Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Tentukan Bidang Anda dan Fokus 100%

24 01 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Bidang dan fokus saya ialah ‘Internet Marketing’. Produk-produk yang saya keluarkan untuk kini dan masa hadapan sudah pasti akan berkait rapat dengan perniagaan, keusahawanan dan pemasaran Internet.

Begitu juga dengan blog ini. Ia akan terus ‘bercerita’ mengenai cara buat duit, perniagaan dan keusahawanan. Sebaliknya, bukan mengenai cara buat nasi lemak, kek coklat, politik atau mengenai gosip artis.

Ada yang mempersoalkan usaha saya, “mengapa kau asyik cerita pasal buat duit? Takder benda lain ke?”. Jawab saya, “Habis, awak nak saya tulis pasal apa?”. Dia terdiam seribu bahasa. Mempersoalkan pandai, tetapi dia tidak pandai bertanggungjawab pada apa yang dia mahu dan bangkitkan itu.

Maka FOKUS saya ialah: Perniagaan, Keusahawanan dan Pemasaran Internet. Saya lebih tahu dan mampu menulis mengenai perkara tersebut (kekuatan saya), maka itulah fokus saya. Bukan topik atau bidang lain yang saya tidak tahu menahu langsung.

Soalnya di sini, apakah fokus anda?

Tidak kisah apa yang anda pilih dan mahu buat, fokuslah pada bidang anda itu sebaik-baiknya sehingga berjaya. Jangan pedulikan atau ambil kisah dengan gesaan atau komen negatif orang lain selagi apa yang anda lakukan adalah kerja yang halal dan betul.

Be yourself!

ps. Kek coklat pertama yang saya buat keras tak menjadi. Tapi saya tahu bagaimana nak hasilkan duit untuk membeli kek yang sedap atau membeli bahan-bahan yang mencukupi. Ada sesiapa yang faham dengan analogi ini? :D

Popularity: 26%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini. Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini.


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Bagaimana anda boleh berjaya dalam perniagaan internet?
  • Pentingnya Fokus Pada Satu-Satu Model Perniagaan Internet
  • Fokus: Menentukan Anda Cepat atau Lambat Berjaya
  • Hakikat 7: Anda perlu usaha kuat, konsisten dan fokus
  • Menjadi Semua Orang Dalam Satu Masa
  • Usahawan Internet Berjaya: Masa Kejayaan Anda Juga Akan Tiba…
  • Perniagaan Internet: Jual Kepakaran Anda
  • Perlukah Pendidikan Formal dalam Bidang Perniagaan?
  • Perniagaan Internet : Anda mesti jelas apa target anda!
  • Usahawan: Fokus Pada Usaha Anda!

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    Ada 15 Pendapat Bernas »

    Pendapat oleh Raymond Subscribed to comments via email
    2008-01-24 06:55:22

    Fokus saya ialah dalam skop motivasi yang bertumpu kepada Law of Attraction.

    Analogi yang diberikan samalah seperti tak tahu buat software tetapi tahu outsource kat elance

     
    Pendapat oleh wanwma
    2008-01-24 08:27:43

    Ehem..fokus saya dalam bidang motivasi gak..tp tu bukan untuk bisnes, itu untuk perkongsian dan pembentukkan diri saya. Fokus perniagaan saya dalam internet ni telah pun dibuat, cuma tunggu masa untuk dilancarkan..sekarang baru blajar merangkak untuk mengemaskini ilmu saya dalam perniagaan ni..saya baru 3-4 bulan jer betul2 guna internet ni..huhuhu..nak main YM pun x reti sangat.. :razz: hohohoho…kelakar kan! Tp kalu dah nak, semua perkara pun jd senang!! :wink: Taukah anda diluar sana lebih beruntung dan mahir dari saya. So, tunggu apa lagi..Fokus dan Start la sekarang!!

    Pendapat oleh Han
    2008-01-24 09:42:35

    tak reti guna YM takpe…
    yang penting tahu guna email…(nak layan pelanggan kan)hehe
    tapi,
    apa2 pun kita kena bljr jg…

    Pendapat oleh wanwma
    2008-01-24 18:49:25

    Yup..hehe..dah pandai dah guna email, dah byk kali pun anto desgn guna email. Alhamdulillah…betul! Belajar, mesti belajar sampai akhir hayat. “Perjalanan Menuju Kejayaan Tiada Penghujungnya”

    (Comments wont nest below this level)
     
     
    Pendapat oleh paklong
    2008-01-24 10:34:51

    boleh tak tolong ajar saya, bagaimana nak mengenali potensi diri, dan menjelmakannya menjadi bakat dan akhirnya menjadi duit.

    analogi saya, saya nak buat kek, sayatanya orang, orang kata tu kata kena cari tepung, telur, majerin dan gula , campur le , masak le pastu makan. Saya confused.

    Pendapat oleh Dik Mal Subscribed to comments via email
    2008-01-24 13:23:35

    Cuab senaraikan kecenderungan diri.. dan tanya pada orang2 sekitar anda akan kecenderungan anda.. :) insyaALLAH dapat kenal pasti jawapannya

    (Comments wont nest below this level)
    Pendapat oleh emet
    2008-01-24 16:19:40

    :grin: Bagusnya tips ni Dik Mal tq…!
    Nak pi carik la pe kecenderungan saya skang jugak! :razz:

     
     
     
     
    Pendapat oleh titan
    2008-01-24 09:59:40

    Fokus pada bidang yang kita mahir. Tak guna kalau orang tanye kita tak leh jawab kan? So, depend pada masing-masing. Nak income lebih, kita kene lebih tahu dari orang lain..

     
    Pendapat oleh En Dlie
    2008-01-24 14:01:37

    Betul tu.. kalau kita memang mahir dalam satu2 bidang dan minat giler dengan bidang tu.. orang tnyer pun boleh jawap. Tapi kalau dah tak mahir, tapi nak buat juga.. bila orang tanyer tergagap2.. last2 orang tak percaya dah.. ini satu hal..

    Tepuk dada tanya kebolehan diri sendiri.. :wink:

     
    Pendapat oleh wanwma
    2008-01-24 18:03:01

    Kadang2 ada orang yg dia sendiri pun tak tahu apa kelebihan dia, dalam puluhan orang kawan2 saya yg saya cakap dia dapat hasilkan pendapatan dengan minat dan kemahirannya, hanya 5% ke bawah sahaja yang yakin dengan kenyataan itu.

    5% jer…itu baru yg yakin, yg berusaha untuk mencapainya? em…agak2 sendiri la… :sad:

    Nak tau cara2 mengenalpasti kelebihan diri? Insyallah saya akan postkan topik ni dalam blog saya. Saya akan postkan tips2 yang saya dapat dari buku2 motivasi yang saya baca! Tunggu yer… :wink:

    “Ramai manusia tak tahu apa yang mereka buat, tapi lagi ramai yang tak buat apa yang mereka tahu!” :idea:

     
    Pendapat oleh starline
    2008-01-25 00:54:19

    Focus saya bidang komputer sebab saya minat dan belajar komputer.Apa pun fokus kita teruskan usaha untuk terus berjaya sebab perjalanan masih jauh.

     
    Pendapat oleh Fai
    2008-01-25 01:10:20

    Salam semua..

    Lama xkomen kat sini.. Rindu plak nak komen.. :lol:

    Ok, mengenai tajuk ini.. Saya ada satu soalan yang lama nak tanya ni mengenai niche.. :)

    Apa pandangan zul sendiri(dan semua IM) mengenai Usahawan Internet yang tidak tetap dengan niche dan sering berubah-rubah nichenya semata-mata mengikut demand (permintaan) pasaran? Maksudnya dia tak buat bisnes kerana minat dan kepakaran dia tetapi buat bisnes demi permintaan(walaupun tak tau byk benda pun)

    Jika kita tanya kpd usahawan td, mereka akan jawab mengambil peluang merupakan satu sifat usahawan dan mengejar permintaan pasaran juga merupakan sikap usahawan.. Jadi mereka berkata ia tidak salah..

    So, skrg dah ada dua golongan yang berbeza iaitu golongan yang stick dengan niche dan golongan yang stick dgn pasaran.

    Apa pendapat zul mengenai golongan ini pula?

    Thanks

    -Fai-

    PS: Owh.. Tjuan saya bertanya mengenai golongan ini untuk membincangkan.. Saja nak menghuraikan simpulan mengenai golongan2 ini. Saya hanya ingin tahu pandangan zul dan IM lain mengenai benda ni.. Saya juga ada pendapat sendiri.. Tunggu pendapat anda dulu.. :)

    Pendapat oleh Han
    2008-01-25 09:20:06

    fai,
    sebagai usahawan, kita kena pandai cari peluang…
    usahawan kan menyediakan keperluan dan kehendak orang…
    so itu lah yang patut mereka betul…

    han

    Pendapat oleh Fai
    2008-01-25 10:42:27

    Yup han.. Memang betul.. :)

    Maka secara tidak langsung, terlahirlah dua golongan berbeza dgn kepercayaan yang berbeza.. Itu yang banyak percanggahan idea bila berbincang soal niche dgn mereka :)

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Pendapat oleh wanwma
    2008-01-25 10:13:19

    betul! kita mmg kena pandai mencari peluang! Walaupun kita mahir dalam satu2 perkara, kita belum tentu berminat untuk menjadikannya perniagaan. saya ada kemahiran dalam seni lukisan, tp saya berminat dalam motivasi. minat dan kemahiran tidak sama. ada org mahir memasak tp minatnya baiki kereta. :shock:

    Yg penting, tetapkan matlamat berdasarkan minat dan kemahuan kita. kalu dah menetapkan matlamat, jangan pula asyik berubah2…tak pandai dan tak berkemahiran tak apa, boleh belajar, tapi kalu dah tak minat..belajar pun malas!! :wink:

     
    Name (required)
    E-mail (required - never shown publicly)
    URI
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.



    Terbaik Untuk Anda: