Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Nak Jadi Jutawan dalam Satu Malam? Saya Ada Formulanya…

11 09 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Siapa tak kenal Dan Kennedy, seorang pakar Direct Marketing dan produk Informasi. Beliau boleh dan mampu menjana pendapatan dalam RM1 juta dengan begitu mudah pada satu malam sahaja.

Begitu juga dengan John Reese, dalam masa 24 jam sahaja, beliau berjaya mendapat jualan USD1 juta untuk jualan salah satu produknya.

Dan begitulah juga Mike Filsaime atau sesiapa sahaja usahawan Internet yang tersohor dan yang pakar…

Persoalan di sini, apakah formula mereka? Saya akan kongsikan dengan anda rahsia mereka…

Jawapan kepada persoalan ini telah diberikan oleh Dan Kennedy:

“Saya menjadi jutawan dalam satu malam setelah berusaha selama 20 tahun…”.

Dalam satu rujukan yang saya baca, beliau dikatakan berumur 42 tahun semasa mendapat satu juta pertamanya dalam satu malam.

Itulah formulanya: [MASA + USAHA]

Mungkin anda kecewa setelah mengetahui rahsia ini. Tapi, itulah hakikatnya.

Irfan Khairi, berusaha selama 7 tahun sebelum betul-betul berjaya (jadi jutawan) dan kini, sudah ‘menguasai’ muka depan kebanyakan majalah.

Jika bertanya kepada lain-lain usahawan Internet seperti Mike Filsaime, walaupun beliau tidak sampai 10 tahun lagi melakukan perniagaan Internet (mula tahun 2003), tetapi ketahuilah, beliau mempunyai pengalaman dalam perniagaan Offline sebelum memulakan bisnes Online.

Begitu juga John Reese dan Ewen Chia, mereka mengambil masa untuk berjaya atau dalam bahasa mudah, menjana RM1 juta dalam satu malam kerana mereka telah mempunyai tapak yang kukuh.

Jika anda baru bermula dalam perniagaan dan bermatlamatkan mahu serba cepat dan kilat dalam hasil pendapatan, fikirkanlah, realistik atau tidak matlamat itu.

Masa di sini tidak semestinya bertahun-tahun, cuma ia satu perkara yang subjektif untuk menentukannya. Adakala cepat, adakala berbulan-bulan dan adakala bertahun-tahun.

Mulakan langkah pertama dan berusahalah dengan konsisten sehingga anda mendapat kejayaan yang diinginkan.

Fikir-fikirkan dan muhasabahlah diri.

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Saya Mahu Jadi Usahawan Jutawan!
  • 9/10 Rezeki Dalam Perniagaan
  • Duit: Berapa Banyak Yang Anda Mahu?
  • Perniagaan Internet : Anda mesti jelas apa target anda!
  • The Next Internet Millionare. Will It Be You?
  • Sebelum Anda Menyertai Mana-Mana Bengkel, Seminar… + Oh MLM!
  • Sistem DPP Secara Percuma?
  • Hakikat 11: Perniagaan internet bukan pelaburan singkat
  • RM1 juta? Mustahil atau tidak??
  • Hakikat 2: Anda perlu tahu bagaimana berniaga di internet

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    37 Comments »

    Comment by abdfatah
    2007-09-11 06:40:23

    yeaa saya pun nak jadi jutawan segera jugak… meh sini kita dapatkan formula tersebut dengan segera… Grin

     
    Comment by abdfatah
    2007-09-11 06:47:12

    hahaaa… dah dapat formula tersebut kena berusaha laa. baik bidang gaya pos ke, offline ke? online ke…? kalo sekadar mengharapkan sejuta dalam masa segera yang tersegera sampai bilapun kita takkan kaya walau berapa cepat dan segera sekalipun yang kita mahu…

    adesh…. nape lama sangat nak jadi jutawan sedemikian rupa?

    kalo anda baru mula kerja hari ini, esok lusa dah dapat gaji ke? dah tentu kena kerja separuh bulan baru dapat gaji di akhir bulan…

    “boss, saya nak kerja dan esok saya mahu gaji… gaji penuh satu bulan”

    ishhh kang jadi entry pulak kat sini… sori laa zul. LOL

    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-23 13:12:30

    formula penting adalah usaha + tak putus asa…
    mesti jadi jutawan satu hari nanti..
    tapi nak semalaman tu tak leh lah…

    han

     
     
    Comment by pyan Subscribed to comments via email
    2007-09-11 11:45:24

    Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan . (Usaha : Doa) = masa + kejayaan . Mad

    Cuba perhatikan keyboard anda . Tanda + dan tanda = diletak pada satu key. Smile

    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-23 13:14:53

    boleh pakai juga formula pyan ni…hehe
    kenapa dengan tanda + = duk satu key?

    han

     
     
    Comment by Raymond
    2007-09-11 11:45:47

    Saya baru mengadakan perbincangan ini dengan Shafir (saya rasa Zul kenal) pada minggu lepas bersama-sama dengan member yang lain mengenai topik ini.

    Gambar di sini

    Hakikatnya, tiada jutawan yang berjaya dalam sehari sahaja tanpa berusaha terlebig dahulu.

    Saya sekarang tengah membina list, kredibility, serta nama di pasaran terlebih dahulu sebelum boleh menjadi “jutawan dalam masa sehari” Razz

    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-23 13:16:47

    em betul raymond…
    takde jutawan yang berjaya dalam sehari..
    kena lah ada strategi…dan usaha yang keras…

    han

     
     
    Comment by CekDet Subscribed to comments via email
    2007-09-11 13:56:31

    Mungkin saya nak tambah 1 lagi rahsia orang-orang yang berjaya.

    Dalam buku Think & Grow Rich (Napoleon Hill), ada1 ciri orang yang berjaya yang jarang-jarang disebut ialah berpandangan jauh.

    Saya percaya kebanyakan mereka yang berjaya pada hari ini datangnya daripada mereka yang berwawasan dan melihat jauh ke depan pada masa lampau. Hanya orang yang berpandangan jauh akan work over & over again what they think.

    Contoh, Dr Irfan Khairi sewaktu berusia 18 tahun pernah meletakkan azam untuk menjadi seorang jutawan 10 tahun akan datang (Kalau saya tak silap…Kalau silap tolong betulkan ek). Akhirnya tak sampai 10 tahun, pada umur 25 tahun beliau berjaya menjadi seorang jutawan.

    Ramai lagi tokoh yang boleh kita ambil sebagai contoh. tapi cukupla satu je..

    So, kesimpulannya, akal yang berpandangan jauh akan menjurus kepada usaha berterusan untuk mencapai kejayaan.=)

    Comment by abdfatah
    2007-10-22 23:04:55

    target nak jadi jutawan itu penting dan biarlah logik. memang anda tidak akan terjangka jika sekiranya anda menjadi jutawan sebelum target yang telah anda tetapkan… itulah yang dinamakan rezeki berganda setiap hari..

    kalo nak fikir esok lusa nak jadi jutawan memang tak terfikir laa…

    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-23 13:18:56

    logik tu betul juga…
    tapi kalau tak usaha, memang tak de lah jawab nya…
    target yang tak logik tu memberi kecewa je kadang2 tu…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by Nasran Subscribed to comments via email
    2007-09-11 16:17:48

    Menarik topik ni…Sepatutnya ‘ahli-ahli skim cepat kaya’ ambil hakikat sebenarnya nak mencapai kekayaan bukan tanpa usaha dan matlamat…

    Bukan hari ini berniaga,esok boleh kaya… LOL

    seperti kata pyan…
    Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan . (Usaha : Doa) = masa + kejayaan .

     
    Comment by taza Subscribed to comments via email
    2007-09-11 16:23:19

    setuju, ini dari pengalaman sendiri….dah penat dengar yg dapat duit cepat nih

    Comment by abdfatah
    2007-10-23 10:12:48

    cara yang cepat akan menghasilkan kehilangan wang yang cepat jugak sebagaimana Skim Cepat Lesap Duit. lepas nih boleh laa buat website skimcepatlesapduit dot com pulak…

    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-23 13:21:01

    penghapus skim patut diwujub kan…hehe
    abdfatah sesuai kot…
    tu dia nak cepat kaya tapi cara yang salah…
    menyesal la sekarang ni…
    beribu2 habis begitu saja…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by PioneerTeamDotNet Subscribed to comments via email
    2007-09-11 16:36:42

    Dah lama pepatah melalu kata ” berakit-rakit ke hulu, berenang renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”..

    tapi orang suka modified jadi “naik bot kena laju, tak boleh lambat-lambat, buat skim cepat kaya atau peram labu, bolehlah kaya cepat!”

    semuanya nak di ubah, tak mahu yang letih, susah dan masalah, semua mau senang, malas tak payah susah susah..

    itulah mentaliti yang perlu di ubah, maybe masih ada dalam diri kita..

    renungkanlah.

    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-23 13:23:06

    yang tukang ubah tu berjaya tak?
    kalau dia berjaya bagus lah…
    nak ikut cara skim tu memang tak bagus…

    pak lah kata:
    biar lambat asal sampai…

    kan ni lebih bagus bukan..

    han

     
     
    Comment by batagolek Subscribed to comments via email
    2007-09-11 19:34:03

    Saya harap kita semua dapat berjumpa lagi dalam tempoh 10 tahun dari sekarang, tak mustahil ada di antara kita akan bergelar jutawan … Wink

    Winners never quit, Quitters never wins Wink

    nice post zul

    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-23 13:24:26

    tu sudah tentu boleh untuk orang yang berusaha keras…
    you can win if you want…

    han

     
     
    Comment by emzek
    2007-09-11 20:13:32

    salam,

    memang kita tak dapat untuk menjadi jutawan dalam masa sehari. orang bukannye boleh kenal kita dalam masa sehari. semua yang jadi jutawan @ berjaya sekarang ni memakan masa yang lama untuk membina kreadibiliti dan juga jaringan perniagaan.

    untuk berjaya ni kita mesti berusaha n jangan putus asa. yang paling penting kita FOKUS kepada usaha yang kita lakukan. ramai usahawan yang kecundang disebabkan hilang fokus. (sy sendiri pun). hehhe. tp insya’Allah perkara yang lepas boleh dijadikan pengajaran untuk masa hadapan.

    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-23 13:25:55

    sapa taknak jadi jutawan dalam sehari…
    semua orang pun nak..
    tapi boleh ke?
    semua jutawan yang berjaya pun bertahun2….
    apatah lagi kita ni yang takde apa2…

    han

     
     
    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-09-11 20:21:29

    slmt mlm zul dan semua,
    mana ada benda yang boleh jadikan kita jutawan kalau tanpa usaha…
    usaha adalah segala-galanya… kalau tak usaha habuk pun tak dapat…
    apa macam zul??…

    han

     
    Comment by pyan Subscribed to comments via email
    2007-09-11 20:38:31

    cuba anda tanya pada Pak cik yang menang RM1000000 masa peraduan TM Merdeka tahun lepas , macamana Confused: (1 dalam 26 juta) Tahun ni sapa menang ye Rolls Eyes . Oops! Grin

     
    Comment by kita
    2007-09-11 21:14:07

    wahhh semuanya orang nak jadi jutawan Smile .Bagi diri saya pulak..nak jadi jutawan ni bukan senang.Pada pendapat saya gelaran jutwan dapat dikecapi dengan ilmu , pengalaman , dan sokongan orang sekeliling(suami isteri /kawan-kawan seperjuangan) + dengan izin Allah S.W.T

     
    Comment by mijie
    2007-09-12 00:37:54

    saya pun ingin menjadi seperti mereka semua. insyaAllah suatu hari nanti akan lahir IM-IM di malaysia yang bergelar jutawan

    dan yang penting seperti kat Zul, masa dan pengalaman di perlukan…dengan usaha yang gigih

     
    Comment by Halim Subscribed to comments via email
    2007-09-13 09:10:44

    Setuju, tiada jalan mudah untuk berjaya. 3 tahun berhempas pulas dalam perniagaan ebay sehingga hendak putus asa pada satu ketika. Jika ketika itu putus asa mungkin hasil jualan sehari USD 200.00 pada hari ini tidak dapat saya rasai.

    Sekadar berkongsi pengalaman. Banyak lagi perlu dipelajari…… Shock

    Info serta tip fokus ebay.com…..www.superbmoneymachine.com/ebay

    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-23 13:08:35

    boleh tak saya tahu macam mana nak tahu nilai duit lama2 tu?

    han

     
     
    Comment by Isman Subscribed to comments via email
    2007-09-13 23:57:40

    HAI ZUL.. Grin

    NAK JADI JUTAWAN ? TAK MUSTAHILKAN Lamp …SESIAPA PUN BOLEH,
    JANJI KERJA KUAT,SMART,DOA ,MASA YANG TEPAT, ADA BENDA YANG BOLEH DI JUAL,FOKAS ….., JUJUR ,TAWAKAL ,IKUT PERINTAH ALLAH SERTA TEPATI JANJI .
    JANGAN RIAK DAN TAKABUR ATAS REZEKI YANG ALLAH KURNIAKAN. LOL

    WASSALAM.

    Comment by abdfatah
    2007-10-23 11:48:40

    bersyukurlah selalu tatkala dah bakal jadi jutawan. sampai masanya kita akan diuji sebagai jutawan ataupun sebagai bukan jutawan. cuma kena bersedialah bila-bila masa yang boleh…

    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-23 13:04:00

    jutawan bun belum di puji abdfatah…
    pokok lagi besar, lagi besarlah di tiup angin…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by Amer
    2007-10-02 12:56:08

    Semua ada cita-cita nak jadi jutawan Smile Saya pun. Insya Allah bersamalah kita berusaha untuk capai matlamat tersebut. Sepanjang perjalanan menuju matlamat itu biarlah kita berada dalam persaingan yang sihat. Tidak berdengki antara satu sama lain. Kalau boleh biar semua dapat merasa nikmat tersebut. Chaiyok2x..

     
    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-02 13:36:04

    nak jadi jutawan bukan mustahil…
    kalau kita usaha btl2, kita kan jadi jutawan juga…

    nak jadi jutawan banyak cara…
    yang paling senang buat program skim cepat kaya untuk menipu org…hehe…(hanya sesuai untuk org yang zalim sahaja)

    yang kedua jadi artis..

    yang ketiga , ebiz la mcm DR irfan khairi…tp kena usahalah…

    han

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-04 02:16:22

    saya nih dah berapa lama berusaha? dn berapa banyak dh dapat? apa yang telah saya buat untuk menjadikan 20 tahun akan datang supaya saya menjadi jutawan dalam tempoh 24 jam sahaja? 20 tahun kemudian… bukannya 20 jam dari sekarang…

    saya mahu jadi jutawan dalam tempoh 24 jam keesokannya saya dah ada satu juta tunaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…..

    apo macam ? gimik semacam aje…

    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-04 08:07:02

    keesokkan?
    hehe…

    saya baru je jadi jutawan sekejap tadi…
    tp sekejap je la…(dlm mimpi mlm td)…hehe..

    siapa la taknak jadi jutawan…
    dah dengar audio DR irfan di blog dia…
    kalau belum, cepat2 pergi dengar…kan nanti dia simpan balik rugi la…

    han

     
     
    Comment by bizmalaya
    2007-10-04 23:30:33

    buat lawak pulak han ni….ermmmm semua orang nak jadi jutawan…saya tak nak jadi usahawan asalkan benda yang saya nak,,,,dapat Smile

    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-23 12:58:17

    alah…sekali sekala buat lawak…
    baru happy…
    saya nak juga jadi jutawan yang dikenali mcm DR irfan tu…hehe…
    kena usaha lebih gigih lagi…

    han

     
     
    Comment by abdfatah
    2007-10-23 10:10:43

    kalo taknak jadi jutawan dan tak nak jadi usahawan dah tentunya pilihan lain tetap ada iaitu dengan menjadi angkasawan malaysia dan kita pergi melancong ke angkasa lepas… hihiiii

    jalan nak jadi jutawan dah ada. cuma dapatkanlah seringit terlebih dahulu sebelum dapatkan satu juta….

    wah! hanya SATU juta dan bukannya 95 juta…

    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-23 13:00:40

    betul tu..!!
    dapat satu ringgit dulu sebagai permulaan baru tak kecewa…

    95 juta?
    bukan 1 bilion ke?

    macam bill gate dah beratus bilion tu…
    kecilnya kita bagi dia…
    entah berapa generasi baru boleh jadi macam bill gate tu…

    han

     
     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle