Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Mengapa Saya Masih Belum Berjaya? - Siri II

30 06 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Jika anda belum membaca siri I, sila baca dahulu sebelum membaca siri kedua ini, jika tidak anda tak akan faham. Klik di sini untuk membacanya.

Ok, kita sambung topik “mengapa saya belum berjaya”.

Anda perlu ada kepakaran tersendiri

“Anda perlu tahu apa NICHE anda”. Mungkin anda sudah bosan dengan istilah ini. Tapi anda jangan sama sekali memandang sebelah mata atau mengambil mudah! Niche biasanya adalah apa yang anda minat atau sesuatu yang amat anda tahu.

Biar saya berikan beberapa tafsiran, sistem dan contoh di sini:

Apa itu niche, niche market dan niche product?

Niche adalah bahasa orang putih. Dalam bahasa Malaysia bermaksud menumpu. Tapi lebih baik guna istilah niche sahaja di sini sebab mudah nak explain. Sebab itu kena faham BI walau sikit. Perniagaan Internet adalah global dan amat baik jika kita faham istilah yang global juga. Baru tak kacau.

Niche Market pula adalah kumpulan sasaran (pasaran) yang anda mahu target (tumpu) dengan satu produk yang niche. Saya akan berikan contoh nanti. Market yang spesifik ini ada sesuatu yang diperlukan (permintaan - demand) untuk menyelesaikan sesuatu ‘masalah’.

Niche Product pula adalah satu produk yang ’simple’ (tak kompleks) untuk dijual (supply) kepada market (pasaran). Jika sat produk, biasanya ia dijual pada satu laman web jualan sahaja. Jika banyak produk yang jenisnya sama, biasanya menggunakan shopping cart.

Produk tersebut diwujudkan sebab ada permintaan (demand). Permintaan ini wujud kerana ada masalah dan ramai orang iaitu golongan sasaran tadi yang memerlukan penyelesaian. Maka kita sebagai usahawan menyediakan produk atau servis untuk mereka.

Masalah –> Keperluan –> Produk atau servis –> Masalah selesai

Mengapa perlu niche (menumpu)?

1. Tak perlu bersaing dengan pesaing yang besar macam penerbit buku PTS, Alaf 21 dan macam company IT macam Microsoft dan Yahoo. Mereka target pasaran yang luas (mass market) sebab mereka BANYAK MODAL. Tapi kita si usahawan kecil yang bermodalkan jumlah yang rendah, maka kita hanya ‘mampu’ menumpu pada pasaran yang ‘kecil’.

2. Tak perlu modal yang besar untuk menghasilkan produk yang niche.

3. Boleh serlahkan kepakaran anda dengan mudah! Sebab? Kepakaran itu hanya ’satu’, bukan pelbagai. Lumrah alam, yang satu itu mudah dilihat dan diingati. Kalau orang ingat pasal masak-memasak, mesti ingat Chef Wan. Smile Kalau ingat pasal badminton, mesti ingat Rashid Sidek. Ingat golf, terus teringat Tiger Wood. Semua mereka ada kepakaran khusus masing-masing dan kita juga mesti begitu.

Soalnya, apakah kepakaran kita?

Sekarang, kebanyakan orang termasuk newbie, masuk sahaja bidang ebiz, terus nak ajar orang lain buat ebiz. Sikit-sikit cara buat duit. Alih-alih how to make money. Come on lah, gunakan kepakaran yang anda ada atau masuk cabang lain. Bina kredibiliti dengan pengetahuan spesifik tersebut.

Ketahuilah, sedikit sukar untuk anda tembusi niche Internet marketing. Terlalu sesak (crowded), persaingan tinggi dan sebagainya. Lagipun, orang sekarang amat bijak membuat penilaian apabila kita menjanjikan atau menawarkan sesuatu untuk mereka.

Bill Gates jadi kaya sebab kepakaran beliau dalam IT. Sebaliknya beliau tak ajar orang lain bagaimana nak jadi kaya dan how to make money. Dululah, tapi sekarang mungkin dia dah ada buku, seminar and so on.

Chef Wan terkenal sebab beliau mengajar orang memasak, bukan mengajar orang buat duit!

Dan begitu juga yang lain-lain. Mereka mendapat income dengan menggunakan kekuatan mereka sendiri, bukan ajar orang lain cara buat duit. Mengajar orang buat duit, mungkin di saat mereka telah berjaya, BUKAN di peringkat awal mereka memasuki dunia perniagaan.

Tengoklah usahawan sedia-ada. Mereka ada kelebihan mereka sendiri dan itulah punca kejayaan mereka. Soalnya sekali lagi, apakah kelebihan anda? Saya tak ada formula untuk anda menentukan apa kepakaran yang anda ada, tapi biasanya anda tahu.

“Zul, saya tak ada kepakaran apa-apa pun!”.

“Kalau tak ada, binalah! Belajar, kaji, pergi menuntut ilmu. Take time and develop yourself!”.

“Boleh bagitahu contoh atau caranya tak Zul?”.

“Contoh mudah. Anda minat silat. Pergilah belajar dengan mana-mana guru. Kaji bidang persilatan atau beladiri. Buat research mengenainya. Mana tahu, sampai masa, anda membuka sebuah akademi beladiri sendiri dan menyumbang sesuatu kepada orang ramai…”.

“Apa kaitan contoh tu dengan ebiz atau produk niche?”.

“Bila anda pakar silat atau tahu banyak pasal silat/beladiri, anda boleh hasilkan buku, mengadakan seminar, mengeluarkan VCD, majalah dan sebagainya…”.

4. Kelebihan produk niche juga adalah, mudah dijual, diurus, dikemaskini, diperbaiki, disediakan dan dihantar. Sebabnya, ia hanya satu!

Sistem atau Kaedah

Kita sekarang sedang menceburi bisnes Internet skala kecil, “Niche Internet Business”. Maka dengan itu, gunakan prinsip-prinsip yang ‘kecil’ tapi efektif.

Cuba lihat contoh ini:

1. Laman web A : Jual buku resepi pelbagai kek coklat

2. Laman web B: Jual VCD cara buat 7 jenis kek

3. Laman web C: Jual majalah masakan (anda terbitkan sendiri katakan)

Ok, ’sistem’ yang biasa digunakan adalah Back-end selling:

Anda tawarkan produk lain kepada para pelanggan yang membeli produk di laman web A. Contoh: “Kami mempunyai produk terbaru iaitu VCD cara buat 7 jenis kek yang berharga RM30.00. Tapi sebagai bekas pelanggan kami, anda diberikan potongan sebanyak 25% sehingga 15 Julai 2007 ini…”.

Kaedah lain adalah upselling. Contoh:

Di laman web jualan buku resepi, anda buat dua pilihan kepada pembeli:

Pilihan 1: Buku resepi sahaja = RM25.00

Pilihan 2: Buku resepi + VCD = RM45.00 (jimat RM10.00!)

Jadi, produk yang diupsell-kan adalah VCD tersebut. Pernah tak makan di restoran makan segera macam KFC atau McD? Bila kita order something, sebagai contoh dia akan kata, “Encik akan dapat minuman bersaiz besar ni dengan tambah xx sen sahaja…”. Yang diupsell itu adalah air minuman dan produk utama adalah yang anda pesan.

Dengan kaedah upsell ni, anda akan mendapat untung berganda dengan sekali ‘kerja’. Tarik orang ke satu laman web jualan sahaja, dan mereka usahakan agar mereka membeli pilihan yang ada upsell. Ehem, dah ramai buat teknik ni dan mereka dapat hasil yang baik juga! Cubalah teknik ni kalau anda dah ada produk.

Contoh lagi:

Pilihan 1: Anda beli Ebook ini dengan harga RM15.00, tapi untuk kegunaan anda sahaja.

Pilihan 2: Anda beli Ebook ini bersama lesen Master Resell Rights dengan harga RM45.00. Anda boleh jual Ebook ini kembali dan simpan 100% keuntungan.

Kalau saya, saya akan beli pilihan kedua. Anda? Eleh, tak perlu tipu laa, mesti nak pilihan kedua juga kan? Sebagai penjual pula, percayalah, ramai akan membeli pilihan yang ada penjimatan atau pilihan yang boleh bagi sesuatu kepada mereka seperti peluang (tak semestinya peluang buat duit). Mungkin peluang berjumpa dan makan malam dengan anda ke… So, kena kreatif…

Daripada contoh niche masakan sebelum ini, kita boleh fahami bahawa:

1. Bidang yang diceburi adalah masakan dan lebih khusus kepada kek.

2. Kita lebih mengutamakan pelanggan sedia-ada sebab mereka sudah ada kepercayaan kepada kita.

3. Produk-produk terbaru yang dikeluarkan, tidak keluar daripada bidang niche itu. Dalam contoh di atas, bidang masakan. Sebab? Itulah kekuatan dan kepakaran kita. Lihat Chef Li, ada tak dia sibuk-sibuk dengan bidang lain? Tidak. Bidangnya adalah masakan. Beliau fokus dan fokus.

Tapi anda boleh masuk niche (bidang) lain bila niche pertama sudah berjaya. Pelbagaikan jika anda mahukan multiple income. Tapi, buat satu bidang dan satu projek dahulu. Buat sampai dapat untung.

Kita stop sini dulu. Tunggu siri terakhir tulisan saya iaitu siri ke-3. Akan dipublishkan pada petang ini. Di siri ke-3 tulisan ini, saya akan bocorkan dua rahsia usahawan Internet yang telah berjaya yang tak ramai sedar dan tahu. Rahsia-rahsia itulah antara penyebab, kenapa ramai newbie susah sangat nak berjaya. Smile

Tak sabar nak baca? Sabarlah… Ia kan separuh daripada iman. Wink

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Mencuba Lebih Baik Daripada Tak Buat Apa-Apa
  • Usahawan: Fokus Pada Usaha Anda!
  • Matlamat Blog SmartUsaha.com
  • Kriteria Usahawan Internet
  • Majalah IM Edisi Ke-3 Telah Terbit!
  • Kenapa SAYA Tumpu Pasaran Malaysia.. SAYA, bukan ANDA :)
  • Peluang Perniagaan Internet di Malaysia..
  • Bertemu Dengan Usahawan Internet Malaysia..
  • Serikandi Usahawan Internet Malaysia
  • Hakikat Extra 1: Kenapa Tak Ramai Orang Malaysia Membeli Produk Anda?

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    6 Comments »

    Comment by Raymond
    2007-06-30 11:20:51

    Saya amat setuju dengan konsep niche ini. Sudah berkali-kali saya melihat kejayaan daripada mensasarkan pasaran kepada niche market yang tertentu. Razz

     
    Comment by hanrz
    2007-06-30 17:40:53

    terima kasih atas topic zul ari ni… ia buat saya faham apa itu niche…hehe..
    sebelum ni tak faham apa tu niche….
    topic hari ni sangat bermakna…
    thanks zul…

     
    Comment by batagolek
    2007-07-01 02:02:11

    hanya jauhari yang mengenal manikam, tak gitu zul ? hehe

     
    2007-07-01 13:13:11

    pasaran khusus yang lebih rendah dari 1 juta saingan yer? juta-juta orang cari? takkanlah sebelum satu juta carian tak ada yang cari? memang gitulah caranya nak cari duit yang lebih fokus…

    saya pulak?
    tengok aje laa dulu buat masa ini sambil tinjau peluang yang ada untuk 2,3 tahun yang akan mendatang … haha

    kena buat kajian dan buat tuntutan ilmu terlebih dahulu baru boleh kembangkan poket yang seringkali kering dan tak pernah tebal-tebal lagi…

    sekian terima kasih…

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: