Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Tentukan Bidang Anda, Dan Buat Bisnes Internet.

11 08 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Sekadar menulis kembali tip yang pernah ditulis dahulu. Namun saya rasa saya perlu tulis kembali sebab melihatkan ramai yang masih tercari-cari apa yang boleh diniagakan di Internet.

Pertama sekali, elakkan menjual sesuatu yang berkaitan dengan Internet Marketing atau perniagaan Internet atau produk cara buat duit. Ia boleh, tapi persaingannya tinggi dan kini orang ramai sudah bijak memilih produk dan mendapatkan rujukan di Internet. Malah, rata-rata orang sudah ada asas perkara tersebut.

Jika anda mahu berjaya di dalam perniagaan Internet, anda tentukan satu bidang yang anda minat. Saya tahu, apa yang kita minat tak semestinya orang lain juga minat. TAPI, bukan bermakna kita terus buat apa yang kita minat itu. Sebaliknya, tentukan pula apa ‘permintaan’ pasaran yang berkaitan dengan minat anda tersebut.

Contoh 1: Anda minat dengan bidang bina badan

Jadi, produk apakah yang boleh anda jual di Internet? Antaranya seperti buku panduan, ebook, konsultansi Online, VCD, makanan kesihatan dan produk bina badan.

Contoh 2: Anda minat bidang masakan

Produk yang boleh dijual melalui Internet ialah seperti buku resepi masakan, VCD masakan dan lain-lain lagi.

Contoh 3: Anda minat bidang elektronik dan komputer

Produk yang boleh dijual adalah pelbagai. Boleh ke lelong.com.my dan lihat di sana, pelbagai produk elektronik dan gajet dijual.

Contoh 4: Anda minat bidang kesihatan

Anda boleh jual pelbagai produk kesihatan. Dan jika anda mempunyai kelulusan tertentu, anda mungkin boleh lakukan konsultansi secara Online.

Mengapa Pilih Yang Anda Minat?

Jawapannya mudah, agar motivasi anda terus kekal dan tak hilang begitu sahaja di dalam melakukan bisnes. Tidak seperti melakukan sesuatu bidang atau perkara di luar minat anda, biasanya motivasi kerja sentiasa turun dan naik.

Namun, perlu diingatkan, di dalam bisnes, adalah amat bagus jika tidak hanya melibatkan sesuatu yang hanya anda minat. Sebaliknya, utamakan permintaan pasaran dan menjual sesuatu yang tidak wujudnya terlalu banyak pesaing.

Jadi sekarang, jika anda masih lagi tercari-cari apa yang boleh dijual di Internet, cuba analisis apa yang anda minat dan senaraikan apakah yang boleh anda penuhi permintaan pasaran yang berkaitan dengan minat anda tersebut. Mudah ceritanya, jual sesuatu yang berkaitan dengan minat anda untuk membantu orang ramai (yang orang perlu).

Sesungguhnya, begitu banyak lagi ruang dan peluang di pasaran Internet Malaysia ini yang belum dipenuhi. Malah, begitu ramai usahawan Internet lain sedang membuat keuntungan yang mana produk mereka langsung tidak berkaitan dengan Internet Marketing atau cara buat duit.

Salam maju jaya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Bagaimana anda boleh berjaya dalam perniagaan internet?
  • Pilih Mana Yang Sesuai Dengan Diri Sendiri
  • Tentukan Bidang Anda dan Fokus 100%
  • Produk untuk di-niagakan di internet
  • Kenapa Pilih Yang Susah Jika Sudah Ada Yang Termudah?
  • Peluang Perniagaan Internet di Malaysia..
  • Pilih Satu, Kaji & Buat
  • Fokus: Menentukan Anda Cepat atau Lambat Berjaya
  • 10 Model Bisnes Internet
  • Perlukah Pendidikan Formal dalam Bidang Perniagaan?

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    13 Comments »

    Comment by ijamidayu
    2008-08-11 14:52:51

    Nice tips bro..

    Kekadang kita terikut ‘trend’ yang membuat kita lupa apa yang kita minat.

    Untuk mencari apa minat kita dan permintaan pasaran itu perlukan sedikit kajian. So,mcm bro cakap.

    Kita perlu list down apa minat dan permintaan orang lain.

    Lama dah tak menulis nie,tentu ada projek mega nie erk.. Smile

     
    Comment by dauz
    2008-08-11 16:52:00

    jadikan minat sebagai permulaan..Kerana minat itu bisnes..bisnes itu minat..

     
    Comment by rizal Subscribed to comments via email
    2008-08-11 17:40:13

    assalamualaikum

    maaf mengganggu..

    saya akan fikir dulu mcmana..sebab saya dah kena tipu banyak kali dengan program yg serupa nie..

    tq yer

    Comment by TH
    2008-08-11 22:45:26

    kene tipu? Antara contoh program itu adalah..??

     
     
    2008-08-12 14:30:27

    (salam) buat smartzul dan komentars…

    satu perkongsian ilmu yang bagus bagi newbie. memang diakui, terlalu banyak produk digital yang banyak ke arah cari duit berbanding dengan produk digital yang berbentuk motivasi dan umum. kena pandai memilih agar tidak menyesal esok hari.

    idea dan minat memang memainkan peranan penting. setiap manusia dilahirkan unik dan ada potensi tersendiri. jika sanggup berusaha lebih, akan ditunjukkan-Nya potensi yang ada.
    Minat dan pengalaman akan melahirkan produk, produk akan melahirkan duit! Cepat atau lambat duit masuk, ia bergantung juga kepada kesungguhan dan semangat yang jitu

     
    Comment by Azuwan Subscribed to comments via email
    2008-08-12 16:08:15

    Salam SmartZul,

    Ya setuju dengan minat kita buat kerja dgn lebih motivasi & tanpa rasa jemu.
    Lama x nampak? Wink

     
    Comment by Shukor
    2008-08-12 16:56:03

    Yup..betul kata smartzul. Dalam masa sekarang ni, kita kena tgk juga ‘permintaan’ pasaran.

    Biasanya, benda yang kita dok asik buat tiap2 hari tu secara tak langsung boleh menimbulkan minat.

    Saya ada satu jawapan yang amat bernas…

    Sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21 – 30 hari seterusnya, ianya akan menjadi tabiat dan kalau tidak, ilmu itu akan mati.
    – Rasullullah S.A.W

     
    Comment by NayanMohd
    2008-08-12 18:54:04

    Jadikan minat sebagai asas untuk mencapai kejayaan dalam satu-satu bidang. Kalau dah minat, mesti kita akan berusaha bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk berjaya.

     
    Comment by Nabieel
    2008-08-12 21:50:53

    Lama bro menyepi..ya..mesti pilih apa yang kita minat…

     
    Comment by khairul Subscribed to comments via email
    2008-08-12 23:46:26

    Saya sokong pendapat daripada artiel ini hasil pandangan saudara SmartZul. Sememangnya memulakan perniagaan Internet mestilah melalui perkara yang diminati tanpa mengabaikan kehendak terkini pasaran yang ada pada hari ini.

    ======================================
    Bisnes TDTone

    http://bisnesTdTone.com/khairul

    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
    =======================================

     
    Comment by zool
    2008-08-13 01:11:51

    Betul tu tentukan bidang untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan internet.. Dan yang pastinya saya bukan dalam bidang IT walaupun ada ijazah dalam bidang tu,…
    Huhuhuhu

     
    Comment by samdaddycool Subscribed to comments via email
    2008-08-15 12:19:38

    salam,

    betul tu, tak semua yang kita minat boleh diketengahkan… tapi benda yang kita tak minat, boleh buat duit… kita kena pupuk minat tu perlahan-lahan.. supaya kita kenal jenis barang, material, function dsb… saya memang menceburi biz online / offline yg memang minatnya tumbuh kemudian…

    kalau tak, takkan ada nyonya jual tudung!

     
    Comment by khairul Subscribed to comments via email
    2008-08-16 11:27:56

    Betol saya sokong pendapat ini. yela….apa benda yang kita cuba usahakan yang pentingnya minat. pe2 benda pun insyaallah jadik punya. kan…..

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: