Ingin menjadi USAHAWAN produk informasi yang berjaya?

Saya sengaja membesarkan ejaan USAHAWAN kerana usahawan adalah berbeza dengan peniaga/penjual. Skop usahawan adalah begitu luas, manakala fokus peniaga/penjual hanyalah meniagakan produk, tidak lebih daripada itu.

Seorang usahawan mampu dan akan melakukan pelbagai perkara yang tidak akan dilakukan oleh penjual. Usahawan akan membina sebuah empayar, sebaliknya penjual hanya mahu mengambil sedikit untung bagi kegunaan hidup seharian. Begitu besar beza kedua-duanya.

Apakah itu usahawan produk informasi?

Usahawan produk informasi adalah mereka yang mempakejkan maklumat, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepada bentuk yang memudahkan orang ramai mempelajarinya.

Bentuk produk informasi tidak terhad kepada ebook semata-mata, tetapi juga termasuk audio, video, buku bercetak, blog, laman keahlian tertutup (membership site), coaching, seminar, teleseminar, webinar, workshop, talk (ceramah) dan sebagainya.

Usahawan produk informasi terdiri daripada dua jenis:

  • Konsep kedai runcit
  • Konsep kepakaran

Konsep pertama umpama laman web Amazon, yang menerbitkan dan menjual produk informasi yang tidak memfokus kepada satu kategori / bidang sahaja.

Manakala konsep kedua pula adalah lebih kepada solo entrepreneur di mana usahawan ini lebih memfokus kepada sekurang-kurangnya satu kepakaran.

Saranan saya…

Bagi anda yang baru mahu bermula dalam bidang KEUSAHAWANAN produk informasi, saranan saya adalah mulakan dengan konsep kepakaran (solo entrepreneur) kerana ia lebih mudah dan berkos rendah.

Ini kerana, “konsep kedai runcit” memerlukan sistem tersendiri dan perancangan yang lebih rapi. Saya mengatakan hal ini kerana saya berpengalaman dalam memulakan dan membangunkan EducatticMind.com, iaitu penerbit produk digital informasi.

Sebaliknya, konsep pakar satu bidang yang spesifik boleh dimulakan pada bila-bila masa sahaja terutama topik yang telah kita ketahui, mahir dan biasa melakukannya. Ia pula hanya memerlukan sebuah blog dot com sendiri untuk penjenamaan, sistem autoresponder untuk membina senarai emel (mailing list) dan sebuah Facebook Page secara percuma untuk membina komuniti sosial.

INFO: Saya sekarang dalam peringkat pertengahan merancang modul untuk latihan dan coaching usahawan produk informasi (konsep kepakaran). Adakah anda mahu menjadi usahawan produk informasi (INFOPRENEUR) yang mempunyai kepakaran spesifik untuk membantu memenuhi keperluan pelanggan?

Kata-kata hikmah

Mentor bisnes saya berpesan khas untuk mereka yang mahu menjadi usahawan (bisnesman): (1) Jadi usahawan yang baik terlebih dahulu. (2) Kemudian, baru belajar menjadi usahawan yang baik hati.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Ingin menjadi USAHAWAN produk informasi yang berjaya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *