Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Tujuan Pakej Resell Rights Kit Blogger

29 03 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Apa khabar semua? Masih ingat Pakej Kit Blogger? Hehe.. Boleh lak saya tanya yer. Mana tahu, anda dah lupa. Smile Kepada yang belum memiliki Pakej Kit Blogger tu, dapatkanlah yer. Dah ramai pembeli dah ada blog sendiri, bukan main gembira mereka…

Ok, apa yang ingin saya nyatakan pada hari ini adalah, apakah tujuan saya memberi peluang kepada hanya 100 orang untuk resell rights bagi pakej kit blogger? Dan kenapa saya tidak terus siapkan website atau laman web jualan untuk reseller? Pendek kata, menyediakan semua perkara dari A hingga Z tanpa mereka berbuat apa-apa? Nak tahu jawapannya? Teruskan membaca…

Kepada reseller dan bakal reseller. Anda perlu tahu bahawa, jika saya melakukannya semuanya untuk anda, maka tiada gunalah pakej reseller ini. Saya ada tujuan utama iaitu ingin melatih mereka yang berminat membuat ebiz, tapi tiada produk sendiri. Maka, saya ’sediakan’ produk termasuk laman webnya sekali. Tidak cukup dengan itu, saya sediakan beberapa tools dan juga panduan serta tips yang berkaitan. Reseller perlu belajar bagaimana nak edit web, perlu tahu upload laman web ke server, perlu tahu ’setup’ form order, button paypal (jika perlu) dan tahu bagaimana nak terima bayaran. Maka semua itu memerlukan pembelajaran. Susah? ya, susah. Tapi hanya di peringkat awal. Kalau dah tahu, kelak boleh buat projek ebiz sendiri! Nah, itulah tujuannya saya wujudkan peluang ini terutama untuk newbie-newbie.

Tidak cukup dengan itu, mereka perlu berusaha mendapatkan trafik (bakal pembeli) agar mereka dapat menjual. Jika tak dapat pembeli, mereka perlu belajar bagaimana nak jadikan pelawat kepada pembeli. Banyak kerja kan? Ya, memang banyak… Ini terbukti masih ada reseller yang masih belum melakukan apa-apa. Usah gusar wahai reseller semua, saya bukan ingin menyusahkan anda. Sesungguhnya saya tetap ada perancangan tersendiri untuk anda. Namun yang pasti, jika saya bagi ‘guide’, anda sendiri yang perlu melakukannya.

Kepada yang belum mula, usah gusar. Syabas juga kepada mereka yang sudah bermula, dah balik modal pun! Nasihat saya kepada reseller yang belum dapat apa-apa hasil, inilah dikatakan ‘pelajaran’. Kita cuba tingkatkan lagi usaha dan strategi. Juga kita perlu tahu, produk yang anda jual itu bukan hanya untuk esok atau lusa, ia adalah untuk jangka masa yang lama! Sebarang kemas-kini ebook, anda akan mendapatnya secara percuma. Support kepada pembeli anda, saya juga akan membantunya di ruang support! Anda tidak keseorangan… Saya sentiasa di sisi anda, kerana saya ingin membantu anda menjana pendapatan di Internet. InsyaAllah.

Jika anda kata produk Kit Blogger tak laku, mengapa saya dan reseller-reseller lain boleh dapat pelanggan? Maka, tingkatkan usaha anda. Anda perlu komited dengan usaha anda itu dan anda perlu yakin bahawa, pasaran blog terutama Wordpress amat-amat besar dan terbentang luas! Siapa yang menjadi 100 reseller saya, memang beruntung, sebab saya hanya mahu 100 orang sahaja, bukan 99 atau bukan 101. Smile

Saya dan reseller akan terus bekerjasama agar bidang blogging terus meningkat maju di Malaysia ini. Saya gembira apabila melihat sudah banyak blog terhasil dengan ebook Panduan Wordpress saya. Terima kasih juga kepada pembeli-pembeli saya kerana banyak memberikan idea, komen, input dan cadangan. Saya amat menghargainya.

Berbalik kepada tajuk, maka jelaslah bahawa, saya buat pakej reseller adalah untuk memberi peluang kepada yang berminat untuk memiliki perniagaan Internet sendiri. Sudah ada produk, tapi perlu lakukan lagi langkah yang lain. Saya mahu anda belajar dan inilah jalan biasa yang digunapakai oleh kebanyakan produk resell rights lain. Anda beli, dapat ‘bahan’, kemudian anda buat sendiri semuanya. Malah, ada juga mereka yang bila sudah mendapat bayaran, terus mendiamkan diri, tiada support. Tapi insyaAllah, saya akan melakukan follow up dan ‘bertanya khabar’ reseller-reseller saya dan melakukan pantauan secara konsisten. Smile

Saya mahu hanya 100 orang sampai selamanya. InsyaAllah. Saya mahu 100 orang ini berjaya, tidak kisahlah bila mereka bermula. Saya akan bantu dari semasa ke semasa. Cuma diharap, jangan mengharap sepenuhnya daripada saya. Jika begitu, maka tak bergunalah kerana anda tidak akan tahu apa-apa dan tidak tahu ’survive’. Saya hanya bagi guide, tapi anda perlu berusaha. Itu tujuan asas pakej reseller ini.

Akhir kata, saya harap reseller dan bakal reseller semua jangan cepat mengharapkan hasil daripada pakej kit blogger. Ambil masa, tumpu sepenuhnya kepada strategi promosi dan pemasaran, sabar dan sentiasa belajar ilmu yang berkaitan sedikit demi sedikit. Inilah tujuan sebenar Pakej Reseller, ia bukan hanya bertujuan buat duit semata-mata…

Jika saya ingin buat sistem autopilot untuk anda, atau sediakan semua untuk anda dari A hingga Z, maka anda tidak akan melalui proses-proses yang penting dalam ebiz. Ilmu dan pengalaman itu amat berharga, boleh digunapakai berulang-ulang kali.

Nota 1: Kepada semua reseller, nantikan berita istimewa daripada saya. Saya tak akan berlepas tangan untuk membantu anda walaupun ia cepat atau lambat. Namun pada beberapa hari lepas saya telah melakukan follow-up, sila take alert apa yang telah saya sampaikan.

Nota 2: Kepada yang berminat untuk menjadi reseller, saya mahu 30 orang lagi. Smile Bermaksud, masih ada 30 lesen resell rights sahaja lagi. Apabila cukup sahaja 100 orang, saya akan terus tutup jualan dan akan fokus kepada 100 orang tadi sehingga mereka berjaya.

Bandingkan:

Jika anda membuat program affiliate kit blogger dan katakan anda membuat 10 jualan, maka anda akan dapat RM200 iaitu RM20 satu jualan. Namun jika anda menjual dengan versi resell rights, maka anda akan mendapat hampir atau lebih RM500. Pakej Kit Blogger mesti dijual lebih daripada RM45. Jika letak harga RM50 dan dapat 10 jualan ebook, maka hasilnya adalah RM500. Apakah beza antara RM200 dan RM500? Besar bezanya kan? Namun terserah, bagi yang mahu mudah, program affiliate adalah pilihan terbaik. Namun yang mahu ada ebiz sendiri, mahu untung besar, maka pakej resell rights adalah pilihan untuk anda.

Link Resell Rights bagi Kit Blogger:

http://bloggingsteps.com/kit/peluang-perniagaan-internet.html

Panduan Perniagaan Resell Rights:

http://blog.smartusaha.com/category/4-langkah-3-hari/

Sekian.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Video Panduan Upgrade Wordpress Versi Resell Rights
  • Pakej Kit Blogger Versi Re-launch!
  • Baru Nak Bina Ebiz.. Langkah Terbaik?
  • Info Kepada Pembeli Pakej Kit Blogger
  • Perkembangan Terkini Produk SmartUsaha.com
  • Just Do It! Let Your Customer Talks!
  • SmartZul ‘Berehat’ Buat Sementara..
  • Awas: Kit Blogger Akan Lebih Menyengat Pasaran Malaysia!
  • Ketahui 27 _____ + 7 _____ Untuk Melipat Gandakan Pendapatan Ebiz
  • Cara Cepat ‘Menghasilkan’ Produk untuk Perniagaan Internet

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    14 Comments »

    Comment by Azahari Subscribed to comments via email
    2007-03-29 10:36:36

    Menjual memang perlukan kesabaran.Saya pun masa mula-mula tu gelabah jugak takut tak balik modal.Tapi syukur dah dapat balik dan dah untung pun Smile Memang banyak yang perlu dilakukan untuk berjaya terutama promosi.Takde promosi maknanya takde la jualan. Apapun kepada yang masih tercari-cari produk untuk dijual, saya amat galakkan anda mencuba. Smile

     
    Comment by ambsmart
    2007-03-29 14:03:23

    Saya la yg tak mula jual lagi tu. Hehe.. Tunggu je lah nanti..

     
    2007-03-29 15:04:05

    Kenapa tak adakan forum untuk handle reseller?

     
    Comment by SmartZul
    2007-03-29 15:28:59

    Ambsmart, tak apa. Terserah kepada diri sendiri. Lagipun, hanya 100 orang je reseller, so market tu insyaallah tak akan tepu lah. Permintaan kepada ebook sebegini sentiasa ada, cuma kita je lah kena pandai buat promosi. Smile

     
    Comment by JimieRay
    2007-03-29 20:14:35

    Cruzertech….sebenarnya siapa yang beli ebook SmartZul akan dapat link khas utk masuk ruangan support system(Forum). Hanya pembeli dan reseller (ada satu lg ruangan khas utk reseller shj) yg dapat join ruangan tersebut.

    Itulah yg uniknya pembeli ebook SmartZul. Banyak yg kami dapat berbincang di situ. Daripada yg tak tahu nak buat blog langsung hinggalah berjaya ada blog sendiri hasil drpd ruangan support tersebut.

     
    Comment by code7
    2007-03-29 20:41:10

    Tahniah buat smartusaha di atas pakej all in one pada harga yg cukup berpatutan.. zul.. terima cheque tak sebagai pembayaran ? actually nak beli atas nama company… email me.. thanks..

     
    Comment by naem
    2007-03-29 21:27:37

    salam..apa yang en zul buat ni,hanya tuhan saja yang mampu balas ganjarannya..

    tentu rasa puas kan bila apa yang kita buat akan bermanfaat pada orang lain..

     
    Comment by Ibnu Hassim
    2007-03-30 20:39:43

    Saya pun belum start jual lagi. Insyaallah 9 April baru mula.

    Saya hairan betul dengan zul ni. Tak pernah saya jumpa orang yang sanggup support reseller dia sampai macam ni.

     
    Comment by nuwa
    2007-04-05 22:34:03

    Bertuah dapat jadi reseller produk dari Zul coz support yang diberikan mmg lebih dr yg kita perlukan.. Tak percaya anda boleh jadi reseller nya.. Wink

     
    Comment by Hamid
    2007-10-19 08:25:59

    huhu
    dah terlepas Cry

     
    Comment by Han
    2007-10-19 10:35:33

    terlepas pun takpe hamid…
    nanti ada lagi produk zul akan keluarkan…
    sabar menunggu ok…hehe
    saya tgh tunggu produk RM20 tu…
    lambat betul zul keluar kan…hehe
    tak sabar nak tahu produk apa…

    han

     
    Comment by Hamid
    2007-10-19 12:27:37

    Ok Han,
    banyak lagi yang kita boleh usahakan untuk menambah pendapatan Wink

     
    Comment by Han
    2007-10-19 17:42:53

    em…
    betul tu hamid….
    banyak lagi peluang yang ada…
    peluang dunia sekarang berlambak2…
    tak habis nak cari…

    han

     
    Comment by Hamid
    2007-10-19 23:09:24

    Terpulang pada kita untuk memilih Wink
    jangan sampai tergelincir ke ke lembah yang haram sudahlaa..
    contohnya skim cepat kaya piramid dan sebagainya. Evil

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: