Wahai guru-guru bisnes…

Kebanjiran guru-guru bisnes di media sosial sekarang, saya melihat ada satu situasi yang menakutkan. Saya tidak pasti saya sahaja yang perasan, atau ada anda juga? Kewujudan guru-guru bisnes adalah satu perkembangan yang bagus, tetapi yang saya risaukan adalah ada di kalangan mereka tidak boleh menerima cara dan prinsip orang lain. “Itu salah, ini tidak betul, hanya aku yang betul.” Situasi ini satu kerugian besar pada masa depan, malah membuatkan semakin ramai yang keliru. Ilmu Allah begitu luas dan cara penyampaian dan tafsiran pula 1001 cara.

Pada pendapat saya, kita tidak boleh mengatakan cara orang lain tidak betul kerana belum pasti ia tidak betul. Hanya dengan mendengar daripada mulut orang lain, melihat dari jauh dan kemudian membuat kesimpulan mudah, ia bukan satu sikap yang sepatutnya ada pada seorang “leader”. Jangan semata-mata mahu meletak diri di atas, maka jalan-jalan halus dan licik sebegitu disalah-gunakan.

Cadangan saya, wujudkan satu model dan kaedah tersendiri. Deliver content yang kita mahu sampaikan dengan cara dan prinsip tersendiri. Jangan sebut-sebut atau sindir-sindir kesalahan orang lain yang belum pasti salah, ataupun memang salah. Tidak perlu bising-bisingkan. Cukup saja kita jalankan model yang kita telah asaskan kerana yang salah dan tidak betul itu semua akan terhapus dengan sendirinya apabila model yang kita gunakan dijalankan dengan konsisten dan diikuti oleh ramai orang.

Wujudkan satu model sendiri yang boleh orang lain ikut, termasuklah yang telah kecewa setelah mengikut orang lain (mana-mana guru/sifu) sebelum ini. Secara tanpa sedar, kita telah membantu orang lain tanpa perlu mereka membenci pihak lain.

Kita juga perlu beritahu kepada pengikut kita, jangan sebut-sebut kisah lalu dan jangan cakap salah orang lain. Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak begitu. Lupakan saja. Bina jalan baru. Kita punya rukun iman. Percaya dan pasrah pada ketetapan Allah. Untung ataupun rugi yang lepas, perlu terima itu semua. Jangan salahkan sesiapa. Sebaliknya bukan menyemarakkan kembali api yang hampir padam.

Saya, bukan guru. Saya, bukan sifu. Saya, hanya ejen perubahan.

FB: Mohd Zulfadli – IM

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Wahai guru-guru bisnes…

  1. Tidak ada betul dan salah dalam perkara yang tidak berkait dengan hukum hakam. Malah hokum itu sendiri ada pelbagai kaedah huraian, inikan pula hal-hal bisnes yang tidak statik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *