Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Perniagaan Internet : Bagaimana Mengurangkan Beban Persaingan?

10 04 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Saya ingin kongsikan dua cara bagaimana anda akan terus unggul di dalam bidang perniagaan Internet yang anda lakukan. Tiada pening kepala atau kerisauan akibat wujudnya pesaing yang amat banyak.

Strategi 1: Bina LIST Sendiri

Ya, ramai yang tahu perkara ini termasuk anda. Tapi, adakah anda sudah memulakannya? Jika belum, mulakanlah secepat yang mungkin. Dengan mempunyai senarai prospek dan pelanggan sendiri, anda bila-bila masa boleh menghubungi mereka terutama apabila anda mempunyai produk terbaru.

Kelebihan di sini ialah, anda tidak perlu bersusah payah sangat di dalam mempromosikan produk kerana sudah ada mereka yang bersiap-sedia untuk membeli produk anda. Dengan mempunyai senarai prospek sendiri, maka usaha penjualan produk (terutama produk baru) akan lebih mudah untuk dilakukan.

Seorang sahabat saya yang melakukan ebiz secara part time dalam tidak sedar sejak 1 tahun yang lepas telah berjaya mengumpulkan seramai hampir 1000 orang subscribers. Mungkin bagi anda ia sedikit, tapi anda perlu tahu sahabat saya ini tidaklah mempromosikan sangat blog dan ‘squeeze page‘ beliau.

Beliau sendiri pun pelik dengan hasil tersebut. Tapi saya memberitahunya, ia adalah hasil pengoptimasasian kata-kunci (SEO) untuk laman web dan blog tersebut. Memang beliau ada juga membuat iklan, tetapi tidaklah begitu kerap sangat.

Katakan beliau mempromosikan sebuah produk yang berharga RM20.00 kepada subscribers beliau itu dan seramai 20 orang membeli, maka beliau akan mendapat RM400.00 dengan begitu mudah. Kenapa mudah? Kerana beliau hanya perlu menulis satu emel dan send dengan sekali klik sahaja.

Saya berikan contoh sahabat saya itu untuk menyatakan bahawa, jikalau anda bermula mengumpul senarai prospek (bakal pelanggan) sejak setahun yang lepas, alangkah mudahnya kerja promosi produk anda. Tapi soalnya, adakah anda sudah bermula? Atau asyik menangguh? Smile

Strategi 2: Ada Kepakaran Tersendiri

Apakah kepakaran anda? Ramai yang memandang remeh perkara ini. Anda perlu fahami bahawa, dengan kepakaran yang anda ada, selain anda mudah diingati di minda orang ramai, ia juga memberikan manfaat jangka panjang kepada usaha perniagaan anda.

Sebagai contohnya, anda pakar web design. Disebabkan kepakaran anda itu, ramai yang mengenali anda dan dengan itu anda juga mempunyai senarai pelanggan yang ramai.

expert!Kemudian, anda pun mengeluarkan pelbagai produk yang berkaitan atau tidak berkaitan dan anda tawarkan kepada bekas pelanggan anda tadi. Mereka beli atau tidak? Ya atau tidak, itu lain cerita. Tapi hakikatnya mereka telah mengenali dan meyakini diri anda. Mengapa? Kerana kepakaran web design anda itulah yang telah “mencangkuk” mereka agar kekal dan mengenali anda.

Cuba anda lihat usahawan-usahawan Internet yang berjaya. Ada yang pakar Viral Marketing, ada yang pakar Email Marketing dan sebagainya. Tapi itu hanya permulaan usaha perniagaan mereka. Kemudian mereka mula mengeluarkan pelbagai produk untuk dijual. Orang ramai beli atau tidak itu bukan persoalan besar, kerana apa yang mahu dinyatakan di sini ialah, mereka telah yakin, percaya dan kenal dengan usahawan tadi.

Bagaimana pula dengan anda? Apakah kepakaran anda? Pilih satu dan fokus. InsyaAllah anda akan terus kekal walaupun sehebat mana persaingan yang wujud. Kepakaran anda adalah kekuatan anda. Namun, pakar sahaja tidak cukup. Anda perlu berusaha “memasarkan” kepakaran anda tersebut sehingga diketahui ramai orang.

Saya tidak akan mengulas panjang mengenai aspek kepakaran ini kerana saya telah menulis mengenai hal ini di artikel “Perniagaan Internet: Menjual Kepakaran Anda“.

Kesimpulan

Banyak lagi strategi atau kaedah yang lain. Saya akan kongsikan di lain kali pula. Cuma untuk kali ini, sila tanya diri anda sendiri dua soalan berikut:

1. Adakah aku tahu apa kepakaran aku?

2. Adakah aku telah mula membina senarai prospek aku sendiri (LIST)?

Soal dan jawab untuk diri anda sendiri. Smile

Jumpa lagi.

p/s: Saya sekarang sedang ’sibuk’ menyiapkan produk-produk yang terbaru. Nantikan kemunculannya satu persatu.

p/p/s: ‘Task’ yang lain, saya akan update laman web Ebook Panduan FTP untuk para reseller (+ ada item special sikit). Siapa yang belum dapat ebook ni, memang rugi. Smile

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Rahsia Usahawan Berjaya..
  • Psstt.. Mari Belajar Ceroboh Server dan PC orang.. ;)
  • Mengapa Saya Masih Belum Berjaya? - Siri III
  • Tips Persaingan Sihat..
  • ‘Sibuk’ + Update Blog
  • ‘Curi Cara Mereka…’
  • Tip Persaingan Sihat + Harga + 1 Perkataan
  • Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda
  • Bila Sudah Berjaya…
  • Di Manakah Mereka Menghilang??

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    12 Comments »

    Comment by Han
    2008-04-10 09:42:33

    betul kata zul tu…
    setiap org ade kelebihan masing2…
    tapi saya lebih suka guna mail list utk buat promosi…
    bagi saya mail list lah paling berkuasa…hehe

    han

     
    Comment by Raymond Chua Subscribed to comments via email
    2008-04-10 09:50:43

    1000 subscribers dalam masa setahun memang tidak mustahil sebab saya ada ramai kawan IM yang membina list mereka sebanyak 1000 dalam masa 2 bulan sahaja. (berserta dengan usaha)

    Comment by SyedHafidz
    2008-04-10 10:26:54

    Memang tak mustahil sebenatrnya…
    Coz suma automatik..
    yang penting kita kenala usaha…

     
     
    Comment by firdaus
    2008-04-10 11:31:12

    saya dah mula bina mail list 3 bulan lepas. dah ada 150 subscribers.
    harap akan bertambah lagi…

     
    Comment by Nizam
    2008-04-10 12:18:17

    Bagi newbie seperti saya jenuh juga nak buat mail listing ini. Tapi bila dah buat ok juga. Cuma kena belajar lagi macamana nak kasi 1000 list tu. Klau ada tip-tip tu diberikan bagus juga.

     
    Comment by NayanMohd
    2008-04-11 20:13:02

    mailing list?? sebenarnya agak susah nak bina kalau tak cuba. Perlukan usaha untuk dapatkan mailing list. Dan Alhamdulillah, saya dah mulakan. Harap2 mailing list akan bertambah dan harap2 jugak dapat subscriber yg berkualiti.

     
    Comment by ecaros
    2008-04-12 11:07:23

    yaya…list tu yang paling penting bagi saya dalam ebiz. Bila list dah banyak, dah boleh goyang kaki la jawabnya. Tp nk create listlah perkara yg paling mencabar sbb memerlukan kesabaran dan teknik yg berkesan.

    Kepakaran tu saya rasa kita boleh asah dan “pinjam” dari orang lebih hebat.

     
    Comment by taukey
    2008-04-12 14:10:57

    hmmm nice tips and ways …. akan diikuti dan di ingati selalu… mudah-mudahan gak berjaya macam saudar semua

     
    Comment by kasimo
    2008-04-16 22:14:55

    mailing list…. ni yang memening aku sekarang…. x dapat setup-setup lagi sampai sekarang… adios pening

    Comment by Raymond Chua Subscribed to comments via email
    2008-04-16 22:19:51

    Mungkin saudara kasimo boleh outsource kerja tu.

    Masa anda mungkin lebih berharga untuk memajukan perniagaan anda.

     
     
    Comment by kasimo
    2008-05-03 15:11:53

    dah berjaya….. saya ni lemah dalam script ni…. nak upload kat hosting pun tak pdai….. 2 3 kali buat x dapt2….

    saya belajar guna produk monakas…cara setup senang tapi saya yang x padai… MUjurlah saudara monakas bagi support…. x rugi beli produk beliau…..

    Comment by titan
    2008-05-04 21:58:40

    Takpe kasimo. Usaha tangga kejayaan. Senang je nak upload ke hosting. Benda nih memang ambil masa sikit nak faham.

     
     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: