Video Panduan Upgrade Blog WordPress Dilancarkan!

Alhamdulillah. Setelah bertangguh dalam 2 minggu, akhirnya produk ini dilancarkan juga pada hari ini.

Tapi, untuk permulaan ini, saya hanya menjual versi personal use sahaja dulu. Untuk versi Resell Rights, saya akan buka dalam masa terdekat ini juga (insyaAllah, dalam minggu ini).

Jika sebelum ini saya menyatakan harga yang akan saya kenakan ialah RM50.00 (untuk personal use), tapi setelah membuat perkiraan tertentu, saya menurunkan harga tersebut kepada RM30.00 sahaja dalam masa yang terhad. Saya mungkin akan meletakkan harga RM40.00 dan ke atas selepas ini.

Jadi kepada anda yang mahu belajar cara upgrade blog WordPress secara manual, anda boleh dapatkan video panduan ini. Secara mudah, video ni akan tunjukkan langkah demi langkah melakukan proses upgrade blog wordpress dengan lebih terancang dan selamat.

Jika anda bertanya sejauh mana kepakaran saya dalam soal sebegini, saya pernah membantu beberapa orang usahawan internet dan blogger di dalam upgrade blog mereka. Saya tidak kata saya amat pakar, tapi setakat proses upgrade, saya tahu triknya tersendiri dan ada pengalaman (portfolio).

Jadi, saya hasilkan video ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Yang menariknya, video ini bukan direka-reka, tetapi apa yang akan anda tonton adalah proses upgrade blog saya sendiri. Masa tu, saya dalam proses upgrade blog kepada versi 2.1. So, alang-alang buat benda tu, saya pun record kepada bentuk video.

Apa yang akan anda dapat ialah:

+ 12 video bersiri (langkah 1 hingga 12)
+ 1 video tambahan – upgrade guna Fantastico
+ Senarai Semak Upgrade
+ Pelan Cadangan Pembelajaran
+ Support percuma melalui emel (maybe saya akan buka forum support)
+ Kemaskini percuma produk
+ Bonus (buat masa ni ada dua bonus – nilai lebih RM30.00)

Rasanya memang amat berbaloi dengan kos RM30.00 yang anda keluarkan. Harga ni saya akan naikkan pada bila-bila masa sahaja bila saya mahu.

Untuk melihat contoh video ini, saya ada letak di laman web jualan video ini. Anda boleh lihat di sana.

Sila lawati laman web berikut:

http://bloggingsteps.com/up/

Kepada para pembeli Pakej Kit Blogger, memang anda sudah memiliki video panduan upgrade ini. Tapi perbezaannya tetap ada terutama dari segi support, kemaskini dan sebagainya. Video yang anda dapat itu hanya satu bonus untuk Kit Blogger sahaja, tapi bukan produk sokongan daripada saya. Maksudnya, saya tak ada support untuk anda bagi proses upgrade. Jadi, jika anda mahu dapatkan support dan kemaskini video ini daripada saya, anda perlu beli pakej video terbaru ini.

Bila sebut bab support ni, saya ingin beritahu awal-awal. Support yang diberikan adalah dalam bentuk nasihat sahaja untuk perkara berkaitan (yang tak berkaitan, biasanya saya tak layan). Anda tanya, saya jawab. Sebaliknya, saya tidak akan melakukan proses upgrade untuk anda. Anda yang perlu melakukannya sendiri. Tapi kalau saya ringan tangan, biasanya saya akan bantu. Anda boleh tanya pembeli Kit Blogger, dalam sesetengah kes, saya akan bantu mereka tanpa sebarang caj. InsyaAllah, itu pun kalau ada masa.

Jadi, saya harap tak adalah pembeli produk ni tanya pasal benda lain yang tak ada kaitan dengan proses upgrade blog. Harap-harap, soalan tu fokuslah pada topik. Saya bagitahu ni, sebab untuk produk kit blogger, ramai yang tanya macam-macam, tapi soalan tu tak berkait dengan proses pemasangan blog.

Dan, video ini sebenarnya telah pun ditambah-baik yang mana paparan dia lebih jelas dan terang berbanding versi lama. Dan ada juga editing yang telah saya lakukan kepada video lama. Jadi, amat digalakkanlah anda mendapatkan video versi terbaru ini.

Ingin saya maklumkan, jumlah file yang bakal anda download adalah lebih daripada 260MB. Maka, penggunaan talian internet broadband amat-amatlah dicadangkan. Tapi saya dah pecah-pecahkan file itu kepada file yang berasingan. InsyaAllah, bila saya dah kelapangan sikit, saya akan buatkan dalam bentuk CD (jika perlu).

Jenis video: Flash video. Komputer anda perlu dipasang dengan Flash Player.

Sebarang masalah, boleh bertanya di sini, PM atau emel saya melalui contact form di laman web jualan.

Harap maklum.

ps. Kepada yang mahu lesen RR, anda digalakkan mendapatkan video personal use ini dahulu untuk melihat produk ini. Nanti bila saya dah keluarkan versi RR, anda hanya perlu bayar balance sahaja. Maksudnya, harga RR tolak harga personal use.

>> Kepada para blogger dot com (WordPress), kini tiada alasan lagi untuk anda tidak upgrade blog anda.

Tambahan: Saya juga ada sediakan servis upgrade blog. Bagi anda yang ‘malas’, tak ada masa atau tak yakin nak upgrade blog sendiri, serahkan tugas itu kepada saya. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

18 thoughts on “Video Panduan Upgrade Blog WordPress Dilancarkan!

  1. RM30? Memang berbaloi la..Banyak jugak video tu.. Nampaknya zul dah launch dia punye.. Saya pun akan menyusul dalam masa 2,3hari lagi untuk official launch..

  2. Salam Zul,

    Tahniah dan terima kasih kerana telah berjaya menghasilkan video panduan ni.
    Saya yakin memang ramai yang memerlukan panduan sebegini.

  3. melalui video yang dibuat dalam pakej kit blogger ia memang best. senang difahami dan amat jelas untuk diamalkan..

    1. Untuk versi terbaru ni, saya dah improve sikit kualiti dan paparan dia. Lebih jelas sikit. InsyaAllah, saya akan update kepada yg lebih terkini dalam masa akan datang.

  4. Terima kasih semua. Skrg saya sedang siapkan versi RR. Siapa yg berminat, bolehlah bersiap sedia. Maybe saya akan hadkan kepada bilangan tertentu sahaja. InsyaAllah, harga tak mahal sangat. πŸ˜‰

  5. Yosh… Ebook Siri Pengiklanan pada hari ini.. 2 hari selepas zul lancarkan Video Upgrade..

    by the way..saya ada sedikit review.. jangan marah jika ada teguran dalam tu…saya bersikap telus dalam review produk..

    Overall, it’s very good.. cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki sebab dalam video ia mudah dikesan benda ni..

    1. Sham, thanks. Serius saya katakan, BI saya sikit lemah. Untuk next version, saya akan perbaiki lagilah. Maybe akan dapatkan review daripada pakar2 BI. Cuma sebab apa ada bunyi mcm bahasa melayu tu, saya saya campur2 istilah BI dgn BM. So, kalau guna 100% slang english dgn BM, pelik pulak bunyinya.

      Dan sebab produk ni video, penonton akan mudah faham, sebab selain dengar, mereka dapat lihat. So, mustahil kalau tak faham.

      Apapun, saya memang akan buat versi terbaru nanti. Versi pertama ni cuma untuk test market. Saper yg tahu pasal test market ni, dia fahamlah. πŸ™‚

  6. hek eleh… boleh laa dapatkannya dengan segera… yang dah ada sedia ada tu boleh laa dapatkannya sekali lagi…

    takper laa untuk test market… takkan nak terus sempurna… lagi lama menunggu lagi rugi… dengan review dan komen yang diberi lepas nih boleh laaaa dipertingkatkan lagi untuk versi yang seterusnya…

    nak tunggu upgrade 2.5 daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa………………..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *