Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Versi baru smartusaha.com

Assalamu’alaikum/salam sejahtera,

Akhirnya, selepas berusaha ’sekian lama’ dapat jua mengalih blog smartusaha ini ke subdomain http://blog.smartusaha.com atau http://smartusaha.com/blog. Pengalihan ke subdomain ini kerana domain smartusaha.com atau root direktori, saya akan meletakkan page untuk frontpage utama yang akan mengandungi link ke beberapa subdomain dan URL yang lain. Jadi, mudah untuk pelawat menavigasi..

Selain daripada itu, wordpress iaitu perisian yang saya gunakan untuk blog saya ini adalah versi terkini,Version 2.0 atau dikenali sebagai Duke Release. Versi kali ini lebih cute dan banyak kelebihan, terutama banyak bugs yang telah dibaiki. Untuk ketahui mengenai versi ini, sila ke sini: http://wordpress.org/development/2005/12/wp2/

DAN perkara penting yg saya ingin nyatakan, tulisan-tulisan saya yang lepas akan dikompil menjadi sebuah e-book. Maka, jika anda ingin membaca, silakanmen-download ebook itu nanti. Doakan agar saya dapat menulis dengan lebih fokus dan efisyen bermula tahun ini. Selama 4 bulan yang lepas, iaitu bermula september 2005, saya mula menulis di blog ini. Saya lebih fokus kepada memberi kesedaran mengenai perniagaan internet seperti kelebihan perniagaan internet, asas-asas mudah, program2 wang yang salah, pesanan-pesanan, dan lain-lain. Saya tidak banyak menyentuh mengenai teknik-teknik perniagaan internet. Itulah fasa 1 saya.. Rasanya, cukup setakat itu fasa 1 tersebut.

Kini, tahun 2006, rasanya sudah bersedia untuk memasuki fasa ke-2. Saya akan lebih fokus kepada teknik, kaedah, tips dan triks perniagaan internet. Selain itu, perkara-perkara yang perlu ada pada seorang usahawan internet juga akan diperbincangkan. Pendek kata, saya akan cuba menyentuh aspek-aspek penting bagaimana kita boleh menjadi usahawan internet yang berjaya dan memiliki ciri-ciri yang positif.

Itulah gambaran kasar untuk fasa ke-2 ini. Jika anda ingin ketahui fasa 1 saya, nantikan edisi kompilasi tulisan-tulisan saya yang lepas. Boleh dikatakan banyak ‘bercakap’ sahaja. :-)

Oklah, cukup untuk kali ini. Semoga anda semua sudi melayari blog ini. Ambillah manfaat yang ada, dan sama-sama perbaiki kekurangan yang ada. Terima kasih.

p/s: Seronok menaip dengan wordpress versi 2 ini.. :-)

Yang benar,
mohd zulfadli
SmartUsaha.Com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

6 Responses to “Versi baru smartusaha.com”

  1. hasrul says:

    en zul, nak tanya

    kalau nak buat blog macam ni awak pakai wordpresskan. kalau nak buat forum plak camner? pakai software jugakkan. tapi camner nak upload? adakah semua file kena upload atau kena gunakan software yang khas?

  2. smartzul says:

    1. Blog sy ni pakai wordpress

    2. Forum, boleh pakai phpBB. Opensource punya. Ada dua cara, setup melalui cpanel hosting atau upload dan setting scr manual. Fail phpBB dalam zip, upload dan unzipkan kat hosting anda. Tak perlu pakai apa2 software khas. Sila download phpBB di http://www.phpBB.com

  3. pyan says:

    teruskan usaha anda. semoga ia diberkati. amin

  4. AzamWahid says:

    Hi semua. :smile:

    walaupun telah lama, saya masih mahu ucapkan syabas dan tahniah kepada Sifu SmartZul. thanks a lot. kehadiran laman blog ini, telah banyak mewarnai dunia saya. banyak warna yang dilukis oleh Sifu SmartZul. again, thanks a lot. :smile:

    ini adalah antara laman blog favorite saya. saya mahu ikutinya dari awalan. saya akan baca 2 post terdahulu mengikut aturan arkib dan 1 post terkini. tiada apa yang merugikan saya! this is a great WeBlog!

    PS: Sifu SmartZul,
    doa-doakan kejayaan dan kebahagiaan saya ya. :smile:

    :grin: “Salam KeBAHAGIAan”

  5. Adney says:

    Tahniah atas laman url baru ni walaupun ini post lame tapi saye suke korek2 blog yg sudah berumur mcm ni.. banyak ilmu yg boleh di cari disini..

Trackbacks/Pingbacks

  1. Business Career Center

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)