Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Valentinse’s Day @ Hari Kekasih: Dah Jelas, Lagi Terang

Mungkin di luar sana tidak setuju apa yang saya tulis ini. Pertama sekali, saya ni bukanlah alim sangat, ilmu agama tu cetek jer, biasa-biasa jer, tak pakai serban pun, tapi ada la janggut seceput, hehe..

Namun, Rasulullah shallahu ‘alaihi wassalam pernah menyatakan, sampaikanlah walaupun satu ayat. Maka, saya akan sampaikan apa yang saya tahu dan saya yakin semua orang dah tahu. Cuma, saya nak guna platform blog ni yang ada google PR5, high ranking kat google dan ramai pelawat, untuk menyampaikan hal ini.

Hari kekasih, sudah jelas akan hukumnya adalah TIDAK BOLEH dalam Islam. Saya tidak mahu guna perkataan haram, sebab orang kita amat sensitif dengan perkataan ni. Lantas tak pasal-pasal saya dicop pengganas. Ops, terguna juga perkataan tu. hehe.. ;)

Jika kita sayangkan agama Islam, semua benda yang ternyata salah dan boleh kita elakkan, maka jauhkanlah diri dari perkara itu. Nampak biasa, tapi hakikatnya kita tidak nampak. Hari kekasih ada banyak perkaitan dengan agama kristian. Kepada pembaca saya yang beragama kristian, jangan salah sangka, agama kami yakni Islam, ada garis panduan sendiri dalam berkasih-sayang, dan bukan seperti hari kekasih ini. Ia TIDAK ADA dalam ajaran agama Islam. :) Tidak menyambut hari kekasih, tidak bermakna Islam bencikan kasih sayang, atau sukakan keganasan, tetapi Agama Islam ada peraturan tersendiri dan batas-batas yang ditetapkan.

Kebanyakan orang ada mengatakan, “ala, bukan buat apa pun, makan-makan jer..”. Persoalannya, malam lain tak boleh ke keluar makan-makan, kenapa bersungguh-sungguh pada hari tu 14 Feb tu? Hmm, dia tak dapat nak jawab.. Jelas, kalau dah nak sambut hari kekasih tu, cakap jer lah nak celebrate, tak perlu nak pusing-pusing cari alasan yang rapuh. Kita orang Islam, tak perlu ikut jejak-jejak dan cara agama lain.

Semakin maju, maka semakin ghairah kita terpesona dengan material dan hiburan yang entah apa-apa. Program Idol, AF, apa ke, semuanya hanya berbentuk keuntungan semata-mata walaupun dimasukkan juga input-input yang baik (sekadar perisa tambahan?). Yang baik jadi rosak, yang rosak bertambah rosak. Kita tak nampak, sebab tu kita ambil ringan… Kesedaran yang tinggi dalam diri teramat kurang, maka mulalah kita menjauhi dari garis-garis keredhaanNya dalam tak sedar.

Oklah, saya tak mahu berkata panjang. Sebab saya takut tersalah taip sebab saya bukan banyak ilmu pun. Ruang komen ditutup, tapi kalau nak nyatakan pendapat, sila ke sini:

http://wangcyber.com/forum/showthread.php?t=2502

Kita bincang kat sana ok. ;)

Wassalam.

“jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh.. jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung..”. -pepatah

Comments are closed.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)
medifast coupon free week