Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Di Manakah Mereka Menghilang??

28 07 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Tidak perlu saya sebutkan nama-nama Internet Marketers yang sudah berjaya di sini. Mereka hadir, mereka menulis, mereka berkongsi. Bermula dengan senyuman, tawa dan ria…

TAPI KINI…

Di manakah mereka menghilang?

Blog mereka sepi dan kurang bermaya.

Di forum pun sudah lama tidak aktif. Kejap timbul, kejap tenggelam.

Bila ditanya kenapa lama tak update blog? Alasan mereka, “saya sibuk”. Tetapi saya mohon maaf jika saya bongkarkan di sini:

Mereka hilang dan sepi kerana sikap biadap manusia yang satu bangsa dan Agama dengan mereka! Mereka kecewa sebenarnya!!

Saya bukan cakap sebarangan, tetapi saya tahu sebab saya sentiasa berhubungan dengan mereka. Kata mereka,

“Saya kecewa dengan orang-orang kita. Kita ikhlas ingin berkongsi, tapi kita dilayan dengan biadap dan tak beradab…”.

“Saya rasa menyesal mendedahkan diri kepada rakyat Malaysia. Kalaulah saya tahu perangai mereka macam ni, saya tentu tidak perlu bersusah payah begini…”.

“Pengalaman saya lah kan. Kebanyakan pelanggan dari Malaysia ni jauh beza dengan pelanggan dari luar negara. Rasa malas pulak nak buat market Malaysia”, keluh seorang IM yang anda semua kenali…

“Saya nak ‘rehat’ kejap dari market Malaysia ni…”.

“Ada orang cuba hack blog saya zul!”, beritahu seorang IM kepada saya.

Oh, mengapa begini perangai kebanyakan orang Malaysia ye? Jangan dan tidak perlu compare dengan orang luar. Kita adalah kita, orang Malaysia. Tak perlu sibuk-sibuk banding dengan orang luar…

Bila setiap kali mendengar rintihan dan keluhan IM-IM tersebut, saya sedih dan mahu menangis… Tiada apa yang dapat saya nasihatkan kepada mereka melainkan dengan kata-kata, “sabarlah, inilah market Malaysia”. Saya tahu ‘perangai’ market Malaysia sebab saya antara perintis awal bidang Perniagaan Internet pasaran Malaysia.

Itu tidak lagi masuk bab menegur. Walau kita tegur cara baik, maka kita akan dikatakan tegas. Kalau tak tegas, semakin menjadi-jadi pula mereka. Bila tegur sikit, melenting, merajuk. Ini biasanya berlaku di forum. Saya sebagai moderator terpaksa bertegas terhadap mana-mana ahli, tidak kira siapa jika terpaksa. Saya tahu, ramai yang tidak selesa dengan ketegasan tersebut, tapi ia bukanlah ketegasan membabi buta.

Dulu, kalau cikgu rotan murid di sekolah, mak ayah faham, cikgu tu mahu mendidik anaknya. Sekarang ‘gosok pipi’ sikit pun dah dakwa dan main saman-menyaman. Itu tak cerita lagi si ayah ke sekolah membawa parang dan kes pelajar bakar sekolah dahulu.

Kalaulah begitu biadab dan tak beradab, saya amat yakin, Usahawan Internet yang berjaya dan ada ilmu yang banyak akan berputus-asa untuk mendidik mereka yang satu bangsa. Kita tidak boleh menyalahkan mereka jika mereka tidak berkongsi ilmu, sebab kebanyakan orang begitu biadab dengan mereka. Tidak tahu menghargai!

Saya, jika ikutkan perasaan, sudah lama blog ini terkubur. Tetapi apabila memikirkan industri ini di Malaysia, saya teruskan jua. Agak-agaklah, andaikata lenyapnya SmartUsaha dari dunia Ebiz ni, rasanya apa akan jadi? “Tak jadi apa-apa. Macam la kau tu hebat sangat”. Inilah ayat-ayat yang biadab. Saya memang tidak hebat, tetapi apa salahnya saling hormat-menghormati dan menghargai sumbangan orang lain?

Sifat Berharap dan Meletak Beban

Saya begitu pelik. Kebanyakan orang hanya berharap sepenuhnya pada orang yang sudah berjaya untuk memberikan segalanya kepada mereka. Umpama si bayi yang hanya menunggu si ibu menyuapkan makanan ke mulut. Inilah yang dikatakan oleh Alang, orang Malaysia tak ramai yang berjaya dalam perniagaan Internet sebab mereka hanya banyak berharap

Satu lagi sifat buruk adalah, meletak beban pada orang lain. Kenapa tak Dr. Irfan je buat benda ni? Kenapa tak SmartZul je buat? Kenapa tak dia je? Kalau disoal kembali kepada mereka, kenapa bukan awak je yang buat? Akhirnya, mereka senaraikan 1001 alasan! Perkara ini ada dinyatakan oleh ustaz Zaharuddin dan salah satu tulisannya adalah bertajuk “Jangan Jadi Bangau“.

Kedekut dan Tak Menghargai

Maaf jika saya katakan. Orang yang tak serius biasanya mereka berkira-kira untuk mengeluarkan modal untuk berjaya dalam perniagaan. Sebaliknya orang yang serius, mereka sanggup berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan mereka gunakan untuk kejayaan mereka. Akibat dari sifat kedekut ini, mulalah keluar kata-kata, “tengok si otai tu, sikit-sikit jual. Tak kata bagi free jer”. Ini sifat orang yang tak serius.

Saya ingin tanya anda secara ikhlas. Pernahkah anda menghargai pemberian orang lain? Menghargai ini ada banyak cara. Yang paling mudah ucap terima kasih. Cara lain pula adalah dengan menghormatinya, dan kalau ada perselisihan pendapat, beradablah. Dan cara paling ’susah’ sikit, memanfaatkan pemberian percuma tersebut.

Cukuplah…

Cukuplah dengan kebiadapan yang hanya menghuru-harakan keadaan. Jangan biadap dengan orang yang ikhlas berkongsi ilmu terutama mereka yang telah berjaya. Mentang-mentanglah dunia siber, jangan anggap boleh buat macam-macam. Kalau mereka kongsi ilmu pun kita biadab, apatah lagi kalau mereka tak kongsi. Lagilah sifat biadap itu bermaharaja-lela.

Sahabat Kita Akan Pergi Selamanya…

Fai, seorang anak muda yang berjiwa kental. Sejak setahun yang lepas, kami sering berhubung dengan berkongsi pandangan dan pengalaman.

Dia ‘jatuh’, tapi bangkit kembali. Kesian, beliau ramai musuh yang tak dijemput. Saya sendiri tidak tahu, kenapa ramai sangat yang suka cari gaduh dengannya. Saya kenal dia dan dia bukan jenis suka cari musuh. Pelik.

Kini, beliau sudah jatuh tesungkur akibat kebiadapan dan kejahatan manusia yang sebangsa dengannya sendiri.

Fai akan bersara berhenti selama-lamanya daripada bidang Perniagaan Internet ini. “Saya dah tekad Zul dengan keputusan ni”. Itulah kata-kata terakhir Fai sebelum dia meninggalkan alam perniagaan Internet ini.

Semoga mereka (musuh) Fai yang biadap dan tak beradab akan gembira sakan dengan kekalahan Fai itu. Lihatlah anak bangsa itu terkulai jatuh akibat dari kejahatan kamu yang sama bangsa dan Agama! Begitu hinanya perbuatan kamu di sisi Allah.

Anda boleh baca “Perutusan Terakhir Fai” di sini.

Jadi kepada mereka yang biadab dan tak beradab, mungkin kamu semua boleh bergembira sakan pada hari ini. Tapi ingat, ia tak akan kekal lama…

Sekian.

PS. Kalau saya nak bersara juga boleh tak?

PPS. Sudah sertai Projek Gelombang Pertama? Anda WAJIB ambil kisah. Klik di sini.

Popularity: 40%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini. Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini.


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Dah baca, dah belajar, dah…. Tapi belum mula.
  • Google KidSanse!
  • Senarai Artikel: Hakikat Sebenar Perniagaan Internet?
  • SmartZul Sedang ‘Cuti Bekerja’
  • Akhirnya naik kembali!!
  • Perniagaan Internet dan Anda : Di Manakah 3 Tahun Lagi?
  • Hakikat Perniagaan Internet + 14 Siri Artikel
  • Siapa yang boleh anda rujuk?
  • Pengumuman: Tragedi 15 Mei 2007!
  • Sekali melangkah, jangan toleh ke belakang lagi..

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    Ada 26 Pendapat Bernas »

    Pendapat oleh ibnuhassim
    2007-07-28 17:32:42

    Salam Zul…

    Itu ler Zul, sikap orang kita ni boleh memupuskan golongan IM Malaysia. Sbb itu lah saya masih berfikir adakah perlu berkongsi ilmu dengan orang macam nie.

    Saya pun pernah berjumpa dengan orang macam nie.

    Moga Fai akan kembali…..

     
    Pendapat oleh sham
    2007-07-28 18:15:37

    Ada kalanya kita perlu berundur untuk memulakan sesuatu yang baru.. :roll:

     
    Pendapat oleh nor
    2007-07-28 18:32:52

    Salam. Hijrah itu satu pengorbanan. Berdiam diri adalah lebih baik skrg.

     
    Pendapat oleh Abooain
    2007-07-28 18:50:36

    Salam,

    Semoga berundurnya Fai dari lapangan ebiz ini bukan menandakan satu kekalahan …….

    Moga beliau berjaya dalam apa pun bidang yang diceburinya. Amin!

     
    Pendapat oleh smartzul
    2007-07-28 19:36:15

    Yup, harap2nya begitulah. :)

    Nak berjaya ni, tak semestinya melalui IM jer. :D

     
    Pendapat oleh hanrz
    2007-07-28 20:11:12

    ye tu rakan rakan semua…
    berundur adalah bukan satu kekalahan…mungkin dengan berundur kita akan dapat sesuatu yang baru…

    tp kenapalah Fai berhenti dari segala usahanya selama ni…apa salahnya teruskan secara part time…pedulikanlah orang yang selalu menjatuhkan orang lain tu…biarkan mereka teruskan dengan keje bodoh mereka tu…yang penting kita terus kan hidup kita ni…

    semoga Fai kembali ke e-biz…

     
    2007-07-28 20:14:51

    Fai, ini ikhlas dari saya.

    “Bukan mereka yang menentukan matlamat kita. Tapi kita sendiri.”
    “Come on back”
    Jika perlu : “Lets us fight fire with fire.”

     
    Pendapat oleh Tazilan
    2007-07-28 20:22:44

    Tulisan Zul kali ini saya rasakan mewakili perasaan kebanyakan IM Malaysia, termasuklah saya.

    Saya kini lebih selesa berurusan dengan pasaran luar Malaysia.

     
    Pendapat oleh BAGAK Subscribed to comments via email
    2007-07-28 21:48:03

    walaupun saya tak pernah berjumpa Fai tetapi dulu2 selalu juga PM untuk beberapa hal

    dia seorang yang berani mencuba dan berusaha dalam internet bisnes

    perbuatan yang menjatuhkan seseorang adalah tidak baik dan berdosa dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.

    semoga fai boleh mengembalikan semangat baru selepas senyap ini
    kadang2 kita di bawah, kadang2 kita di atas

     
    Pendapat oleh san
    2007-07-28 22:23:12

    Zul,posting kamu hari ini membuatkan saya sedih pula ya sebab saya bukan berada di Malaysia dan saya sangat gembira bila kita orang malaysia masih dapat membuat produk sendiri walaupun tidak sehebat seperti di negara luar. :roll:

    Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,,
    “Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang,kemudian.

    Ikhlas,
    San

     
    Pendapat oleh Nhmzmz
    2007-07-28 23:08:15

    Saya sebagai newbie berasa sedih bilamana Fai akan bersara terus dari dunia internet. Harapan saya agar Fai tidak bersara tetapi berehat seketika sebelum muncul semula sebagai Fai yang baru dan tidak mudah menyerah kepada permainan jijik dunia internet.

     
    Pendapat oleh isman Subscribed to comments via email
    2007-07-28 23:18:57

    Salam sejahtera zul,
    semuga allah melindungi im semua…. :grin:

    Buat fai , selagi bumi di pijak langit di junjung
    Buat fai , selagi bumi di pijak langit di junjung

    Baik ..ya alhamdullilah.. , kalau buruk jangan mudah
    mengalah ,kuatkan hati .. Keraskan semangat :sad:

    Biar dugaan buruk datang dulu.. Anda akan berjaya..wasalam

     
    Pendapat oleh Raduan Mohamed
    2007-07-28 23:28:52

    Harapan Saya untuk semua,

    Kalau tangan kita tidak menjadi tangan yang membina,
    Janganlah menjadi tangan yang meruntuhkan.

     
    Pendapat oleh Helmi Hakim
    2007-07-28 23:57:55

    Memang tak berkerimanusian Dajal yang ingin menjatuhkan orang lain nie.

    Saya dah baca di blog Fai tentang penjual haram yang menjual bukunya itu.

    Saya sarankan semua usahawan internet supaya meletak password unik bagi buku yang dijual.

    Kalau masih ada yang berani hack, dan sebarkan, report straight to the police. Biar jadi case yang boleh menjadi pengajaran kepada bakal bakal lanun nie.

    Tak boleh bagi muka sangat. :(

    Apa yang saya sarankan ini adalah untuk kebaikkan semua.

     
    Pendapat oleh Jebat Mesranet
    2007-07-29 00:52:03

    Perangai manusia Zul, ada baik budi dan ada yang mempunyai hasad dengki yang tinggi. Balasan tetap mereka terima suatu hari kelak. Tuhan tu maha adil. Saya pun ada menerima beberapa email yang kurang sopan. Namun bukan sebab itu saya agak kurang bermaya kini :-) . Rasanya tamparan yang fai kena lebih hebat dari ini yang membuatkan beliau nekad untuk tidak meneruskan bisnes internet ini. Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

    Harapan saya semoga pilihan fai tepat dan semoga berjaya dengan pekerjaan baru fai nanti. Zul tq untuk gelombang pertama ea.. Gelombang ke2 bila he..he..

     
    Pendapat oleh shueqry
    2007-07-29 01:22:03

    Asmkm Zul, apa khabar? Shueqry here..

    Untuk Fai, be strong in heart, in mind.

    - Shueqry -

     
    Pendapat oleh MatNiaga
    2007-07-29 08:42:48

    Kita kena bersatu. Sama seperti apa yang kami tengah usahakan. bersatu di bawah satu koperasi. Jom Join… we need people like u..

     
    2007-07-29 13:32:06

    […] kebiasaan saya, saya akan turut melawat blog abg zul smartusaha jika ada kes-kes tergempar macam ni, Biasanya mereka ni lebih up to date dan “aware” […]

     
    Pendapat oleh saiful
    2007-07-29 14:58:03

    Dunia perniagaan memang begitu..bukan setakat IM sahaja…dengki khianat takkan ada kesudahannya..yg penting..daya tahan…kuatkan iktikad kepada tuhan..insya allah..pasti berjaya….

     
    Pendapat oleh amirol
    2007-07-29 19:42:38

    Inilah hakikat yang dihadapi oleh rata - rata pengusaha online malaysia. Bak kata saudara tazilan, tulisan zul ni dah mewakili perasaan untuk semua IM malaysia. :)

    Mungkin tahap kesedaran masyarakat kita terhadap bidang ini masih rendah, dan ini membuatkan IM2 Malaysia berasa sukar untuk menyedarkan mereka. Memang agak mudah berurusan dengan “orang luar”. Bukan bermaksud untuk merendahkan “orang negara kita”… tetapi hakikatnya, “orang kita” harus diberi lebih pendedahan yang sewajarnya.

    Dan sikap orang kita itu sendiri juga harus berubah kepada lebih menghargai, dan bersyukur kerana adanya golongan - golongan seperti Zul, Fai dan lain - lain IM yang membantu memajukan industri ini di Malaysia.

    Namun, kadang kala terasa seperti “orang kita” ini merendah2kan kebolehan serta usaha yang dilaksanakan oleh IM2 Malaysia. Ntahlah.. tetapi inilah hakikatnya yang berlaku dan hanya segelintir sahaja yang masih bertahan meneruskan perjuangan di Malaysia. :)

    Apa - apa pun, semoga industri ini akan semakin berkembang dengan lebih baik di masa - masa akan datang dengan adanya rakan2 seperti Zul yang tidak pernah luntur semangat untuk sentiasa meneruskan usaha membawa perubahan kepada market Malaysia… Teruskan perjuangan dan buat rakan kita fai, InsyaAllah harapan kami semua, satu hari ni mungkin fai akan kembali lagi ke arena ini. :)

     
    2007-07-29 19:44:33

    […] Oh ya, saya rasa anda wajar membaca pos tulisan SmartZul di sini. Saya sokong apa yang beliau katakan dan ini antara perkara yang kita perlu ambil perhatian. Saya […]

     
    Pendapat oleh Sukeri
    2007-07-29 19:44:57

    Macam kebetulan pulak, dah lebih sebulan saya tak update dua blog utama saya yang mempunyai hubungan dengan pembaca. Kini rasa selesa dan agak santai dengan pasaran luar.

    Sedih juga bila ada yang bertanya kemana saya menghilang tapi kadang-kadang memang tak larat melayan pertanyaan yang kekadang bunyinya macam arahan meminta penjelasan tentang sesuatu. Buat masa ini saya masih menimbang-nimbangkan adakah ingin kembali seperti biasa, mengurangkan atau hentikan terus perkongsian di blog.

    Lagi pun siapalah saya, pemain kecil di industri ini. Ilmu dan pengalaman pun tak sehebat mana. Apa pun saya masih cintakan ebiz ini cuma mungkin akan tenggelam dalam pasaran tempatan. Tengoklah nanti.. mana arahnya.

     
    2007-07-29 21:07:41

    Kadang-kadang terfikir jugak mengapa mengapa harus tinggalkan peluang setelah banyak wang dan masa telah dihabiskan. Pasaran internet bukannya kecil malah tiada batasan. Kalau kita tak mahu buat wang dengan berblog, kita boleh hasilkan wang dengan cara lain yang tak pelukan interaksi, seperti program-program autopilot.
    Saya katakan dengan berblog, kita sebenarnya membuat jariah kerana memberi ilmu yang berguna kepada orangramai. Ramai yang mendapat ilmu dari membaca blog-blog berguna walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang perkara-perkara yang diutarakan. Hati-hati kerana terdapat blog sampah. Dengan berblog kita boleh membentuk bangsa kita dengan ilmu yang kita sampaikan disamping menghasilkan pendapatan. Wallahualam.

     
    Pendapat oleh zool
    2007-07-29 23:43:21

    Nampaknya hilang sorang lagi IM di Malaysia.. harap2 beliau tidak akan terus berkubur dari IM dan mungkin satu hari nanti akan mula kembali untuk bangkit dari kegagalan…

     
    2007-08-01 05:26:41

    […] ini, kita disedarkan oleh saudara zul dengan artikel beliau iaitu  Dimanakah Mereka Menghilang yang mana dalam artikel tersebut, zul menyatakan bahawa rata - rata IM negara kita sudah […]

     
    Pendapat oleh waka
    2008-06-27 11:49:44

    berundur tidak bermaksud kalah. apa pun pasti fai akan berusaha untuk berjaya. org yang jatuh pasti bangun kembali.

     
    Name (required)
    E-mail (required - never shown publicly)
    URI
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.



    Terbaik Untuk Anda:


    Pakej Web Jualan Evolusi