Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Rahsia Utama Kejayaan Usahawan

19 09 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Sebelum ni saya tulis 7 petua kejayaan usahawan internet, kali ni saya tulis pula satu lagi rahsia utama kejayaan usahawan. Tak kisahlah usahawan siber atau usahawan offline, satu benda ni lah yang akan menentukan cepat lambat, kukuh ke tak usaha perniagaan seseorang itu. Nak tahu? Kik link ini :

BERJIMAT-CERMAT DAN PANDAI URUS WANG

Inilah kuncinya. Walaupun income anda berjuta-juta tapi banyak membazir, beli itu dan ini, tak disimpan, tak disalurkan untuk menambah-baik bisnes, dijaga, tak diurus dengan baik, anda boleh dikatakan sebagai usahawan yang bermasalah. Smile

Anda jangan jadi usahawan yang bersifat ala-kadar, jangan jadikan bisnes sekadar untuk mengisi perut, jangan jadikan ia satu permainan. Anda kena serius. Barulah sifat-sifat yang lain akan datang seperti menguruskan perniagaan dengan baik, ada perancangan yang jelas, pendapatan dijaga dengan elok dan lain-lain.

Ramai mereka yang menjadikan bisnes sebagai batu loncatan untuk mendapatkan duit semata-mata. “ala, aku buat bisnes ni setakat nak isi perut aku jer..”. Jika beginilah pegangan anda, anda bukan usahawan sebenar. Bagi saya, anda tak layak digelarkan sebagai usahawan. Usahawan yang sebenar adalah mereka yang betul-betul bersungguh-sungguh untuk menjadikan jalan perniagaan sebagai sumber pendapatannya, bukan untuk main-main atau sebagai ala-kadar. Anda perlu tahu, keusahawanan adalah satu KERJAYA. Bukan medan atau tempat untuk cari-cari duit semata-mata.

Disebabkan sifat tidak serius inilah, ramai yang tidak ‘menjaga’ kewangan mereka dengan baik. Bila dapat bayaran daripada pelanggan, terus diguna, tidak diasingkan dengan wang kegunaan, tak ada catatan aliran masuk dan keluar. Pendek kata, berterabur! Ini akan berlaku jika anda hanya tahu menjual semata-mata dan meremehkan serta tidak mementingkan ilmu pengurusan. Bukan bermaksud anda perlu buat catatan akaun yang complete seperti sebuah syarikat tu, saya pun tak buat macam tu. Apa yang dimaksudkan di sini adalah, pengurusan yang baik. Itu sahaja.

Tanpa pengurusan yang baik, pendapatan anda cepat habis. Dapat RM50 hari ni, esok dah tinggal RM5. Aik, ke mana duit aku pergi ni? Padahal, dia tak sedar, duit itu telah digunakan untuk benda-benda yang tak penting.

Kesimpulan di sini:

1. Anda perlu SERIUS di dalam perniagaan. Sifat ala-kadar patut dijauhi sama-sekali.

2. Anda perlu bijak mengawal perbelanjaan harian anda. Bezakan antara keperluan dan kehendak. Utamakan keperluan, dan keperluan pula ada yang penting dan ada yang tidak penting (boleh dikemudiankan).

3. Berjimat-cermatlah, kerana ia amalan orang-orang yang berjaya. Bahkan sifat ini adalah amat dituntut di dalam Agama.

4. Urus pendapatan anda sebaik-baiknya. Jika perniagaan anda sudah kukuh, ambil 10 hingga 20 peratus untuk simpanan peribadi dan simpan juga untuk pelan kecemasan perniagaan anda. Sebaliknya di awal perniagaan, anda perlu banyak melabur (guna balik) untuk meningkatkan dan mengukuhkan kemajuan perniagaan anda.

5. Yang terakhir, satu soalan emas dan serius daripada saya:

“Adakah anda serius di dalam mencari wang di internet? Atau hanya ala-kadar asal dapat duit? Apakah matlamat anda di dalam bidang perniagaan internet ini? Atau, belum ada matlamat? Hanya sekadar main-main? Jika anda main-main dan sekadar ala-kadar:

ANDA BUKAN USAHAWAN INTERNET

- sekian -

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Majalah IM Edisi Ke-7
  • Luangkan Masa Untuk Belajar, Mengkaji dan Merancang
  • 13 Artikel Terbaik di Blog SmartUsaha.com
  • Nak Jadi Jutawan dalam Satu Malam? Saya Ada Formulanya…
  • Ulasan Panduan Rahsia Newbie : Siri Akhir
  • Kejayaan Orang : Apa Kata HATI kita?
  • Hakikat 12: Anda perlu ada rangkaian usahawan, jangan bersendirian
  • 5 Sebab Perniagaan Internet Tidak Berjaya
  • Hakikat 3: Anda perlu ada mentor, kumpulan dan mastermind group
  • Rahsia Newbie: “Pengalaman Seorang 100% Newbie Menjana 4 Angka di Internet. Bermula Dengan Tak Tahu Apa-Apa”

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    11 Comments »

    Comment by Azahari
    2006-09-19 07:30:56

    Terima kasih atas tips yang diberikan.
    Kalau berjimat takpe, asal jangan kedekut. Kalau kedekut sangat susah jugak nak buat bisnes.Sebab kalau bisnes ni nak ke tak nak mesti keluar modal.Walaupun tak banyak tapi biasanya mesti ada.
    Kalau nak bisnes berkembang tapi tak mau keluar modal itu yang tak betul.

    Salam Usahawan! Smile

     
    Comment by Galadriel
    2006-09-19 08:01:11

    Tepat sekali Zul…!

    Dan kena tambah satu lagi….. kalo anda dah pergi ke 10 internet seminar dan satu website/blog pun masih TAK ADA (sekurang-kurangnya FREE blog kat blogger),
    dan MASIH LAGI tanya mana lagi ada internet seminar untuk anda pergi,

    sila dapatkan rawatan pakar psikiatrist…. anda bukan usahawan internet,
    anda adalah SEMINAR JUNKIE.

     
    Comment by ZeMMs
    2006-09-19 10:25:01

    So far perkara2 yg bnyk menyebabkan duit aku burn setiap bulan:
    1. Bil telefon henset
    2. Minyak kereta
    3. Makan-minum
    4. Hiburan (Wayang, Futsal, etc..)

    Nampaknya aku kene mula “aware” dengan pergerakan keluar wang aku supaya dapat berjimat lepas ni.. huhu..

     
    Comment by fai
    2006-09-19 10:35:17

    Berjimat tak semestinya kene kdekut.. Cuma kene kawal je perbelanjaan kita..

    Jgn muda2 dah muflis sudah..

     
    Comment by shueqry
    2006-09-19 12:33:12

    Satu lagi ciri yang saya mahu tambah..sebagai seorang usahawan perlu ada R&D..Research And Development yang berterusan..inilah antara sebab mengapa Corey Rudl dan Dr Irfan jadi jutawan internet di usia muda…

    Mengenai perbelanjaan, seorang usahwan perlu tanya diri sendiri dulu, apa yang boleh dia buat dengan wang yang diperolehi untuk menjana lebih untung dan ‘grow’ dia punya bisnes..perlu ada cash flow yang control in & out belanja bisnes..

    Kalau boleh, biarlah kedekut bertempat, bukannya pemurah membabi buta dan tak berkira! last-last diri sendiri juga yang susah jadinya. ini pernah berlaku pada diri saya sendiri..good luck 4 all malaysian online entreupreneurs.

    shueqry
    kota kinabalu

     
    Comment by Fadzli
    2006-09-19 15:27:56

    Assalamualaikum WBT…

    Apa khabar Zul…saya pendatang baru dalam minat perniagaan internet tapi masih mengumpul ilmu untuk berniaga..ALHAMDULILLAH baru mengenali blog, internet dan seangkatannya…sebelum nie hanya tau guna word jer l beri ain taktau….

    mungkin ini adalah pertama kali post something untuk blog..saya masih belajar sikit2 sebab masih baru lagi. Mungkin Kuno sikit tapi dah ada kesedaran. terima kasih atas tips berguna.

    harap dapat tunjuk ajar.

    tq

     
    Comment by sham
    2006-09-19 16:09:42

    Wah..pasal wang..Jika anda ingin berjaya…kawal kewangan anda..Rekod semua duit yang keluar masuk..Usahawan jarang mengahadapi sindrom kurang duit hujung bulan..Jika anda tidak mengawalnya,awal bulan pun dah kene sindrom tu..

    Setakat ni saya simpan separuh dari dari hasil pendapatan saya..Katakan saya dapat rm2000,saya akan simpan rm1000 dalam akaun yang saya susah nak keluarkan mcm ASB.

    Bukan,apa kene beringat tentang masa depan. Sekurang kurangnya kita ada menyimpan untuk masa memerlukannya.Parent sakit ke. family sakit ke,kita sendiri sakit ke..kita boleh gunakan wang kita simpan tapi seeloknya gunakan yang lain dulu kalo ada..kalo dah emergensi sangat boleh la guna duit simpanan.

     
    Comment by apizz
    2006-09-19 22:49:33

    Memang kita kena bersungguh…usaha tangga kejayaan.

    orang lain dah naik lif…tapi kita masih naik tangga…heheh!

     
    Comment by muhdmuax
    2006-09-20 13:44:28

    Assalamu’alaikum, Zul,

    Aku nak tanya (tak da kaitan ngan posting ) apakah buku yang boleh aku beli supaya aku mahir dalam penggunaan photoshop? (nak buat banner, image editing) bagi Tajuk Buku dan Penerbit skali.

     
    Comment by khairul
    2006-09-21 00:30:11

    Assalamualaikum WBT…

    Apa khabar Zul…saya pendatang baru dalam minat perniagaan internet tapi masih mengumpul ilmu untuk berniaga..ALHAMDULILLAH baru mengenali blog, internet dan seangkatannya…sebelum nie hanya tau guna word jer l beri ain taktau….

    mungkin ini adalah pertama kali post something untuk blog..saya masih belajar sikit2 sebab masih baru lagi. Mungkin Kuno sikit tapi dah ada kesedaran. terima kasih atas tips berguna.

    harap dapat tunjuk ajar.

    tq

     
    Comment by titaniumhijau
    2006-09-21 01:55:47

    em..betui..betui..kena jaga kewangan kita. kalau tak..jangan harapla nak maju..paling sakit sekali bagi student cam aku tiap2 bulan, slalu perabih duit kat..

    1. prepaid ( aku pakai 3 line, maxis, digi, celcom)
    2. dating, tgk wayang, lepak, main futsal, main macam2 lah..
    3. streamyx kat rumah aku walaupun kitaorang share 3 org holder
    4. duit motor aku..minyak naik lagi
    5. rolling balik bisnes aku..
    6. tesis aku.(dulu masa wat tesis, dekat rm2000++ habis..)
    6. projek sana sini..
    7. keje lapangan + fieldwork..
    8. em..apa lagi..itu jelah kot..

    kalau korang macam aku, tapi tak reti nak jaga duit kuar masuk..sakitlah..at least aku ada rmr300 untuk tiap2 bulan roliing buat benda2 kat atas tuh..sakit woo nak roling rm300 tiap2 bulan..dah la aku tak dapat ptptn..harap titk peluh jantan sendiri..jual cd lah aku gamaknya lagi..

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: