Usahawan : Kerjaya Yang Mencabar

Saya pernah berjumpa dan juga diberitahu oleh mereka yang begitu terkesima dan teruja dengan bidang perniagaan internet.. “zul, saya nak berhenti kerja. Nak buat full time internet business..”. Saya terus jawab, “jangan.. Kerja dulu biar semua aspek dah cukup..”.

Ok, cerita tu kita stop dulu, apa yang saya nak cakap adalah, apabila dikatakan sebagai usahawan, satu perkara yang akan ada dalam kamus hidup usahawan adalah SABAR dan TIDAK PUTUS-ASA.

Sabar bukan sahaja di dalam mencapai kejayaan dan meraih keuntungan dalam jualan, malah sabar di dalam menghadapi karenah pembeli produk yang dijual. Seorang pembeli, atau pelanggan, mereka tidak mahu mendengar apa-apa alasan anda sekali-pun. Janji, mereka dapat apa yang sepatutnya mereka dapat. “Itu hal awak, yang penting apa yang saya bayar, saya dapat..”.

Kebanyakan orang menganggap bahawa, berniaga di internet semuanya indah-indah dan senang-senang belaka. Jarang kita mendengar atau membaca hal-hal sebegini bukan? Menjadi seorang usahawan bukan hanya setakat “saya jual awak beli” semata-mata. Ia lebih dari itu..

Jika anda memulakan bidang keusahawanan tanpa persediaan mental dan ilmu di dada, kemungkinan untuk anda putus-asa itu amat tinggi. Melainkan usahawan adalah cita-cita sehidup semati anda (macam saya), maka sudah pasti anda sanggup melalui apa sahaja termasuk menerima caci-maki orang atau komen-komen pedas daripada pelanggan, kawan mahupun lawan.

Apa yang saya katakan di atas lebih kepada usahawan sepenuh masa, iaitu kerjayanya adalah usahawan. Namun, tidak kisah anda menjual di internet secara part time atau ful time, anda perlu banyak sabar.

Sabar jika produk tak ada orang beli, sabar dengan1001 karenah pelanggan, sabar dengan internet yang slow, sabar dengan pelanggan yang nak guna produk kita tapi tak tahu, sabar jika sesuatu yang dibuat tak jadi, sabar dengan segala perkara.

Jika nak diceritakan benda-benda yang tak indah ini, boleh sahaja saya kongsikan.. Saya bukan mahu lemahkan semangat anda, tetapi saya tidak mahu kelak anda akan menuding jari kepada orang lain..

Maka hari ini, tanya diri anda, adakah aku layak jadi usahawan internet? Jika anda malas melayan pelanggan, jika anda nak lepas tangan memberi support kepada pembeli, jika anda tak sanggup menghadapi pembeli yang beraneka ragam, maka dunia keusahawanan mungkin bukan dunia anda.

Ramai yang nak berniaga, tapi semuanya tak nak dan malas.. Perkataan-perkataan sebegini, tidak ada dalam kamus usahawan. Mereka perlu rajin, rela berkorban, tidak kenal penat dan sanggup melayan karenah-karenah pelanggannya.

Adakah anda sanggup? Jawapannya pada diri anda.

Perniagaan internet, tak semudah disangka. Tapi jika anda telah memulakannya, lakukanlah dengan terbaik dan akhirinya dengan baik juga.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

16 thoughts on “Usahawan : Kerjaya Yang Mencabar

  1. Dengan kekurangan fasiliti,kita tidak boleh mengalah & jadikan alasan.IM di Malaysia sudah pun melakukan yang terbaik untuk newbie.(terutama Mr Over deliver!).Cabaran sentiasa mendatang tidak mengira siapa & apa.

  2. hmmm.. tuhler cabaran jadik usahawan yer.. kengkadang tensen jugak bile baru jer baring atas katil, tepon berdering-dering.. tambah lak bila soklan yang diajukan dah ada jawapannya.. cume pelanggan malas nak carik jer.. hehehehe..

  3. saya berpndapat bhw cabaran yang dihadapi mejadi pembakar semangat kpd IM itu sendir dan tidak kurang juga yang berputus asa dek kerna tidak tahan dengan cabaran dunia pernigaan inet..

    btul apa yg zul tulis, hanya kesabaran dan sifat x mudah berputus asa saja yg membolehkan seorang IM itu menghdpi segala cabaran.

    Walaupun kita tahu, cabaran dunia perniagaan inet ini cukup besar terutama sekali persaingan diantara IM2 yg lain tp saya yakin persaingan yg sihat sebegini akan mejadikan IM itu lebih matang dan mempunyai kredibiliti seorang IM sejati..btul x zul ??

  4. Sebagai usahawan, banyak persediaan yg perlu ada. Bukan shj fizikal bahkan yg paling penting mental. Ramai org yg kecundang dlm biz sbb kurang ketahanan mental. Permulaan semangat, antusias tinggi, tapi bila dah harungi pelbagai masalah, semangat mula down. Seorang usahawan yg hebat pernah berkongsi dgn saya katanya, ” Hanya orang yg sanggup menerima tekanan dan tanggungjawab yg lebih yg akan maju dan terus maju ke arah kejayaan…”.
    Perlu diingat juga, “CUSTOMER ALWAYS RIGHT”…
    Bukan nak bagi motivasi, sekadar perkongsian dari apa yg pernah saya dengar 🙂

  5. huhu… dulu masa saya kerja di ofis, saya start kerja 8.30pagi, jam 6:00pm dah stop. Balik rumah dan weekend tak payah fikir dah kat ofis tu… kecuali ada dateline, project …

    Tapi sejak saya buat internet biz full-time, saya kerja selepas Subuh sampailah tengah malam. Hari Sabtu dan Ahad pun belek websites dan blogs, tulis contents, baca ebooks …

    Memang flexible masa if kerja bisnes sendiri, tapi kalo kita tak berdisiplin, tak rajin, then time will be wasted and duit pun kurang.

    Mula-mula saya buat full-time 1 1/2 years ago, disiplin saya kureng.
    Rasa macam burung bebas dari sangkar…
    Yelah, tak perlu berdepan dgn Boss, takde dateline, takde peraturan ofis,
    tak yah punch in …. takde berdiri dalam LRT, tak perlu redah jam atau cari tempat parking kereta …
    Memang rasa bebas …
    Tengahari dah keluar jalan-jalan ke shopping complex,
    kalo tak keluar pun, gayot kat talipon …
    …. dan tido petang … (!!!)

    Tapi saya memaksa diri untuk disiplinkan diri.
    Alhamdulillah disiplin dah ada … tapi hahaha … asyik working je lak…

    So, bagi yang nak buat full-time.
    Make sure dah ada resources cukup to do so.
    Make sure dah ada income stabil.
    Dan paling penting… DISIPLINKAN diri …!

    1. Betul tu kak G. Usahawan ni sesuai utk mereka yg tak kisah dgn cabaran. 🙂 Dan satu lg, buat bisnes sendiri memang perlukan disiplin. Hatta skrg pun kdg2 terlari dari perancangan. 😉

  6. banyak cabarannya… nama lagi usahawan jatuh bangun . sakit deman. susah payah kita, kita yang tanggung sendiri. sekiranya jatuh tak bangun2 siapa yang nak peduli? kalo berjaya sekalipun orang tetap akan susah hati… maklumlah mereka takleh nak tengok orang senang duduk senang lenang.. mereka nak susah sebagaimana mereka jugak susah. barulah suka hati riang gembira hari raya…

    cabaran tetap akan menjengah mereka yang mahu bergelar usahawan. jika tidak mereka takkan bergelar usahawan jika cepat mengaku kalah dengan apa jua cabaran yang mendatang…

  7. manakan tiada cabarannya… ia datang dari pelbagai sudut samada dari keluarga atau rakan-rakan apatah lagi mereka yang tak sukakan anda untuk menjadi usahawan… memang berliku betul kalo nak jadi usahawan nih… bukan calang2 orang boleh jadi usahawan… lebih2 lagi nak jadi usahawan sekelip mata…. mana boleh cara itu macam???

  8. sekiranya zul tiada cabaran dari saingan kawan atau bukan kawannya mcam mana ? dah tentunya zul akan terus berada di tahap yang sama setiap masa tanpa sebarang perubahan. dengan adanya cabaran menjadikan zul lebih mantap dan terus gigih berusaha dengan jayanya…

    1. pesaing kan pedorong kita untuk terus berusaha…
      kalau tak de pesaing, takde lah kemajuan…
      kerana pesaing kita semakin meningkat dan terus berusaha…

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *