Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Idea Perniagaan Internet Secara ‘Mudah’

27 11 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Salah satu bentuk perniagaan di Internet ialah memberikan sesuatu perkhidmatan (servis) kepada yang memerlukan. Perkhidmatan yang biasa kita dengar ialah seperti:

1 - Rekabentuk laman web

2 - Pemasangan sistem Affiliate

3 - Design Ecover

dan banyak lagi..

Namun begitu, tidak mudah untuk mendapatkan idea-idea perkhidmatan apa yang boleh dilakukan dan satu lagi, susah untuk mendapatkan pelanggan.

Jadi pada hari ini, saya mahu berikan satu idea dan tip kepada anda yang berkaitan dengan model perkhidmatan. Langkahnya amat mudah tapi bergantung kepada keadaan juga. Nanti saya akan terangkan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah, cari mana-mana produk (terutama Ebook panduan) yang sedikit berbentuk ‘teknikal’ contohnya:

1 - Ebook panduan pemasangan Affiliate

2 - Ebook yang ada versi Resell Rights (laman jualan disediakan)

3 - Panduan Perniagaan Internet

Biasanya, pembaca yang membeli panduan-panduan teknikal sebegini mempunyai masalah di dalam melakukan apa yang mereka pelajari di dalam Ebook. Malah, ada yang berputus-asa kerana setelah banyak kali mencuba, namun ‘error’ atau kegagalan jua yang ditemui.

Contohnya, selepas mereka membaca sebuah ebook panduan perniagaan internet, mereka disuruh membina laman web, membeli hosting, pasang order form dan sebagainya. Namun, tidak semua mereka mampu melakukannya dengan mudah dan sekelip mata. Malah, ada di antara mereka tidak mempunyai masa yang banyak untuk belajar sendiri dan mencuba.

Di sinilah peluang untuk anda menawarkan perkhidmatan anda. Cuma syaratnya, anda mesti tahu mengenai perkara tersebut. Hubungi pemilik produk tersebut dan katakan kepada mereka bahawa anda boleh membantu pembeli-pembeli beliau yang tidak mahu lagi mencuba sendiri. Anda akan kenakan caj yang berpatutan untuk membantu mereka.

Sebagai contoh, katakan seorang penulis ebook ini menyertakan hak jualan semula ebooknya yang diberikan juga laman web jualan (yang perlu diedit). Namun, tidak semua pembeli ebook itu yang tahu mengedit laman web resell rights tersebut. Edit di sini adalah seperti memasukkan button paypal, contact form, order form, nama dan lain-lain.

Tugas anda di sini ialah membuat semua perkara tersebut kepada mereka sehingga siap dan berfungsi. Kadar cajnya boleh mencecah ratusan ringgit. Saya pernah melakukan perkara ini kepada Reseller Pakej Kit Blogger saya. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak kisah berapa caj yang akan dikenakan, janji mereka boleh mula menjual.

Contoh lain, saya juga pernah memberikan perkhidmatan kepada pelanggan rakan usahawan saya yang lain. Antaranya memasang sistem affiliate dan juga membina laman web untuk mereka. Hatta, pendaftaran nama domain, Hosting dan autoresponder pun saya yang lakukan. Cajnya? Semakin banyak kerja, semakin tinggilah kosnya. Wink

Saya harap anda nampak apa yang saya mahu nyatakan di sini. Rasional saya ‘menyuruh’ anda menghubungi pemilik-pemilik produk tadi adalah kerana mereka sudah mempunyai ‘market’ iatu pelanggan yang ramai (inilah bakal pelanggan anda!).

Jadi, anda tidak perlu bersusah payah mencari pelanggan untuk perkhidmatan yang mahu anda lakukan tersebut. Hubungi mereka dan minta mereka ‘memaklumkan’ servis anda kepada para pembeli mereka. Jika anda kenakan satu servis dengan caj RM300 dan 5 orang mendapatkan khidmat anda itu, anda sudah mendapat RM1500.00.

Namun begitu, jangan hanya mahu menyuruh beliau memaklumkan servis yang anda mahu berikan. Fikirkanlah strategi kerjasama dengan si pemilik produk tadi. Contoh mudah, mungkin anda boleh kongsi keuntungan bagi setiap caj yang anda perolehi, atau tetapkan ‘deal’ tertentu seperti anda akan lakukan servis tertentu secara percuma untuk beliau bagi tempoh tertentu.

Ketahuilah, kalau anda hanya meminta-minta, mereka tidak akan melayan anda. Di dalam JV (kerjasama), jangan sama-sekali berat sebelah iaitu hanya anda yang untung lebih dan rakan JV itu pula rugi. Jangan sama sekali melakukan kesilapan ini. Memberikan lebih tidak mengapa, tapi mengurangkan kelebihan rakan JV adalah satu kesilapan yang perlu dielakkan melainkan mereka setuju dengan ‘deal’ yang ditawarkan oleh kita.

Inilah faktor kekangan yang saya katakan di awal tadi. Silap ‘approach’, permintaan anda tidak akan dilayan sama-sekali. Jadi, hati-hati dalam mengemukakan ‘proposal’ (cadangan) kepada mereka.

Usahawan Internet

Satu perkara yang perlu anda tahu sebagai seorang usahawan internet, tidak semua perkara perlu kita tahu. Contohnya membina laman web. Seorang CEO company walaupun dia orang kuat perniagaan, tetapi dia tidak perlu melakukan kerja-kerja teknikal. Sebaliknya, dia serahkan kepada yang tahu.

Ya, saya tahu. Mungkin ada yang akan mengatakan, “tak ada modal Zul nak upah orang”. Saya tidak menafikannya sama-sekali. Tetapi berusahalah mendapatkan modal bagi mendapatkan khidmat profesional untuk usaha perniagaan anda. Dahulu, saya membuat laman web sendiri, tetapi sekarang, saya hanya menyerahkan kepada yang pakar.

*Nanti saya kongsikan pengalaman saya sendiri dalam hal ini (permulaan karier ebiz saya).

Saya dapati, membuat sendiri laman web tidaklah bagus kualitinya jika hanya tahu sikit-sikit. Malah, memerlukan masa yang lama dan bertarung pula dengan motivasi diri. Sebaliknya, jika kita keluarkan RM300 untuk upah membina laman web, insyaAllah hasil yang akan kita perolehi lebih daripada itu jika kena usahanya. Laman web yang bagus dan berkualiti, biasanya akan mendapat pelanggan yang ramai dan berbeza dengan laman web yang dibuat sendiri.

Nota: Amat bagus jika tahu asas-asas laman web seperti HTML atau penggunaan perisian. Namun sebagai seorang usahawan, perlu lebih menggunakan masa untuk ‘marketing’ berbanding perkara teknikal. Ingat, ‘masa adalah wang’: Utamakan yang utama dan fokus pada kekuatan anda.

Tugas Anda Membantu Mereka!

Jadi dalam perkara ini, anda boleh membantu mana-mana usahawan atau bakal usahawan internet di dalam menyediakan apa-apa fasiliti atau penyelesaian agar usaha perniagaan mereka berjalan lancar. Mereka adalah usahawan, BUKAN ‘webmaster’.

Saya teringat kata-kata Fadzli Yusof dalam bukunya yang lebih kurang begini, “begitu ramai orang yang mahu melakukan semua perkara sendiri-sendiri. Sebaiknya, serahkanlah kepada yang ‘bertanggungjawab’ melakukannya…”. Maksudnya, kalau anda tak tahu, serahkanlah kepada yang tahu melakukannya. Itupun jika keadaan mengizinkan ( ongkos lah tu. Wink ).

Pengalaman Saya:

Antara servis yang pernah saya lakukan ialah:

1 - Memasang borang pesanan di laman web jualan >> caj lebih RM20!

2 - Memasang blog dot com >> caj lebih RM200. Bergantung.

3 - Membina laman web jualan >> caj lebih RM300

4 - Membantu membeli domain name dan hosting << simple idea! Wink

*Sehingga sekarang saya menjadi agen kepada sebuah company Hosting sejak dua tahun yang lalu.

5 - Pemasangan sistem Affiliate >> RM100 ke atas

6 - Pemasangan sistem portal seperti joomla, forum dan phpNuke.

7 - Khidmat nasihat (jika ada yang memerlukan)

8 - Beberapa lagi servis teknikal yang lain..

*Untuk sistem Affiliate, saya berpengalaman memasang 3 jenis sistem iaitu Post Affiliate Pro, iDevAffiliate dan Post Affiliate versi Free. Servis ini saya telah lakukan sejak 2 tahun yang lepas.

**Lihat, berapa banyak servis yang boleh anda lakukan di internet. Jangan hanya nampak satu dua servis sahaja. Anda boleh lakukan macam-macam! Smile

Ada beberapa servis tersebut telah saya hentikan kerana saya lebih fokus kepada penjualan produk sekarang. Servis memerlukan masa yang banyak dan sokongan teknikal yang ‘membosankan’. Hehe.. Wink

Motivasi sikit untuk anda: Andaikata saya amat serius dalam semua servis tersebut, agak-agak anda, berapa pendapatan yang akan saya perolehi dalam sebulan? Jika besar pendapatannya, mengapa anda tidak mahu mencuba? Grin

InsyaAllah, saya sedang merangka servis-servis yang akan saya tawarkan kepada yang memerlukan selepas ini. Fasa 1 ( mendapatkan portfolio servis) sudah beres. Cuma nak ‘launch’ sahaja. Pada tahun 2009 insyaAllah, saya akan melebarkan sayap perniagaan saya ke dunia Offline pula (berkaitan dengan Internet Marketing juga).

Jumpa lagi.

Wassalam.

ps. Di artikel yang seterusnya nanti, saya akan kongsikan tip-tip penting untuk anda yang mahu melakukan perniagaan internet berbentuk perkhidmatan. Saya juga akan berikan beberapa idea simple dan mudah yang boleh anda cuba!

pps. Satu servis yang pernah saya lakukan dulu ialah “copy & paste” artikel. Tapi cara legallah. Hehe.. Wink

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Idea Aku diambil Orang!!
  • Bagaimana Cara Untuk FOKUS?
  • Catatlah…
  • Saya Bercuti 1 hingga 2 Minggu
  • Idea Yang Kecil dan Unik : Hasil Bergunung..
  • Tiada Idea Menulis Blog?
  • Program Affiliate yang boleh anda sertai..
  • Blogger : Jangan Paksa Diri Anda
  • Perniagaan Internet | Usahawan Internet | SOHO
  • Tadaaa… Saya sekarang berada di konvensyen SaifulSham..

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    22 Comments »

    Comment by NayanMohd
    2007-11-28 01:12:22

    Wah!! satu perkongsian info yang cukup menarik. Begitu banyak idea perniagaan internet yang ada yang boleh kita jalankan. selama ni agak sukar untuk memikirkan tentang idea-idea perniagaan internet.

    Terima kasih Zul sebab berkongsi info yang cukup menarik…

    P/S : Untuk mencapai kejayaan perlunya usaha yang gigih dan berterusan.

     
    Comment by smartzul
    2007-11-28 03:02:26

    Nak capai ke tahap yg kita idamkan memerlukan kita bermula dari bawah. Biasanya yg terus bermula dari atas susah nak kekal lama. Wink

    Comment by SyedHafidz
    2007-11-28 05:29:49

    Setuju 2..
    kebanyakkan mereka2 yang berjaya pd hri ni datang daripada mereka yang susah pd masa lepas..
    merka menragkak2 utk mencaipta kejayaan..

     
     
    Comment by Zainuddin Subscribed to comments via email
    2007-11-28 04:25:07

    Umm..idea yg bagus. Banyaknya idea bisness yer…

    Smartzul, pada perancangan saya la…kalau kita nak buat semua tu mungkin xde masa dan tak sempat… Ni idea saya pd masa depan. Nak wujudkan satu company tentang servise tu, yg bekerjasama dgn kita..

    Contohnya, kita ada 5 org bwh kita.. si A, kejenya pasang Affiliate, si B kejenya pasang blog, si C, kejenya wat laman web jualan…dan sebagainya. bagus tak? hehe…lambat lagi tu..

     
    Comment by SyedHafidz
    2007-11-28 05:21:52

    Saya kadang2 terfikir jugak, sebenarnya banyak jalan utk hasilkan duit diinternet..
    cuma kadang2 kita tak nampak jalan camne nak buat je..
    Eek!
    Mungkin lepas ni saya boleh pertimbangkan utk JV dengan IM2 yang establish..

     
    Comment by Encik Dlie
    2007-11-28 09:00:54

    Saya baru saja ura-ura ingin menjual servis… dan dah terfikir beberaopa servis yang sesuai dengan kemahiran saya.. Thanks zul kerana menjelaskan topik ini.. Wink

    Saya sebenarnya pernah juga dapat permintaan dari pelanggan-pelanggan saya, namun disebabkan saya tidak menyangkan akan perkara tersebut, jadi saya hanya sekadar memberikan tips dan nasihat serta menyerahkan meraka kepada usahawan internet lain (…terasa rugi juga ni.. )

    p/s : InsyaAllah beberapa servis akan saya wujudkan nanti.. Grin

     
    Comment by koibito
    2007-11-28 09:07:51

    nice info lah hari ni zul….

    kadang-kadang kita memang tahu sesuatu bisnes tu…dan mungkin kita ada pengetahuan sedikit berkaitan dengannya,,,maksudnya kita tahu untuk buatnya…tp jalan tak berapa nampak, masa tak berapa ada dan macam-macam alasanlah yang biasa tu….alasan sayalah..he

    betul kita perlu bermula dari bawah…cari seberapa banyak ilmu yang berkaitan. Dan kalau kita nak buat semua tu, mungkin JV itu satu langkah bijak.

     
    Comment by Raymond
    2007-11-28 10:14:43

    Idea yang baik untuk orang yang mula nak buat untung.

    Tak payak pelaburan yang tinggi. Itupun kalau ada kepakaran dalam bidang tersebut.

     
    Comment by Han
    2007-11-28 11:20:14

    slmt pg zul,
    menarik artikel ni zul…
    memang tertarik dengan artikel ni…

    zul boleh tak saya nak tgk web yang zul pasang Post Affiliate Pro dan iDevAffiliate tu???

    han

     
    Comment by motokriss
    2007-11-28 19:57:51

    salam bro zul.
    terima kasih diatas perkongsian idea dan tips2 yang amat berguna. saya semakin hormat pada bro zul. tidak lokek dengan ilmu dan idea.
    teringin sangat untuk berjumpa secara bersemuka dengan bro zul.
    bila agaknya kita bleh jumpa ek? Grin

     
    Comment by camar emas
    2007-11-29 00:23:57

    Alien
    Terima kasih smartzul..nampaknya banyak tips dan ilmu IM boleh diperolehi disini.

    Mari Menuju ke alaf usahawan cyberia yang sebenar.

     
    Comment by starline
    2007-11-29 11:26:59

    Service memang satu cabang yang bagus dan kalau kita serius dan service yang kita tawarkan seperti ruangan iklan,customer akan bertambah yakin dan percaya kepada kita.

    yang penting buat semua tu dengan sempurna dan ikhlas untuk membantu,pendapatan hasil dari tu pun jadi bertambah berkat. Smile

     
    Comment by waka Subscribed to comments via email
    2007-11-29 13:20:04

    satu penerangan yang menarik dari zul, dan boleh membuka minda pembaca bahawa perniagaan melalui internet juga boleh dijadikan kerjaya utama dengan syarat belajar dengan tekun tanpa rase jemu dan disertai dengan minat yang mendalam insyaAllah boleh maju. Dimana ada usaha disitu ada kejayaan. Untuk mendapatkan kejayaan yang besar perlu dimulakan dengan kejayaan yang kecil terlebih dahulu.

     
    Comment by Hamid
    2007-11-29 14:47:26

    Kenapa servis hamal sangat ye?

    Zul tak pasang feedburner ke? senang sikit nak baca jika ada artical terbaru.

    Comment by Han
    2007-11-29 15:07:13

    dulu ada tapi hari saya tgk mcm takde je…
    susah2 , guna RSS lah hamid…

    han

     
    Comment by smartzul
    2007-11-29 18:32:27

    Kalau Hamid nak tahu kenapa “mahal”, apa kata cuba buat satu servis. Hanya orang yg buat servis sahaja akan tahu mengapa perlu mahal. Kalau saya bagitahu secara ‘teori’ di sini, susah sikit nak mempercayainya. Wink

    Feedburner? Actually, cuba lihat bahagian sidebar dari atas ke bawah. Saya dah sediakan satu panduan nak subscribe RSS dan siap dgn pilihan button lagi..

    Comment by Hamid
    2007-11-30 14:53:14

    subscribe melalui email tak ada ker?

    (Comments wont nest below this level)
     
    Comment by Han
    2007-12-02 13:06:51

    betul tu zul,
    mahal lah bagi pembeli…
    tapi bagi penyedia perkhidmatan ni yang sesak nanti kalau ambil murah…
    pembeli ni kadang2 leceh juga…hehe

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by zuhairy
    2007-11-29 16:32:51

    that’s good idea..saya dah dapat satu idea dari post ni. thanks zul! hehehehe Smile

     
    Comment by hafiza
    2007-11-30 11:08:38

    maklumat yang menarik. mungkin dapat membantu para usahawan yang sedang buntu memikirkan cara untuk memantapkan lagi perniagaan mereka.

     
    Comment by narutohitam
    2007-12-01 03:05:01

    Affiliate program dan service. Ini sahaja yang memberikan pulangan yang lumayan ada aku sekarang. Mungkin yang lain akan menyusul. Better kita tumpukan pada yang kita mahir dulu. Then, baru buat yang lain..

     
    Comment by RajaAffiliate
    2007-12-12 14:07:47

    Sebenarnya banyak cara boleh jalan boleh wat duit internet..
    cuma, kita kenala pandai amik peluang..
    cari peluang & cipta peluang..
    pendek kata kita kena jadi perintis…
    Wink

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: