Usahawan : Kita Mesti Berbangga Dengan Kerjaya Ini

Tulisan saya hari ini ditujukan khusus dan khas kepada mereka yang bekerja sebagai USAHAWAN SEPENUH MASA, tidak kisah online mahupun offline. Bacalah dengan penuh kefahaman, moga anda terus berusaha untuk mencapai kejayaan…

Saya amat yakin, mana-mana usahawan akan mendapat tentangan daripada segala penjuru termasuk ahli keluarga sendiri. Pegangan bahawa kerjaya bekerja dengan orang terutama berjawatan besar dan tinggi adalah yang terbaik masih lagi tebal di kalangan orang-orang kita. Sebaliknya, kerja sebagai usahawan dipandang sebelah mata atau satu kerja yang ‘tiada masa depan’ oleh mereka. Kejayaan bagi mereka adalah berjawatan selaras dengan ijazah atau sijil yang dimiliki. Susah dan kadang-kadang amat jarang untuk mendengar orang-orang kita memperbincangkan mengenai kejayaan orang lain melalui keusahawanan. Padahal mereka tidak sedar, 90% kehidupan mereka ‘bergantung’ kepada usahawan dan peniaga di dalam sehari-harian… πŸ˜‰

Pegangan negatif ini membuatkan, mereka yang baru ingin memulakan perniagaan atau bisnes secara sepenuh masa putus semangat, tertangguh, seterusnya impian mereka untuk menjadi usahawan berkubur begitu sahaja. Tidakkah mereka rasa berdosa ‘memusnahkan’ impian orang lain? “oh, saya cakap yang benar. Nak buat bisnes kena buat elok-elok.”. Hanya setakat itu, tapi jarang kita mendengar kata-kata tambahan seperti ini: “teruskan usaha kau tu, apa-apa hal motivasi down ker, luahkanlah kat aku. Kita kan kawan.” Atau, “oh, kau nak bukak bisnes yer, ermm, aku boleh tolong kau dapatkan modal. Kita ni kan kawan dari kecik lagi.. Ayah aku maybe boleh tolong apa yang patut”.

Sebaliknya, kita sering bercakap separuh ayat dan sebahagian lagi tertinggal. Atau sering menyatakan perkara yang negatif semata-mata.

Bagaimana masalah atau perkara ini boleh diselesaikan??

Tak ada penyelesaian untuk mengubah pegangan mereka, manusia tidak boleh dipaksa, tetapi penyelesaian tetap ada untuk kita yang merupakan usahawan sepenuh masa:

1. Kita buat sahaja kerja kita dan usah pedulikan kata-kata negatif mereka. Cara saya, jika mereka cakap bukan-bukan, saya diam dan buat tak tahu.. 8)

2. Kebanyakan orang memandang remeh kepada kerjaya usahawan, padahal kerajaan sendiri sudah buat kempen seluruh Malaysia: USAHAWAN SATU KERJAYA! Tapi kebanyakan orang kita termasuk mahasiswa yang sedang ‘menanam anggur’, terus-menerus menyalahkan kerajaan. Kata saya yang berbisa, “jangan jadi manusia yang manja!”. Inikah anak yang merdeka?

Teladanilah orang-orang dulu yang berani survive dan kuat jati-diri. Nak tentukan peluang pekerjaan pun nak harapkan orang jugak ke? πŸ˜‰ Satu jari kita tuding kepada orang, 4 jari lagi menuju ke arah kita. Ketahuilah juga, salah satu tersebarnya Islam ke seluruh dunia adalah melalui aktiviti perdagangan (perniagaan). Maka, dengan asbab keusahawanan dan perniagaan itu, perkara lain pula boleh terjadi.. Allah Maha Besar.

Maka kepada usahawan sepenuh masa, berbanggalah kepada diri anda sendiri, kerana anda sanggup menempuh ombak dan badai! Anda bukan manusia manja yang menunggu bulan jatuh ke riba. Maka kenapa ingin gusar akan kata-kata -ve orang? Berbanggalah usaha anda itu..

3. Kerjaya usahawan amat mulia. Asas perniagaan dan keusahawanan adalah memenuhi kehendak dan keperluan manusia. Segala keperluan manusia kebanyakannya dipenuhi dan diberikan oleh usahawan yang kreatif di dalam mengeluarkan produk atau perkhidmatan. Maka, mengapa anda wahai usahawan sepenuh masa ingin sedih dan berduka? Anda membantu orang lain untuk hidup dengan sebaik-baiknya dengan memenuhi keperluan harian mereka. Sekali lagi, anda wajar dan patut berbangga.

4. Anda susah di waktu awal bisnes?? Ada orang yang menakutkan anda? Usah melayan kata-kata mereka itu, kerana anda dan mereka adalah berbeza. Anda seorang yang berani menanggung risiko dan menghadapi cabaran, tetapi kebanyakan mereka lebih suka berada di zon selesa, manja dan takut untuk survive.

5. Sudah tidak tahan? Income tidak seperti dijangkakan? Pelajarilah daripada kesilapan. Di awal bisnes anda biasanya akan terbuat banyak kesalahan. Belajar dari kesilapan, pastikan tidak buat lagi, tingkatkan usaha, terus menambah ilmu, bersabar, banyak berdoa, dekatkan diri dengan Yang Esa, insyaAllah, anda akan menjadi usahawan yang hebat dan berjaya. JANGAN CEPAT PUTUS ASA!

6. Adat dunia dan manusia, bila kita gagal dan tiada apa-apa, mereka menjauhi kita. Tetapi bila kita sudah berjaya, mereka siap mengampu-ngampu lagi. Dulu juga, mereka berkata macam-macam, tapi bila kita sudah berjaya, kejayaan kita itulah yang akan menutup mulut mereka, walau hati mereka tetap masih bersifat sama. Pastikan anda berjaya, kerana hanya dengan kejayaan, anda boleh mendiamkan diri mereka yang -ve itu.

Itulah beberapa ‘cara’ atau saranan saya yang saya sendiri pegang sampai sekarang. Saya tak kisah orang nak kata apa pun, sebab tu mulut dia, bukan mulut saya. πŸ˜‰ Setuju? hehe..

Mengapa saya menujukan tulisan ini khusus untuk usahawan sepenuh masa? Mudah jer jawapan saya, usahawan part time tak sama dengan usahawan full time. πŸ™‚

Wassalam, jumpa lagi.

PS. Moga dengan kedatangan bulan yang penuh rahmat dan berkat ini (ramadhan), saya doakan agar semua para usahawan berjaya di dalam kerjaya anda. InsyaAllah. Teruskan usaha anda, atasi segala cabaran!

PPS. Jangan salah sangka dengan tulisan ini. Bukan ingin mengangkat kerjaya keusahawanan, tetapi tulisan ini berbicara mengenai kepercayaan -ve di kalangan orang kita mengenai keusahawanan, dan mereka yang tidak mahu mencipta kerja sendiri, banyak ber-alasan dan ‘manja’. Ketahuilah, bekerja makan gaji juga mulia, ia juga satu cabang mencari rezeki. Bekerja dengan orang juga mempunyai saranan dan dasar di dalam as-sunnah.

Hayati ‘iklan’ ini seketika dan fahami maksudnya:

*****************

“eh, anak aku kerja jurutera, gaji 10,000 sebulan.”

“ye ker, anak aku pulak kerja pegawai kerajaan. Berpengaruh jugak dia tu..”

“hmmm, anak saya pun hebat juga. Nun haa kat oversea lagi. Gaji bukan dalam RM, tapi dalam USD. Lagi besar..” πŸ˜‰

“eh Minah, anak kau kerja apa pulak?”

“ermmm, anak aku bukak bisnes sendiri jer. Jual keropok lekor..”

“Alahai, berapa lah sangat pendapatan jual keropok lekor tu minah oiii..”.

Makcik Minah menjawab dengan padat, “Cawangan bisnes anak aku ada 10 kat Malaysia. Kat Singapore pulak ada 2 cawangan, kat US, ada 3, kat Filipina, ada 2 dan kat UK ada 3. Setiap minggu dia akan balik kampung jenguk aku dan tiada masalah untuk meluangkan masanya bersama keluarga”.

Selama ini makcik Minah tidak pernah membuka mulut mengenai kerja anak tunggalnya itu. Mungkin kali ini sudah tidak tahan dengan ego kawan-kawannya tersebut, maka ‘tersemburlah’ kata-kata yang memadam terus ego tiga sahabatnya tadi.

Anak sulung makcik Minah memang sederhana orangnya. Kereta yang dipakai pun biasa sahaja, buat orang tak tahu yang dia seorang usahawan yang berjaya dan income bulanan mencecah puluhan bahkan ratusan ribu. Atau, jutawan senyap….? πŸ˜‰

Tiga orang makcik yang penuh berbangga dengan anak masing-masing ternganga dan terdiam seribu bahasa. Dalam hati mereka, “aduhai, bahagianya si Minah.. Kan bagus kalau anak aku juga macam tu..” πŸ˜‰

* Cawangan tu francais lah kot.. πŸ˜‰
** Cerita ini hanya rekaan semata-mata

*****************

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

50 thoughts on “Usahawan : Kita Mesti Berbangga Dengan Kerjaya Ini

    1. Saya tak ingat citer nih kat mana… kalo tak silap dalm paper agaknya. beliau bawak duit rm5,000 duk dalam raga basikal beliau. namun basikal tua sapo yang teringin nak hambik…

      maka berlaku satu rompakan kereta yang menyebabkan pemiliknya kehilangan jumlah wang yang besar. kereta dan basikal mana pilihan perompak?

      1. mestilah kereta abdfatah…
        tak-tak kereta besar…
        pantang ditengok perompak…

        kadang2 kereta je besar tapi poket kosong…hehe…
        hutang berkeliling pinggan…isk isk isk…

        han

    2. cerita rekaan yang realitinya memang ada dan sudah terbukti… takkan nak tunggu rumah bungalow depan mata baru nak percaya. bungalow buatan sendiri pulak tu… bukan buat pinjaman perumahan yang menyusahkan ramai orang…. bukan upah kontrakor yang tak siap2 nak siapkan sebijik rumah…

      tunaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…..!

      1. ni biasa lah…
        diam diam ubi berisi tu…
        tengok orang selamber je…
        pakai seluar pendek je…hehe…
        tapi…rumah bangalow tu…kereta bmw…
        semuanya besar…

        han

  1. Saya memang setuju 200% dgn saudara Zul. Saya nie pun berenti kerja kerajaan sebab minat berniaga dan dah setahun lebih bukak kedai menjual & baiki komputer. Yang sedihnya tidak seorang pun anggota keluarga & saudara mara yang bagi sokongan moral apatah lagi bantuan kewangan. Tapi saya tetap kuatkan semangat dan bulatkan tekad… apa nak jadi pun jadi lah, saya akan teruskan apa yang saya impikan selama ini. Memang saya akui pada peringkat awal memulakan perniagaan amat perit dan banyak cabarannya tapi saya berpegang pada pepatah “Tidak ada jalan senang untuk menuju kejayaan”.

    1. usaha mesti diteruskan dengan penuh kesabaran. dengan pengalaman tersebut akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya utama dan sepenuh masa. selamat maju jaya…

    2. takpe nasir…
      saya sokong nasir…
      teruskan usaha…nanti mereka nampak apa yang nasir buat tu, mereka akan sokong punya…
      mereka ni kadang2 takut kita tak berjaya je…bukan apa pun…
      mereka kan sayang kat kita…sebab tu mereka mcm tu…
      bila mereka faham apa kita buat, mereka akan sokong….
      teruskan usaha nasir tu!

      han

  2. Apa apa bisness,1 tahun pertama adalah tahun yang cukup perit.Kalo lepas 1 tahun tu..kene p step seterusnya tahap 3 tahun..lepas 3 tahun ia akan jadi stabil..Inyaallah akan survive..

    Saya tengah cuba menambahkan lagi sumber income,sekarang tengah cuba berubah kepada produk fizikal..

    1. tahap pertama memang memeritkan tatkala baru nak bermula. maklumlah masih baru dengan dunia perniagaan dah tentunya banyak pengalaman yang perlu dilalui sebelum apa-apa bisness berkembang stabil… maka tahap dua dan tahap seterusnya berapa tahap kemudian kita akan dapat memaksimumkan pendapatan kita dengan jayanya…

      1. tahun pertama memang memeritkan…
        tahu jelah…tak pernah buat bisnes…
        kalau dalam setahun kita dapat perkembang yang baik tu memang sangat baik…
        jarang sangat orang yang tahun pertama tu dapat lalui dengan baik…

        han

  3. Yeah.. Tajuk yg amat saya tggu2 ni..

    Seorang ‘usahawan’ perlu memotivasikan dirinya agar dapat ‘berlawan’ dengan halangan2..

    Walaupun dah hampir 7 bulan xberjaya tp saya masih di sini.. Sbbnya inilah impian dan kerjaya yang “low profile” yg amat saya minati..

    PS: Semuanya atas motivasi dr Zul juga.. Thanks zul.. πŸ™‚

    PPS: He he.. msuk internet curi2 skrg ni..

  4. Artikel ini menaikan ‘MOTIBASI’ kami semua
    Teruskan agar kami semua bermotivasi menuju ke arah negara yang mempunyai ramai usahawan yang teguh pendiriannya

    1. terus ke arah yang lebih baik!
      tu adalah jiwa usahawan tu…
      teruskan hidup dengan penuh semangat dan bermotivasi….
      malaysia boleh!

      han

  5. salam.waa,apa yang en.zul cakap ni mmg kena la dengan situasi sekarang.saya baru berumur 20,masih belajar.tp dlm masa setahun ni saya ada buka syarikat sendiri.mmg perit la tahun pertama ni.sama mcm responden kita tu(en.sham).dan saya pun masih kukuh berdiri di sini.nabi kita ckp 80% kekayaan berpunca daripada perniagaan tu bukan cakap2 kosong.kalau dah seorang rasul yang ckp mcm tu,tentu ada kebaikan di sebaliknya.fikir-fikirkanlah.

    1. yeaa.. sudah tentunya rezeki yang melimpah adalah dari perniagaan. maka berniagalah jika anda mempunyai minat dan kesungguhan sebagai usahawan tak kira apa jua cabaran dan rintangan yang berkunjung tiba… jangan berundur selagi belum berjaya…

    2. 80% ke 90%?
      rasa-rasa saya 90%…hehe
      syarikat apa syah buka tu…
      tahniah kepada syah kerana umur 20 dah boleh bawa syarikat dengan baik…

      han

  6. Bang zul, masa bapak saya buat keputusan untuk berniaga pasar malam, ramailah yang pandang rendah kononnya diorang tak da lah susah sampai nak meniaga pasar malam ( kerja pasar malam pun bapak aku ada degree civil engineering tau) , kerja tak dapat jadi buat keputusan meniaga, masa tuh saya baru pindah dari Taman Maju , Tronoh , Perak ke USM Transkrian , keadaan disini cukup berbeza terutama dari segi harga sewa rumah cukup mahal ,yerlah dulu duk rumah sendiri skang nih kena sewa , tapi oklah kerana meniaga pasar malam keluarga saya boleh hidup lebih selesa berbanding juruteknik yang lain (bapak aku juruteknik) , skang dah beli rumah teres 2 tingkat (walaupun hutang still mampu bayar) , kawan kawan bapak saya yang lain tuh tak tahulah .

    1. mereka tengok perniagaan dari sudut rugi kalo jualan tak laku. kalo tengok dari segi keuntungan jangka panjang dah tentu ada yang laju memulakan perniagaan… kalo dah tak nampak jalan untuk berniaga memang taklej nak paksa sesiapapun kecuali dari dalam diri kita sendiri… yang mahu dan berminat untuk berniaga…

    2. orang pandang rendah, biar je lah…
      yang penting kita tahu apa kita buat…
      peduli kan mereka tu…
      kita buat kerja kita…
      bukan nya menyusahkan mereka…

      han

  7. Dah termaktub punca kekayaan 9/10 datangnya dari perniagaan. So jangan risau, itu adalah jaminan Nabi. Yang penting teruskan usaha, cakap-cakap negatif tu memang biasa, dah lumrah alam. Jadikan kritikan dan kutukan sebagai pembina semangat. Jangan putus asa.

  8. Assalaamualaikum wrt.wbt

    memang benar kalau boleh den nak berdiri atas kaki sendiri. yang sodeh generasi ‘rang tua’ tak paham apa yang den buat. “apo yang ekau adap dopan komputer tu?”
    dia orang ingat den main games cam anak2buah den main sekarang, main ‘play station’.
    puas den terangkan tapi depa buat2 tak paham atau apa, tak taulah. bila den terangkan boleh buat duit cara camni, depa tak percaya. “sapo nak bagi ekau duit”.
    tulah dilema yang den hadapi sekarang. sudahnya den ‘lari’ kecyber cafe.

    1. oh… itulah dia cabarannya. takpe laa kalo lari ke cybercafe untuk meneruskan perniagaan dan buat duit dengan perniagaan internet. jangan lari dari perniagaan dah laa… usah pedulikan mereka yang tidak percaya… buat kerja perniagaan kita dengan selambanya sehingga berhasil…

  9. Apa yang penting, kita buat keje kita sendiri tanpa perlu mendengar pandangan orang lain.

    Memang terlalu ramai yang negatif diluar sana, dah tahu org tu negatif, lebih baik elakkan.

    Lagi pun, tak perlulah kita membanding kan dengan org lain.

    Kita berjaya, org pun dok mengata, kita gagal, lagi org dok mengata.

    1. berjaya pun kena kata, tak berjaya pun kena ngata…
      jadi baik berjaya lah…kita pun gembira…
      orang yang gembira berjaya sebab mereka dengki…
      tu perkara biasa…
      tapi bila kita berjaya, mak ayah kita gembira sebab anak mereka berjaya…
      tu yang penting tu…

      han

  10. Minda peniaga memang kurang dalam masyarakat kita…jadi, wujudlah mentaliti pekerja, bukan mentaliti majikan…apapun, perkara ni perlu diubah, dan para usahawan dan bakal usahawanlah yang perlu merubahnya πŸ™‚

    1. masyarakat kita lebih suka berkerja dengan kerajaan…
      sebab mereka rasa lebih selamat…
      gaji tetap ada…
      bahkan mereka tidak nampak pasal perniagaan…
      kalau mereka nampak, saya percaya mereka pun akan suka…
      jangan sesekali tunggu peluang yang datang cari kita…memang mustahil tu…
      cuba kita yang cari peluang…

      han

  11. ahh..alah biasa tegal biasa..biaslah manusia..macam2 kerenahnya..

    dulu kat sekolah rendah…tgk kawan wat bisnes jual pen..aku pun ikut gak wat bisnes..jual nasi lemak..beli dari makcik tu 30sen..jual kat member 60sen…sebab kat sekolah dlu..nasi lemak 50 sen..tapi tak sedap..so , diorang pakat2 beli dgn aku walaupun harga aku mahal..tapi sedap! sebabnya..aku punye supplier, makcik tu..bagi sambal lebih..samal dia sedap…ikan bilis lebih..timun lebih…yg paling best..nasi dia pun lebih..kekadang dapat kerang free..slalu aku order 15 bungkus hari2..yg tak laku..aku tibai sendiri la..haha..bisnes nasi lemak..umur aku baru 12 tahun masa tu..

    pastu..bisnes jual pelekat dgn pemadam..kencangla jugak..lepas duit aku makan cendol dgn beli komik..

    skrg..wat bisnes fizikal dan internet..tgh syok join e-bay…

    1. wah… menarik nih. bisness kecil-kecilan di sekolah. memang rugi sakan laa makcik yang tender kantin tu nampaknya…

      kalo nasi lemak tak sedap kat kantin tu … terpaksa jugak beli. nasib baik ada pilihan dari pembekal nasi lemak sambilan. dapat jugak tambah pendapatan. memang minda usahawan laa walau pun ikut-ikutan …

      kawan saya masa sekolah menengah dia jual gak nasik lemak dan pulut lepa kat sekolah sehinggalah dikesan oleh guru sekolah dan diberikan amaran.

      permintaan menggalakkan jugak laa …berebut2 nak beli dari dia…

    2. macam adik saya pula…hehe…
      tahun lepas dia bawa vitamin C pergi sekolah juga…
      rm1 4biji…laku juga…
      tapi tau jelah…budak2 kan…
      bila dapat duit sekejap je habis….
      tambah pula hagat-hagat tahi ayam…

      han

  12. Masyarakat kita memang masih memandang rendah tentang berniaga sendiri. Dulu saya pernah bekerja di ofis, masa tu takde orang pandang rendah. Tapi selepas saya buat full-time internet marketing ni, ada gak kawan-kawan yang rasa saya ni ‘kureng’ le berbanding mereka, malah ada juga ahli keluarga yang malu nak jawab kalau orang tanya saya buat apa. Ramai yang rasa takkan berjayalah orang yang buat bisnes di internet kerana sifatnya yang maya (virtual). Mereka tak sedar, bisnes kita bukan sekadar sempadan pekan kita atau sesuatu kawasan, tetapi adalah global. Untuk mereka yang membuat internet marketing atau internet business, the world is your oyster.

    1. biasalah kalo dah makan gaji. nampak stabil dan duit masyuk tetiap bulan. senang lenang dan tak payah bersusah-payah berhempas pulas cari duit mengikut cara yang dikatakan sukar pada pandangan mereka… perniagaan bagi mereka adalah halangan untuk mendapat pendapatan secara tetap…

    2. orang yang makan gaji hanya tahu makan gaji je…
      mereka tak suka kembangkan otak mereka fikirkan perniagaan…
      bahkan potensi perniagaan mereka tak nampak…
      tu lah masalah mereka…

      han

  13. Cerita kamu menariklah zul,
    OOOOOOOoooooOOoorang biasa…….
    Baaaaaaasikal tua ,

    Menjadi orang biasa lagi bagus,

    ——
    Saya telah mendapat tahu yang ada orang menjual nasi dan ayam (mcm dikfc punya) (di kawasan ini) .Setiap hari saya lihat orang ramai berkunjung didalam gerai mereka . Nama nasi tu ialah “Nasi Katok”.Bila ditanya berapa pendapatan dalam satu bulan … RM2 X 20 orang=RM40 (Sehari),belum termasuk minuman tin dan sebagainya dan dalam sebulan RM40 X 30 Hari= RM1200 , Lepas tu buka 3 lagi cawangan yang berhampiran disekitarnya… Berapa kira-kira pendapatan tu ah ? Modal hanya ayam,daging,cili padi,tomato dan satu dapur gas.Kalau gerai buka 24 hours ? dan Tambah lagi dengan perniagaan lekor ?

    Hehehe, lumayan juga kan…. : )
    Kalau ada orang memandang rendah pada perniagaan kecil,tak patut,BSKL meningkat kerana hasil pendapatan kebanyakannya diperolehi daripada pendapatan berniaga secara kecil-kecilan kepada perniagaan yang lebih besar…

    1. bermula dengan satu dan kemudian membuka lagi dua tiga tempat lokasi perniagaan… jika untung rm500 sehari kira okeh laa dan sekiranya jualan satu gerai menurun dan gerai yang lain laju…. macam mana?

      kita takkan rugi apa-apa. malahan ia amat menguntungkan…

      kalo kerja makan gaji dengan gaji rm500 sebulan dengan satu kerja sahaja, mana yang lebih lumayan sekiranya mempunyai gerai 2,3 bijik gerai beroperasi setiap hari?

    2. memang lumayan sangat tu…
      tapi ramai yang tak nampak…
      mereka cuma tahu memandang rendah je…
      kalau takde penjual ni, mereka baru tahu susah nak cari makan masa waktu rehat…hehe

      han

  14. Lepas saya baca buku Jutawan Senyap tulisan Dr Rusli, barulah mata saya tercelik besar-besar bagaimana usahawan berjaya sebenarnya paling best in term of job satisfaction, life qualit & sudah semestinya pendapatan…

    hehe… Keep it going Zul! πŸ™‚

    1. itulah dia himpunan pengalaman mereka yang bergiat dalam dunia perniagaan yang membolehkan mereka hidup tanpa bergantung harap dengan makan gaji semata-mata. cari kerja kosong semata-mata. meninjau-ninjau iklan jawatan kosong setiap hari…

      “asyiknya dia tu dengan suratkhabar online…”
      “cari apa?”
      “dah tentunya cari jawatan kosong…”

      hihiii

  15. yeaa… tatkala kit susah siapa yang nk datang menjenguk? siapakah pula yang dtang menjenguk tatkala senang…

    kalo nak difikirkan mereka sebenarnya tidak tahu apa-apa apa yang kita tahu dan mahu lakukan untuk menjadi usahawan yang berjaya. sedikit sebanyak akan menjejaskan keyakinan mereka bahawa usahawan bukan kerja yang senang… silap hari bulan kita akan kecundang dn gagal. dan citer gagal itu yang mereka tk suka nak dengar…

  16. memang ramai yang pandang rendah pada usahawan…
    sebab mereka bukan usahawan…mereka tak tahu potensi usahawan…
    dan mungkin mereka selalu mendengar cerita pasal usahawan yang gagal…
    yang berjaya mereka tak dengar…

    tapi nak jadi usahawan bukan senang..nama dah usahawan…kena lah usaha kuat2 baru boleh…hehe

    han

    1. gagal adalah teman akrab kpd kejayaan. jangan terlalu sisihkan kegagalan yang memberikan makna yang cukup bagus dengan kejayaan…

      dalam usahawan kegagalan bermakna pengalaman.

      kalo cikgu tanya kat sekolah apa makna kegagalan jawablah ia sebagai pengalaman ke arah kejayaan…

        1. kalo gitu kena tambah makna dalam kamus perkataan GAGAL itu seerti dengan PENGALAMAN. kalo salah dengan markah yang merah… katakan ia adalah pengalaman.

          markah 30 je? itulah pengalaman…

          takkanlah semuanya merah markahnya…?

  17. hahahaa… nanti laa… biarkan mereka dengan kata-kata negatif mereka, tatkala dah dapat merce sebijik nanti barulah terlopong bijik mata… bukan senang nak dapat sebijik merce sebagai usahawan internet…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *