Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Hakikat 7: Anda perlu usaha kuat, konsisten dan fokus

6 03 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Perkara ini telah banyak kali juga saya tulis di blog ini. Namun, perkara baik tak salah untuk diulang-ulangi.

Saya, mengambil masa setahun untuk benar-benar merasa pendapatan yang memuaskan (bagi diri sendiri lah.. lain orang, lain..). Kebanyakan usahawan internet banyak mengatakan, mereka ambil masa paling kurang 3 bulan untuk benar-benar mendapat pendapatan yang baik, namun itu pun masih banyak perlu diperbaiki. Nampak susah je kan perniagaan internet ni. Tidak, ia tidak susah.

Ia tidak akan susah bagi mereka yang tak kenal putus-asa dan ada usaha yang kuat. Saya, di saat awal menceburkan diri dalam perniagaan internet, banyak masa saya digunakan menghadap komputer dan internet untuk mengkaji, belajar dan mencuba. Malah, masa untuk saya tidur juga dikorbankan termasuklah masa untuk berehat.

Kini, saya sudah mula dapat rentak dan sudah jelas apa yang saya mahu dan apa yang patut saya lakukan. Alhamdulillah, usaha yang kuat memang akan memberikan ganjaran di akhirnya..Tetapi awas, berjaya mana sekali pun kita, usaha perlu diteruskan, jika tidak empayar yang dibina akan roboh.

Namun, usaha kuat siang dan malam memerlukan konsisten dan fokus. Ahaaa, fokus lagi. Zul ni tak habis-habis dengan fokusnya yer.. Percayalah, kalau tak ada fokus, tak jadi kerja.. Kalau tak konsisten usaha anda, terganggu usaha tersebut bukan? Kejap itu dan kejap ini. Bahkan dalam Islam sendiri pun mendidik kita agar biarlah beramal baik sedikit-sedikit secara konsisten daripada buat banyak, tapi sekejap-sekejap.

Konsistenlah pada apa yang anda lakukan. Fokuslah pada usaha yang dilakukan. Jika anda sudah memilih model perniagaan tertentu seperti drop ship ke, affiliate ke, ebook ke, adsense ke, maka fokus betul-betul pada usaha anda itu. Kaji, belajar, try & error, buat penyelidikan, track prestasi dan sebagainyalah sampai anda berjaya. Ingat, anda perlu fokus pada apa yang anda buat. Jangan tamak untuk melakukan semua perkara secara serentak.

Tengoklah mereka yang telah berjaya.. Joel Comm dengan google adsensenya, Mike Filsaime dengan viral marketingnya, Jim Edwards dengan ebook dan multimedianya, Armand Morin dengan produk softwarenya.. Eh, orang kita pun ada juga… Wink SaifulSham dengan model drop ship dan produk fizikal, Dr. Irfan Khairi dengan khidmat design grafiknya, En. Suhaimy (Shuth) dengan buku bercetak (maskahwin) dan webhosting murahnya, Alang dengan bidang publishernya dan ramai lagilah tak tersebut di sini.

Lihat dan hayatilah, mereka fokus pada pilihan utama mereka secara konsisten dan usaha dengan sepatutnya.

Saya? Anda? Ya, kita juga perlu fokus dan usaha secara konsisten agar kita juga berjaya. Saya ulangi…. Fokus dan usahalah secara konsisten samada smart work atau hard work.

Nota kaki: Apa yang anda ada sekarang? Komputer ‘buruk’? Internet dial up? Usah kecewa dengan apa yang anda ada, gunakan sepenuhnya fasiliti yang anda ada dan usahalah untuk mendapat hasil yang baik. Manfaatkannya. Kemudian belilah sesuatu untuk kegunaan perniagaan.

Saya bermula dengan sebuah komputer yang berusia 5 tahun dan menggunakan talian internet percuma di universiti dan di kolej kediaman di kampus, saya sewa talian internet. Manfaatkan juga perkara percuma dengan sebaiknya kerana ia dapat menjimatkan wang ringgit anda.. Jangan salah faham, perkara percuma dan berbayar, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Wassalam.

* Siapakah anda? Tukang masak? Ada restoran? Atau ada perniagaan offline di serata negara? Jika ya, anda memerlukan blog untuk mempromosikan perniagaan anda. Anda jangan ingat blog hanya untuk perniagaan internet sahaja, tetapi blog adalah untuk sesiapa sahaja. Pasang blog anda sendiri dengan panduan yang mudah diikuti. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 4.5 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Senarai Artikel: Hakikat Sebenar Perniagaan Internet?
  • Hakikat 11: Perniagaan internet bukan pelaburan singkat
  • Mengapa Ramai GAGAL Buat Duit Di Internet?
  • Mitos Produk Master Resale Rights
  • Kenapa Orang Kita Susah Nak Maju?
  • Usahawan Internet Berjaya: Masa Kejayaan Anda Juga Akan Tiba…
  • Hakikat Perniagaan Internet + 14 Siri Artikel
  • Bagaimana anda boleh berjaya dalam perniagaan internet?
  • Cabaran 3 Hari Perniagaan Internet
  • Hakikat 4: Anda perlu ke seminar atau bengkel

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    5 Comments »

    Comment by ijoi7007
    2007-03-06 20:14:49

    Satu motivasi yang bermakna utk semua orang. Tapi kita tetap manusia adakalanya ada pasang surut juga tapi kena pasti had tertentu dengan target yang positif.

     
    Comment by cikgu azleen
    2007-03-06 23:49:42

    hmmm.. 1 tahun tuh kire OK lah.. kalau buat bisnes offline, kurang2 pun makan 2-3 tahun baru boleh dapat rentak.. belum tentu untung lagi.. hehehehe..

     
    Comment by shueqry
    2007-03-07 09:07:44

    hi semua, shueqry here..pada pendapat saya, untuk memulakan bisnes internet cukup dengan apa yang ada dulu, pc buruk ke, keyboard rosak ke atau mouse yang dah ‘tak normal’ lagi ke, gunakan semaksima mungkin, dalam masa yang sama pelajari skill bisnes, skill teknikal dan cara promosi. Kekadang rasa rendah diri juga, sebab orang lain ada laptop, tetapi saya ada pc yang dibeli dari 2003 lagi, uaaaa!!..tapi, saya jadikan itu sebagai motivasi untuk memacu usaha ke arah yang lebih baik dan lebih cemerlang..walaupun serba kekurangan, yang penting tambahkan ilmu, bina network dan tak berhenti belajar benda baru..bagi diri saya, jual eBook lagi sesuai, buat masa ni..mungkin dalam beberapa bulan akan datang, maybe akan spread pada niche lain. Thanks pada Zul atas tip kali ni..untuk maintain momentum, perlu ada motivasi juga, kata Irfan Khairi.

     
    Comment by hapisol
    2007-03-09 12:02:47

    tq for info.
    buat masa skrg,
    saya tumpukan kpd blog saya, affiliate zul & adsence saja.

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-25 21:13:21

    putus asa adalah musuh utama apa jua perniagaan atas dunia ini. baru bermula sehari dua dah putus asa? kerja pun tak banyak mana yang buat… macam mana nak berjaya kalo usaha seciput cuma…?

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: