™‚

  9. Btul tu. Sbnr kajian kami pun ebay malaysia mmg still lesu, lelong.com.my ag rancak dr ebay malaysia.

    Paperpun, ade produk yg mmg laku kt ebay. Certain2 la. Sbb ktorang tgk ebay malaysia byk shopper chinese, so tryla cari produk yg chinese ssh nk dpt n diorang mmg nk.

    Mcm2 sbnrnye bleh jual kt ebay free ni. Klu nk rs luar skit dr malaysia, bleh je msuk eBay Singapura…cari ape bende kt singapore mahal tp kt sini murah. Pglaman kamilah…klu org singapore ni either diorang pakai kad kedit ataupun money order.

    Byk je rsnye brg kt malaysia ni bleh dibwk ke ebay. Tp satu advantage eBay ni, diorang mmg slalu top kt search engine. Pnh ade satu produk kitorang letak kt ebay dan tamat tempoh list. So, tkde buyer, kitorang bia jela.

    Rrupenye sebulan lepas tu, ade org kontek nk beli. Dr Oman plak tu. Bile tnye mane diorang jumpe produk kitorang sdgkn kitorang jual kt ebay je, die ckp jumpe kt search engine bile taip bkaitan produk tu.

    Bile kitoang cek, mmg, kt search engine ade…bende tu tk terpadam ag even dh tamat tempoh list.

    Fuh…byk mau citer…tp mmgla..ktoang akui laa.,…kt ebay malaysia ni kan…bkn sme produk bleh jual dan ade demand. N satu ag, ebay malaysia still new, so agak lesu skit.

  10. salam sejahtera… saya amat tertarik dengan perbincangan mengenai “Bisness Internet” kerana dengan internet saya dapat meluaskan pasaran dan rangkaian Iggnetwork saya ke Singapura, Indonesia dan seluruh Malaysia.

  11. waktu yang sesuai? kalo memang kena pada masanya memang berbaloi laa tatkala masa tengah top buat promosi apa-apa produk. ini kerana mereka akan terjerempak promosi kita masa mereka sedang layari internet secara mendadak ramainya… time bila yang sesuai kena sesuaikanlah masa kita nak promotekan apa-apa produk…

  12. lps ni boleh lah cuba buat promosi waktu-waktu yang zul cakapkan tu…
    saya rasa betul juga apa yang zul terangkan diatas…

    han

  13. gunakan kemudahan internet dengan jayanya waktu rehat sambil makan-makan. waktu tersebut memang ramai yang surf internet untuk mendapatkan apa-apa info yang berguna selain dari rehat yang memanjang terutamanya dalam bulan puasa. kalo dah raya dah tentunya balik raya laaa.. tak sesuai nak promosi time raya sakan… sibuk beraya di jalanan denga traffik jem…

  14. From my experience la kan org Malaysia ni bnyk buying online bila cukup bulan..time cuti diorang akan hubungi nak maklumat lanjut tentang produk..lepas tu bila working days diorang buat pembayaran…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *