Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Cara Cepat ‘Menghasilkan’ Produk untuk Perniagaan Internet

2 04 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Apa khabar anda semua? Semoga sihat hendaknya.

Baik. Apa yang saya ingin perkatakan pada hari ini, adalah sambungan kepada topik yang telah saya bincangkan baru-baru ini mengenai ‘resell rights’ (RR). Produk RR merupakan satu cara mudah untuk kita menjimatkan masa bagi memulakan perniagaan Internet di mana kita boleh mendapat hak untuk menjual sesuatu produk.

Masa yang mungkin berbulan-bulan untuk menghasilkan produk sendiri, telah dijimatkan dengan mendapatkan produk-produk yang disertakan dengan lesen resell rights, master resell rights atau private lable rights. Biasanya, produk-produk sebegini adalah produk digital seperti ebook, audio dan video.

Namun, anda jangan hanya sebarangan dalam membeli produk resell rights di pasaran Internet. ANDA PERLU melakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli. Antara perkara yang perlu diambil kira adalah:

1. ‘Usia’ Produk Tersebut

Adakah produk tersebut baru diterbitkan/dijual di pasaran Internet oleh pihak pengeluar produk tersebut? Jika ya, maka ia boleh dibeli untuk anda jadikan ia produk perniagaan Internet anda. Namun, jika produk tersebut sudah lama berada di Internet, maka elakkan membelinya. Sila rujuk poin ke-2 ini untuk sebabnya…

2. Kadar Ketepuan Produk

Jika sesebuah produk resell rights sudah lama (mungkin bertahun-tahun yang lepas?) berada di Internet, dan ia juga mempunyai beribu-ribu reseller, maka boleh dikatakan kadar ketepuan produk tersebut sudah berada di kemuncaknya. Elakkan produk yang sudah tepu.

3. Lihat ‘Ketegasan’ Pihak Penerbit

Semasa anda membeli, lihat syarat-syarat yang mereka nyatakan di laman web jualan produk RR tersebut. Adakah ia boleh diberi secara percuma? Adakah reseller boleh meletakkan sebarang harga walaupun 1 sen? Adakah produk tersebut boleh dilelong dengan sebarang harga di laman web lelong (ebay, etc…Wink?

Jika beberapa perkara tersebut boleh, maka ELAKKAN membeli. Pihak yang menjual produk tersebut yang memberikan lesen RR untuk anda sebenarnya TIDAK TEGAS! Dan mereka menjual dengan syarat-syarat longgar sebegitu adalah untuk kepentingan mereka semata-mata.

Adalah sesuatu yang merugikan reseller jika produk itu boleh disebarkan secara percuma. Nampak benar di sini bahawa mereka hanya mahu mengambil kesempatan di atas usaha anda. Anda beli dan kemudian anda jual, tapi tidak laku. Kenapa? Kerana sudah ada pihak lain memberikan secara percuma produk tersebut.

Ia tidak salah kerana tidak bertentangan dengan syarat-syarat reseller. Akhirnya, anda juga akan mengedarkan produk tersebut secara percuma. Nah, kini yang mendapat manfaat adalah pemilik asal produk tersebut (kalau produk itu ebook, maka penulisnya) yang akan mendapat nama, BUKAN ANDA.

Bagaimana dengan harga? Jika mereka mengatakan reseller boleh letak harga walaupun 1 sen (ikut suka…Wink, sebenarnya ia akan menyebabkan berlaku persaingan tidak sihat dan merosakkan pasaran! Itulah beberapa ciri yang perlu anda perhatikan dalam syarat-syarat reseller mereka.

Jika tidak dipaparkan di laman web jualan produk RR itu, hantar emel kepada penjual tersebut dan tanya akan hal-hal yang berkaitan. Jika syarat terlalu longgar, maka pasaran untuk produk tersebut mudah rosak dan tepu. Sebab itu saya bertegas sangat dengan reseller-reseller saya. Smile

Bidang RR hanya menjimatkan masa dari segi penghasilan produk, BUKAN menghasilkan duit dengan cepat. Anda juga perlu usaha juga, cuma tak perlu susah-susah fikir nak jual apa dan tak perlu buat produk sendiri. Jangan salah faham akan bidang RR ini ok. Ia kadang-kadang memerlukan masa untuk mendapat hasil. Ada yang dapat cepat, ada yang lambat sikit. Ia bergantung kepada teknik, strategi dan usaha yang anda lakukan. Jangan putus asa dan teruskan usaha, itu sahaja.

Akhir kata, bidang resell rights merupakan jalan mudah dalam mendapatkan produk untuk anda menjana pendapatan di Internet. Namun ingat, sila semak sesebuah produk resell rights yang ditawarkan. Rujuk ciri-ciri seperti yang telah saya nyatakan di awal tulisan ini.

Sekian.

Ikhlas,

usahawan internet

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 3 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Buat Duit Tanpa Produk Sendiri?
  • Membina Perniagaan Internet : 4 Langkah, 3 Hari
  • Baru Nak Bina Ebiz.. Langkah Terbaik?
  • Perniagaan Internet: Teknik Mudah Idea Produk
  • Menambah Duit Dengan ‘Menaip’ Melalui Internet
  • Produk Digital: Mengapa Ebook Lebih Diminati?
  • Ebook : Keluar Dari Skop EBiz!
  • Rahsia Untung Besar Perniagaan Internet!
  • Hakikat 10: Anda tidak perlu mencipta formula baru untuk berjaya
  • 9/10 Rezeki Dalam Perniagaan

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    17 Comments »

    Comment by Jebat Mesranet
    2007-04-02 08:45:32

    Tq! bertuah menjadi reseller kitblogger zul. Pertama kerana ketegasan zul dalam mengawal produk reseller dan kedua kerana memberikan ruangan support untuk membantu reseller Zul tu.. termasuk saya Smile . Satu yang saya suka pada Zul nie kerana tidak lepas tangan begitu saja pada pembeli produk beliau. Bayangkan saya telah membeli produk zul hampir 4 bulan.. tapi zul masih follow up apa yang saya buat. T’hanks Zul.

    Comment by abdfatah
    2007-10-23 18:35:19

    dah tentunya servis lepas jualan amat penting untuk sebagai kesinambungan perniagaan yang akan datang…

    Comment by Han
    2007-10-23 18:46:34

    memang la abdfatah…
    kalau saya nak beli ebook pun, saya tengok ada support ke tak…
    kalau takde, memang susah lah nak beli…
    jadi support tu penting jika beli ebook…
    kalau buku nyata, tak pe la…hehe

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by Labanon
    2007-04-02 10:09:47

    Yeah… RR menjimatkan masa kita untuk memiliki produk

    ” RR membantu kita memiliki produk kurang daripada 1jam ” hoho!

    p/s: Boleh baca ebook “Menjana Wang Tanpa Produk” untuk menambah lagi kefahaman Smile

    Comment by abdfatah
    2007-10-20 09:02:02

    memiliki produk dalam beberapa jam dan menambah pendapatan dalam beberapa minggu yang akan datang dengan mudah dan cepat lagi segera…

    Comment by Han
    2007-10-20 10:44:33

    produk RR tak boleh tahan lama…
    biasanya kalau kita yang dapat dulu tu akan dapat keuntungan yang lebih banyak…
    tambah pula kalau pemilik tu jualan RR yang tiada had…
    baik jangan bila…
    sebab semua orang ada…

    kalau mcm zul buat terhad 100 je…
    jadi ni boleh lah…
    pasaran takkan tepu…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by SmartZuL
    2007-04-02 13:11:57

    Jebat. Thanks. Smile Harap2nya berterusan begitulah.

    Semalam, saya set up satu lagi produk RR yg baru keluar di pasaran. Saya terus beli, edit web, setting payment dan upload ke hosting. Siap semuanya tak sampai 1 jam. Smile

     
    Comment by hapisol
    2007-04-03 11:06:09

    ((Semalam, saya set up satu lagi produk RR yg baru keluar di pasaran. Saya terus beli, edit web, setting payment dan upload ke hosting. Siap semuanya tak sampai 1 jam.))

    peh, hebatnya ilmu zul.

    saya akan berusaha bersungguh2 supaya ilmu ebiz saya hebat spt zul kelak.

     
    Comment by hpk
    2007-04-03 18:16:52

    ya zul, spt kata jebat, kita perlu tegas dalam melakukan sesuatu..jika tidak nnti org akan pijak kepala kita..hpk..(”,)

    Comment by abdfatah
    2007-10-23 18:37:01

    kalo tak tegas nanti bermakna ikut suka hati laa boleh jual produk zul dengan pelbagai jenis bentuk harga dengan tawaran yang menarik perhatian ramai…

    Comment by Han
    2007-10-23 18:47:53

    tu dah melampau tu…
    jual produk orang sesuka hati…
    ni bukan kena tegas saja…
    tapi kena ambil tindakan hak cipta ni…hehe

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by yatie
    2007-08-14 10:55:47

    assalammualaikum..
    saya nie tengah mencari peluang perniagaan internet..saya tahu banyak yang perlu saya belajar…boleh awak bantu saya? Sad

     
    Comment by smartzul
    2007-08-14 11:28:49

    yatie, saya dah banyak tulis panduan ebiz kat blog ni. Mungkin awak perlu ambil masa sikit untuk membaca dan mengkaji.

    - zul

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-08 09:29:38

    hohohooo… cara cepat lagi nak buat duit. cara cepat yang ini memang berbaloi laa untuk masa yang tercepat. memang cepat untung jugak laa.

    saya belum cuba lagi produk RR nih… hihii

    takleh nak mula lagi… kuikuikui…

    Comment by Han
    2007-10-08 10:04:38

    RR memang dapat duit cepat dan ia juga cepat lepas musim…
    jadi untung tak berpanjangan…
    tambah pula penjual ramai juga…
    pesaingan agak segik…mencabar…seronok tu…hehe..

    tp saya pun belum cuba produk RR ni…
    nanti kita sama2 cuba lah abdfatah…
    kalau nak duit cepat…

    han

     
     
    Comment by susan
    2008-06-02 00:44:08

    minta tolong jawad soalan :
    pendaktaran lesen internet cafe di malaysian berapa lama boleh dapat dan harga lesen berapa?
    terima kasih….

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: