Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Ebook Internet Muda Dilancarkan!

15 05 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Seperti yang saya nyatakan di post sebelum ini, maka pada hari ini saya akan umumkan salah satu projek JV yang saya sertai dengan seorang usahawan Internet yang mungkin tak perlu dikenalkan lagi jika anda aktif di dalam bidang ini. Beliau adalah saudara Hafiz atau dikenali sebagai Bitol dari CheapestCovers.com.

Projek ini dipanggil sebagai “Kesilapan Usahawan Internet Muda” yang mana beliau menyenaraikan banyak kesilapan yang telah beliau lakukan di sendiri di peringkat awal beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan Internet. Kata Bitol, ini adalah projek terakhir beliau untuk pasaran Malaysia, maka saya berharap, manfaatkanlah sebaik mungkin pemberian ini yang amat banyak faedahnya. Jangan peram ebook ini atau mana-mana ebook lain dalam hard-disk komputer anda. ;)

Internet muda?

Internet muda adalah usahawan Internet yang baru sahaja berkecimpung dalam bidang perniagaan Internet. Biasanya, usahawan Internet yang baru akan banyak melakukan kesilapan demi kesilapan kerana mereka biasanya bermula tanpa bimbingan terus daripada seorang mentor. Ramai yang bermula sendiri-sendiri dan trial & error.

Tapi kini, sudah ramai usahawan siber tempatan telah ‘turun padang’ berkongsikan perkara-perkara penting yang amat bernilai umpama berlian dan emas. AMAT rugi jika anda tidak memanfaatkannya sebaik mungkin. Untuk itu, melalui projek Internet Muda ini, seramai 11 usahawan Internet telah berkongsikan apakah kesilapan yang telah mereka lakukan.

Usahawan-usahawan tersebut adalah saya, Shuth WangCyber, Tazilan, saudara Amirol, Kak Galadriel, SaifulSham, Sham RajaAdsense, Irwan Dahnil, Alang dan Zamri Nanyan.

usahawan internet

Di dalam ebook tersebut (saya telah membacanya sebaik sahaja mendapat daripada saudara Hafiz), banyak kesilapan-kesilapan realiti yang telah dilakukan oleh beliau. Bahkan ada beberapa perkara yang saya sendiri tidak tahu sebelum ini. :) Walaupun projek ini khusus untuk usahawan Internet yang baru, namun saya merasakan usahawan Internet yang lama pun perlu merujuk ebook ini.

Selepas anda mendapat ebook tersebut, anda akan disusuli dengan satu emel setiap 5 hari sekali yang mengandungi pula kesilapan daripada usahawan Internet yang lain termasuk satu kesilapan besar saya dulu. :oops: Kalau nak tahu, daftar di laman web InternetMuda.com dan tunggu siri emel yang mengandungi satu cerita menarik daripada saya. Anda akan mendapat 15 emel kesemuanya yang mengandungi cerita-cerita daripada usahawan Internet yang lain, sepertimana kata Hafiz kepada saya.

Tidak perlu lagi saya berbicara panjang di sini. Anda bertindaklah sekarang dengan pergi ke laman web http://www.internetmuda.com (klik saya URL ini) untuk mendapatkan ebook tersebut. Ia percuma sahaja. Namun, anda dikehendaki mendaftarkan nama dan emel agar anda mendapat siri-siri emel yang dinyatakan. Diharapkan dengan perkongsian-perkongsian pengalaman Internet Marketers tersebut, maka tiada alasan lagi untuk anda tersalah langkah.

Manfaatkanlah perkongsian yang orang lain berikan. Kurangkanlah kesilapan dengan sedaya yang mungkin kerana MASA ITU AMAT BERNILAI. Kebanyakan orang tidak mencari apakah kesilapan yang wajar dielakkan, sebaliknya ramai yang mencari bagaimana untuk berjaya.

Apabila berlakunya kesilapan, maka di situ bermulalah detik-detik yang mencabar kewibawaan usahawan Internet itu terutama yang ‘muda’. Saya yakin, selepas anda membaca ebook itu dan menerima emel bersiri, anda akan dapat mengurangkan kesilapan yang biasa terjadi dalam perniagaan Internet.

Betindak segera untuk mendapatkan ebook tersebut. Klik di sini.

Perkara Yang Perlu Diketahui:

Ramai yang tak tahu apa itu ‘double opt-in’ semasa mendaftar apa-apa ‘newsletter’. Jika anda diminta memberikan nama dan emel untuk mendownload sesuatu, sebaik sahaja anda tekan butang Submit, anda akan menerima satu emel secara automatik. Pada emel itu mengandungi satu link untuk anda lakukan pengesahan pendaftaran. Klik pada link itu dan kemudian anda akan dihantar pula dengan satu emel yang mengandungi link download ebook atau maklumat tertentu.

Double opt-in ini adalah untuk mengelakkan Spam. Jadi, anda jangan ‘malas’ untuk mendaftar dengan cara ini kerana ia adalah standard di mana-mana pun dan ia dilakukan sebegitu untuk menjaga kepentingan anda. Di lain masa saya akan ulas mengenai hal ini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Just Do It! Let Your Customer Talks!
  • Jangan Lakukan KESILAPAN Ini…
  • Demo Sistem Maybank2u.Com
  • Perancangan 2009
  • Bakal Pelanggan - Harap Bersabar :)
  • Pengumuman: Tragedi 15 Mei 2007!
  • Mesej Terpendek : Just Do It & Focus
  • Kesilapan Demi Kesilapan…
  • SmartUsaha Bukan Pesaing Anda
  • Tulisan Terakhir…

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    9 Comments »

    Comment by adila
    2007-05-15 08:07:55

    hai zul…
    saya baru saja siap download dan baca ebook dari hafiz tu.
    ebook setebal 28 ms tu amat bermakna dan penting sebagai panduan kepada mereka yang ingin serius dan betul2 berminat dengan dunia perniagaan internet.
    panduan kesilapan yang dilakukan boleh membantu mereka yang baru bermula untuk tidak mengulanginya….

     
    Comment by mustahing
    2007-05-15 10:29:36

    hai zul..
    saya pun baru sahaja download ebook ini.
    Memang berguna kepada sesiapa yang baru memulakan perniagaan internet seperti saya.

     
    Comment by abyks
    2007-05-15 11:04:12

    Askum.Pengalaman mereka yg dah dahulu menceburi bidang usahawan internet ini amat bernilai sekali untuk dikongsi.Semoga kita dapat membentuk komuniti usahawan internet Malaysia yg disegani dan berjaya.
    Lets Unite

     
    Comment by BujangJutawan
    2007-05-15 11:19:23

    Zul, thanks. memang amat berbaloi panduan ini.. Thanks again..

     
    Comment by riosm
    2007-05-15 12:10:59

    Askm Zul! Takan saya persia-siakan maklumat ini. Terima kasih ZUl. Saya baru download. Mungkin e-book ini akan memberi panduan yg berguna pada newbie seperti saya ini.

     
    Comment by Maizul
    2007-05-15 14:36:54

    Menarik ebook ini.

     
    Comment by salihin
    2007-05-15 17:12:23

    :cool: :cool: :smile:

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-22 17:55:34

    maklumat yang cukup berguna bagi mereka yang baru nak bermula dan juga cara untuk mengelakkan pembaziran yang maksima. dengan kesilapan yang tertunda maka akan terungkailah sinar kejayaan di hadapan…

    dari itu belajarlah dari kesilapan orang lain. pengalaman orang lain sebgai pembuka jalan ke arah kejayaan perniagaan berasaskan internet…

     
    Comment by Han
    2007-10-22 21:46:19

    ebook kesilapan internet marketer pun keluar dah…
    kalau silap lagi tu…
    em..entah nak kata lah…hehe…
    sebelum nak beli apa2 atau mulakan perniagaan tu, baca lah ebook ni dulu…
    mungkin dapat elak dari kesilapan…

    han

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: