Di Sebalik Nama Perniagaan…
21 05 2008Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Apabila menyebut perniagaan internet, biasanya mereka yang melakukan perniagaan ini mempunyai perancangan masa panjang. Ya lah, dah nama perniagaan, bukan setakat buat duit.
Salah satu ciri yang perlu ada pada sesebuah perniagaan ialah nama perniagaan. Sekadar menyatakan di antara contoh nama perniagaan yang dimiliki oleh para usahawan internet Malaysia:
G World Enterprise - Sham RajaAdsense.com
Extreme-D Enterprise - Shuth WangCyber
Irfan Khairi Sdn. Bhd. - Irfan Khairi
SZAB Network - Alang
SaifulSham Consultants - Team SaifulSham.com
Inspirasi Maya Enterprise - SmartZul ![]()
*Mungkin ada yang tak pernah tahu sebab nama pemiliknya lebih dikenali berbanding nama perniagaan mereka.
Hanya menyenaraikan beberapa sahaja. Kalau anda ada nama perniagaan sendiri, boleh nyatakan di bahagian komen blog ini.
Kelebihan Nama Perniagaan
Mengikut undang-undang, sesebuah perniagaan wajib didaftarkan. Saya telah merujuk dengan pihak SSM, perlukah mendaftar perniagaan untuk perniagaan melalui Internet? Jawabnya, ya. Selagi ia ada transaksi jual beli, maka ia adalah perniagaan.
Namun saya tak pastilah jika target anda adalah luar negara, wajib atau tidak anda mendaftar. Namun jika anda buat untuk pasaran Malaysia, bagi saya anda perlu mendaftar perniagaan yang anda lakukan.
Di antara kelebihan mendaftarkan perniagaan:
1. Mendaftar perniagaan juga bermaksud anda mendaftarkan sebuah nama untuk perniagaan yang anda lakukan. Jadi, usaha anda lebih profesional.
2. Para pelanggan lebih yakin kerana mereka berurusan dengan sebuah perniagaan, ‘bukan’ sekadar dengan individu.
3. Penyelesaian masalah lebih mudah. Jika terdapat sesuatu masalah terutama berkaitan dengan pihak berkuasa, anda lebih mudah menyelesaikannya kerana anda memiliki perniagaan yang berdaftar.
Jika anda mempunyai matlamat jangka panjang untuk perniagaan yang anda lakukan, daftarlah perniagaan tersebut agar anda boleh pergi lebih jauh.
Nota 1: Jangan menganggap perniagaan internet adalah satu cabang perniagaan yang amat berbeza dengan perniagaan konvensional. Ia sama sahaja, tetap sebuah perniagaan. Cuma platform dan caranya sahaja sedikit berbeza.
Nota 2: Blog ini lebih menekankan perniagaan berbanding buat duit di internet. Sebab itu amat jarang saya menulis mengenai cara buat duit. InsyaAllah, saya akan bina blog lain khas untuk mengupas mengenai buat duit di internet.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:





Salam..
Saya dulu dah memang nak daftar perniagaan ni, dah pergi pun, cuma salah timing kot, sistem diorang down masa tu. Dahla masa tu pergi waktu lunch, nak tak nak, terpaksa balik.
Sampai sekarang ni bertangguh je
insyaAllah, memang nak daftar nanti
nama perniagaan tu penting..biar le cari yang bersesuaian dengan apa yang kita sertai..
ada nama perniagaan,lebih bersemangat tuannya nak lakukan kerja.. perniagaan sendiri,siapa nak rugi..
nak tanya kalau ada sesiapa tahu daftar Enterprise agak-agak berapa?
nabieel,
kalau nak daftar enterprise yuran nya RM60 setahun…dan tahun pertama ada kos daftar rm10…so tahun pertama tu kena bayar RM70 lah…
han
menarik artikel ni zul.
memang penting ada kompeni sendiri. Selain daripada untuk biz internet semata - mata, kita boleh buat biz lain sekali under nama kompeni kita. Paling penting kena ada kad bisnes skali.
nabieel : nak register enterprise, dalam RM70 gitu setahun. pegi jer ke ssm tu, ikut ajer arahan dorang. kalau nak cepat, pegi awal pagi. dalam beberapa jam jer dah boleh dapat nama perniagaan.
Untuk perniagaan di internet ni, letak jer apa2 service yang boleh dibuat. contohnya rekabentuk laman web ke,.. coz kalau letak nama macam perniagaan internet, ia jadi terlalu umum. Saya hari tu letak “perkhidmatan hosting”.. dorang tak tau apa benda. so make sure kena letak bahasa mudah faham bagi mereka. kalau dapat staff yang tak banyak kerenah, takper, tp dapat yg byk kerenah, macam2 dorang soal.
Apa syarat yang perlu ada untuk register enterprise?
Kena umur >21 tahun
Kena ada duit daftar <RM100
Kena ada IC
Kena ada premis/kedai/tempat berniaga
Kena isi borang
Kena pergi SSM
Kena ambil giliran
Kena tunggu giliran
Kena ada nama perniagaan (sekurang-kurangnya 3 nama)
Kena tahu jenis perniagaan yang hendak dijalankan
rasanya itu je lah.
Yup. Saya pun hari tu dapat staf yang ‘garang’ sikit. Bila tiba bab bidang perniagaan tu, beberapa minit dia persoalkan perniagaan internet. Saya pun sarankan benda yg sama spt yg Amirol cadangkan. Jangan letak perniagaan internet pada borang. Tapi isi apa perkhidmatan anda. Letak jer.
Luv, tak ada apa-apa syarat. Just ikut prosedur dia sahaja. Kat wc saya ada bagi step dia. Nanti saya edit balik letak kat blog ni.
Cuma sedikit tip, nama perniagaan tak boleh campur aduk BM dan BI. Then, nama bidang perniagaan tu kena dalam BM yang betul. Kalau servis tu, kena guna perkhidmatan. Perkataan servis dia anggap BI.
Saya pun kena benda yang sama.
Staff tu nak saya tuliskan benda-benda yang hendak dijual. Macam manalah nak terangkan kalau nak buat model ebay atau affiliate.
Nasib baik seorang lagi staff yang faham lalu kat situ terdengar perbualan kami. Pas tu, okay.
Bukan kat SSM je. Masa nak terangkan kepada akauntant saya pun pening saya dibuatnya sampai kena lukiskan carta alir kat pejabatnya.
slmt mlm zul,
saya pun daftar dah…
masa daftar tu saya tulis perniagaan internet mereka tak tahu apa…
byk tul dia tanya…terpaksa lah terangkan…hehe
Han
bila daftar syarikat ni, pemilik dengan syarikat akan jadi berasingan. tu yang bagusnya. separate legal entity. jadi, kalu berlaku sesuatu yang tak diingini..macam kena saman ke, apa2 je..orang tak saman pemilik syarikat, tapi saman company. so, selamat la kita. tapi tengok keadaan juga..kalau dah memang kita breach of duty tu,orang boleh saman kita juga.
lagi, kalau nak buat pinjaman dengan bank, urusan kita lebih mudah sikit.
Saya dah daftar nama syarikat, digunakan untuk ofline dan online.
Saya cadangkan kepada mereka yg ingin meletak kan jenis perniagaan
pada borang untu perniagaan internet , seperti berikut:
General trading, Services, Consultation, Management
Salah satu kelebihan ada company sendiri adalah dapat memberi gambaran bahawa perniagaan yang kita jalankan bertahap professional.
Pengguna akan berasa lebih secure bila ada nama company. Biasalah kan, psikologi manusia.
Lain - lain kelebihan, senang nak deal dengan company lain yang sedia ada untuk tujuan JV dan sebagainya.
Malah urusan dan transaksi dapat kita gunakan under nama syarikat jer untuk apa - apa projek yang besar, deal dengan bank dan lain - lain hal macam hak cipta, penerbitan ke. Jadi, kalau dah betul - betul nak fokus dengan buat bisnes di internet, ikut saranan zul tu, register nama company.
Nampakkan perniagaan kita sebagai satu bentuk perniagaan yang professional barulah kita dapat berdaya saing + maju dengan orang - orang berjaya.
saya punya RANGGI NETWORK…
saya letak sebagai perkhidmatan internet & multimedia… kalau letak perniagaan internet, takut dia fikir lain je…
Daftar perniagaan untuk mereka yang serius dalam biz..kalo keje gov tu, leh la register atas nama bini/suami..kalo pape,guna nama company.. Kepercayaan orang pun akan sedikit tinggi kerana mereka berurusan dengan syarikat berdaftar.
Aiya.. ye la.. keje gov tak leh daftar.
susah le cam ni…
nak pakai nama sapa ye??
Hm… takpe.. tunggu kredibiliti ligakampung dikenali dulu barulah boleh daftar syarikat…
Best ke kalau nama
Ligakampung Enterprise
mesti orang ingat pasal bola plak
Kalau boleh nama tu kena lah sesuai dengan perniagaan yg dilakukan. Itu salah satu syarat dalam daftar nama. Kalau nak juga guna nama tu, boleh je. Tapi kena buat permohonan.
Oooo camtu rupanya…
kena guna nama yang ada kaitan ngan bisnes ye..
Er memang org keje gomen tak leh daftar ke Zul????
Kena ambil keputusan nanti
Yup… akan nampak lebih pro… bila dah ada company sendiri..
bila saya bagi business card.. orang akan kata “wah kecik2 dah ada company ha ha ha!” ( tambah dengan alamat virtual office)
Macam mana dengan cukai pendapatan/perniagaan. Kalau kita dah daftar syarikat mesti kita takleh lari lagi kan…
yep. betul tu. kalu dah daftar, x leh lari dari bayar cukai. tapi kalu x daftar…x syok la. sebab..
kadar cukai yg lebih rendah, untuk profit atau chargeable income kurang dari RM500,000 setahun, kadar cukai untuk syarikat sdn. bhd. ni ialah 20% sahaja. tp kalau personal income….kadar cukai dah 24% untuk pendapatan yg kena cukai lebih dari RM100,000 setahun.
mana lagi untung dan selamat..kan set up a company..
Oh kena pulak cukai ye…tak apa gantikan dgn zakat perniagaan, lagipun zakat perniagaan/pendapatan ni sykt register ke atau tak tetap kena bayar….dah bayar zakat nanti, boleh dpt pengecualian dari incometax…
Semoga lebih berkat perniagaan kita…
Syarikat saya
Green Rectangle - Raymond Chua