Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Bahasa Inggeris : Susah Sangat Ke? - Siri 1

8 05 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

—————————————————————————————

Artikel kali ini adalah bukan tulisan saya, tetapi telah disumbangkan oleh seorang guru bahasa Inggeris yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azleen. Artikel beliau yang bertajuk “Bahasa Inggeris : Susah Sangat Ke?” ini akan mempunyai dua siri dan ada lagi artikel lain yang akan menyusul. Semoga dengan adanya tulisan sebegini, semua usahawan Internet bukan sahaja menumpu kepada pasaran Malaysia, malah boleh pergi jauh ke peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris adalah bahasa perantaraan, bahasa Melayu tetap bahasa ibunda kita. Smile

Selamat membaca…

—————————————————————————————

Mengikut WikiPedia, Bahasa Inggeris adalah bahasa Jermanik Barat yang dominan penggunaannya di United Kingdom, Amerika Syarikat, kebanyakan Negara Komanwel (termasuk Malaysia) dan negara-negara bekas koloni British. Menurut WikiPedia lagi, kebanyakan pelajar di seluruh dunia adalah digalakkan untuk belajar sekurang-kurangnya sesetengah Bahasa Inggeris (terdapat banyak dialek). Manakala pengetahuan kerja dalam Bahasa Inggeris amat digalakkan dalam banyak bidang dan pekerjaan.

Saya tidak berniat untuk mengagungkan Bahasa Inggeris dan mengenepikan Bahasa Melayu, tetapi dengan jumlah sumber dan bahan bacaan serta perbincangan teknologi dan sains dalam Bahasa Inggeris, menjadikan bahasa ini sebagai satu keperluan hidup. Pengaruh global Bahasa Inggeris dalam pawagam, kapal terbang, penyiaran, sains dan internet menjadikannya sebagai bahasa kedua yang paling banyak dipelajari di dunia.

Berdasarkan soal-selidik tidak formal yang saya lakukan terhadap individu yang mengalami masalah menguasai bahasa ilmu ini, saya telah merumuskan alasan-alasan utama berikut sebagai sebab mereka gagal menguasainya dengan baik:

BI – Susah!

Walaupun kebanyakan pakar mengatakan ini sebagai mitos, bagi saya ianya kenyataan. Sudah tentu sahaja saya bersetuju bahawa Bahasa Inggeris lebih susah daripada Bahasa Melayu – kerana kita tidak dilahirkan dalam keluarga dan komuniti yang berkomunikasi sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

Keadaan ini menjadikan Bahasa Inggeris sebagai sesuatu yang asing dalam kehidupan kita. Tiba-tiba selepas 7 tahun semenjak lahir kita berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, kita di suruh bercakap dalam bahasa lain. Ianya umpama alien kepada manusia.

Kerana itulah kita perlu belajar dan belajar. Belajar Bahasa Inggeris juga sama seperti kita belajar Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin ataupun Bahasa Tamil. Tetapi mungkin kerana di sekolah kita sering di tekankan dengan Grammar, Grammar dan Grammar, membuatkan kita takut belajar Bahasa Inggeris apabila tidak dapat menghafal grammar ini. Macam belajar matematik tak hafal sifir – sekarang boleh pakai kalkulator!

Duduk Di Kampung Saja, Buat Malu Je Cakap BI!

Ya, sudah tentu. Kalau anda ingin terus duduk di kampung, melakukan kerja-kerja kampung seperti menoreh getah, memotong kayu api, anda tidak perlu belajar Bahasa Inggeris. Tetapi jika anda ingin mengkomersialkan perusahaan kampung anda itu, sedikit sebanyak anda perlu tahu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Apatah lagi jika anda seperti saya, ingin tinggal di kampung tetapi menjalankan perniagaan bertaraf global – melalui internet – lebih-lebih lagi anda memerlukan keupayaan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Ini kerana kebanyakan laman web beroperasi dalam Bahasa Inggeris. Jika mereka menggunakan bahasa lain sekalipun, mereka tetap ada translator dalam Bahasa Inggeris. Tapi ada ke translator Bahasa Melayu? Mungkin anda boleh menjadi orang pertama yang menciptanya. Saya pasti ada market yang besar untuk produk sedemikian.

Ibu Bapa Tidak Berkomunikasi Dalam Bahasa Inggeris.

Alasan bahawa anda dilahirkan dalam keluarga yang bahasa ibundanya Bahasa Melayu adalah amat tidak relevan. Sama seperti anda, saya juga dilahirkan dalam keluarga yang bertutur seharian dalam Bahasa Melayu. Tetapi jika kita menjadikan ibubapa dan keluarga sebagai penyebab kita tidak boleh berbahasa inggeris, sehingga bilapun keturunan kita tidak mampu bertutur dalam bahasa ini.

Kita ingin maju ke hadapan, bukan melihat apa yang berada di belakang. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak bertutur dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan kerana anda dapat belajar satu lagi bahasa lain. Tetapi mereka yang sedia dilahirkan dalam keluarga berbahasa inggeris, akan mengambil mudah dan tidak belajar bahasa lain.

Malu Ditertawakan

Tahukah anda bahawa satu-satunya jenis orang yang akan mentertawakan anda adalah mereka yang juga bermasalah seperti anda?

Pernahkah anda pergi berkaraoke? Bercakap bahasa Inggeris juga sama seperti berkaraoke. Mereka yang suka mengeboo orang yang tidak merdu nyanyiannya, tidak pernah memegang microphone. Mereka hanya tahu mengetawakan orang lain, memberitahu bahawa nyanyian anda tidak bagus dan menyakitkan telinga. Tetapi apabila dihulurkan microphone, mereka akan memberikan seribu satu alasan yang tidak munasabah.

Jadi, jika anda tahu bahawa mereka yang mentertawakan anda adalah mereka yang bermasalah juga, adakah itu akan memberikan kesan kepada anda? Saranan saya, abaikan saja mereka ini. Anda tidak perlu berkawan dengan teman yang tidak tahu memberi sokongan kepada anda apabila anda berusaha untuk menjadi lebih baik.

Saya juga pernah ditertawakan kerana menyebut American dalam bahasa baku – Amerikan. Tetapi jika difikirkan semula, mengapa kita perlu bertutur Bahasa Inggeris dalam slanga Amerika atau accent British sedangkan lidah kita adalah lidah melayu? Yang penting adalah proses komunikasi itu mencapai matlamatnya iatu anda faham apa yang ingin saya sampaikan. Anda tidak perlu menyanyi seperti Beyonce jika anda ingin menyanyi lagu keroncong.

Bersambung di siri ke-2 nanti…

————————————————
Penulis artikel, Cikgu Azleen adalah blogger KelasEnglish.com yang mengajar Bahasa Inggeris secara mudah di internet. Format pengajaran berasaskan Modul Pemulihan Bahasa Inggeris yang berjaya digunakan ke atas pelajar-pelajar menengah rendah tetapi tidak mengikut KBSM. Beliau juga memberikan khidmat tuition Bahasa Inggeris untuk pelajar sekolah bagi kawasan sekitar Pasir Gudang, Johor. Beliau boleh dihubungi di blog peribadi beliau iaitu CikguAzleen.com .

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 4 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Belajar Bahasa Inggeris : Susah Ke? - Siri 2
  • Tak Yakin Boleh Berbahasa Lain?
  • Web designer is NOT web marketer
  • Bersama Cikgu Azleen: Bahasa Inggeris Untuk Usahawan Internet
  • AWAS: Exploit Terbaru Impact Website!
  • Jadi Macam Dia, Teladani Dia!
  • Can You Write in English and FREE grammatical Errors?? If Yes…
  • Buat Duit Melalui ReviewMe.Com
  • Just Do It! Let Your Customer Talks!
  • Mahirkan Diri Dengan Asas HTML

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    35 Comments »

    Comment by salihin
    2007-05-09 02:06:20

    asklm zul..hari ni artikel dalam tentang BI,sesuai sangat lah soalan saya ni rasanya..nak tanya zul sikit ni, zul ada tak contact number ke kenalan ker yang boleh translate dari BM ke BI. saya baru jer daftar TM produk saya yang entah-hapa-hapa tu, salescopy dah siap.. masalahnya nak cari penterjemah pula, maklumlah baru berpindah ke tempat baru susah jugak nak kenal orang..kalau ada bagitau zul.

    Comment by Han
    2007-10-22 08:46:09

    salihin…
    saya rasa salihin boleh contact kak G untuk translate ni…
    kebanyakkan saleletter kak G yang translate…
    cuba lah tanya tengok…

    han

     
     
    Comment by smartzul
    2007-05-09 03:28:16

    salihin, cuba contact cikgu Azleen penulis artikel ni? Smile Kalau pendek rasanya dia terima lah. Kalau panjang, cuba cari freelance kat forum wangcyber.com.

     
    Comment by riosm
    2007-05-09 07:53:33

    Satu soal selidik yg tidak formal dan saya sokong 100% apa yg cikgu azleen tulis ni. Harap-harap dpt berkenalan dgn lebih dekat cikgu azleen ni, bukan apa nak timba ilmu lagi pasal bab bahasa orh putih ni…kebetulan duduk kat PG pulak ni.

    Apa pun bahasa yg nak dikuasai, yg penting jgn malu dan takut utk mempraktikannya. Bak kata pepatah “langgar aje”, kalau tak…. sampai bila2 pun tak pandai punya. Org nak gelak ke apa ke….yg penting setiap kali kita salah ke betul ke yg pasti kita belajar sesuatu.

    Dulu saya pun ada pengalaman macam tu……maklum le budak kampung. Cikgu yg ajar bahasa inggeris pun ajar dalam bahasa melayu. Then sampai kat kolej pun terkial-kial lagi ….tapi disebabkan surround dok kat malaysia so boleh le survive sampai graduate.

    Suddenly bila dah keje , kena pulak posting dibawah mat salleh and report pulak direct dgn dia …masa tu baru tahu pentingnya bahasa inggeris ni. Tapi sebab kerana terpaksa dan main “langgar” aje baru saya tahu itulah cara yg paling berkesan belajar bahasa inggeris ni. Tak percaya ! Cuba praktikan setahun gitu.

    Comment by Han
    2007-10-22 08:49:05

    sama lah kita riosm…hehe…
    terkial-kial dalam bahasa inggeris ni…
    biasanya masa sklh je yang kawan mengata…
    bila di kolej atau U, mereka takkan mengata dah sebab mereka dah matang…

    han

     
     
    Comment by princeq
    2007-05-09 09:42:54

    Hmm..Bila Q baca artikel ni rasa berkobar2 plak nak belajar balik bahasa inggeris ni..Tu laa dulu masa pi sekolah asal subjek BI jer Q malas betul nak beri tumpuan..Bila tengok artikel2 BI jer, terus rasa nak pitam! ho ho ho.. LOL

    Laa ni baru tersedar bahawa BI ni merupakan satu bahasa global yang utama digunakan di seluruh dunia. Neutral

    Insyaallah nanti Q akan create satu blog sendiri untuk Q ‘membebel’ dalam bahasa inggeris di blog tersebut. Tak kira laa BI tu nanti tunggang langgang ker, grammar berterabur ker..Janji Q enjoy nak berblog menggunakan Bahasa Inggeris..Hahaa, bak kata riosm….main “langgar” jer!! Wink

    Comment by abdfatah
    2007-10-21 20:36:13

    hahaa… hentam saja lah mana yang nak cakap. tak kiralah grammer lintang pukang pun asalkan dapat bercakap dan meyakinkan diri kita untuk bercakap dalam bahasa inggeris. kalo tak bermula memang konpom takkan hingin nak bercakap dalam bahasa inggeris sampai bila-bila..

    hanya tahu yes no orait thank you aje laa

     
    Comment by Han
    2007-10-22 08:51:02

    hah…
    cadangan yang bagus tu Q…
    dah bina belum?
    nak juga gi baca…hehe… Grin

    han

     
     
    Comment by sue
    2007-05-09 10:39:20

    memang betul BI tu penting tapi org melayu kita malu nak praktik sebab nak make sure everything perfect so bila tak yakin ,tak cakap BI selalu tak cekaplah .Cuba kita tgk bangsa lain esp org India cakap BI bukan betul sgt tapi still they tak malu

    Comment by Han
    2007-10-22 08:52:03

    kenapa lah nak malu sue…
    yang penting kita berjaya…
    biar lah apa orang nak kata…

    han

     
     
    Comment by cikgu azleen
    2007-05-09 11:00:04

    Terima kasih sebab baca artikel ni dan beri maklumbalas. Tuh yang berkobar-kobar nak tulis lagi tuh.. Alien

    Salihin, Kalau nak translate sekitar 5 page MS Word, saya terima. Tapi lebih dari tuh, tak dapat nak commit - sekarang ni tengah tulis buku latihan untuk digunakan di KelasEnglish.com .

    Riosm, macam familiar lah nick ni. Tapi di mana ye? Forum CARI kot? Memang betul pun. Kalau kita dipaksa hidup dalam satu komuniti yang gunakan BI sebagai bahasa pengantar, nak tak nak kene faham jugakkan. Ala, bahasa jepun pun boleh, german pun bleh.. Tapi disebabkan kita duduk dalam komuniti Melayu, cakap bahasa melayu pun orang paham apa.,. Nampak takde kepentinganlah untuk berlatih BI.. Saya dulupun, cuma pandai baca dan menulis BI je. Sampailah saya keje, agensi kerajaan, tapi semua komunikasi diantara pegawai, dalam BI. Dari memo, meeting sampailah ke presentation seminar, semuanya BI. Nak buat camne?

    PrinceQ, KelasEnglish dah bukak satu forum untuk praktis dan gilapkan BI yang berkarat tuh.. Bolehlah pergi ke sana dan sembang-sembang.. ada Speaker’s Corner - strictly English!

    Betul tuh Sue. Banyak sangat yang orang kita ni malu kan. Masalahnya malu kita tuh tak bertempat dan kesannya kita agak ketinggalan sebab tak dapat nak korek ilmu dalam bahasa asing. Bila tang benda yang patut malu - macam mat rempit - tak pulak malu.. Malah di back-up lagi! Hehehee..

     
    Comment by cikgu azleen
    2007-05-09 11:02:32

    Sorry.. lupe masukkan link ke Forum KelasEnglish. Zul, kalau nak edit, edit lah..
    Link ke Forum KelasEnglish, klik sini..

     
    Comment by salihin
    2007-05-09 11:19:38

    cikgu azleen, 5 muka surat penuh agaknya = 10 mukasurat tak penuh.
    ….10 muka muka surat tak penuh jer…. saya rasa cikgu translate kejap jer. lihin8@yahoo.com

     
    Comment by ezams
    2007-05-09 11:52:19

    Zul: Post yang bagus untuk menyuntik semangat kitorang menguasai BI.

    Riosm: Saya suka perkataan “langgar jer”, tapi saya biasa menggunakan perkataan “belasah jer” untuk menguasai BI nie.. Alien

     
    Comment by ktom
    2007-05-09 11:56:51

    Zul, hari ni dapat satu lagi ilmu..hehehe

    Cikgu Azleen, tolong jer salihin tu..kesian dia LOL LOL

    Q , jom kita ” redah ” dan ” langgar ” je… LOL LOL

     
    Comment by smartzul
    2007-05-09 23:39:43

    Serius saya kata, BI saya tak bagus lagi. May be masa sekolah dulu dari rendah sampai menengah, terlalu ikut silibus dalam buku. Cool Bagi saya, cara yg terbaik adalah jangan fokus sangat pada grammar, tapi kita praktikkan dalam sehari-hari. Mcm Tun Mahathir tu lah.

    Bagi anda usahawan Internet, so difficult sikit nak ke international markets kalau BI anda lemah. Kalau setakat nak ber-emel, berborak online tu ok lagi lah. But how about face to face? Ketar lutut rasanya. Wink

    Kata Dr. Irfan Khairi, kalau nak pandai english, we must think in English…

    Thanks to Cikgu Azleen to share her opinion and experiences in this article.

    Comment by abdfatah
    2007-10-21 20:33:17

    english ikut silibus biasalah kalo kat sekolah. kalo dah habis sekolah simpan sahaja sebagai kenangan dalam beg. kalo ada latihan yang diberilah barulah nak bukak buku bahasa english… kalo ke sekolah pulak mesti taknak bawak buku bahasa enggeris… namun terpaksa bawak jugak laaa… alahai bahasa enggeris…

    Comment by Han
    2007-10-22 08:57:41

    sampai begitu sekali abdfatah…hehe
    dulu masa sekolah rendah tu, minat juga kat bahasa inggeris ni…
    bila naik sekolah menengah, tahu je lah…
    darah tengah panas…hehe…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
    Comment by Han
    2007-10-22 08:55:45

    em…
    mcm pernah dengar je” think in english”…hehe…
    fikir dalam bahasa inggeris…
    tips DR Irfan…
    dah cuba… Cool

    han

     
     
    Comment by hapisol
    2007-05-10 09:54:02

    pesanan cikgu saya dulu,

    setiap apa yg kita fikirkan, chtnya nak mandi, cakaplah kat diri dlm hati yg kita nak mandi tapi dlm bahasa inggeris.
    dan amalkanlah ia selalu.

    Comment by Han
    2007-10-22 08:59:13

    em..
    tips menarik juga tu…
    boleh cuba selepas ni…
    saya sekarang ni sangat belajar bahasa inggeris…
    kalau english tak reti, macam mana nak masul global… Wink

    han

     
     
    Comment by cikgu azleen
    2007-05-10 12:19:48

    Salihin dah emel saya kan.. Dan saya pun dah reply.. Tapi dia belum reply setuju ke tak.. Alien

    Redah boleh, belasah boleh, langgar pun boleh.. Ikut suka..

    Pendekatan berfikir dalam BI adalah satu cara yang baik.. Terutamanya kalau nak menulis/ bercakap dalam BI. Jangan sesekali anda berfikir dalam BM then cuba nak menulis/ bercakap dalam BI.. Sebabnya - struktur ayat tak sama.. Tambahan pula, satu perkataan BI boleh ada sehingga 10 makna dalam BM.. hmmmm… rasanya bahasa kita ni sangat kaya kan? Banyak betul perkataan dia..

    Comment by abdfatah
    2007-10-21 20:30:27

    berfikir dalam bahasa inggeris dan bercakap dalam bahasa melayu. menulis pulak dengan dua-dua bahasa… wuahahahaaaa…

     
    Comment by Han
    2007-10-22 09:01:59

    betul tu cikgu..
    tapi bahasa inggeris tentang kena diutamakan…
    jangan pula lupa bahasa malaysia…
    bahasa kebangsaan tu..

    han

     
     
    Comment by abyks
    2007-05-11 07:22:46

    Tersangat moleknya topik ni.Memang amat jelas sekali BI penting utk comunicate dlm internet ni.Kita kena rajin nengok blog-blog bbhs Eng ni.Kena standby kamus!Kadang2 blog mat salleh perkataan pelik2.Kita pernah tanya satu word ngan member yg study oversea.Tau apa dia jawab?Kurang pasti!Entah memang dia tak tau ataupun tak nak ajar kita.So, kita kena rajin membaca and try translate blog2 mat salleh ataupun rakan2 blog malaysia yg tulis post dlm bahasa Eng.SEDIAKAN KAMUS.Kita pun suka gak ‘langgar’ bhs Eng ni.Kita ada buat ‘post’ dlm http://bloggerunity.com/ mengenai Eng PUA CHU KANG. Utk Cikgu Azleen thnx for kelas Eng.Jom kita ‘langgar’ Eng tapi kena ‘langgar’ ngan ILMU.Mari BELAJAR.Lets Unite

    Comment by abdfatah
    2007-10-22 09:07:10

    sudah tentunya kena rajinkan diri untuk belajar. kalo tak rajin memang takkan pandai laa jadinya…

     
     
    Comment by azwanhadzree Subscribed to comments via email
    2007-05-13 00:17:24

    Tahniah Cikgu Azleen … sebagai guest blogger disini Grin

     
    Comment by abdfatah
    2007-05-14 00:23:25

    saya ni kalu citer pasal bab Bahasa Inggeris nih pakai balun je nak tulis apa masa pekse dulu laa, nasib baik dapat skor A, wahaha. dapat lulus laa.

    sekadar nak tulis lintang pukang boleh laa… menda nih kena belajar dan praktikal secara ekstrem baru bleh kuasai sepenuhnya.

    waah! ekstrem yer? english ekstrem…

    maka semuanya kena bergerak laa untuk ekstremkan lagi Bahasa Inggeris masing-masing. sekian…

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-21 20:29:00

    memang susah laa kalo taknak belajar. kalo tak belajar memang tak reti apa-apa laa pasal BI nih…

    Comment by Han
    2007-10-22 09:12:51

    tak nak belajar makna nya takde perubahan lah dalam hidup ni…
    tak sempuna…
    bahasa inggeris kan bahasa antarabangsa…
    nak ke global, kenalah belajar…

    han

     
     
    Comment by farah
    2008-03-10 10:19:42

    nak minta translate dr b.melayu ke b.inggeris(modul mengajar)
    xde masa nak translate…kerja banyak.. nak report segera…
    sape leh tolg… bayar atau laman web khas ada ke..kamus ke,,,

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: