Senarai Virtual Office di Malaysia – Pejabat Maya

Virtual Office (VO) adalah perkhidmatan yang semakin banyak disediakan oleh kebanyakan pihak. Jika dahulu kita perlu menyewa ruang pejabat (premis) dengan kos dan syarat yang ketat, kini tidak lagi. Yang perlu hanyalah perniagaan berdaftar dan sah sahaja.

Virtual office adalah perkhidmatan maya di mana seolah-olah ia betul-betul dimiliki oleh kita. Selain itu, ia juga bermaksud kita melakukan urusan secara maya (tanpa bertemu) dengan pihak penyedia khidmat ini.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara solo (sendiri), freelancer, bisnes secara SOHO dan para profesional individu amat sesuai menggunakan perkhidmatan ini.

Secara ringkasnya, virtual office adalah perkhidmatan asas seperti berikut:

  • Alamat profesional untuk bisnes.
  • Nombor telefon talian tetap (dedicated line).
  • No. Faksimili (faks).
  • Khidmat menerima dokumen dan parcel.
  • Khidmat recepcionist.
  • Ruang pejabat, bilik mesyuarat dan peralatan kemudahan untuk bisnes seperti mesin fotokopi, khidmat menaip dan sebagainya.
  • Workstation – Satu ruang sederhana dan terbuka, tetapi dihadang dengan partition seperti gambar di bawah.

Biasanya pihak penyedia menawarkan khidmat-khidmat di atas secara berpakej. Jadi pilih berdasarkan keperluan dan kemampuan kita.

virtual office pejabat maya malaysia

Contoh workstation. Kredit foto: kmcsolutions@flickr.com

Berikut adalah senarai syarikat yang menyediakan perkhidmatan virtual office (VO) di Malaysia. Saya hanya senaraikan sahaja berdasarkan carian melalui google.com.

Selain itu, kemungkinan besar laman-laman web yang disenaraikan di sini tidak lagi menjalankan perkhidmatan virtual office. Perubahan-perubahan tertentu mungkin akan berlaku termasuklah maklumat harga dan pakej.

Pastikan anda membuat pertanyaan lebih lanjut kepada mereka, selain membuat kajian ringkas bagi memastikan perkhidmatan mereka berbaloi dan memuaskan.

1. http://virtual-office.com.my/

Perbandingan pakej: http://virtual-office.com.my/virtual-office-plan-comparison.html

2. http://voffice.com.my / http://voffice.com.my/malay/

3. http://ioffice.com.my/

4. http://www.probizsolution.com.my/ (Johor Bahru, Jalan Tun Razak KL & Damansara)

5. http://www.avenuebizc.com/products-virtualoffices.html

6. http://www.lionsworld.com.my

7. http://www.vio.gov.my – Seksyen 7, Shah Alam.

8. http://www.tridensuite.com/virtual-office/

Tidak semua negeri mempunyai perkhidmatan sebegini. Biasanya lebih banyak di kawasan Kuala Lumpur. Namun begitu, tidak semestinya kita perlu tinggal di Kuala Lumpur baru kita dapat gunakan perkhidmatan ini.

virtual office pejabat maya kuala lumpur

Vio.my – Keselesaan ini akan menjadi ‘milik’ anda walaupun sekadar menyewa ruang workstation.

Walaupun kita tinggal jauh di Sabah, Pulau Pinang, Perlis ataupun Kelantan, kita tetap boleh menyewa dan menggunakan perkhidmatan virtual office, sekurang-kurangnya alamat bisnes yang profesional.

Tip menyewa perkhidmatan virtual office:

1. Pilih syarikat yang berdekatan dengan tempat tinggal. Ini bagi memudahkan beberapa urusan tertentu seperti untuk mengambil surat atau dokumen. Malah, boleh aturkan pertemuan dengan pelanggan di sana.

2. Cuba perkhidmatan mereka dengan tempoh yang singkat dahulu untuk melihat kadar perkhidmatan mereka. Jika bagus dan berbaloi, teruskan untuk tempoh yang lebih lama.

3. Ambil pakej yang perlu sahaja. Elakkan mengambil pakej yang banyak itemnya tidak akan digunakan. Pakej asas seperti alamat, peti surat dan nombor telefon sudah memadai sebagai permulaan.

4. Penyedia virtual office yang sudah lama bertapak biasanya akan lebih lama bertahan. Namun teori ini tidak semestinya tepat kerana apa sahaja boleh berlaku.

5. Buat perbandingan di antara beberapa buah syarikat penyedia virtual office sebelum memilih yang satu.

6. Murah tidak semestinya berbaloi, mahal tidak semestinya bagus. Jadi buat perbandingan, kajian dan sewa mengikut keperluan.

7. Bayaran bulanan berbanding tahunan. Mulakan dengan bayaran bulanan dahulu untuk melihat kadar perkhidmatan mereka. Ambil kira juga perancangan bisnes kita agar kita tidak bayar lebih apabila kita tidak perlukan lagi virtual office pada masa hadapan.

Pemilihan mutakhir selepas membuat perbandingan dan penilaian, akan meminimakan risiko untuk kita mengalami kerugian atau situasi luar jangka pada masa tidak diduga.

8. Biasanya kemudahan nombor telefon disertakan dengan fungsi forwarding, iaitu ia akan di-forward ke telefon bimbit kita. Namun tidak semua pakej disertakan dengan fungsi ini. Tanya pihak penyedia terlebih dahulu untuk kepastian. Atau, mereka akan maklumkan melalui SMS jika ada panggilan masuk.

9. Kebanyakan penyedia virtual office memerlukan dokumen perniagaan seperti sijil pendaftaran perniagaan SSM.

10. Pendaftaran virtual office boleh dilakukan secara online 100% ataupun boleh terus ke cawangan atau pejabat utama mereka.

11. Ada juga perkhidmatan virtual office dipakej dengan serviced office, iaitu ruang pejabat yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak penyedia. Kemudahan seperti pantri, internet, penyaman udara, tukang bersih (cleaner) dan lain-lain akan disediakan. Ambil serviced office jika perlu sahaja.

Kekurangan virtual office

Biasanya kita mencetak alamat perniagaan di mana ia adalah alamat virtual office, seperti di atas resit, surat rasmi, rubber stamp, kad bisnes, iklan dan sebagainya. Kelak, apabila kita menukar rancangan perniagaan atau mengubah gerak bisnes kita, sudah pasti atau mungkin alamat akan turut berubah.

Namun begitu, ia boleh diselesaikan dengan mengumumkan kepada pelanggan sedia ada mengenai perubahan alamat dan yang berkaitan seperti nombor telefon virtual office jika ada menggunakannya.

Walaupun kekurangan ini wujud, namun ia kecil sahaja berbanding dengan mempunyai premis perniagaan sendiri yang lebih berisiko dan berkos tinggi.

Tip tambahan: Daftar perniagaan di SSM dengan menggunakan alamat rumah. Manakala alamat di kad bisnes, laman web dan surat rasmi, gunakan alamat virtual office.

“Dengan virtual office, kita boleh berniaga dari mana sahaja yang kita mahu!”

(c) Hakcipta Terpelihara. Tidak diizinkan copy & paste. Boleh kongsikan artikel ini dengan menggunakan link penuh artikel virtual office ini.

Virtual Offices on CNBC

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Senarai Virtual Office di Malaysia – Pejabat Maya

  1. Setahu saya, mereka yang menggunakan VO hanya untuk mendapatkan kemudahan alamat yang terkenal di tempat canggih dan tempat pertemuan sahaja.

    Tapi adakah ini benar-benar perlu?

    1. Gunakan jika perlu sahaja. 😀

      Dalam kes tertentu, mengasingkan alamat rumah dan bisnes adalah satu pilihan yang baik. Ia soal privasi dan keselamatan keluarga juga. Namun dalam sisi tertentu pula, lihat pada model bisnes.

    2. Ianya perlu jika kita ingin membina krediblity dan
      imej yang professional. VO bukan hanya untuk mendapatkan kemudahan alamat yang canggih tapi ia lebih dari itu. Ia juga merangkumi jawapan telefon oleh receptionist, menerima surat, dan banyak lagi kemudahan lain. Cuba bayangkn jika alamat rumah kita adalah alamat rumah. adakah ia membentuk tanggapan pertama yg baik. In business First Impression counts. Layari website ini untuk maklumat lanjut http://www.incube-8.com/

  2. Saya tengah set-up satu virtual office di Bandar Utama, PJ. Jangka mula operasi Januari 2012. Segala kemudahan yang dinyatakan En. Zul akan ditawarkan. Jika ada berminat boleh hubungi melalui blog saya. TQ.

    Aaron Imran

  3. Lionsworld business Centre Sdn Bhd menyediakan penyelesaian kos efektif pejabat, kedua-dua Serviced dan pakej Pejabat Maya untuk PKS, baru memulakan perniagaan, ahli perniagaan dan usahawan. Lionsworld terletak di Jalan Bukit Bintang, kawasan utama di tengah-tengah Kuala Lumpur.

    Virtual Office di RM95/sebulan dan Serviced Office dari RM680/sebulan

    Telefon untuk keterangan lanjut di 03-21165888 atau email kami di enqury@lionsworld.com.my. Laman web rasmi kami adalah http://www.lionsworld.com.my.

  4. Hy, kami adalah salah satu Syarikat yang menyediakan perkhidmatan “service & virtual office” di Johor Bahru . Kepada usahawan yang baru membangun dan menginginkan suasana tempat kerja yang kondusif , anda boleh terus menghubungi kami . Terima kasih .

    Aishah
    Noah Suite Office Services
    noahsuite@gmail.com

  5. Kami menawarkan ruang pejabat untuk disewa sepertimana butiran berikut;

    -3minit dari LRT CHERAS

    -Sewa RM250

    -Sewa termasuk bilik,bil elektrik,bil air,bil-air cond,maintenance,wifi dan servis cleaning.

    -Lokasi berdekatan dengan LRT,kedai makan.

    -Kemudahan pengakutan;Teksi,Bas Rapid KL,LRT CHERAS.

    -Keutamaan diberikan kepada mereka yang memerlukan ruang pejabat untuk jenis perniagaan seperti TRADING,TELEMARKETING,OATH COMMISIONER,dan sebagainya.

    Jika anda berminat sila hubungi Cik Amy / En Haikal ditalian 03-23326668 / 011-32328210

  6. Pakej Virtual Office serendah RM 79/sebulan. Apa anda akan dapat?

    – Alamat profesional untuk bisnes.
    – Nombor telefon talian tetap (dedicated line).
    – No. Faksimili (faks).
    – Khidmat menerima dokumen dan parcel.
    – Khidmat recepcionist.

    Sila whatsapp ke 01114324124/Jue
    email juliza@entrepreneurslab.com.my

  7. Hai semua,
    Saya pernah guna perkhidmatan sewa ruang or pejabat ni untuk letak barang-barang saya. Saya cuma booking online dan semunya dah disiapkan bila saya sampai kat sana. Kamu semua boleh survey company dan servis mereka di link –> http://www.extraspaceasia.com.my/

    Hope akan membantu anda semua.

  8. HI KAMI MENYEDIAKAN VIRTUAL OFFICE DAN SERVICED OFFICE DIMENARA JCORP JALAN TUN RAZAK
    HARGA RM100 CALL:0327872789

    ? OFFICE SUITES

    – Fully furnished
    – Dedicated phone line
    – Accessible 24/7

    ? VIRTUAL OFFICE

    – Prestigious Address
    – Private Mailbox
    – Dedicated phone line

    ? FACILITY / SERVICE

    – Meeting Room
    – Conference Room
    – Secretarial Services
    * typing, faxing &copying

    UNLIMITED BROADBAND

    “We Manage Your Office
    You Manage Your Business”

    JLAND BIZ CENTRE
    MENARA JCORP JALAN TUN RAZAK KUALA LUMPUR
    Tel :(6)03-27872789
    012-2197583
    Email:ein@probizsolution.com.my
    http://www.probizsolution.com.my
    probizsolution

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *