Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Sindrom Takut Dikritik

9 07 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Akibat takut dikritik, ramai yang minat berniaga akhirnya kecundang sebelum melakukan apa-apa lagi.

Akibat takut dikritik, banyak idea yang menguntungkan tidak dipasarkan sama-sekali.

Akibat takut dikritik, ramai orang yang berbakat tidak mencapai apa yang sepatutnya mereka capai (kejayaan).

Akibat takut dikritik, ramai usahawan gulung tikar dan berundur 1000 langkah.

Akibat takut dikritik, produk yang telah siap tidak dijual-jual.

Akibat takut dikritik, perancangan hanya tinggal perancangan.

Akibat takut dikritik, impian besar akhirnya tidak kesampaian.

Akibat takut dikritik, diri akan menjadi seorang yang pasif dan tidak yakin.

Kata Dr. Hill (penulis buku Think & Grow Rich), takut dikritik adalah perasaan takut yang paling merbahaya di antara ketakutan yang lain (takut sakit, takut mati, takut miskin..).

Ini kerana, ketakutan yang lain itu tidaklah memberikan kegagalan yang amat besar, tapi jika takut dikritik, segala-galanya akan tidak mendatangkan hasil atau dalam erti kata yang lain, impian yang dibina akan musnah dan matlamat yang ditetapkan pasti tak akan tercapai.

Jika anda takut dikritik, anda tidak akan menjadi usahawan yang berjaya.

Jika anda takut dikritik, anda tidak akan berani mengeluarkan produk inovasi anda.

Jika anda takut dikritik, bakat dan kelebihan anda hanya akan ditelan masa.

Jika anda takut dikritik, idea bernas anda umpama besi berkarat yang tunggu untuk hancur sahaja.

Jika anda takut dikritik, anda akan kekal miskin, kekal susah dan kekal dengan angan-angan kosong.

Jika anda takut dikritik, anda akan terus menangguhkan masa dan kerja.

Jika anda takut dikritik, anda tidak memahami apa itu erti kehidupan.

Jika anda takut dikritik, anda sebenarnya tidak menghargai diri anda sendiri.

Jika anda takut dikritik, anda tidak akan mendapat wang tambahan.

Jika anda takut dikritik, anda akan ketinggalan dan ditinggalkan.

Jika anda takut dikritik, _____(apa yang anda akan dapat?)_______.

Nah, lihat. Apa yang akan anda dapat kalau anda takut dikritik??

Wassalam.

Terkini: Peluang untuk mendapatkan Sistem EZSurvey dengan harga RM20.00 terbuka untuk 58 orang sahaja lagi. Klik di sini untuk membeli.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Promosi Produk: Perlu Yakin 100%
  • Menerima Kritikan Dengan Terbuka
  • Jangan Perlahankan Langkah Anda
  • Dah baca, dah belajar, dah…. Tapi belum mula.
  • Zon Selesa: Keluar, Tapi Masuk Semula?
  • Just Do It! Let Your Customer Talks!
  • Panduan Membeli Secara Online
  • Dalam 100 orang, 1 Akan Menjadi ‘Musuh’ Anda…
  • “Nak Mula EBiz Tak Perlu Tahu Banyak Pun..”
  • Faktor Daya Tahan Emosi Usahawan Internet

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    14 Comments »

    Comment by Wan Zaki
    2008-07-09 07:42:07

    Memang benar!

    Sebenarnya…kita adalah apa yang kita fikirkan.
    Menurut didalm buku the’Secret’ oleh Rhonda Byrne, - it is call Law of attraction.
    Ask-Believe & Receive.

    Dalam konsep ini,

    Ask - Takut dikritik
    Believe - Takut dikritik
    Receive - Anda akan dikritik! dan akan de-moralize

    Sebenarnya, takut adalah sesuatu yang negatif. Samalah juga dengan perasaan takut dikritik.

    lawan kepada takut ialah berani… kita hanya perlu tukarkan perasaan takut dikritik kepada berani dikritik. Menurut kajian , pemikiran yang positif adalah berkali-kali ganda lebih kuat daripada pemikiran yang negatif.

    So, Kita haruslah berani dikritik…untuk kita boleh memperbaiki kelemahan yang kita ada.

    Wan Zaki

    Comment by smartzul
    2008-07-09 23:03:00

    Konsepnya sama untuk benda yang kita tak nak. Tukarkan kepada apa yang kita nak. :D

     
     
    Comment by ijamidayu
    2008-07-09 08:50:06

    Salam,

    Hmm.. Hebat betul perasaan takut nie yer.. Isk2.. Kalau disebabkan perkara nie, kita juga tidak pergi kemana.. Nice sharing.. Thanks..

    Pada saya,jika kita memulakan langkah yang pertama,kita tidak akan kemana-mana. Jika perancangan hebat sekali mana pun,takut diciplak dan sewaktu dengannya.. Sia-sia sahaja.. :)

    Apa pun perkongsian ini akan saya gunakan untuk menjana terus pendapatan saya..

    Bersama Menjana Pendapatan Internet..

     
    Comment by amirulcyber
    2008-07-09 09:07:38

    motivasi yang baik,skrg bertambah semangat aku.

     
    Comment by Shukor
    2008-07-09 09:42:06

    Salam semua,

    Setuju dengan apa yang dikata oleh En Zul.
    Takut dikritik menyebabkan semua kerja yg kita nak buat serba tak kena.
    Sifat takut dikritik ni adalah salah satu ciri yang ada pada mereka yang tidak mempunyai “Business Owner Mind-set” seperti apa yang saya tulis di blog saya.

     
    Comment by En Dlie
    2008-07-09 10:40:50

    Perasaan takut di kritik wujud kerana ketidakyakinan terhadap kemampuan diri sendiri dan sikap yang mudah berputus asa.

    Robert T Kiyosaki berpendapat, orang yang paling banyak buat silap akan lebih maju kerana mereka belajar dari kesilapan, dan orang yang tidak pernah buat silap, tidak semestinya mereka “perfect”, tetapi mereka sebenarnya tidak mempelajari sesuatu pun untuk terus maju ke hadapan..

     
    Comment by Sabri Subscribed to comments via email
    2008-07-09 12:18:21

    Salam Zul,

    Ini topik yang menarik dan banyak sebenarnya yang boleh
    diperkatakan dan diulas.

    Selama saya berkecimpung dalam perniagaan internet ni;

    1) Saya masih takut dikritik

    Tetapi saya cuba untuk balance. Sebab kalau kita takut 100%
    memang kerja tak jadi. Kadang2 kritikan buat kita lebih berhati-hati
    dan memaksa kita keluar dari comfort zone kita. Dan kadang-kadang,
    bila kita dapat menukar pengkritik kita kepada peminat, perasaan
    sangat puas hati tu tidak ternilai harganya. (walaupun jarang2 berlaku,
    tapi kalau berlaku… nice…)

    Dikritik ini tidak best. Tetapi kadang2 perlu juga. Cuma kita jangan
    terlalu membiarkan kritikan tersebut merosakkan hari kita. Kita cuma
    perlu tahu, dunia ini tiga dimensi. Buat apa-apa pun, pasti ada 3 dimensi.

    1) orang yang suka
    2) orang yang tak suka
    3) orang yang tak kisah

    Jadi jangan down sangat apabila dikritik.

    Sabri

    p/s: Apapun, saya rasa perlu ditekankan, ada orang yang masih terkeliru
    kritikan dengan kritikan membina. (Bukan anggap kritikan membina sebagai kritikan), tetapi menangggap kritikan sebagai kritikan membina ~selalunya oleh orang yang mengkritik lah. Manusia ada macam2 jenis, ada orang hatinya lembut sikit, mudah tersentuh dan terasa. Ada orang yang hatinya keras sikit, macholah katakan. Tidak sesuai jika kita anggap semua orang berhati keras macam kita. Jadi, jika kita ingin mengkritik, kritiklah secara berhikmah dan matang.

     
    Comment by Maizul
    2008-07-09 17:56:57

    Menarik artikel ni. Kalau macam tu memang tak kemana lah jawabnya.

     
    Comment by pakar clickbank
    2008-07-09 21:16:46

    saya sokong ,memang satu artikel yang menarik ,tetapi tidak dapat dinafikan ,blog ni memang membawa banyak tips kepada saya ..

     
    Comment by thinkerich
    2008-07-09 22:11:00

    takut dikritik …tidak akan membawa kita ke mana-mana…

     
    Comment by taukey
    2008-07-10 17:52:44

    saya ada sindrom ni sebenarnya. tapi bila baca post nih. huhuhu kembali bersemangat nak jual produk tu kat internet.

    terima kasih byk byk kerana senantiasa remind saya secara tak langsung

     
    Comment by mancai
    2008-07-10 22:08:11

    Itulah dunia…lain orang lain ragamnya…tapi motivasi diatas memang menyedarkan kita….sampai bila kita ditakuk yang lama…terima kasih…

     
    Comment by titan
    2008-07-14 17:16:04

    ehm..kene kritik ni memang tak best. Tapi kita kene fikir, kita takkan ke mana-mana tanpa kritikan..

    Ps: Mak aku orang paling kejam kalau kritik aku. Adik2 aku lain takde plak kene. Tapi kalau dia kritik..mesti aku cari kunci keta kuar gi jalan-kalan masa tu gak. Tak tahan maa…

     
    Comment by Norhafidz
    2008-07-27 15:51:21

    yup..kita tak dapat lari dari suma ni, dalam apa-apa bidang pun, kritikan sebenarnya membantu meningkatkan prestasi, kualiti dan penyampaian. Jadi, janganlah takut dikritik :)

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: