Virtual Office – Serviced Office

Pada tahun 2009 sebelum saya berpindah ke Kuala Lumpur, saya sempat menggunakan perkhidmatan Virtual Office di pusat bandar Johor Bahru. Kosnya adalah RM1,800 sebulan. Pakej ini dipanggil sebagai ‘full furnished office’, atau ‘serviced office’. Orang kita sebut, “Masuk cuci tangan sahaja.”

Antara kemudahan yang tertakluk kepada kos itu adalah:

1. Ruang pejabat dan perabot.
2. Talian Internet.
3. Pantri. – Boleh buat minuman percuma.
4. No. telefon.
5. Peti surat.
6. Khidmat ‘receptionist’.
7. Bilik solat.
8. Aircond.
9. Toilet.
10. Cleaner.
11. Kad akses untuk masuk ke ‘biz centre’. – security
12. Boleh masuk 24 jam sehari.

*Mesin fotokopi dan faks dikenakan caj.

Untuk menyewa perkhidmatan sebegini, biasanya mereka akan mengambil deposit 2+1, 1+1 atau sebagainya.

Diakui, kos RM1800 itu adalah teramat banyak. Bayangkan, apa yang saya boleh buat dengan wang sebanyak itu untuk bisnes saya? Namun, saya ambil risiko untuk mencuba dan mengutip pengalaman.

Saranan saya, ambil pakej ‘serviced office’ apabila perlu dan mampu sahaja. Fikirkan, mana satu yang lebih utama. Kos itu digunakan untuk kembangkan bisnes, atau bayar untuk pejabat? Atau jika bayar untuk pejabat, adakah bisnes semakin berkembang?

Jika ditanya pendapat peribadi saya, pakej serviced office amat tidak sesuai bagi bisnes yang baru dimulakan. Gunakan wang yang ada untuk melakukan promosi dan pemasaran bisnes, serta lain-lain perkara penting.

Jika ingin juga menyewa ruang pejabat begini, pastikan kita mendapat hasil sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada kos yang dikeluarkan. Contohnya, RM1800 yang dikeluarkan, akan memberikan kita hasil sebanyak RM5400 sebulan. Dengan begini, barulah pelaburan (sewa) itu berbaloi, selain kita dapat gunakan sebahagian hasil itu untuk bayaran sewa pada bulan seterusnya.

Kita perlu buat ‘calculated risk’. Tidak boleh sewa atau bayar apa-apa perkhidmatan semata-mata kerana mahu, ikut orang atau sekadar mahu selesa. Keduanya, adakah kita benar-benar yakin (setelah dibuat perkiraan), kita mampu membuat bayaran pada setiap bulan?

Sewaan sebegini melibatkan perjanjian (undang-undang). Jadi pastikan membuat keputusan yang TEPAT.

virtual office pejabat maya kuala lumpur

Suite 22 adalah nombor bilik pejabat saya.

 

(c) www.SmartUsaha.com

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. saya ada juga berhajat nak dapatkan servis virtual office, tapi saya tangguhkan dulu. kerana saya fikir baik gunakan bajet untuk fokuskan kepada perkara yang lebih penting

    • Benar. Saya setuju. Boleh dapatkan pejabat yang lebih murah. Seorang rakan saya ada menyewa RM500 sebulan di Setapak, KL. Perlu buat banyak carian dahulu sebelum buat keputusan pilihan.

  2. Pingback: 21 Keperluan Asas Sebuah Perniagaan | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

  3. Perkhidmatan servis office adalah satu pelaburan yang baik jika kita ingin membina imej ygb baik pada client. Jika kita baru memulakan perniagaan dan kita tidak pasti samaada ia akan berjaya atau tidak, adalah lebih baik untuk menggunakan khidmat servis office kerana kita tidak akan dibelenggu dengan hutang atau perjanjian utk tempoh yang lama. Jika kita menyewa pejabat, kita perlu memikirkan tentang kos perabot, kos peralatan-peralatan pejabat yang lain dan kos cleaner yang agak tnggi skrg ni tp kita menggunakan khidmat servis office, kita hanya perlu memikirkan sewa saja tnpa kos2x yang lain. Jika anda ingin mencari Khidmat servis office yang murah, cuba layari website ini.http://www.incube-8.com/. Ia menyediakan pakej servis office dan virtual office yang murah dan berpatutan.