Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Usahawan : Kerjaya Yang Mencabar

17 02 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Saya pernah berjumpa dan juga diberitahu oleh mereka yang begitu terkesima dan teruja dengan bidang perniagaan internet.. “zul, saya nak berhenti kerja. Nak buat full time internet business..”. Saya terus jawab, “jangan.. Kerja dulu biar semua aspek dah cukup..”.

Ok, cerita tu kita stop dulu, apa yang saya nak cakap adalah, apabila dikatakan sebagai usahawan, satu perkara yang akan ada dalam kamus hidup usahawan adalah SABAR dan TIDAK PUTUS-ASA.

Sabar bukan sahaja di dalam mencapai kejayaan dan meraih keuntungan dalam jualan, malah sabar di dalam menghadapi karenah pembeli produk yang dijual. Seorang pembeli, atau pelanggan, mereka tidak mahu mendengar apa-apa alasan anda sekali-pun. Janji, mereka dapat apa yang sepatutnya mereka dapat. “Itu hal awak, yang penting apa yang saya bayar, saya dapat..”.

Kebanyakan orang menganggap bahawa, berniaga di internet semuanya indah-indah dan senang-senang belaka. Jarang kita mendengar atau membaca hal-hal sebegini bukan? Menjadi seorang usahawan bukan hanya setakat “saya jual awak beli” semata-mata. Ia lebih dari itu..

Jika anda memulakan bidang keusahawanan tanpa persediaan mental dan ilmu di dada, kemungkinan untuk anda putus-asa itu amat tinggi. Melainkan usahawan adalah cita-cita sehidup semati anda (macam saya), maka sudah pasti anda sanggup melalui apa sahaja termasuk menerima caci-maki orang atau komen-komen pedas daripada pelanggan, kawan mahupun lawan.

Apa yang saya katakan di atas lebih kepada usahawan sepenuh masa, iaitu kerjayanya adalah usahawan. Namun, tidak kisah anda menjual di internet secara part time atau ful time, anda perlu banyak sabar.

Sabar jika produk tak ada orang beli, sabar dengan1001 karenah pelanggan, sabar dengan internet yang slow, sabar dengan pelanggan yang nak guna produk kita tapi tak tahu, sabar jika sesuatu yang dibuat tak jadi, sabar dengan segala perkara.

Jika nak diceritakan benda-benda yang tak indah ini, boleh sahaja saya kongsikan.. Saya bukan mahu lemahkan semangat anda, tetapi saya tidak mahu kelak anda akan menuding jari kepada orang lain..

Maka hari ini, tanya diri anda, adakah aku layak jadi usahawan internet? Jika anda malas melayan pelanggan, jika anda nak lepas tangan memberi support kepada pembeli, jika anda tak sanggup menghadapi pembeli yang beraneka ragam, maka dunia keusahawanan mungkin bukan dunia anda.

Ramai yang nak berniaga, tapi semuanya tak nak dan malas.. Perkataan-perkataan sebegini, tidak ada dalam kamus usahawan. Mereka perlu rajin, rela berkorban, tidak kenal penat dan sanggup melayan karenah-karenah pelanggannya.

Adakah anda sanggup? Jawapannya pada diri anda.

Perniagaan internet, tak semudah disangka. Tapi jika anda telah memulakannya, lakukanlah dengan terbaik dan akhirinya dengan baik juga.

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Mengapa Kerjaya Usahawan Masih Diragui?
  • Kisah Usahawan dan Bakal Isterinya
  • Mulakan Dengan Penuh Bersemangat!
  • Peluang Perniagaan Internet di Malaysia..
  • Kemaskini Blog + Seminar
  • Cabaran Usahawan Internet Sepenuh Masa
  • Ebook Percuma Lagi?
  • Usahawan : Kita Mesti Berbangga Dengan Kerjaya Ini
  • Keusahawanan: Bukan Titik Noktah Segalanya…
  • Adakah Anda Bangga Menjadi Usahawan Internet?

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    16 Comments »

    Comment by alongovtx
    2007-02-17 10:48:39

    Dengan kekurangan fasiliti,kita tidak boleh mengalah & jadikan alasan.IM di Malaysia sudah pun melakukan yang terbaik untuk newbie.(terutama Mr Over deliver!).Cabaran sentiasa mendatang tidak mengira siapa & apa.

    Comment by smartzul
    2007-11-21 16:07:31

    Yup, kena pandai masuk market lah. Smile

     
     
    Comment by winterbride
    2007-02-17 11:16:31

    hmmm.. tuhler cabaran jadik usahawan yer.. kengkadang tensen jugak bile baru jer baring atas katil, tepon berdering-dering.. tambah lak bila soklan yang diajukan dah ada jawapannya.. cume pelanggan malas nak carik jer.. hehehehe..

    Comment by smartzul
    2007-11-21 16:08:10

    Dah adatlah tu cikgu. Part support kena byk sabar sikit.. Wink

     
     
    Comment by fauzan/jeketb
    2007-02-17 12:14:44

    saya berpndapat bhw cabaran yang dihadapi mejadi pembakar semangat kpd IM itu sendir dan tidak kurang juga yang berputus asa dek kerna tidak tahan dengan cabaran dunia pernigaan inet..

    btul apa yg zul tulis, hanya kesabaran dan sifat x mudah berputus asa saja yg membolehkan seorang IM itu menghdpi segala cabaran.

    Walaupun kita tahu, cabaran dunia perniagaan inet ini cukup besar terutama sekali persaingan diantara IM2 yg lain tp saya yakin persaingan yg sihat sebegini akan mejadikan IM itu lebih matang dan mempunyai kredibiliti seorang IM sejati..btul x zul ??

     
    Comment by shuk
    2007-02-17 14:03:47

    betul tu…macam2 cabaran….jatuh dan bangun……gagal dan sebagainya,
    yang penting kita tak putus asa. Just keep going and improving.

     
    Comment by aidacutes
    2007-02-17 22:17:59

    moga zul terus sukses Wink

    Comment by smartzul
    2007-11-21 16:08:43

    Thanks Aida. you too..

     
     
    Comment by AzizMansor
    2007-02-18 01:29:55

    Sebagai usahawan, banyak persediaan yg perlu ada. Bukan shj fizikal bahkan yg paling penting mental. Ramai org yg kecundang dlm biz sbb kurang ketahanan mental. Permulaan semangat, antusias tinggi, tapi bila dah harungi pelbagai masalah, semangat mula down. Seorang usahawan yg hebat pernah berkongsi dgn saya katanya, ” Hanya orang yg sanggup menerima tekanan dan tanggungjawab yg lebih yg akan maju dan terus maju ke arah kejayaan…”.
    Perlu diingat juga, “CUSTOMER ALWAYS RIGHT”…
    Bukan nak bagi motivasi, sekadar perkongsian dari apa yg pernah saya dengar Smile

     
    Comment by Galadriel
    2007-02-18 19:39:57

    huhu… dulu masa saya kerja di ofis, saya start kerja 8.30pagi, jam 6:00pm dah stop. Balik rumah dan weekend tak payah fikir dah kat ofis tu… kecuali ada dateline, project …

    Tapi sejak saya buat internet biz full-time, saya kerja selepas Subuh sampailah tengah malam. Hari Sabtu dan Ahad pun belek websites dan blogs, tulis contents, baca ebooks …

    Memang flexible masa if kerja bisnes sendiri, tapi kalo kita tak berdisiplin, tak rajin, then time will be wasted and duit pun kurang.

    Mula-mula saya buat full-time 1 1/2 years ago, disiplin saya kureng.
    Rasa macam burung bebas dari sangkar…
    Yelah, tak perlu berdepan dgn Boss, takde dateline, takde peraturan ofis,
    tak yah punch in …. takde berdiri dalam LRT, tak perlu redah jam atau cari tempat parking kereta …
    Memang rasa bebas …
    Tengahari dah keluar jalan-jalan ke shopping complex,
    kalo tak keluar pun, gayot kat talipon …
    …. dan tido petang … (!!!)

    Tapi saya memaksa diri untuk disiplinkan diri.
    Alhamdulillah disiplin dah ada … tapi hahaha … asyik working je lak…

    So, bagi yang nak buat full-time.
    Make sure dah ada resources cukup to do so.
    Make sure dah ada income stabil.
    Dan paling penting… DISIPLINKAN diri …!

    Comment by smartzul
    2007-11-21 16:10:27

    Betul tu kak G. Usahawan ni sesuai utk mereka yg tak kisah dgn cabaran. Smile Dan satu lg, buat bisnes sendiri memang perlukan disiplin. Hatta skrg pun kdg2 terlari dari perancangan. Wink

     
     
    Comment by abdfatah
    2007-10-08 12:50:43

    banyak cabarannya… nama lagi usahawan jatuh bangun . sakit deman. susah payah kita, kita yang tanggung sendiri. sekiranya jatuh tak bangun2 siapa yang nak peduli? kalo berjaya sekalipun orang tetap akan susah hati… maklumlah mereka takleh nak tengok orang senang duduk senang lenang.. mereka nak susah sebagaimana mereka jugak susah. barulah suka hati riang gembira hari raya…

    cabaran tetap akan menjengah mereka yang mahu bergelar usahawan. jika tidak mereka takkan bergelar usahawan jika cepat mengaku kalah dengan apa jua cabaran yang mendatang…

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-16 01:01:31

    manakan tiada cabarannya… ia datang dari pelbagai sudut samada dari keluarga atau rakan-rakan apatah lagi mereka yang tak sukakan anda untuk menjadi usahawan… memang berliku betul kalo nak jadi usahawan nih… bukan calang2 orang boleh jadi usahawan… lebih2 lagi nak jadi usahawan sekelip mata…. mana boleh cara itu macam???

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-17 01:01:49

    sekiranya zul tiada cabaran dari saingan kawan atau bukan kawannya mcam mana ? dah tentunya zul akan terus berada di tahap yang sama setiap masa tanpa sebarang perubahan. dengan adanya cabaran menjadikan zul lebih mantap dan terus gigih berusaha dengan jayanya…

    Comment by Han
    2007-10-17 09:33:19

    pesaing kan pedorong kita untuk terus berusaha…
    kalau tak de pesaing, takde lah kemajuan…
    kerana pesaing kita semakin meningkat dan terus berusaha…

    han

     
     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: