Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Perniagaan Internet: Wajib Miliki Produk Sendiri

7 01 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Tidak dapat disangkal, anda senaraikanlah 1001 kelebihan pun untuk apa-apa program buat duit di internet seperti Google Adsense, Program Affiliate dan yang lain-lain, satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah anda tiada kuasa dan hak untuk produk orang lain itu.

Kawalan, polisi, syarat, kekangan dan sebagainya bukan ditentukan oleh anda, tetapi oleh mereka yang empunya program buat duit tersebut. Bahkan hidup dan mati program itu adalah ditentukan oleh mereka, bukan anda. Malah kita juga 100% tidak tahu apakah ‘trik’ dan perancangan di belakang tabir program tersebut. Terkadang, kita dipergunakan oleh mereka untuk kepentingan mereka semata-mata.

SCAM (Penipuan): Walaupun sesebuah program itu membuat bayaran kepada anda di saat-saat awal program mereka dilancarkan, namun itu tidak bermakna mereka bukan program yang SCAM. SCAM bukan hanya bermaksud tidak membayar, tetapi SCAM juga akan membayar dan membayar kepada anda. Namun apabila sampai masanya, mereka hilang entah ke mana membawa keuntungan yang besar dan meninggalkan anda terkontang-kanting.

Katakan pula sesebuah program itu bukan SCAM. Ada lagi kekangan yang lain iaitu had dan keterbatasan. Mahu tidak mahu anda mesti mengikut syarat-syarat yang mereka tentukan. Melanggar ketentuan mereka, bermaksud anda mencari padah. Terbukti, anda tiada kuasa untuk menghalang mereka..

Kita masuk pula bab kawalan produk. Kita biasanya amat sukar untuk menentukan perkara-perkara yang syubhah di dalam program yang kita sertai. Teramat sukar untuk mengetahui apa modus operandi mereka yang sebenar. Terlalu payah dan memang tidak tahu pun apa yang mereka lakukan di belakang tabir. Akhirnya, secara mudah kita ‘bersubahat’ dengan mereka. Program yang disangka baik, rupanya ada udang di sebalik batu.

Contoh lain yang membuktikan kita tiada kuasa di dalam mana-mana program ialah hidup atau mati program tersebut. Katakan sebelum ini kita berjaya mendapat RM5000 sebulan daripada program itu. Tetapi apabila bangun sahaja di keesokan pagi, satu dunia riuh mengenai sudah hilang ghaibnya program tersebut. Empunyanya, penganjurnya, entah hilang ke mana membawa lari keuntungan untuk diri sendiri.

Atau dalam kes yang lain pula, sesebuah sistem program buat duit itu mempunyai beberapa risiko seperti bila-bila masa sahaja sistem mereka boleh ‘down’ dan anda tiada kuasa untuk mempercepatkan ia ‘ON’ semula dan atau melakukan apa-apa tindakan. Seratus peratus ketentuan adalah di pihak pemilik program. Anda hanya mampu menunggu-nunggu dan terkedu keseorangan.

Milikilah Produk Sendiri

Sukar sangatkah untuk menjual produk sendiri? Tidak sukar rasanya. Nak seribu daya, tak nak macam-macam alasan. Memiliki barisan produk sendiri amat membanggakan si pemilik produk itu. Jika produk itu Ebook atau buku, namanya akan terpampang pada ebook itu. Bahkan beliau berhak melakukan apa sahaja di dalam proses menjual produknya itu. Tiada halangan untuknya.

Tidak seperti yang hanya mengikut telunjuk orang lain semata-mata atau ‘terseksa’ dengan syarat itu dan polisi ini, tetapi sebaliknya usahawan internet yang memiliki produk sendiri pula memberikan syarat dan kekangan kepada orang lain. Dirinya mempunyai ‘kuasa’ untuk menentukan itu dan ini. Sekali lagi, tiada halangan..

Maka benarlah. Yang layak digelar sebagai usahawan yang sebenar ialah mereka yang memiliki produk sendiri. Sebabnya hanya satu, usahawan adalah BEBAS. Anda tidak layak dipanggil sebagai usahawan jika anda hanya menjual dan mempromosikan produk orang lain semata-mata atau membuat duit hanya berlandaskan program dan produk orang lain. Anda hanya seorang peniaga, bukan usahawan.

Usahawan yang hebat ialah usahawan yang boleh menentukan itu dan ini, bukan mengikut apa sahaja kehendak dan ketentuan orang lain. Mereka amat berjaya kerana mereka miliki ‘kuasa’. Anda pula bagaimana?

Tepuk dada, tanya selera.

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • 13 Artikel Terbaik di Blog SmartUsaha.com
  • Undang-Undang : Daftar Perniagaan Anda
  • Wajah-Wajah Internet Marketer Malaysia + Usahawan Internet
  • Zon Selesa: Keluar, Tapi Masuk Semula?
  • Asas Penting HTML
  • Menjadi Usahawan Internet Muslim Yang Berjaya
  • Apa Itu Pasaran Lumayan?
  • Trafik ke Blog SmartUsaha.Com semakin tinggi!
  • Saya Mahu Jadi Usahawan Jutawan!
  • Usahawan Internet Mudah GAGAL Kerana…

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    26 Comments »

    Comment by Han
    2008-01-07 09:53:01

    slmt pg zul,
    nak buat produk sendiri bukan senang…
    lagi2 pesaing yang ramai…
    tapi kalau betul nak buat poduk sendiri tu memang boleh…
    yang penting usaha lah…

    han

    Comment by Raymond Subscribed to comments via email
    2008-01-07 10:50:36

    Bukan senang itu merupakan perkara yang baik kerana jika ianya mudah, semua orang akan membuat produk sendiri dan produk anda tidak akan terserlah.

    Bernafas amat mudah tetapi ia tidak menjadikan anda terserlah. Grin

    Comment by pyan
    2008-01-07 22:30:13

    satu lagi falsafah dari raymond . Saya suka yang itu.
    Wink

    (Comments wont nest below this level)
    Comment by Raymond Subscribed to comments via email
    2008-01-07 22:35:16

    Terima kasih. Kalau ada peluang. Saya kongsikan lagi ok?

     
     
    Comment by Han
    2008-01-08 11:04:25

    betul tu raymond…
    kalau senang semua orang boleh buat…

    kalau nak sesuatu mestikena usaha raymond…
    kalau senang dan tak usaha, takde juga hasilnya…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by duez
    2008-01-07 10:52:19

    Alhamdulillah,saya sekarang walaupun tiada produk sendiri tetapi saya berjaya mendapat income hasil dari perniagaan internet dari jenis perkhidmatan.Thanks kepada Zul kerana kata kata dalam blog ini membuatkan saya mampu meraih pendapatan 3 angka sebulan sekarang.InsyaAllah bakal menjadi 4 angka untuk bulan seterusnya.

    Comment by Raymond Subscribed to comments via email
    2008-01-07 10:56:35

    Tahniah saya ucapkan kepada duez. Teruskan usaha anda.

    Semoga berjaya!

     
    Comment by Encik Dlie
    2008-01-07 17:17:59

    Syabaz duez… best tengok anda berjaya dapat 3 angka..

     
     
    Comment by Raymond Subscribed to comments via email
    2008-01-07 10:55:32

    Produk saya masih dalam proses mengedit.

    Saya masih fikir untuk menambahkan beberapa produk untuk jadi satu pakej.

    Mungkin akan lancarkan satu produk dahulu baru tambah yang lain kemudian.

    Comment by Encik Dlie
    2008-01-07 17:23:17

    Ni yang tak sabar nak tunggu ni.. buat masa ni, saya fokus pada pemasaran dan branding… maklumlah, baru nak melangkah.. apa pun saya dah ada perancangan nak bina produk sendiri..

     
     
    Comment by Johari
    2008-01-07 12:08:26

    Kalau di tanya kepada pakar IM, mereka akan kata memiliki produk sendiri akan menghasilkan lebih banyak keuntungan berbanding dengan teknik jana pendapatan yang lain. Ini kerana produk sendiri memiliki lebih banyak fleksibiliti.

    Memiliki produk sendiri bukanlah semata-mata untuk keuntungan sahaja. Dalam perniagaan, branding adalah sangat penting.

    Salah satu cara untuk branding ialah dengan mencipta produk sendiri. Lebih banyak produk anda hasilkan, maka kredibiliti anda juga meningkat. Apabila kredibiliti meningkat, jualan pun meningkat Smile

    Comment by Encik Dlie
    2008-01-07 17:21:22

    Yup.. branding melalui produk sendiri itulah yang lebih baik.. Razz

     
     
    Comment by trojanian
    2008-01-07 12:36:46

    setuju dengan zul tu. produk sendiri kita ada kuasa. tak kisah la org nak kata apa dgn produk kita, sebenarnya,”diorang a.k.a depa a.k.a demo tu” jeles! dengan usaha kita.
    (sakit hati kalau ada org kata jadi “biol” kalau nak buat produk sendiri yg pelik!belum cuba,belum tahu-just joking dude)

    (jgn lawan gua,nanti gua hantar trojan,just joking)

     
    Comment by emet
    2008-01-07 13:45:40

    YA! Razz produk sendiri adalah jawapannya, sebenarnya tidak susah untuk memiliki produk sendiri. Yang penting kena dengan minat kite. Bagi saya tak semestinya kita menghasilkan “ebook” tentang Internet, Komputer dan sewaktu dengannya.

    Kita kenalah cari pasaran lain, saya bagi contoh… Kita bole hasilkan ebook tentang.

    1) Penjagaan kereta@motosikal.
    2) Cara memikat wanita LOL

    dan byk lagilah…

    Saya sendiri sedang mencari ebook apa yang sesuai untuk dijual, perancangannya dalam tahun ni juga insyaALLAH.

    (Sekadar untuk menggembirakan kawan2 semua… baca artikel di bawah Smile )

    CUBA ANDA BAYANGKAN JIKA ANDA MENGHASILKAN PRODUK SENDIRI, KEMUDIAN MENJUALNYA DENGAN MRR. JIKA MRR TERSEBUT ANDA JUAL PADA HARGA RM100, DAN DIHADKAN KEPADA 100 ORANG SAHAJA. MAKA KEUNTUNGAN ANDA ADALAH RM10,000! Alien

     
    Comment by SyedHafidz
    2008-01-07 14:22:29

    Usahawan memang orang yang bebas. ada hak utk menentukan polisi sendiri.
    Saya setuju dengan Zul..
    Cool

     
    Comment by starline
    2008-01-07 14:36:01

    Memang betul cakap Zul,

    Memiliki produk sendiri lebih baik sebab kita ada hak nak buat apa saja terutamnya dalam proses mengedit dan promosi.Walaupun permulaannya income tak banyak hasil dari jualan ebook,tapi kepuasan dan syukur sebab kita dan miliki produk sendiri.

    Kalau nak jadi usahawan internet,mesti kena ada produk sebab tu identiti kita sebagai seorang usahawan internet.Orang akan tahu siapa kita.

    Thanks Zul.

     
    Comment by saharman
    2008-01-07 15:27:50

    Miliki produk sendiri bukan lagi rahsia untuk menjalankan perniagaan internet dengan jayanya .

     
    Comment by Encik Dlie
    2008-01-07 17:20:16

    Kepuasan akan terhasil apabila produk yang kita cipta mendapat sambutan yang menggalakkan dari pembeli.. kan best tu.. Wink

    Tambah lagi kita dapat membantu ramai orang dengan produk tersebut.. kelebihan memiliki produk sendiri bukan semata-mata keuntungan sahaja tetapi pembeli akan mengenali kita lebih dekat lagi..

     
    Comment by emet
    2008-01-07 17:54:40

    Grin Saya punya plan ada lebih kurang mcm en dlie, sbb tu mencapap(tayang muke) kat blog smartusaha ni… maybe lepas ni mesti ada kat blog otai2 lain plak… Smile

    Biasalah ini adalah salah satu step dalam Bloggingsteps… Wink

     
    Comment by randavi
    2008-01-07 19:20:50

    mencipta produk sendiri memang impian setiap blogger. bahkan saya sendiri mempunyai idea yang saya rasa baik, namun persoalannya baget.
    Sekarang nih saya masih lagi menumpuhkan program affilate.
    tapi tahun depan diharap ada produk sendiri. Pasti…..

     
    Comment by starline
    2008-01-07 22:24:32

    Budget kalau nak hasilkan eBook bagi saya tidak terlalu mahal.Yang mahalnya adalah masa dan kualiti sesuatu produk.Berapa masa diluangkan dan macam mana sesuatu produk terutamnya eBook dapat mempengaruhi seseorang

    Pendapat saya sahaja.

     
    2008-01-07 23:07:14

    Setiap usahawan online kenalah berusaha kalau nak memiliki produk sendiri. Produk sendiri akan beri lebih kepuasan.

     
    Comment by wanwma
    2008-01-07 23:43:57

    Produk sendiri memang best!! Nantikan Produk saya, insyaallah..akan dilancarkan bulan feb nanti! Wink

     
    Comment by Termin_Laptop
    2008-01-08 00:43:00

    Bestnye ramai yg dah ada produk sendiri…tahniah tahniah…selamat maju jaya…

    Grin Zul oh Zul….apa khabar lama tak jumpa…saya dah berazam tahun 2008 ni nak sambung balik apa yg saya dah tertinggal setahun lamanya…

    Sebagai langkah permulaan, sy nak baca blog zul dulu…mesti banyak tips berguna…see ya Razz

     
    Comment by titan
    2008-01-09 04:07:41

    Ehm. Betul. Mesti ada produk sendiri dan akhirnya aku dah ada produk sendiri..

    Memang berbeza ! Alien

     
    Comment by Rev Manoe
    2008-01-09 08:26:24

    “Yang layak digelar sebagai usahawan yang sebenar ialah mereka yang memiliki produk sendiri. Sebabnya hanya satu, usahawan adalah BEBAS.”

    -siapa kata? kalau dalam business offline adakah pemborong beras contohnya bukan usahawan?

    “Usahawan yang hebat ialah usahawan yang boleh menentukan itu dan ini, bukan mengikut apa sahaja kehendak dan ketentuan orang lain. Mereka amat berjaya kerana mereka miliki ‘kuasa’.”

    -adakah ini tujuan usahawan, memiliki kuasa dan menunjukkan kehebatan?

    apa puncuma pendapat, jangan ambil hati…. Alien LOL

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: