Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Usahawan Internet : Klik-Klik, Tekan-Tekan..

20 09 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Apa yang klik-klik, tekan-tekan tu? Haa, kalau nak tahu, klik dulu link berikut ;) :

Hehe, tulisan kali ini macam biasa, tip keusahawanan lagi. Cuma kali ini, saya ingin mengulangi perkara yang lebih kurang sama yang telah saya sampaikan dulu. Cuma, tajuk jer yang lain sebab sesetengah orang, dia akan refer kepada sesuatu masalah dengan tajuk. :)

Persoalan yang ingin dibawa adalah, adakah usahawan internet itu hanya klik-klik tetikus (mouse) dan hanya tekan-tekan papan kekunci (keyboard)?

Kalau ya, waah, mudahnya kerja kan? Budak satu tahun pun boleh buat! ;)

Ya, jawapannya SALAH sama-sekali. Usahawan internet adalah satu KERJAYA. Maafkan saya jika anda sudah bosan dengan kenyataan saya ini. Jika anda bukan orang yang berfikiran positif mengenai perniagaan internet, saya lebih utamakan tulisan ini kepada usahawan internet. Saya amat suka memberikan MOTIVASI DAN INSPIRASI kepada usahawan-usahawan internet terutama yang baru bermula dan berminat. :) Saya akan pastikan, tak ada sesiapa yang boleh memburukkan industri ini. Tidak sama sekali. ;)

Jika selama ini anda menganggap usahawan internet itu satu kerja mudah, saya beritahu awal-awal, anggapan itu adalah satu MITOS! Satu kepercayaan yang karut. Usahawan internet yang sebenar adalah mempunyai PRODUK atau SERVIS SENDIRI. Kemudian, mereka juga dalam masa yang sama bertindak sebagai marketer iaitu juru-pemasaran (lain bunyinya dalam BM yer.. hehe). Mereka juga menjaga bahagian kewangan dan akaun serta sudah pasti bertindak sebagai perancang utama perniagaan…

Mudah dikatanya dan mudah nak faham, perniagaan internet sama sahaja seperti perniagaan biasa, cuma yang beza adalah platform dan kaedahnya. Sekali lagi, yang beza adalah platform dan kaedahnya.

Jadi, jika ada orang mengatakan untuk menjana pendapatan di internet hanya perlu klik-klik, tekan-tekan, picit-picit, urut-urut (oopss, ini bukan cerita ghairah shuth yer.. hehe), anda sedang mendengar satu mitos!

Maka, sebelum anda bermula (atau dah mula?) perniagaan internet, fahamilah sebaik mungkin apa itu perniagaan dan keusahawanan dalam skop perniagaan internet.

PS. Hati-hati, ada sesetengah ‘manusia’ yang begitu ego mengatakan menjual produk melalui internet adalah satu kerja bodoh di abad ini. Dan ada juga yang berlagak pandai mengatakan itu ini. Hati-hati, mereka itu hanya tahu berkata-kata tetapi tak tahu pada hakikatnya. Jika anda tahu laman web atau blog mereka tu, JANGAN SESEKALI masuk lagi kerana saya amat yakin, motivasi dan inspirasi anda begitu mudah dipermainkan melainkan anda jenis orang yang ‘kuat’. Saya sendiri pun sudah black-listkan laman web mereka di ’sel otak’ saya. hehe.. Bagi saya, blog atau laman web sebegitu hanya perosak bangsa. Sorry to say, itulah hakikatnya, berkata tanpa ilmu + ego. ;)

Opss, air kopi saya dah sejuk, selamat maju jaya!

Wassalam.

Popularity: 18%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini. Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini.


Vote Artikel Ini:

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Koleksi Video Percuma SmartUsaha.com
  • Adakah Ada Iklan Adsense untuk web anda?
  • Arghhh.. Banyaknya nak ingat password!!!
  • Ebook Internet Muda Dilancarkan!
  • Buka Akaun Google: Emel Percuma + RSS Reader
  • Lihat Saya Guna Teknik Audio..
  • Modal Percuma Pengiklanan PPC - Artikel 1
  • Belajar Bahasa Inggeris : Susah Ke? - Siri 2
  • Adakah Anda ‘Track’ Pengiklanan Banner Anda?
  • Majalah IM Edisi Ke-7

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    Ada 34 Pendapat Bernas »

    Pendapat oleh soulof99
    2006-09-20 02:36:37

    Erm.. saya pun baru hendak cuba2 dengan ‘bisnes sebenar’ di internet ni. Walaupun saya panggil ‘cuba2′ tapi ianya bukanlah perkara main2, kerana saya tahu ianya bukanlah perkara main2…

    Pendapat oleh abdfatah
    2007-10-27 01:35:11

    jangan sekadar mencuba aje. boleh dilakukan secara serius walapun anda berada di peringkat permulaan..

     
    Pendapat oleh Han
    2007-10-27 14:32:02

    cuba melakukan dengan baik…
    tu dah bukan cuba2…tu serius tu…
    kalau cuba untuk permulaan nak tengok dulu saja…

    han

     
     
    Pendapat oleh irwan.dahnil
    2006-09-20 02:59:17

    TIdak mudah untuk senang, tidak susah untuk susah

     
    Pendapat oleh Azahari
    2006-09-20 07:40:07

    Perniagaan internet ni bagus sebab kita tak perlu cakap dengan orang atau jumpa pun.Kita cuma perlu taip je.Ayat kena power+berkualiti la..hehe… kiranya macam tulis surat cinta la.Tapi kena ikut teknik yang betul, baru berkesan.

    Salam Usahawan! :)

    Pendapat oleh abdfatah
    2007-10-27 01:37:01

    ayat yang tak power memang takder tarikan langsung untuk membeli. kalo dah power macam “salesletter membunuh” dah tentunya ramai yang terpikat jadinya…

     
    Pendapat oleh Han
    2007-10-27 14:44:02

    tu yang buat saya suka tu…
    saya ni pemalu…hehe…
    nak bercakap dengan orang memang susah sangat lah….
    kalau buat perniagaan internet tak perlu jumpa orang…
    tapi kalau nak buat bengkel kena bercakap juga…

    han

     
     
    Pendapat oleh anas
    2006-09-20 08:03:22

    eh..cam tak percaya lak dgn statement Zul “… ada sesetengah ‘manusia’ yang begitu ego mengatakan menjual produk melalui internet adalah satu kerja bodoh di abad ini…”…hmm ada jugak yea orng can tu…tak pe lah zul oii..kita ajak kwn2 yg positif jer, yg skeptikal tu kita doa jer dia dapattt …petunjuk…petunjuk…(anak sy suka tengok ‘Dora’… bapak dia pun join skli..hehe )

     
    Pendapat oleh risi, hustlesoft
    2006-09-20 08:47:44

    ha ….that right dalam dua tiga tahun nanti…perniagaan yang akan berkembang pesat kat Malaysia adalah e-commerce ( perniagaan internet )..saya sekarang nie pun tengah design satu web site yang boleh menjual dan sedang fikir aper yang saya nak jual, …..huhuhuhu…thinking!!!!!!!!!!

     
    Pendapat oleh Abang Zamani
    2006-09-20 09:05:37

    Bukan SENANG nak jadi SENANG,
    Bukan SUSAH nak jadi SUSAH,
    Kalau SUSAH nak jadi SENANG,
    Tentu SENANG nak jadi SUSAH.

    Kadang - kadang nak jadi usahawan lebih senang daripada nak mempertahankan ‘title’ USAHAWAN tu. Ibarat mendaki piramid USAHAWAN, kalau kita mendaki bermula dari bawah dengan menyediakan tapak-tapak untuk berpijak, mungkin pendakian kita itu akan kukuh. Tetapi, jika kita terus nak berada di atas, senang kita mengelusur jatuh.

     
    Pendapat oleh nasir
    2006-09-20 09:09:23

    Saya ni sebenarnye dah bertahun-tahun surf internet… boleh dikatakan kalau sehari tak pegang mouse tak senang duduk. Sebelum nie kalau dengar je bab-bab cari duit melalui internet saya buat tak layan je sebab dalam kepala nie tertanya-tanya “BETUL KE?”. Sejak kebelakangan nie barulah buat research sikit-sikit…. dan kalau difikir-fikirkan alangkah ruginya masa beberapa tahun yang saya telah saya habiskan depan komputer tanpa membuat apa-apa.

     
    Pendapat oleh Noor Azman GBE
    2006-09-20 11:33:37

    Assalaamualaikum wrt.wbt.

    Den pun baru nak belajar nak buat laman web. Projek pertama dah kira ok. Sekarang ni tengah plan buat laman web pasal Network Marketing plak. Banyak lagi yang perlu den belajar (ceritanya ada dalam blog den).

    Camnepun den ucapkan tahniah kerana adanya blog khusus untuk Usahawan Internet. Boleh jugak den belajar dari mereka2 yang dah pro.

    Sekian aje buat masa ni. Den doakan agar anda semua berjaya dalam bidang yang anda ceburi dan jangan lupa untuk doakan untuk den sekali.

    Yang ikhlas,

    Noor Azman Bin Othman GBE
    http://www.arahman7.blogspot.com

     
    Pendapat oleh Johari
    2006-09-20 12:06:01

    Akum Saudara Zul,

    Em betul kata saudara Zul. Ramai sangat orang yang pandang rendah kat perniagaan internet. Majoriti kata perniagaan ini menipu.Hai, dalam dunia nyata tak de orang yang menipu ker? Bagi saya, apa yang penting, kita perlu pandai menilai dan memilih.Sebab itulah ilmu itu penting… :-)

    Saya budak baru belajar, kalo salah tolong tunjukkan :-)

     
    Pendapat oleh san
    2006-09-20 12:40:14

    Zul,
    saya dah hantar email kepada kamu,
    Sila check ye, hehehe,
    Saya nak buat sedikit analisa dan kajian mengenainya.

    teng Kiuh ah !!!! : )

     
    Pendapat oleh ciklee
    2006-09-20 12:41:38

    Saya setuju dengan Zul. tp asalkan kita tahu apa matlamat dan tujuan kita berniaga di Internet, Insya Allah kita takkan mudah dipengaruhi. Haha.. saya pun orang UTM dulu. Bangga gak la ada orang UTM yang mempelopori bidang ini. Hidup UTM…

     
    Pendapat oleh rajablog.info
    2006-09-20 13:36:00

    saya setuju dengan pendapat zul supaya kita meninggalkan website/blog yang boleh menjatuhkan motivasi diri kita. Buat diri rasa down.

    motivasi kepada diri adalah SENANTIASA MERASAKAN DIRI ANDA HEBAT!

     
    Pendapat oleh fai
    2006-09-20 15:51:21

    Ada Caranya sebenarnya utk tunjukkan Usahawan Internet bkn kerja sia-sia..

    Salah satu drpnya TUNJUKKAN KEJAYAAN KITA
    Jgn asyik cakap je kita ni usahawan tp xbuat apa2, mmgla kita bakal di hina..

    PS: Hanya secebis kata2

     
    Pendapat oleh sann
    2006-09-20 16:20:09

    Memang benar kata zul tu, tapi yang baiknya kita ni adalah peniaga Internet dan bukan penghuru hara . Byk orang salah tafsir mengenai makna dan erti perniagaan internet . Malahan bisnes ebook pun dikatakan bukan satu bisness,malah satu perkara yang remeh dan senang dibuat.Klik je, mcm satu dua tiga tau semuda A,B,C.

    Mula-mula saya jual ebook “Javascript majic” pun , ramai dah komen,apelah, pekerjaan bodoh sama sekali.Orang yang baru belajar HTML pun dah tahu semuannya, nak jual ? alamak !! byk kat kedai dijual.Cari ja buku html, dah ada,malah aku diburuk2kan lagi.Tapi apa la, itu memang dah biasa.kalau saya pun, memang saya setuju dengn kata zul,tapi perinsip saya” Jangan menghakimi, supaya kamu tidak dihakimi, penghakiman yang dipakai akan dihakimi kembali 2 kali ganda.”

    Bila orang dah maju, memang byk orang cemburu,lihat sahaja.. Web smrtusaha dulu,kena hack, siapa punya kerja ? Memang dah set IP ke turkey,jadi kalau ada nak huru-harakan kita,bagi saya,jgn balas dengan kekerasan lah , kerana ini bukan inti kehidupan seorang peniaga internet sebenarnya… malahan tidak akan menjadi contoh yang lain yang kita ni adalah contoh 100% persen,, tapi didalam dunia ni tak ada org yang nama MR.Sempurna. Kalau ada , pun , itu malaikat…Heheh, panjang rupanya… harap2 bukan motivasi… : )

     
    Pendapat oleh Stongkol
    2006-09-20 17:44:06

    Assalamualaikum…..

    Saya tersangatlah… setuju dengan apa yang zul kata. Kalau ada sapa2 cakap macam tu basuh je balik (mcm basuh dengan berus plastik, tenyeh kuat2), cakap ikut nafsu bukan guna akal.

    Perniagaan Internet ni memang bukan mudah yang dijangka, bukan boleh goyang kaki saje saje, bila laman web dah siap dan dah letak dlm internet, bukannya boleh tgk je laman web tu tanpa buat apa2. Kita kenalah usaha sikit dan kenalah berkorban sikit samada korban masa ataupun wang ringgit. Kita juga kena ada ilmu, kalau takda ilmu macamana nak jalan….

    Semoga semua berjaya menuju destinasi

     
    Pendapat oleh sham
    2006-09-20 19:01:38

    Cabaran kita untuk mengatasi apa yang orang tak pengetahuan tentang perniagaan internet.

    Tadi ms balik dari pusat incubator MDEC,saya beli koropok kat kampung saya..dia cakp baru ni ada 2 orang cari saya.Cari rumah saya..tapi semua orang takde sebab ayah kat kebun gan mak..saya kat Kemaman ada esesment PTD..

    Risau gak saya ni..tak register lagi biz saya..:P..Tapi penjual kopok tu cakap mcm suami isteri orang tu.Entahla,saya tak leh nak gambarkan..saya kene cepat² la daftar perniagaan lepas ni. In case,pape saya di jalan yang betul..

    Maybe next week kot p daftar perniagaan.semalam dok cari nama company yang sesuai…Zul dah daftar ke belum???

     
    Pendapat oleh aku
    2006-09-20 21:12:49

    @sham : ko jangan letak raja cukup dalam nama company ko.. tak leh.. huhuhu..
    @sann : mmg lumrah dunia camtu.. tak berjaya dipandang rendah, dah berjaya ada orang cumburu plak.. lumrah kita plak, memula geram+marah dengan orang yang tak memahami, kendian kita akan tersenyum sendiri (sebab gelihati dengan kerenah manusia)

     
    Pendapat oleh titaniumhijau
    2006-09-20 21:51:23

    em..betul..betul..jgn amik kisah sangat pasal blog2 tu..amik yg jernih..tapis2 la yg keruh..

    satu lagi..membaca adalah satu kekuatan bagi usahawan internet. So, jagalah mata kita..tanpa mata, kita tidak boleh melihat..tanpa melihat, mana mungkin kita membaca..so, banyakkan vitamin A, D dan E. Untuk kebaikkan mata anda, sekaligus menambah kekuatan anda…

    hehe..apa aku merepek nih..

     
    Pendapat oleh ap|zz
    2006-09-20 22:40:20

    Memang pun…mane ade benda yang mudah.Nak kahwin pun susah…(merepek jer)

     
    Pendapat oleh cikgubiz
    2006-09-20 22:40:28

    Mungkin orang yg kata begitu memang di dah kaya kot……

     
    Pendapat oleh SmartZul
    2006-09-20 22:49:45

    Terima kasih semua.. Wahh, ramai yer mereka yang baru bagi komen. Baguslah..

    Piasau / sann, saya dah balas emel kamu.. ;) Sabar jer lah, bagi saya KEBANYAKAN orang kita terlalu melihat kepada saiz dan kuantiti, bukan kualiti. Kalau kita lihat kat oversea, diaorang jual ebook berapa muka surat jer. Tapi kalau kita buat kat Malaysia mcm tu skang, hmm, kena maki rasanya.. ;)

    Oklah semua, thanks banyak2 sebab bagi komen yang bernas.

    Oh ya Sham, saya pun kena cepat2 jugak daftar perniagaan. :) InsyaAllah. Saper yer yg cari sham tu, kot-kot peminat setia rajaAdsense kot.. hehe..

     
    Pendapat oleh hasrul
    2006-09-21 00:19:50

    Sebenarnya saya sungguh kelakar kalau ada orang cakap camtu. Gelihati, lucu, funny, lol dan sebagainya.

    Siapa yang berusaha, rajin menimba ilmu dan pengalaman, kejayaan akan tetap menemani.

    Senang jer sebenarnya buat duit dengan internet ni. Hehehe.. Tapi kena usahalah…

     
    Pendapat oleh edems
    2006-09-21 01:33:58

    saya amat tertarik dengan pelbagaikomen yang terpapar di ruangan ini,saya baru nak kenal dengan perniagaan internet.macan orang zaman dulu tengok TV, ada gambar ada suara ia masuk ikut mana nii, demikianlah dengan perniagaan internet ni macan tak percaya jee,
    harap ada kawan yang dapat membantu untuk saya niaga d internet ni

     
    Pendapat oleh SmartZul
    2006-09-21 03:56:01

    Takper-takper, kita biarkan mereka tu dulu. Nak salahkan diaorang pun takleh jugak. Biar mereka belajar sedikit demi sedikit. Macam saya cakap, kadang2 diaorang ni bukan tak tahu, tapi ya lah, dah terlepas cakap, kena lah defend habis2. Kalau tak, jatuh lah air muka.. Itulah manusia yang ego.. ;)

    Edems, takper, take ur time, lama kelamaan dapatlah ‘rentak’ tu. :) Semoga berjaya.

     
    Pendapat oleh sham
    2006-09-21 11:49:02

    Saya kalo orang cari kat rumah siang hari memang takdela sebab saya kat Incubator kat bangunan PMINT.Malam saya adala..

     
    Pendapat oleh sann
    2006-09-21 19:05:29

    Sham,
    Saya rasa,buat duit dengan affiliate program dan adsense tak payahlah nak susah-susah nak daftar bisness ni,bagi saya cuma,kalau nak join affiliate program dari u,u yang mesti kena daftar perniagaan tu,hahahaha,kalau tak,aku tak nak promote dan join lagi.nahas juga ni kalau saya tak daftar perniagaan ebook terbaru saya ni,alamak !!! kena ambil masa lama-lama lagilah ni nak keluarkan projek baru,harap2 dapatlah diteruskan.Hahahaha…. Kalaulah sham tempat untuk mendaftar bisness tu, lebih baik refer ngan sham ja.

    Pasal nak daftar perniagaan ni,saya dah berulang kali memberitahu seorang kawan yang dulu-dulu punya,betul ke bisness ebuku menguntungkan ? Kalau betul, bagaimana nak dapatkan lesen ? Sebab sekarang pun,berniaga nak jual minuman karas seperti beer,vain,montoku,lihing,bahar,level five,mesti ada lesen sebab itu adalah kategori barangan yang mesti dibagi lesen.

    Kalau bisness ebook,kenapa pula orang yang tak ada lesen pun boleh buat bisness dan dapat $ US lagi ? Oh ya , saya fikir sejak dari tahun lalu sampai sekarang ni, ebook juga satu maklumat, kalau salah bagi ngan orang atau salah buat,kategori yang memberikan laporan palsu dan maklumat yang tidak sah, itu juga satu kesalahan,hehehe, kalau macam ni,jom lah kita daftar sama-sama ye, tapi mesti bagi tau di mana tempatnya ? Saya ni jauh sekarang,bagaimana pun nak berurusan ngan mereka kalau nak daftar dari jauh ? Guna piring terbang atau belanga terbang nak ke sana ?Heheh.

    Ok, ulasan saya ni terlalu panjanglah,tapi tak apa,yang penting,saya rasa-rasa,tekan-tekan,klik-klik,boleh membantu saya dan anda untuk memahaminya dengan lebih jelas mengenainya…ok , C u all later… Tata.. : )

     
    Pendapat oleh abdfatah
    2007-10-04 09:40:16

    kerja sebagai usahawan internet memang senanglah kalo dh tahu caranya dengan menggunakan kepakaran yang sedia telah dimiliki. kalo takder kepakaran dn kemahiran dh tentu kerja hanya klik2 dn tekan2 cari bahgian yang paling mudah untuk terus jadi kaya tanpa usaha yang cukup…

    ilmu kena ada untuk memajukan bisness internet yang sedia terpampang dihadapan mata… cuma kena usaha dn cari lah dengan sekuat daya tenaga.. takleh nak klik2 dn tekan2 aje…

     
    Pendapat oleh Han
    2007-10-04 10:05:08

    tangok pada tajuk mcm pay per kilk(bukan adsense)…hehe..
    tapi hakikatnya tak pernah lagi yang dengar program pay per klik ni mengkaya kan orang…
    bahkan buang masa je…

    perniagaan internet bukan mudah ooo…
    kalau tak usaha btl2, jangan mimpi la nak berjaya…

    han

     
    Pendapat oleh abdfatah
    2007-10-16 23:24:31

    sekadar klik dan tekan-tekan budak darjah satu pun boleh agaknya kalo nak join menda untuk dapatkan wang lebih nih dari internet. dapat ribu-ribu dengan klik2 dan tekan2 aje depan pc????

    Pendapat oleh Han
    2007-10-31 21:18:05

    bukan darjah satu tapi tadika pun boleh…
    klik klik kaya…haha…
    lawak pula rasanya…

    han

     
     
    Name (required)
    E-mail (required - never shown publicly)
    URI
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.



    Terbaik Untuk Anda: