Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Pilih Mana Yang Sesuai Dengan Diri Sendiri

12 08 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Di dalam bidang perniagaan Internet, atau buat duit di Internet, terlalu banyak cabang, cara, strategi, kaedah dan teknik. Terkadang dalam satu masa, ada orang memperlekehkan sesuatu kaedah dan mengangkat kaedah yang dilakukannya. Ini adalah tidak adil.

Jika anda membaca banyak artikel, ebook dan sebagainya, terlalu banyak cara yang disarankan. Sebagai contoh, cara buat duit cepat, cara buat duit secara serius, buat duit berdasarkan minat, buat duit tanpa modal, buat duit dengan modal kecil dan 1001 satu kaedah lagi.

Apa yang saya ingin nyatakan di sini adalah, jangan begitu pening kepala dan mengusut-masaikan keadaan sedia ada. Cukup hanya anda pilih apa yang anda mahu dan apa yang anda perlu. Sudah semestinya juga ia sesuai dengan anda.

Sebagai contoh di sini, jika anda mahukan duit dalam masa 1 minggu, maka kaedah Survey yang saya sarankan tidak sesuai digunakan. Malah, model menulis ebook sendiri pun juga tidak sesuai untuk keperluan anda. Sebaliknya, anda boleh gunakan teknik lain yang lebih cepat ( blackhat? :) ).

Contoh lain lagi ialah, jika anda sekadar mahu buat duit tambahan, maka cukuplah sekadar buat duit dan tidak perlu bersusah payah membina perniagaan sendiri. Sebab, anda bukan nak berhenti kerja pun. Sebaliknya, anda hanya mahu buat duit tambahan sahaja.

Saya bagi contoh lagi. Jika anda minat dengan sesuatu bidang dan anda mempunyai masa yang banyak untuk memikirkan idea perniagaan berdasarkan minat tadi, maka anda boleh melakukan apa yang anda minat sebab anda ada banyak masa dan tidak memerlukan wang dengan cepat.

Begitu juga dengan model-model buat duit di Internet. Ada buat duit dengan blog, ada jual ebook, ada resale rights, ada program pengiklanan, menulis ebook sendiri, lelongan, menjual produk fizikal, servis, konsultansi dan banyak lagi. Anda pilih apa yang anda sesuai dengan anda dan sesuai dengan keperluan anda.

Tidak ada satu formula atau tidak ada satu titik noktah di dalam sesuatu perkara. Anda pilih dan buat. Jika saya kata buatlah Survey, tidak bermakna anda perlu buat survey sebab ia mungkin tak sesuai dengan keperluan anda. Jika saya kata buatlah perkara yang anda minat, tak semestinya anda buat apa yang anda minat. Sebaliknya anda boleh buat sesuatu perkara yang lebih menguntungkan berbanding apa yang anda minat.

Kesimpulan di sini, ukurlah baju di badan sendiri. Tanya diri sendiri. Apa yang anda mahu buat? Apa yang anda perlu? Apa yang sesuai dengan perkara yang akan anda buat? Dan apa yang sesuai dengan anda? Sudah terjawab soalan-soalan itu, maka lakukan tindakan dan usaha bersungguh-sungguh sampai dapat hasil yang dimahukan.

Kata-Kata Hikmah: “Kegagalan yang sebenar ialah tidak bertindak”.

Sekian, wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Mesej Terpendek : Just Do It & Focus
  • 10 Model Bisnes Internet
  • Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda
  • Bagaimana anda boleh berjaya dalam perniagaan internet?
  • Pilih Satu, Kaji & Buat
  • “Err, Macam Mana Nak Buat Bisnes Internet Ya?”
  • Anda Wajib Ada Gravatar!
  • Produk untuk di-niagakan di internet
  • Perniagaan Internet: Biar Slow Tapi Steady
  • Model Perniagaan Drop Ship

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    9 Comments »

    Comment by mazlie nadzri
    2008-08-12 20:28:14

    salam zul..

    Wah..lama tak dengar khabar zul? Sihat? Betul apa yang zul tulis tu, ukur baju dibadan sendiri :)

     
    Comment by pyan
    2008-08-12 20:54:13

    Ya memang betul , setiap orang mempunyai tujuan dan kemampuan tersendiri. Kita tidak serupa.

     
    Comment by Nabieel
    2008-08-12 21:56:57

    em..dah lame berdiam..sekali post menyengat..

     
    Comment by Raymond Chua Subscribed to comments via email
    2008-08-12 23:48:46

    Saya lebih sukakan model perniagaan yang tahan lama dan autopilot.

    Tak dapat untung dulu tak pe. Janji untuk besar kemudian. :)

     
    Comment by khairul Subscribed to comments via email
    2008-08-12 23:50:49

    Kesesuaian dan keselesaan yang kena pada diri sendiri amat penting dalam kita memulakan perniagaan Internet supaya memudahkan kita untuk membuat revision dan mempromosikannya kerana serba tahu tentang produk atau perkara yang hendak dikembangkan dalam sesuatu produk yang telah diceburi.

    ======================================
    Bisnes TDTone

    http://bisnesTdTone.com/khairul

    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
    =======================================

     
    Comment by Shukor
    2008-08-13 12:54:42

    Memang betul kata Zul, ramai yang masih tercari-cari jenis perniagaan apa yang nk dibuat di internet terutamanya bagi newbies…bila tgk orang jual ebook laku, dia pun nk jual ebook jugak..pastu tgk org buat affiliate,dia pun nk buat jugak…

     
    Comment by Azuwan
    2008-08-13 17:58:34

    Ya, betul, kekadang confius hilang FOKUS, sbb terlalu byk teknik/kaedah (jual ebook, affiliate,clickbank, MRR,adsense , etc) nak cuba dlm satu masa (ini mslah utama newbie) sblm jumpa yg NGAM dgn nya.

    Thanks for sharing Zul

    ;)

     
    Comment by titan
    2008-08-14 00:26:13

    fokus dan usaha. Kalau malas, memang tak berisi la akaun paypal dan maybank tu..

     
    Comment by khairul Subscribed to comments via email
    2008-08-16 11:30:49

    Bisnes ini tidak boleh lakukan dengan semberono aje. Hehe….Yela….sebelom nak start wa bisnes Internet, perlukan kajian tentang skop sesutu bisnes, kehendak pasaran tanpa mengabaikan kesesuaian dengan diri kita sendiri…..Baru datang feel n syok berbisnes.

    Btoi x????

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: