Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Mengapa Saya Masih Belum Berjaya? - Siri III

1 07 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Semasa anda membaca artikel ini, saya sebenarnya sudah berada di kampung. Inilah hebatnya ‘perniagaan Internet’ atau sistem blog Wordpress, ia boleh diautomatikkan. Saya mungkin tengah bersarapan dan blog ini ‘bekerja’ untuk saya. Smile

Ini adalah siri terakhir bagi tulisan yang bertajuk “mengapa saya masih belum berjaya”.

Klik di sini untuk siri 1.

Klik di sini untuk siri ke-2.

Baca dahulu siri 1 dan 2 sebelum membaca siri ke-3 ini jika inginkan kefahaman yang baik…

Dengarlah…

Dengarlah nasihat usahawan Internet yang telah berjaya. Elakkan menceburi arena yang banyak persaingan iaitu mengajar orang cara buat duit. Saya rasa sampai satu peringkat dan keadaan kelak, orang akan mula bosan dengan arena tersebut. Bukan saya kata tidak boleh, tapi elakkan di saat awal anda menceburi perniagaan.

Tahukah anda? Biar saya bocorkan satu rahsia yang saya simpan. Sebenarnya, ramai mereka yang telah berjaya, ingin ‘lari’ daripada bidang mengajar orang buat duit. Mereka sedar, tahu dan sudah dapat buat prediction (andaian) bahawa bidang Internet Marketing atau mengajar how to make money ini akan sesak dan tak terkata amat besar dan hebat persaingannya.

Mereka yang sudah tahu itu, hanya menjadikan produk-produk how to make money atau topik mengenai Internet marketing sebagai income ’sampingan’ mereka sahaja sebelum sampai satu masa sesaknya bidang tersebut… Maksudnya, mereka akan ngap habis-habis sebelum berlakunya persaingan yang hebat. Sebenarnya, mereka ada produk di bidang selain topik Internet marketing.

Satu lagi rahsia saya yang saya nak bocorkan. Dalam dunia Internet marketing, tak ada perkara yang rahsia. Smile Yang rahsia adalah, testing & tracking record yang terbukti boleh memberikan hasil. Contohnya, kalau saya kata cara promosi adalah menggunakan blog. Ya, anda mesti tahu apa itu blog, anda tahu bagaimana nak menulis dan banyak idea… Tapi, anda tidak tahu teknik yang saya guna bagaimana orang boleh kenal saya dan bagaimana cara saya menulis.

Saya tahu tulisan bagaimana membuatkan ramai orang bagi komen. Saya tahu bagaimana menimbulkan kontroversi secara selamat dan saya tahu bagaimana membina kepercayaan dengan penulisan. Saya tahu bagaimana nak handle pemberi komen yang negatif dan mematahkan kata-kata mereka. Saya tahu cara menulis bagaimana buat orang marah, benci, bertambah percaya dan sebagainya. Saya tahu bagaimana nak manipulasi fikiran orang lain melalui tulisan…

Saya tahu sesuatu cara itu berkesan sebab saya buat testing dan tracking. Hasilnya saya ada rekod dan data. Tapi anda tak ada. Kesannya anda main hentam dalam promosi dan tak tahu mana satu yang bagus dan berkesan! Walau tekniknya menggunakan blog, tapi anda TIDAK TAHU teknik yang benar-benar ‘powerful’.

Beza di sini adalah, anda hanya tahu pasal blogging, TAPI anda tak ada rekod dan data yang boleh membuktikan yang mana berkesan. Inilah rahsia yang sebenarnya. Tak percaya? Biar saya tanya, adakah anda tahu data yang saya simpan? Tak tahu. Adakah anda tahu mengenai blogging? Ya, anda tahu. Jadi, yang tidak tahu itulah dipanggil RAHSIA. Smile

Rahsia-rahsia besar biasanya tidak diberitahu oleh mereka yang berjaya sebab itu jantung dan nyawa mereka. Dalam bisnes, kita wajib ada satu secret weapon tersendiri, ada keunikan tersendiri, ada kelebihan tersendiri… Nak berjaya kena pro-aktif, jangan pasif. Sedarlah… Perniagaan Internet adalah perniagaan. Ia adalah BISNES yang perlu ada usaha. Tiada sesuatu ajaib akan berlaku dengan sekelip mata…

Sebelum saya menulis lebih panjang, baik saya berhenti dahulu walaupun banyak lagi yang ingin dikongsikan.

Akhir kata, ketahuilah apa kekuatan anda dan serlahkannya. Lihatlah usahawan yang berjaya, mereka berjaya sebab ada keunikan dan memenuhi keperluan manusia, sebaliknya bukan berjaya kerana mereka mengajar orang lain cara buat duit. Itu adalah kemudian…

Atau, kaji apakah permintaan yang ada, kaji pesaing dan penuhi permintaan tersebut.

Ya, produk niche anda bukan mengenai cara buat duit…

Serius saya katakan, kepakaran dan minat utama saya BUKAN pada perniagaan Internet iaitu mengajar orang lain cara buat duit. Saya jadi penceramah seminar atau bengkel, itu pun sebab orang yang minta atau jemput saya. Target saya sebenarnya adalah 3 tahun sebelum saya bagi ceramah atau tulis buku. Tapi dah orang nak sangat, saya mencubalah. Saya tak nak terlalu mengajar orang cara buat duit sebab saya berpegang kepada prinsip “walk the talk”.

Apa yang saya lakukan sekarang adalah BISNES. Saya akan keluarkan apa saja produk selagi ia ada PERMINTAAN. Umpama kedai runcit, mereka jual apa saja barang yang orang perlukan. Tepung, cili sos, kicap, garam… Barang itu diperlukan dan usahawan memenuhi keperluan tersebut. Blog ini adalah sebagai satu wadah perkongsian ilmu dan juga pemasaran untuk bisnes saya.

Hakikatnya, saya ada minat yang tersendiri dalam beberapa bidang… Lebih minat daripada ebiz. Tapi, saya memerlukan masa untuk menjadi seorang yang pakar di dalam bidang tersebut. Bidang apa, biarlah rahsia…

Semoga tulisan ini membantu dan jadilah usahawan Internet yang SEBENAR. Jangan malas, aktifkan diri anda, jangan mudah kecewa, teruskan belajar dan jangan lupa… anda perlu buat ‘testing & tracking’. Data yang anda perolehi, itulah rahsia anda. Teknik hanyalah teknik, tapi data yang lebih bernilai. Gunakannya untuk memberikan keuntungan kepada perniagaan anda!

Sekian.

Tulisan paling HOT di blog ini: Jangan buat blog pasal ebiz boleh tak?

Disclaimer: Apa yang saya tulis, ia adalah pandangan saya semata-mata, bukan 100% perlu diikuti, dipersetujui atau semuanya betul. Tak salah untuk mencuba sesuatu yang orang lain kata jangan kerana anda lebih tahu apa yang terbaik untuk diri anda… Be yourself.

- SmartZul

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Mencuba Lebih Baik Daripada Tak Buat Apa-Apa
  • Usahawan: Fokus Pada Usaha Anda!
  • Matlamat Blog SmartUsaha.com
  • Kriteria Usahawan Internet
  • Majalah IM Edisi Ke-3 Telah Terbit!
  • Kenapa SAYA Tumpu Pasaran Malaysia.. SAYA, bukan ANDA :)
  • Peluang Perniagaan Internet di Malaysia..
  • Bertemu Dengan Usahawan Internet Malaysia..
  • Serikandi Usahawan Internet Malaysia
  • Hakikat Extra 1: Kenapa Tak Ramai Orang Malaysia Membeli Produk Anda?

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    15 Comments »

    Comment by adila
    2007-07-01 09:36:30

    suka baca siri yang ada cerita silat tu…
    minat, belajar, develop diri, buka kelas silat, bila dah ramai kenal boleh la mula tunjuk taring dalam biz.
    bagus idea tu zul.
    dari penulisan zul yang ada 3 siri ni telah memberikan satu idea untuk saya…

     
    Comment by zool
    2007-07-01 11:42:27

    OO citer silat yang mana yer…
    tak baca plak…
    tapi kalau nak bukak kelas silat , zul tak boleh bukak kelas silat cekak kan…
    sebab dia ada persatuan… kang kena saman kang…
    he he he…

     
    Comment by hanrz
    2007-07-01 11:44:20

    siri 3 ni buat saya sedar saya telah lari dari landasan saya… rancang lain…buat lain…hehe
    mula-mula rancang jual produk lain…
    dan sekarang tgk org buat produk cara buat duit pun terjerumus…
    ni kena balik pada rancangan asal ni…

    thanks zul sebab sedarkan saya…

     
    2007-07-01 12:00:51

    tak nak buat duit tak per laaa… kita pakat-pakat kejar duit jadi jutawan merdeka…hanya seorang je yang dapat. yang lain kena berusaha dengan cara biasa…. faham? memang anda boleh memahaminya sebagai anak malaysia yang berjaya…

    eh apa saya tulis nih???

    wahahaa…

     
    Comment by Raymond
    2007-07-01 12:40:32

    Betul tu,

    Saya dengar ramai pakar internet marketing yang telah mula meninggalkan persada internet marketing dan mula dengan pasaran yang lain yang masih lagi panas seperti kategori hobi dan perkembangan individu.

     
    Comment by Johari
    2007-07-01 12:44:33

    Alien thanks zul sebab bagi jawapan tepat kepada saya.

     
    2007-07-01 13:07:15

    ahaaa… nampaknya tak ada peluang lagi untuk buat duit. mereka akan sediakan apa yang orang ramai kehendaki aje. dari situ mereka boleh buat duit tanpa bersusah payah bercerita cara nak cari duit begitu begini…

    penat jugak nak cerita menda cari duit nih… sampai sekerat jalan buntu pulak tak tau nak buat apa-apa dah… yer tak?

     
    Comment by adila
    2007-07-02 10:11:00

    ha, kalau nak tau citer silat tu zool kena la baca setiap siri yang smartzul tulis tu.
    saya dulu pun pernah masukk silat cekak masa belajar2 dulu la. under ko-kurikulum.

     
    Comment by Nhmzmz
    2007-07-02 12:12:37

    Jelas dan tepat. Bina kredibiliti diri dahulu sebelum memikirkan keuntungan. Yang lain akan datang nanti tanpa dipaksa.

     
    Comment by zool
    2007-07-02 20:18:57

    adila,
    sebenarnya saya dulu pun bekas pelajar silat cekak tapi tak sempat tamat…
    tangan saya mengalami sedikit masalah, sampai skg terasa…
    baru nak berjinak2 dengan internet marketing.. Tapi takpelah sekurang2nya saya buat blog atas dasar nak kongsi minat.. tak kisahlah kan..
    kalau matlamat saya semata2 nak buat duit kat internet rasa2nya saya takkan buat blog pasal mende2 yg takde nilai..

    apahal pun zul selamat bejaya dalam apa jua bidang… AMIN

     
    Comment by Azahari
    2007-07-03 17:01:16

    Kebanyakan yang ingin buat duit terutama newbie tafsirkan kejayaan atau kegagalan adalah berapa income yang mereka dapat dari internet. Sebab itu perniagaan internet mereka tidak kemana. Mereka sibuk mengira duit tanpa memikirkan apakah produk yang mereka jual itu bagus atau produk lapuk? Mungkin juga mereka tak kisah asalkan laku (asalkan dapat duit).

    Sepatutnya mereka lebih memberi tumpuan terhadap produk mereka itu sendiri atau minat yang mereka ingin lakukan. Pada saya, orang yang berjaya menjual produk di internet dengan cara yang betul sudah di kira berjaya dari segi menambat hati pelanggan. Itu sebenarnya kejayaaan dan bukan wang dijadikan ukuran semata-mata untuk menilai kejayaan. Saya percaya dengan menjual produk dengan cara yang betul, ramai lagi pelanggan yang akan dia dapati dan bertambah dari masa ke semasa.

    Kejayaan bukan datang sekelip mata tetapi dengan usaha yang gigih, cara yang betul dan niat yang murni. Moga saya juga menjadi seperti apa yang saya katakan. amin Alien

     
    Comment by shueqry
    2007-07-05 01:56:48

    saya bersetuju dengan bro Azahari, point tu..

    daripada pengalaman saya, kejayaan milik mereka yang berusaha dan menjadikan gagal sebagai satu feedback bukannya batu penghalang bagi semangat berani mencuba..

    tak sangka Zul juga tahu pasal test & track, saya juga amalkan test & track dan rekod data-data yang saya perolehi dari ads test dan email. Ia stu kerja yang memenatkan , memboringkan di mata orang lain, tapi bagi saya ia satu kerja menyeronokkan dan hasilnya kita seorang saja yang tahu..

    artikel yang baik dari Zul.. bersemangat saya membacanya ..

    thanks ZulSmile

    - shueqry -

     
    Comment by zool
    2007-07-05 14:04:29

    Lama gak zul tak post ..
    apa kabar agaknya dia..

     
    Comment by san
    2007-07-06 15:25:05

    Bagus juga artikel ni.Semoga boleh membantu mereka yang benar-benar inginkan benda ni.yang tak memerlukan,mungkin ianya perlukan masa untuk memahaminya sebab isi tersirat artikelnya terlalu mendalam.isi tersuratnya senang difahami. hehe. Smile congrats Zul !

     
    Comment by aidacutes
    2007-07-07 19:34:55

    bizi nak balancekan antara kerjaya n biz huhu…zul help me!!

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: