Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Tip Cepat Berjaya: Jangan Letak Banyak Syarat!

9 06 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Salah satu punca seseorang itu terlalu lambat untuk meraih kejayaan atau mencapai matlamat adalah kerana terlalu banyak meletakkan syarat.

Contohnya ialah seperti perlu bergaya, perlu sertai seminar di hotel 5 bintang (tak layan program di hotel kelas rendah), modal bisnes perlu besar, wajib ada kereta sendiri, mahal dan baru, perlu ada komputer baru dan macam-macam lagi.

Pendek kata, segenap perkara perlu lengkap, tak ada sedikit kekurangan, baru dan berjenama.

Kalau perniagaan offline, penyakit letak banyak syarat ni ialah seperti perlu ada ruang pejabat yang besar, selesa, perabot yang baru, set komputer yang baru, staf yang ramai dan serba serbi perlu baru dan dibeli.

Ini ada dinyatakan oleh Chef Li dalam buku kelimanya (kalau tak silap), di mana beliau respon kepada seorang peserta seminarnya semasa menaiki lif. Sindir peserta itu, “Kenapa buat seminar kat hotel murah macam ni?”. Lantas jawab Chef Li, “Jangan letak banyak syarat sangat untuk capai kejayaan”. Terus senyap peserta tersebut.

Pendek kata, kalau anda mahu cepat raih kejayaan, atau paling kurang pun berjalan di atas jalan kejayaan, bermulalah dengan apa yang ada.

Jika anda ada komputer buruk tapi masih boleh digunakan untuk menaip dan mengakses Internet, maka gunalah. Saya pernah menyatakan yang saya selama ini hanya menggunakan sebuah komputer yang hampir 8 tahun usianya. Komputer itu banyak berjasa kepada saya di dalam perniagaan yang saya bina.

Kini, saya sudah boleh sedikit berpuas hati kerana bukan satu, malah dua buah komputer yang saya miliki. Satu untuk kerja di SoHo dan satu lagi sebuah laptop. Yang seronoknya, kesemua barangan kelengkapan yang saya beli adalah secara tunai dengan hasil berdikit-dikit selama ini.

Kesemua hasil yang saya terima sekarang adalah bermula dengan apa yang saya mampu ketika itu iaitu sebuah komputer usang dan tanpa talian Internet sendiri.

Bagi perniagaan Offline pula, bermulalah dari rumah. Anda dapat jimatkan banyak kos daripada membeli ruang premis anda sendiri. Bila dah maju dan cukup modal, beralihlah ke premis perniagaan sendiri.

Saya ada seorang kenalan yang mana katanya beliau melakukan bisnes frozen food hanya dari rumah. Keluarganya melakukannya dari rumah sejak beliau kecil lagi sehinggalah sekarang. Sekarang bisnes sudah maju dan mereka akan beralih ke premis sendiri nanti.

Anda pula bagaimana? Idea sudah ada, modal sudah ada, alat sudah ada dan ilmu pun sudah ada. Mula sahaja belum. Adakah anda meletakkan terlalu banyak syarat untuk bermula?

Lupakan semua syarat-syarat itu yang mana ia adalah penghalang anda untuk melangkah dengan senang ke arah kejayaan. Syarat-syarat itu bukanlah satu kewajipan malah sampai satu tahap, ia adalah PENGHALANG.

Ingat pesan orang dulu-dulu, “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit” dan “bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”. Atau kata orang putih, “start small, finish big”. Percayalah, formula sebegini akan tetap menjadi sampai bila-bila sejak dulu kala lagi.

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Mencuba Lebih Baik Daripada Tak Buat Apa-Apa
  • Hubungi Saya
  • Saya Mahu Jadi Usahawan Jutawan!
  • Perniagaan Internet: Wajib Miliki Produk Sendiri
  • Usahawan Internet Berjaya: Masa Kejayaan Anda Juga Akan Tiba…
  • Google KidSanse!
  • Bagaimana Mendapatkan Momentum dan Motivasi?
  • MotivasiUsahawan.com: “Promo Video”
  • Usahawan: Fokus Pada Usaha Anda!
  • Motivasi, Inspirasi, Kesedaran.. Kalau Anda Perasan.

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    13 Comments »

    Comment by mazlie nadzri
    2008-06-09 09:58:40

    Salam zul dan selamat pagi…

    Ya, saya setuju dengan pandangan zul tu. 100% saya setuju. Saya pun ramai kawan yang ingin segalanya sempurna untuk memulakan sesuatu.

    Mereka takut untuk bemula kalau tak lengkap. Jenuh juga saya cakap pada dia, mulakan dengan apa yang ada. Dalam dunia sekarang ni, takde benda yang sempurna.

    Kawan saya di kampung ramai yang berniaga hanya dengan apa yang dia ada. Saya pernah ikut dia berniaga, kami hanya berlapikkan tikar yang buruk je untuk berniaga. Tapi sekarang, alhamduliah, dia dah berjaya.

    Dah ada kereta sendiri, lori dan 2-3 orang pekerja. Kalau bisnes online pun sama. Saya start mulakan freelance, hanya menggunakan komputer lama. Pentium 3!! RAM hanya 34!! Hohohoo..bayangkan macam mana buat kerja. Tapi, itu saja yang saya ada. Terpaksa jugalah gunakan.

    Dari hasil freelance tersebut, dapatlah saya beli komputer baru setahun lepas. Bayangkan kalau saya atau kawan saya tu tak bermula? Kami takkan mampu seperti sekarang.

     
    Comment by shuk
    2008-06-09 10:11:49

    Kadang-kadang sesetengah syarat itu mereka letakkan mungkin hanya sebagai reason untuk ‘menangguh’

    Kadang-kadang bila dah dapat syarat2 tu, masih tak start jugak…fikir fikirkan…

     
    Comment by kita
    2008-06-09 10:37:21

    sedpa sunguh baca artikel ini…satu jer i perasaan dengan sikap orang kita termasuk saya…”kalau nak buat bisness,kena ada modal”..padahal tiada modal pun boleh buat bisness…betul tak zul?

     
    Comment by olie
    2008-06-09 10:46:55

    Ya betul! Saya sangat setuju dengan pendapat Zul. Tak perlu segalanya ’serba baru’ untuk memulakan langkah pertama dalam bisnes online mahupun offline. Saya hanya gunakan desktop saya yang ‘buruk’ je untuk bisnes saya, dan sekarang dalam perancangan untuk beli laptop.

    Produk pertama yang saya beli adalah ebook ‘Panduan Mudah FTP’ Zul yang banyak mengajar saya tentang asas internet dan memulakan bisnes online saya. Selepas itu saya kumpul duit bagi mendapatkan produk lain yang boleh membantu saya dalam bisnes.

    Jangan suka bertangguh melakukan sesuatu perkara dan meletakkan banyak syarat. Gunakan dahulu apa yang ada, yang lain tu dapatkan satu per satu mengikut keperluan.

     
    Comment by Yusoff Kamil Subscribed to comments via email
    2008-06-09 10:55:28

    “Start small, finish big” satu quote yang memang sesuai sgt untuk kita aplikasikan untuk berjaya dalam apa-apa bidang pun. Kalau belajar dulu pun, mula dengan ABC dulu, even mula-mula kita nak jalan pun kena merangkak dulu. Saya bersetuju dengan pandangan Shuk, dimana ramai yang gunakan alasan banyak syarat untuk memulakan sesuatu usaha. Semoga kita tidak dimasukan dalam golongan ini. InsyAllah.

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

     
    Comment by zool
    2008-06-09 11:08:02

    Betullah saya pun terlalu meletakkan syarat..
    Takut risiko.. tapi takpe buat masa ni saya sedang mencuba jual buku lama dulu..

    http://ligakampung.com/blog/buku-untuk-dijual/
    Mungkin nanti nak cuba jual baja online plak..

     
    Comment by asmid
    2008-06-09 14:14:47

    Setuju betul dengan pendapat ini. Saya pun melakukan aktiviti perniagaan internet dengan komputer cyber cafe jer…

    Komputer saya tak de talian internet. Buat dulu kerja-kerja dengan komputer saya dirumah pastu save ke pendrive pasang kat komputer cyber dan uploadkan dan siap.

    Tapi leceh lah sikit.

     
    Comment by mazlie nadzri
    2008-06-09 14:51:23

    asmid…

    Saya pun sama macam awak dulu. Masa saya buat servis iklan, saya guna CC dan kalau malam terdesak, saya pergi ke ofis kawan dan pinjam ’seat’ dia jap untuk aktifkn iklan customer Smile

    Memang susah mula2, tapi percayalah macam smartzul cakap, “bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”, kena pegang pepatah ni.

    Benda yang susah ni, kenangan paling manis buat kita apabila kita dah berjaya nanti. Amin Smile

     
    Comment by bantingboy
    2008-06-09 19:51:25

    Tapi tak dinafikan juga kekadang perlu letak syarat. Bukan apa, selalu sangat orang naik minyak kalau kita tak letak syarat sikit..

     
    Comment by drInspirasi
    2008-06-10 00:03:40

    Saya setuju dengan anda. Biar kita bermula tidak sempurna untuk mencapai kesempurnaan. Tiada apa yang sempurna dalam hidup ini selainNya. Kesempurnaan hanya melambatkan proses kejayaan kita. Mengikut konsep Pareto 20% yang kita lakukan menyumbang kepada 80% hasil. Smile

     
    Comment by Din Beramboi
    2008-06-10 07:46:53

    Saya pun salah seorang yg selalu letak syarat…nak sempurna jer..huhu.

     
    Comment by Dwan Subscribed to comments via email
    2008-06-10 17:42:08

    Org yg meletakkan syarat nie…dipanggil perfectionist…
    BerTINDAK…skrg…kalau x anda ketinggalan.. Wink
    Jual dulu produk/servis yg ada…sambil dah mahir…dan ada income skit2..leh improve mana yg patut..

    p/s: Berpesan2 sesama kekawan dan diri sendiri.

     
    Comment by esppoint
    2008-06-10 22:53:54

    sempurna itu penting. Jadikan sempurna itu matlamat kita.

    Takkan nak selamanya nak wat keje ala kadar kan?

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: