Perniagaan Internet dan Anda : Di Manakah 3 Tahun Lagi?
21 05 2007Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Yeah, blog saya dah ‘berjaya’!
Beberapa matlamat juga telah tercapai!
Memang tak sia-sia usahaku SETAHUN yang lepas!
Tak percaya? Sila baca sini dahulu (klik di sini).
Baca dahulu tulisan tersebut sebelum anda terus membaca artikel ini Ok.
Anda wajib baca tulisan tersebut dahulu sebab baru syok dan best membaca tulisan saya hari ini… Jangan teruskan membaca selagi belum membaca artikel tersebut.
Dah baca? Ya, tulisan itu ditulis pada 1 tahun yang lepas. ‘Aku’ dalam dialog itu adalah saya sendiri. Saya ada 2 tahun lagi untuk matlamat yang saya tanam dalam minda ini. Berjaya dalam bisnes dan jatidiri.
Saya yakin, tulisan saya kali ini akan menyentak diri dan fikiran anda. Dan saya harap, anda berikan jawapan terhadap persoalan saya ini. Tinggalkan kata-kata anda di ruangan komen…
Di manakah anda 3 tahun lagi?
Bidang yang kita bincangkan sekarang adalah perniagaan Internet atau buat duit di Internet. Jadi, saya yakin, anda masuk ke blog ini semuanya mahu membuat duit di Internet atau menjadi usahawan Internet bukan?
Persoalannya, tidak semua daripada anda sudah ‘berjaya’ atau mencapai sesuatu yang lebih daripada biasa. Saya? Jangan sesekali mengatakan saya sudah berjaya. Sama sekali tidak sebab kejayaan itu adalah perjalanan, bukan destinasi.
Kalau kejayaan itu adalah penamat usaha kita, bermaksud tiadalah lagi usaha yang perlu dilakukan. Cuma yang ada adalah, ukuran kejayaan. Kalau sekarang tak ada kereta, tahun depan ada. Kalau sekarang hanya sewa rumah, esok lusa dah beli rumah sendiri. Itu hanya ‘ukuran’ terhadap usaha kita, bukan pengakhiran.
Ya, di manakah anda 3 tahun lagi? Anda dan bisnes yang anda lakukan, apakah keadaan anda pada masa tersebut? Berjaya? Atau… Masih lagi merangkak-rangkak? Masih lagi hanya menjadi penonton kejayaan orang? Usah bermain dengan kata-kata, “tak apa la saya tak berjaya, janji orang lain senang. Saya suka lihat orang lain berjaya…”. Kesian saya dengan kata-kata begini. Anda menipu dan menyeksa diri-sendiri sebenarnya. Bukankah lebih baik berjaya bersama-sama?
Saya cabar anda, 3 tahun lagi kita sudah berjaya mendapat hasil yang boleh dikatakan berbaloi dengan usaha kita. Kalau sekarang susah, 3 tahun lagi kita sudah senang dan bebas kewangan. Malah, diri kita juga lebih positif dan menjadi seorang yang bertaqwa sudah tentunya…
Mengapa 3 Tahun?
Ia satu tempoh yang normal dan standard untuk mencapai sesuatu hasil daripada usaha yang dilakukan. Kalau sekarang anda melakukan ebiz, tidak mustahil 3 tahun lagi anda sudah tidak melakukannya! Memulakan memang mudah, tapi untuk kekal lama, tak semudah itu… Tiga tahun biasanya masa yang diambil untuk mengukur sejauh mana kejayaan anda. Maka, jika anda baru setahun berusahawan, jangan anggap anda akan kekal selamanya. Hati-hati… Masih banyak halangan dan ujian bakal mendatang.
Saya? Alhamdulillah, sejak tahun 2004 hingga sekarang, jiwa saya masih kental dalam keusahawanan. Tak berbelah bahagi orang kata. Hasil pun dah dapat. Kalau dulu hanya bermimpi sahaja untuk mendapatkan sesuatu, kini saya sudah memilikinya tanpa perlu menyusahkan orang lain. Dulu saya susah, tapi sekarang bolehlah tarik nafas sikit (sikit jer). Alhamdulillah, saya lebih mudah melakukan bisnes yang sedang saya usahakan sebab saya ada modal sendiri untuk membeli sesuatu seperti software, join seminar dan sebagainya.
InsyaAllah, semoga tahun hadapan, dua tahun lagi dan 3 tahun kemudian, saya mahu lebih berjaya. Dan saya juga mengharapkan, anda juga berjaya. Usahlah lagi menangguh. Usahlah sama sekali ada alasan kerana itu adalah penghalang kepada usaha anda. Walaupun alasan anda itu sedikit atau kecil, jangan sama-sekali melihat ia suatu yang remeh. Kudis kecil yang digaru, lama-lama boleh menjadi besar!
Akhir kata, tak guna anda hanya merancang untuk tiga tahun lagi, tapi semalam dan hari ini satu tindakan pun tak ada.
Kita tunggu dan tengok, di manakah kita semua tiga tahun lagi. Tulisan ini akan saya ‘up’ balik 3 tahun lagi… Di mana saya? Di mana anda? Apa keadaan saya dan anda ketika itu? Tiada siapa yang tahu… Yang ada hanyalah usaha dan kesungguhan untuk kekal berjaya (dunia dan akhirat).
Jika anda bertanya bagaimana untuk bermula, saya telah banyak menulis, carilah di blog ini dan bacalah. Rujuk ebook-ebook percuma yang telah saya berikan. Baca juga blog dan buku-buku yang ada di pasaran. Nak seribu daya. Cuma ‘formula’ yang sering saya laungkan adalah:
1. Pilih satu model ebiz (Ebook? Adsense? Affiliate? Servis? dan lain-lain…)*
2. Fokus pada satu model satu demi satu
3. Usaha, Usaha dan Usaha sampai mendapat hasil
4. Expand your skills, network and products
Skills: Memahirkan lagi diri dengan bidang pilihan anda dan daya keusahawanan anda.
Network: Tambahkan rangkaian kenalan usahawan dan bekerjasama dengan mereka.
Product: Keluarkan beberapa produk lain yang untuk niche yang sama atau yang lain.
*Contoh: Saya memilih model produk digital dan ‘niche’ (topik/bidang) saya adalah mengenai ‘blogging for business’. Niche boleh lebih daripada satu. Terserah. Tapi mulakan dengan satu dahulu.
“Ingat, anda berhak memberikan yang terbaik kepada diri sendiri. Jumpa 3 tahun nanti…”.
“Anda boleh ‘tahu’ jawapan di mana anda 3 tahun lagi dengan melihat kepada usaha anda sekarang. Allah itu Maha Adil. Siapa yang berusaha kuat dan sabar, Allah akan kurniakan kejayaan. Adakah anda berusaha kuat sekarang? Atau banyak alasan? Atau tak ada kesabaran? Nak hasil cepat? Usahalah, sabarlah. Buat target untuk 3 tahun lagi walaupun ia satu tempoh yang lama…”..
Tetapkan MATLAMAT anda, kuatkan kesabaran. Usaha. Tawakkal.
Sekian.
ps. Saya telah banyak melihat mereka yang hanya baru ‘beberapa langkah’ di dalam bidang ini, mereka tidak mendapat hasil. Atau mendapat hasil sementara dan terus kecundang. Satu demi satu. Malah ada yang baru bermula, terus beralih arah kerana tidak sabarnya mereka. Kesabaran itu amat sukar untuk memilikinya bukan? Tapi, sabar itu penentu kekal lama atau sementara.
pps. Inginkan blog untuk mengukir kenangan-kenangan semalam, hari ini dan masa mendatang? Anda wajib ada blog. Anda boleh menulis sesuatu dan anda akan tersenyum apabila membaca catatan anda yang lepas, lagi-lagi apabila anda telah berjaya. Dapatkan pakej kit blogger untuk membina blog sendiri. Panduan yang mudah difahami. Klik di sini untuk mendapatkannya.
ppps. Mahir Blog: 1 Hari vs 1 Tahun. Klik di sini untuk membaca.

Berimpian Tinggi, Bersemangat Waja, Berjiwa Cekal!
Popularity: 60%
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini.
Artikel Berkaitan:



(5 votes, average: 4.8 out of 5)
InsyaAllah Zul,Saya rasa mcm nk menyahut seruan ituh.Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk saya. 3 tahun nanti saya akan umumkan apa yang telah saya capai di blog saya.Wallahualam…usaha tangga kejayaan!!
yea… sudah tentunya cabaran sebegini bisa disahut dengan jayanya jika mahu berusaha dengan tekun dan sabar… dan bagaimanakah rupa paras perniagaan anda 3 tahun akan datang???
tu dah mesti…
masa 3 tahun lagi boleh lah nak tengok perniagaan kita dan perkembangan kita…
memang boleh buat kita lebih bersemangat untuk berusaha…
han
catatan tahun lepas 2006 yer?
saya pulak 3-5 tahun akan datang…
haha…boleh masukkan sekali dalam catatan blog saya nih…
di manakah abdfatah 3 tahun akan datang? 3 atau 5 tahun akan datang…
dengan blog yang entah apa-apa lagi, produk apapun takder lagi, seminar perniagaan internet, nak buat blog yang niche pulak…hahha
dan inilah yang dikatakan oleh saudara azizi sebagai usaha yang ekstrem dengan lain perkataan tambahan blogging ekstrem.
anda tidak akan kekal selagi anda tidak sabar, mudah fedup dan macam-macam halangan yang bakal mengundang tanpa sebarang alasan.
adesh…
ok laa see you all from 3-5 years later dari tarikh hari ini… 21/05/2007
tengoklah macam mana pencapaian saya nanti dalam bidang blogging nih…
wah! panjang lebar pulak kat sini yer???
hihiii… baru 23 oktober 2007. blog saya dah semacam jem sesangatnya nak kena tambah bandwith. rugi sakan kalo begini rupa jadinya…
kenapa sampai kena tambah bandwith abdfatah?
banyak ke traffic?
han
salam… bagus artikel ni…. insyaAllah sama2 kita berusaha dan bersabar dalam menempuhi dunia online bisnes ni… it’s not easy as it sounds…. but we have to try… if we havent try..we havent live….
cukup mudah didengar dan bukan mudah nak bermula… macam2 perkara akan berlegar dalam kepala minda kita tatkala mahu bermula itu ini begitu begini…
nak mula memang sangat susah…
tapi masih mudah berbanding perniagaan offline…
nak senang kena tahu banyak benda…
kena lah belajar untuk tambah ilmu lagi…
han
Salam Zul,
Wah ini memang menarik. Mencabar diri dan tercabar. Sesungguhnya dengan cabaran, seumpama meletakkan satu ‘push’ dan ‘force’ untuk maju ke hadapan.
Saya juga secara perlahan-lahan dapat mencapai target yang saya sendiri letakkan semasa awal-awal mula buat blog. Alahmdulillah.
Semoga Zul dan semua yang lain termasuk saya sendiri, berjaya dalam cita-cita maisng-masing.
Sekadar berkongsi,
Dik Mal,
Ampang, Selangor
Blog Pembangunan Diri dan Motivasi.
asakan demi asakan untuk berjaya dengan target yang tersendiri akan menjadikan kita lebih untuk berusaha untuk mencapai target idaman hati dalam pengurusan blog dan juga perniagaan internet yang dijalankan sehari-hari…
kita jumpa 3 tahun lagi…
tengok lah apa perkembangan kita sesama sendiri…
mungkin ramai yang barputus asa…
dan ramai juga yang berjaya…
tunggu dan lihat…
han
Memang patut kita tetapkan matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.. Sebab tanpa matlamat (tujuan) kita tak akan ke mana-mana.. Tapi sebelum melangkah tuh, kena tengok dulu di mana kita berada.. Kerana kalau kita tahu tujuan, tapi tak tahu di mana kita berada sekarang, kita sesat..
Kalau dah sesat, belilah peta.. takpun GPS ke.. a.k.a. cariklah mentor atau seseorang yang boleh membantu anda..
ada matlamat maka terarah tujuan kita untuk mencapai apa yang diinginkan untuk masa depan dengan bantuan mentor yang budiman sebagaimana saudara zul smartusaha yang sedia membantu mereka yang memerlukan bantuan dalam perniagaan internet yang sebenar….
ramai yang sedia untuk membantu kita sekarang ni…
tak sama mcm dulu…kurang orang yang sanggup membantu…
sekarang ni banyak benda yang boleh didapatkan di pakcik google juga…
han
3 tahun bagi saya memang satu masa yang munasabah utk menilai kejayaan seseorang .Tahun 2007 masa yang saya mula-mula ambil langkah membina laman web dan bina blog sendiri walupun tak tahu apa-apa tapi saya yakin dgn azam yang kuat dan sabar ,usaha yang berterusan tak mustahil setiap impian akan tercapai
Tq zul
tulisan ini telah membuka hati dan minda saya dan paling penting menaikkan semangat saya untuk terus berblog dan menulis….
memikirkan di mana saya 3 tahun akan datang…tenggelam atau timbul?
segalanay bergantung pada usaha pada hari ini, esok, lusa dan seterusnya…
perancangn yang teliti dan tindakan yang segera boleh menjamin kita berada di tahap selesa 3 tahun akan datang…tulisan zul kali ini benar2 menyuntik semangat saya…tq bebanyak
kena maintain laa untuk mengekalkan blog kita agar jangan tenggelam dalam hutan belantara google yang begitu luas itu… cuma kalo dah ada ilmu yang berpatutan memang mudah untuk bangkit kembali dan mengasah skill perniagaan dan pemasaran internet…
nak maintain ni yang susah abdfatah…
kena ada azam dan semangat yang kuat…
kalau main2 je, memang susah lah nak maintain…
han
post kali ini membuatkan sy tersentak dan kepala sy duk berfikir… ermm 200% betul apa yg zul katakan… bagaimana ye 3 tahun akan datang?? adakah sy mampu berbuat seperti yang zul lakukan… atau adakah sy akan kecundang??
ini adalah satu cabaran dan dorongan bagi semua newbie (including me
) untuk berbuat sesuatu agar tidak hilang pedoman utk berblog… banyak makna yang tersirat dalam post kali ini… thanks Zul
cabarannya dah tentunya berliku… jika tidak kecundang sekalipun kita akan dihimpit dengan pelbagai rintangan yang datang untuk menguji sejauh mana kekentalan diri kita untuk bangkit berjuang setiap kali punya halangan yang berintangan di hadapan…
memang la abdfatah…
semua benda pun ada susahnya…
dan ada senang nya…
cabaran ni memang buat ramai yang bersedia untuk menerima…
dan sanggup ke tempuh cabaran nya?
susah juga tu…
han
Salam Zul,
Menarik sekali catatan anda kali ini, betul terasa cabarannya…bukan mudah untuk mengekalkan kesabaran kita dalam menulis blog nih…kalau tak sungguh-sungguh dan keazaman yang kuat rasanya…tak terbuat…anyway terima kasih atas ilmu yang diberi…
betul jugak kalau di fikirkan 3 tahun mendatang…kemana kita lepas tu..masih mengharap kerja2 yang pendapatan tak menentu..
kalo ada kerja tetap still keh laa. dan sekiranya kerja dah tak menentu memang sukar untuk menentukan ke mana hala tuju blog yang telah kita bina itu… mungkin sekadar tenggelam timbul dan seterusnya mengundang putus asa yang tidakk putus-putus…
kerja tetap, tetap kerja kita…
mana boleh tinggal kalu perniagaan kita masih tak menentukan hasil yang baik…
putus asa tu juga perkara biasa…
tapi kena bangkit semula untuk capai matlamat kita….
han
Saya selalu yakin begini…. Kita buat atau lakukan sesuatu dan jangan harapkan hasil dalam jangkamasa pendek. Kita mesti buat dan terus buat, lambat laun hasilnya akan menjelma. Saya amat yakin! Kalau dalam disiplin Fizik pun kita tak dapat meramal MASA [TIME]
Bak kata Irfan Khairi, ramai yang gagal pada tahun pertama & mungkin tahun pertama adalah tahun getir. Jika kita berjaya menghadapi tahun pertama, insya Allah boleh berjaya.
Bak kata zul pula, 3 tahun adalah tempoh untuk menilai sejauh mana kita mampu bertahan & adakah kita mampu mencipta kejayaan. Insya Allah, saya sahut cabaran tu..
sahabat2 yang membaca artikel ni, jom tinggalkan mesej di sini untuk sahut cabaran!
yeaa… amri kita tinggalkan mesej bermakna di sini siap dengan tarikhnya sekali untuk melihat sejauh manakah blog atau perniagaan internet anda berkembang maju… dari sehari ke sehari… bulan ke bulan dan seterusnya 3 tahun yang berlalu… 2007,2008, 2009…
eh eh… dah dekat tahun 2008 dah laaa…
ujian getir untuk tahun pertama sememangnya tidak dapat lari dan ujian yang seterusnya adalah kemampuan kita untuk terus mengekalkan apa yang telah kita usahakan tersebut…
2008 dah dekat…
macam mana dengan usaha kita?
mungkin dah ada yang dapat hasil…
mungkin apa pun tidak dapat…
mungkin rugi…
tapi tak pe…masa kita 3 tahun lamanya…
panjang tu cabaran zul bagi…
gunalah sebaik nya…
han
asmkm Zul, apa khabar? shueqry here.
Tulisan Zul menaikkan semangat dan memberi inspirasi !
Syabas
Straight from the heart. Awak seorang penulis yang bagus.
Bagi diri saya, 3 tahun akan datang saya mahu berbakti kepada lebih ramai orang, seramai yang mungkin dengan tulisan-tulisan saya, video saya dan buku-buku saya, semua ini saya lakukan untuk mereka, untuk membolehkan mereka “take control” hidup mereka sendiri. Inilah niche saya.
Tahun lalu saya tidak tahu apa matlamat hidup saya, tetapi berkat beberapa masalah yang melanda, saya dah temui matlamat sebenar yang saya cari-cari, saya percaya saya boleh menaikkan semangat orang lain dan contribute something kepada mereka. Tak kira siapa.
untuk ke arah itu, saya tak berhenti belajar, memperbaiki diri terus berusaha memberikan yang terbaik buat orang lain. Buat masa ini saya mahu melatih skill penulisan dulu, insya allah blog yang sedia ada saya akan upgrade kepada domain sendiri bila masanya sudah tiba.
Well, thanks Zul. Artikel yang sangat memotivasikan
- shueqry -
one of a kind.
yeaa… pengalaman mengajar erti kehidupan. sebagaimana yang telah shueqry lalui sepanjang kariernya sebagai motivator online menunjukkan beliau berdepan dengan pelbagai cabaran yang cukup sengit… betapa indahnya pengalaman itu yang boleh dijadikan panduan untuk kehidupan masa akan datang…
zul memang penulis yang baik…
bukan setakat baik, tapi memang sangat baik dan bagus…
kita tunggu buku dan video shueqry…
han
Bagaimanakah SaifulSham 3 tahun dari sekarang?
Maju, lebih proaktif dan lebih dinamik. Asasnya sudah semakin jelas sekarang dan secara perlahan-lahan kami akan sediakan asas untuk pergi lebih tinggi dan jauh. Jangan terkejut juga jika SaifulSham akan “berpisah” untuk membahagi kepada 2 division satu di bawah Syazwan dan satu di bawah saya, satu fokus kepada B2C dan satu lagi B2B. Semuanya bergantung kepada kemajuan SaifulSham setahun 2 ini…
Mudah-mudahan jika diizinkan Tuhan, lebih ramai graduan dapat kami sediakan peluang pekerjaan…
sememangnya saifulsham akan terus bergerak untuk memberikan bantuan demi bantuan perniagaan internetnya kepada lebih ramai lagi yang berminat dalam perniagaan internet.
nampaknya akan menjadi semakin kukuhlah team saifulsham dengan dua division yang menjadikannya lebih fokus lagi kepada bidang perniagaan internet yang tersendiri dan unik.
3 tahun lagi team saiful sham mesti bertambah dinamik…
berpisah?
em… mungkin kot untuk perniagaan sendiri…
dan mungkin tidak untuk terus maju bersama…
han
Assalamualaikum Zul,
Bagi akak, takda special target jangka panjang. Baru berjinak-jinak dengan dunia baru yang tak pernah terfikir untuk diceburi sebelum ni. Tujuan asal cuma nak cari extra income beberapa ratus sebulan secara konsisten dan akak yakin ianya boleh dicapai.
Entah macamana akak boleh decide nak beli pakej reseller dulu, tak tau lah. Tapi yang pasti, setelah membeli pakej tu, sampai skarang blum mula menjual lagi. Sebabnya bukan tak confiden untuk jual tapi nak memahirkan diri sendiri dulu berblogging. Tak rugi kita menimba ilmu. Jadi , bagi akak dapat master ilmu buat blog dari A-Z siap dengan aksesorinya sekali adalah satu pencapaian besar dan bermakna. Tambahan lagi akak dapat banyak ilmu dari forum. Those are priceless.
Kalaupun akak mungkin tak begitu berjaya dalam bidang ni insyaallah akan diteruskan oleh anak-anak yang berpotensi besar. Maklumlah bab-bab IT ni mereka lebih cepat explore dan absorb. Nak tau…., hadiah untuk anak akak kerana berjaya dapat nombor satu dalam tingkatan adalah webhosting dan dia dah target nak start bina dan siapkan masa cuti sekolah 2 minggu yang akan mula minggu depan. Husband pun dah berminat nak buat blog berkaitan kesihatan selepas akak siapkan blog akak yang tengah dalam construction ni. Bukankah itu juga satu bentuk pencapaian.
Apapun, akak doakan zul berjaya dan sentisa mendapat keberkatan dari allah.
Wa’alaikumussalam Kak Rose. Yup, kita perlu mengukur sesuatu kemajuan dan prestasi itu pada diri sendiri. Mungkin bila saya capai sesuatu, bagi saya ia dah ‘berjaya’, tapi bagi kak rose dan lain-lain, pencapaian tertentu sudah memadai buat masa tersebut.
Pendek kata, ukur sesuatu itu pada badan sendiri, jangan ikut orang lain.
Ermm, cerita saya ni anda semua boleh relatekan kepada kerja anda. Tak semestinya pada bisnes sahaja. Maybe boleh kaitkan dengan kehidupan anda. Di mana anda 3 tahun lagi? Apa yg perlu anda buat untuk capai sesuatu yg baik utk hidup anda? Bisnes? Kerja dgn baik? Tingkatkan jati diri? Saya pun tak pasti di mana dan apa keadaan saya. Yg saya tahu, saya perlu terus berusaha, itu sahaja.
Kepada semua, kita tengok, di mana kita 3 tahun lagi.
3 tahun lagi bagi newbie adalah bermula dari sekarang. dan bagi mereka yang dah separih tahun atau lebih dah tentunya terlebih tahun dah… dan 3 tahun itu mungkin tahun depan atau tahun ini jika dah bermula tahun2 yang lepas… atau kena tambah lagi 5 tahun dari sekarng mengikut target dan cita-cita masing2…
semua orang ada targer sendiri…
tapi target zul bagi ni boleh juga untuk lihat apa perkembangan kita…
mungkin kita dah meningkat sedikit dari asal…
han
slmt ptg zul,
saya terima cabaran zul…
3 tahun lagi saya pasti akan dpt income yang memuaskan seperti zul skrg ni..
saya skrg ni dah nak mulakan pelan saya…
tunggu dan lihat…
tahniah zul…
InsyaAllah.
tahniah zul, sabar dan tidak mudah putus asa adalah salah satu ciri usahawan.
tahun pertama saya dah berlalu dgn banyak membaca buku dan ebook serta blog, berforum di wc dsb. Sekarang masuk tahun kedua saya dah ada blog dan forum sendiri utk para usahawan offline khusunya spt peruncitan (prosper) dan francais. Hasil tu belum adalah tapi saya yakin bak kata zul, masuk tahun ketiga baru saya nampak hasilnya insyaAllah. Dgn syarat usaha doa tawakal.
Salam perkenalan..
Ogos 2006 - Baru register streamyx
September 2006 - mula dapat tahu tentang kegiatan-kegiatan usahawan2 internet spt saudara zulfadli, team saifulsham, irfan khairi, tazilan ibrahim, raja adsense …sekadar menyebut beberapa nama
September 2006 - April 2007 - pemerhatian, mengkaji blog/ebook usahawan2 lain, subscribe newsletter, membeli buku2 dan e book berkaitan perniagaan internet, mencari idea….drp 9-10 idea, setelah di teliti berbulan-bulan akhirnya kami pilih 1 yang paling berpotensi…
Mei 2007 - skrg sedang mengumpul bahan utk e book pertama kami(secara sambilan)…kalau diikutkan kami ingin terbitkan secepat mungkin, kalau boleh tahun ini juga tetapi berdasarkan pengalaman usahawan2 yg terlebih dulu mengorak langkah, tahun pertama adalah tahun getir dan ramai yg tersungkur, doa semoga dipermudahkan dan mohon nasihat daripada usahawan2 yg lain.
3 tahun akan datang - hanya Allah swt yg Maha mengetahui
Insyaallah nama Abu Jarir & Ummu Aisyah ini akan mewarnai dunia perniagaan internet seperti usahawan2 internet yg terdahulu drp kami.
selamat maju jaya dan kita akan saksikan apakah perkembangan selanjutnya yang berkaitan dengan Abu Jarir & Ummu Aisyah 3 tahun dari sekarang…
huh…
target yang detail…
kita tunggu ebook di lancar oleh Abu Jarir & Ummu Aisyah ni…
han
Salam saudara zul, salam semua…
3 tahun lagi…?akan sampai di mana ya ..?
kalau saya yang dah agak berumur ni, tanpa asas it., yang cuma pandai setakat kodek-kodek komputer ,masih mahu bersaing dengan anda.,.yang muda-muda…masih mahu membina blog..dan yang pasti nak juga tumpang menjana pendapatan sesen dua. hai.. orang muda yang lain jangan beri alasan demi alasan..!…(tapi macam k rose,resseller beli, jual dak lagi..)
(Perenggan mencabar orang muda )
3tahun lagi..
saya akan pastikan, saya tak akan merangkak lagi..sudah waktunya saya berjalan ,kalau tak pun berlari anak-anak..insyakAllah.
(perenggan mencabar diri sendiri )
mohon maaf kalau ada menyinggung sesiapa..
Wassalam.
Zak, bagi sy ada ilham atau otak kelas A atau B, itu bukan isu utama di sini. Perkara yg utama bagi saya adalah, usaha. Dan kita perlu tahu, setiap orang ada potensi diri masing-masing dan tidak boleh dibanding-bandingkan.
Amalina adalah Amalina, Zul adalah Zul, Zak adalah Zak. Persoalannya, adakah kita tidak perlu berusaha lebih apabila kita bukan orang yg memiliki otak kelas A? Sama sekali tidak bukan?
Bahkan Allah swt sendiri memerintahkan kita agar berusaha, banyak berdoa dan bertawakkal dan tiada pula dikatakan, kamu mesti berusaha 2,3 jam sahaja sehari. Sama sekali tiada. Pokoknya, Zul perlu berusaha 5-8 jam sehari, Amalina 2-3 jam sehari, Bill Gates pula dgn cara dia…
Maka jelas, kalau kita “berqiyas” spt yg Zak terangkan, nampak gayanya mudahlah untuk kita beralasan… Maksudnya di sini, kita kalau nak buat perbandingan, kita buat perbandingan dengan orang yg lebih kurang sama dgn kita. Contoh, kalau si A gagal SPM, tapi skrg dah jadi jutawan dan bermula dari zero, kita boleh compare dgn dia kalau dia lebih kurang sama dgn kita skrg yg gagal SPM juga dan bermula dari tak ada apa2. Dan, janganlah dibanding2kan dgn mereka yg bijak pandai tersebut.
Moga jelas hendaknya…
Jadi janganlah compare dgn mereka yg ada otak kelas A. Kalau kita tengok mereka2 yg hebat tu, mmglah berbeza dengan kita. Kalau dibanding2 dengan org yg ada pemikiran hebat mcm Bill Gates atau Amalina tu, mmg tak terbandinglah. Bagaimana pula dengan mereka yg bukan otak kelas A mcm kita ni? Kita jangan lupa atau tutup mata kepada mereka yg tiada otak kelas A, tapi mereka berjaya sebab mereka betul2 berusaha dari bawah dan bersusah-susah dahulu. Dan mereka inilah patut kita contohi sebab kita lebih kurang sama dgn mereka. Namun yg lebih penting kat sini, tak ada pula saya canang-canangkan Bill Gates atau Amalina. Pokok pangkal, kelas A or B or what ever, semua mereka berusaha kan? Dan itulah pokok perbicaraan kita di sini. USAHA.
Mengenai “Amalina” (otai2??) yg bercerita kpd newbie, adakah mereka semata-mata bercerita sahaja? Sekurang-kurangnya mereka memberikan semangat atau panduan daripada tiada apa-apa sumbangan. Mereka bukanlah penglipur-lara, atau si tukang cerita kosong. Maka, janganlah dipandang negatif ceramah “Amalina” ini.
Mereka ikhlas dalam memberikan pesanan dan berterima-kasihlah kepada mereka. Kadang2, sesuatu itu lebih baik ada daripada tiada langsung. Kadang2 kita tak nampak perkara ini. That easy rights? Mungkin salah satu sebab kita banyak membanding-banding adalah kerana kita nak pertahankan diri kita, atau dalam bahasa lain: BERALASAN. Kan lebih baik kalau buat apa yg patut daripada banyak beralasan.
Kepada newbie, sudah saya katakan, ‘ukur baju di badan anda sendiri’. Yg dah berjaya, yg tahu IT, itu potensi dan kelebihan mereka. Bg anda yg belum berjaya, tak tahu IT, berusahalah. Walaupun anda membaca buku 1 muka-surat sehari, itu juga usaha. Membeli ebook, juga satu usaha. So, banggalah utk diri-sendiri. Be yourself! Tak perlu nak buat comparison.
Wassalam.
kalo nak dibuatkan bandingan memang lah tak adil jadinya. apa yang penting adalah semangat ingin terus berusaha itu tetap ada dalam diri untuk terus berjaya… kalo nak dibandingakan dengan orang itu ini sampai bila kita takkan dapat nak kejar mereka yang telah berjaya…
“tengok dia tu… dah berjaya dah. 3 tahun yang lalu hanya jual nasi lemak tepi restoran yang dia tumpang dan kini berjaya memiliki restorannya sendiri… restoran nasi lemak beriani gam”
wiahahahahaaa….
nak banding2?
mana boleh…
kita adalah kita….
mereka adalah mereka…
nakkan sesuatu mesti lah kena berusaha…
berusaha untuk capai apa yang kita nak…
han
“What you think today..it is your future”
Percayalah, sesuatu yang berlaku adalah disebabkan kita pernah memikirkannya suatu masa dahulu. Everything start from your mind. Jika anda sudah mula fokus, semua tubuh badan anda akan bergerak “seiring” dengan apa yang anda fokuskan tadi.
Bak kata Stephen Pierce, ada tiga perkara yang mempengaruhi kejayaan anda iaitu PENGETAHUAN, KEHENDAK dan KEMAHIRAN.
p.s: Zul, tahniah di atas kejayaan anda. Saya ingat lagi masa mula-mula saya beli produk saudara dahulu.(masa tu domain anda masih smartusaha.com
)
takder pengetahuan macam mana nak mula. takder kehendak memang payah nak bermula. takder kemahiran lagi sukar nak mulakan apa-apa. takkan nak tunggu dan lihat aje kejayaan orang lain… bila nak cipta kejayaan kita sendiri pulak??? bermulalah dari sekarang dan kita lihat 3 tahun yang akan datang…
takde kemahiran ok lagi…
kita boleh belajar…
tapi kalu tak de kemahuan memang tak apa nak dikatakan lah…
kemahuan adalah matlamat yang perlu ada di diri kita…
han
[…] http://blog.smartusaha.com/usahawan-berjaya/2007/05/perniagaan-internet-dan-anda-di-manakah-3-tahun-… […]
[…] mahir blog dalam satu tahun? […]
Iya Zul, saya betul-betul rimas dengan newbie hari ni, semuanya nak express. Belum pun sebulan mencuba, tak boleh jalanlah katanya.Saya sendiri terkial-kial semasa mula menulis blog dulu dan saya juga tak pernah lupa jasa Zul mengajar saya cara masukkan link. Memang main trial and error jer masa tu
Pada peringkat awal memang semuanya sukar, nak tulis pun tak ada idea dan pernah ditempelak oleh Ahmad Azwan kerana menggunakan artikel dia. Itu hampir setahun yang dulu, sekarang saya dah boleh menulis lebih dari satu blog.
Saya selalu cakap pada diri saya, saya tidak gagal, cuma belum berjaya dengan cemerlang saja. Dan saya sukakan kerjaya ini dan sentiasa bernafsu untuknya walaupun kekadang hasil yang diharapkan tidak kesampaian.
Kalau kita buat benda yang kita suka kita akan terus bertenaga melakukannya.
saya jugak suka guna artikel orang mula2 buat blog free. pakai balun aje laa mana yang patut namun tak lupa jugak saya letakkan link rujukan ke website yang saya petik tu kalo tak silap… dan blog percuma tersebut telah berkubur dengan secara tak sengaja…
abdfatah dot wordpress dot com
dan sekarang boleh dikatakan saya menulis dengan gaya saya yang tersendiri dengan rujukan blog2 yang sedia ada ini…
nanti tak pasal2 kena tegur hambik bulat2 artikel orang dan diletakkan dalan blog sendiri…
ambil artikel orang?
tak baik tu abdfatah…hehe
nanti orang marah dan saman tu…
han
3 tahun lagi…. alamak… am tak terfikir lagi… tapi satu yang am tau…. am dah tetapkan matlamat… untuk berada dimana untuk 3 tahun lagi… hanya masa yang akan tentukan…. yang penting matlamat dan cita2 mesti ada….
am ingat dalam masa 6 bulan lagi am dah start buat ebiz secara serius dah… am dah berenti kerja dan buat ebiz full time… SOHO… small office, home office!!!
harap smartzul tulis kembali post ni pada 21/05/2010, iaitu tiga tahun akan datang. Saya cabar diri saya sendiri dan semua untuk lawati blog ni pada tarikh tersebut dengan pahit manis dlm online business. huhuhu
oh… 21/05/2010? yeaa dah tentunya kita akan datang berkunjung kembali dengan penuh semangatnya nak tengok perkembangan blog smartzul yang semakin hari semakin menjadi tumpuan ramai…
lepas nih boleh laa tanya :
zul dah jadi mentor ke macam dr irfan? atau
sekadar tengok aje blog zul sejak 3 tahun lepas? atau
bagaimana zul sekarang?