Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Pendapatan Tambahan : Tak Perlu Berhenti Kerja

22 09 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Saya pernah berjumpa, diberitahu dan mendengar, ada mereka yang ingin berhenti bekerja akibat begitu teruja dengan perniagaan internet ini. Kononnya bagi mereka, mudahnya buat duit di internet, lantas, mereka ingin ‘memecat’ bos mereka. Wink Maksudnya letak jawatan lah tu (berhenti bekerja)..

Saya tahu, anda tidak tahan bekerja di bawah suruhan dan arahan orang, tak tahan dengan makian bos, tak tahan dengan politik pejabat, tak tahan, tak selesa…… Pelbagai lagi… Betul kan? Saya tahu sebab saya pun pernah bekerja dengan orang. Selain itu, anda juga teruja dengan kata-kata, “nak duit banyak, buat bisnes”, “cara mudah buat duit, melalui internet”. Oh, ini adalah mitos.. Sila baca tulisan saya sebelum ini atau download special report saya melalui pendaftaran di http://smartusaha.com/news.

Ya, walaupun begitu, saya menasihatkan anda bersabar banyak-banyak dan tenangkan diri dahulu sebelum membuat keputusan yang boleh merugikan anda kelak. Ramai yang mengambil jalan mudah untuk berhenti kerja dengan membuka bisnes, tak kisahlah bisnes internet atau bisnes biasa. Namun, ramai juga yang gagal dan mengambil masa yang lama untuk merasai hasil yang memuaskan. Malang lagi, pendapatan bulanannya melalui bisnes lebih sikit berbanding dengan gaji kerja asalnya.

Berita gembira untuk anda adalah, perniagaan internet boleh dilakukan walaupun anda bekerja 8 pagi - 5 petang. Lagi-lagi jika pasaran anda adalah luar negara seperti US dan UK, sebelah malam di sini adalah sebelah siang di sana. Maka, dari segi masa tiada masalah untuk anda. Yang perlu adalah, anda meluangkan sedikit masa di sebelah malam atau pagi untuk menguruskan perniagaan anda.

Dan, berita gembira lagi adalah, jika anda tiada produk sendiri, anda boleh menyertai program-program yang sah seperti program affiliate dan google adsense. Kerja anda hanyalah melakukan promosi dan pemasaran, lain-lain hal, anda tak perlu pening-pening. Kena cara, hujung bulan duit masuk samada ke akaun bank, paypal atau cek.

Jadi, katakan kerja anda sekarang bergaji sebanyak RM1500, perniagaan internet anda pula memberi pendapatan sebanyak RM1000 (contoh jer), program affiliate RM500 dan adsense RM300, maka pendapatan bulanan anda adalah RM3300. Jika dilihat, perniagaan internet anda sendiri, program affiliate dan adsense adalah pendapatan tambahan kepada anda bagi setiap bulan.

Ingat, itu hanya gambaran sahaja, bukan perkiraan sebenar. Nasihat saya, pilih satu model cara buat duit di internet yang paling sesuai untuk anda. Adakah produk sendiri? Join affiliate? Adsense? Sekali lagi, pilih satu dulu dan usaha untuk capai prestasi yang memuaskan.

Sepanjang penulisan saya, saya tidak pernah menyuruh sesiapa berhenti kerja mahupun memecat bos mereka. hehe.. Tapi, jika jiwa anda dah tak tahan sangat, jika boleh bagi kesan buruk kepada kesihatan, fikirlah jalan terbaik samada mencari pekerjaan di tempat lain di samping berusaha mencari pendapatan melalui internet.

Jika anda ingin buat perniagaan internet secara sepenuh masa, pastikan anda mempunyai sokongan kewangan yang cukup sekurang-kurangnya untuk 5 bulan bermula dari anda melakukan secara sepenuh masa. Ya, lima bulan. Tapi, sekali lagi saya ulangi, ini adalah cadangan saya, bukan nasihat rasmi atau satu formula yang tepat untuk anda.

Kesimpulan:

1. Internet mempunyai pasarannya tersendiri yang boleh anda terokai untuk menjana pendapatan tambahan

2. Perniagaan internet, program affiliate atau adsense boleh dilakukan tanpa perlu menjejaskan dan menganggu kerja rasmi / harian anda. Ia boleh dilakukan secara sambilan

3. Jangan berhenti kerja / meletak jawatan jika anda tiada sokongan kewangan yang kuat, lagi-lagi jika anda sudah ada isteri dan anak-anak untuk disara. Lain laa bujang dot dot macam saya nii… Wink

Nasihat Ikhlas dari,

SmartZul.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Peringkat Yang Perlu Dilalui Di Dalam Perniagaan Internet
  • Hakikat 14: Perniagaan Internet, tak semudah disangka
  • Pilih Mana Yang Sesuai Dengan Diri Sendiri
  • Harga Minyak Naik, Harga Barang Naik? Takder Masalah!
  • Buat Duit Dengan Blog Bukan Perkara Mitos!
  • Program Affiliate Kini Dibuka
  • Keusahawanan: Bukan Titik Noktah Segalanya…
  • Cara Tambah Pendapatan Dengan Mudah. Dua Cara!
  • Tekanan Ekonomi: Apa Tindakan Anda?
  • [Top Secret] Teknik Bernilai Puluhan Ribu Dibongkarkan Secara Percuma!

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    52 Comments »

    Comment by Walikard
    2006-09-22 08:42:41

    Seseorang tu perlu berfikir masak-masak sebelum mengambil keputusan yang penting sebegini…sebaik-baiknya, bagi Muslim, ambillah kesempatan ini dengan menggunakan “senjata” kita iaitu dengan memohon petunjuk dari ALLAH SWT setelah berusaha mengumpul input-input dalam nak buat sesuatu keputusan tu…maklumlah, keputusan yang bakal dibuat, bakal juga merubah keseluruhan wajah kehidupan anda

    Comment by abdfatah
    2007-10-26 02:18:13

    bukan mudah nak cari kerja ngan kerajaan semula kalo dah berhenti dengan muktamadnya… masa depan adalah pilihan anda sendiri untuk berjaya atau tidak…

    Comment by Han
    2007-10-26 10:28:43

    baik jangan berhenti kerja dulu sebelum ada income kukuh yang lain…
    azizi ali pernah berkata kalau income boleh hidup untuk 3 bulan baru boleh berhenti kerja untuk teruskan perniagaan internet dengan bersungguh2…
    kalau income tak cukup untuk 3 bulan tu, jangan pandai2 berhenti kerja pula…
    income cukup 3 bulan makan pun saya rasa susah nak jamin…hehe…
    bukan senang nak buat perniagaan internet ni…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by hustlesoft
    2006-09-22 08:58:56

    ye betul tu …kalo kerja tak semestinya berenti kalo nak buat perniagaan internet,,,

    Comment by abdfatah
    2007-10-26 02:18:55

    dah tentu kena buat secara sambilan terlebih dahulu…

    Comment by Han
    2007-10-26 10:32:15

    cuba buat secara sambilan dulu untuk menambah pendapatan sampingan…
    bila rasa dah kukuh tu baru fikir2 kan berhenti kerja…
    kena fikir betul2 tu untuk masa depan kita…
    jangan buat keputusan yang salah pula…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by siantan
    2006-09-22 09:02:27

    setuju dengan zul,

    kalau rasa kita takde backup dari mana-mana sumber sebaiknya jangan berhenti dulu. Sebab bidang ni tak semudah yang disangka. banyak yang
    perlu dipelajari dan dilaksanakan.

    Comment by abdfatah
    2007-10-26 15:11:43

    kalo backup tu dah habis sebelum perniagaan kita berjaya dah tentunya kita akan rugi sakan. berniaga entah ke mana… modal entah ke mana-mana… termenung sendirian laaa….

    Comment by Han
    2007-10-26 19:08:26

    tu la kena bersedia dari awal…
    kena rancang betul2 pelan kita tu…
    apa yang perlu buat…
    kira betul2 backup tu cukup ke tidak…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by shuth
    2006-09-22 09:44:53

    He.. he.. he… 5 bulan tak cukup zul…
    Saya tgh kumpul backup untuk 2 tahun sekarang nie.. sebab.. kalau buat biz, normally 2 tahun baru stabil..

     
    Comment by irwan.dahnil
    2006-09-22 09:49:39

    Satu lagi masalah timbul bila produktiviti kakitangan menurun apabila terdedah dengan ‘alway connected’. Ramai yang sibuk buat ‘kerja sendiri’ dari kerja pejabat…

    Pernah dulu, saya block semua internet connection kat opis bila ramai staff yg sibuk berYM dari buat kerje.. Big Smile

     
    Comment by ZeMMs
    2006-09-22 10:23:11

    Aku mmg setuju dengan posting ni. Aku pun membuat perniagaan internet secara part-time di samping bekerja dengan sebuah syarikat internet security.. malah time keje ni pun aku boleh uruskan mana-mana urusan internet biznes sebab tak memakan masa yang lama. Wink

     
    Comment by Abd Rahman
    2006-09-22 10:48:35

    lebih baik kawin cepat zul, rezeki lagi bertambah…

    Comment by abdfatah
    2007-10-26 15:13:42

    kita tunggu kad jemputan dari zul nanti. moga murah rezeki berlipat ganda kalo zul dah kahwin dan beranak pinak nanti… wiahahahahaa

     
    Comment by Han
    2007-10-26 19:10:06

    isk…kahwin rezeki boleh bertambah ke?
    tambah beban tu…hehe…
    kalau ada anak pula, lagi lah berat…
    tapi kalau income ok, memang boleh sangat lah…

    han

     
     
    Comment by smartzul
    2006-09-22 10:53:23

    1. Irwan,

    Kalau saya jadi bos mereka, saya galakkan mereka buat bisnes sampingan dengan syarat tak buat kerja lain (bisnes tu) pada waktu kerja.. Wink Kita sebagai bos tak boleh kata JANGAN, bagi saya, kita juga kena memahami keadaan mereka yang tak cukup duit.. Lain ler kita naikkan gaji dan bagi macam2 insentif.. hehe.. Wink Nak guna internet di pejabat? Boleh, time rehat jer ok.. Razz

    Pssst, apa yang saya perhatikan, kebanyakan orang yang berchatting tu banyak chatting kosong..

    Pengalaman saya kerja mendapati, chatting kosong dan surf internet saja2 atau untuk bisnes masa waktu kerja, MEMANG menurunkan kualiti dan produktiviti kerja.

    2. Seperti yg saya nyatakan, kita boleh gunakan masa lepas pejabat, dan ini biasanya boleh diaplikasikan untuk produk bukan fizikal, lebih2 lagi jika pasaran tumpuan kita luar negara. SIni malam, sana siang.

    Shuth,

    Yup, betul tu. Kumpul banyak-banyak. Tapi bagaimana pula simpanan (sokongan kewangan) sebanyak RM50,000 untuk 5 bulan? Cukup tak? Kalau tak cukup, saya up lagi 2 kali ganda.. hehe.. Wink

     
    Comment by smartzul
    2006-09-22 10:55:49

    hehehe, en rahman, insyaAllah.. Wink

     
    Comment by fai
    2006-09-22 11:43:39

    Nampaknya saya kena cari kerja ni..
    Keadaan saya jd xstabil..

    Errr.. Zul ni pnah pecat bos ke?? Ha ha

     
    Comment by shuth
    2006-09-22 11:49:17

    he.. he.. RM50k tak cukup zul… 2 kali ganda pun tak cukup.. paling kurang pun 4 kali ganda.. lebih2 lagi keadaan ekonomi yang sedang menuju kepada kelembapan sekarang nie.. Smile

     
    Comment by BAGAK
    2006-09-22 12:21:26

    Jangan pecat boss anda, kerana anda akan menyesal.
    dapatkan momentum yang sesuai untuk sebelum berhenti kerja.
    momentum=pendapatan yang sesuai

    tapi kalau anda mmg dah kerja dengan kompeni IT dan 24 jam online, itu dah kira bisnes sambil bekerja atau atau cari makan semasa rezeki dah di depan mata Smile tak payahlah berhenti kerja.

     
    Comment by smartzul
    2006-09-22 12:35:35

    Shuth, ok, 50,000 x 4 = 200,000. Nanti saya bagi cek kat shuth yer.. Cek tendang.. tendangan maut punya.. LOL hehe.. Gurau jer..

    Hmm, ia depends pada keadaan seseorang. Pengalaman saya, kita kena pandai urus wang dan kena berani survive. Contohnya saya, i’m bujang man. Tak makan 3 hari pun takper. Razz hehe.. Tapi kalau yang dah kawin tu, jangan laaa pecat bos anda, nanti nak bagi makan apa kat anak dan isteri.. Wink

     
    Comment by meon
    2006-09-22 12:42:51

    saya setuju…dulu saya pernah rasa 3 bulan takde income masuk..3 bulan je, itupun dah separuh mati so jgn ambil langkah terburu-buru. Ingat - ‘Langkah Pendekar’ langkah yang bijak,berhati2,mantap dan mendatangkan hasil yang menguntungkan.

     
    Comment by Labanon
    2006-09-22 15:06:32

    Setuju… tp x payah laa berhenti kerja sehingga perniagaan internet anda betul-betul stabil Grin

     
    Comment by tazamfn
    2006-09-22 16:27:25

    Setuju ngan lebanonnnnn

     
    Comment by san
    2006-09-22 17:51:48

    jgn berhenti kerja,saya sekarang ni pun sedang bekerja , perancangan saya pun , kalau betul2 dah stabil, barulah saya betul2 step down.

    Dulu saya memang berfikir mcm ni,nak berhenti kerja supaya dapat fulltime dlm perniagaan Internet,tapi bila fikir panjang-panjang,lebih baik saya teruskan saja.Kerja ni pun just backup ja , tak ada backup, mcm mana nak cover itu dan ini , : ), saya sarankan juga kepada internet marketer,jgn step down lah, lainlah kalau betul2 stabil income, All the best for your “Peniaga internet”

    Comment by abdfatah
    2007-10-26 02:16:15

    kalo dah stabil barulah boleh buat fulltime bisness internet kita itu dengan jayanya sebelum anda membuat keputusan muktamad untuk masa depan diri dan keluarga anda…

     
    Comment by Han
    2007-10-26 10:38:42

    kalau tak berhenti kerja dapat 2 income…hehe..
    dari kerja satu dari perniagaan internet satu…
    kan bagus tu dapat 2 income…
    kalau dah dapat rm10000 sebulan tu untuk perniagaan internet, memang boleh berhenti kerja sangat lah untuk kembangkan lagi perniagaan internet tu…

    han

     
     
    Comment by fai
    2006-09-22 20:05:14

    Kerja jgn tak kerja ye..

    Err saya tgh cari kerja tp kerja plak xnak kat saya.. He he.. Smile

     
    Comment by SmartZul
    2006-09-22 20:15:02

    Saya pulak akan tetap full time internet marketer? Smile InsyaAllah. Doakan saya agar dapat rezeki yang murah dan kawin cepat.. hohoho… Wink

     
    Comment by sham
    2006-09-22 20:44:29

    Hehehe..pecat bos?..saya penah..

    Comment by abdfatah
    2007-10-26 02:14:38

    selalu jugak pecat boss. soalannya anda kena pecat atau anda yang pecat boss? eh saya berhenti kerja bukan kena pecat… bermakna anda yang pecat boss anda untuk berhenti kerja…

    Comment by Han
    2007-10-26 10:41:17

    em?
    pecat bos?
    pelik juga tu…hehe…
    mungkin sham berhenti kerja selepas belasah bos kot…hehe…

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by muhdmuax
    2006-09-22 22:36:42

    Bang zul, ami sini aku cari kan , kak sedara aku ramai tak pun kak kat sekolah ngan U kat USM tuh pun boleh, ko nak yang pendidikan camner? hehe,

     
    Comment by fai
    2006-09-22 23:35:54

    Ohh.. Sorila.. Jangan salah faham maksud saya cari kerja tadi ye..

    Maksud saya, saya nak cari kerja kat internet ni.. He he.. mcm usahawan internet sepenuh masa la.. Kalau nak buat kene spenuh hati..

    Btul zul?? He he.. Nak jadi mcm zul, usahawan internet sepenuh masa.. Itulah saya..

    PS: Err.. akan datang saya akan ceroboh market international tp projek lps raya.. he he.. Thanks zul..

     
    Comment by smartzul
    2006-09-23 02:41:16

    hohoho Muax, satu tawaran yang baik tu.. LOL Kim salam jer lah kat dia orang.. Wink

    Fai, good luck dan baguslah. Saya suka orang yang berani hadapi cabaran. Smile

     
    Comment by cikgubiz
    2006-09-23 08:59:38

    Mesti smartzul dah ada buah hati tu….. muax.

     
    Comment by muhdmuax
    2006-09-23 12:44:17

    kirim salam, diorang pun tak kenal abng , nanti apa saya nak bagi tau, oh camni ” Kak bakal Jutawan Internet kirim salam kat kak, nama di Zul, “

     
    Comment by muhdmuax
    2006-09-23 12:45:57

    Buah hati, eh Zul ni ada buah hati ker, cepat cepat skit kahwin , bang Zul nih umur baper?

     
    Comment by suhaimy
    2006-09-23 23:47:28

    salam,

    berapa yang perlu backup ni….bergantung pada seorang…kalau jenis lasak 50k dah cukup.Tapi kalau banyak hutang,tanggungan 200k pun tak cukup.Lagi satu backup tu pastikan sumbernya berkat dan halal.Kalau sumber tak menentu lama2 habis juga.

    memang nak buat keputusan berhenti tu sukar juga.Sebab orang melayu macama aku ni memang syok terima gaji bulan2.Tapi kalau dah nekad dan pasti boleh pergi.. teruskan.

    Comment by abdfatah
    2007-10-26 02:12:10

    sediakan modal yang secukup rasa sebelum anda berhenti. tatkala anda berhenti bermakna anda telah siap sedia untuk berdepan dengan segala ujian dan rintangan yang bakal melanda… gaji dah takder kerja jugak takder… yang tinggal hanya modal yang boleh digunakan dengan sebaik mungkin…

    Comment by Han
    2007-10-26 10:45:07

    azizi ali cadang kan income untuk 3 bulan baru boleh berhenti kerja…
    tapi saya rasa masih tak cukuplah…
    sebab perniagaan internet ni bukan mudah…
    yang penting rancang dulu apa kita nak buat tu…
    baru fikir2 kan…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by fatah
    2006-09-24 11:10:08

    kerja? kerja kejap berhentiii… pastu kerja balik… berhenti… kerja semula… alihnya tak buat apa2… wehwhhee

    Comment by abdfatah
    2007-10-26 02:08:19

    tak kerja bermakna tak ada gaji laa… huhuuu

    Comment by Han
    2007-10-26 10:47:06

    kerja berhenti kerja pula…
    ni macam orang kaya je…
    suka2 dia je nak berhenti…hehe
    yang penting jangan menyusahkan orang pula…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by azizi
    2006-12-31 14:29:13

    assalamualaikum,
    hmm pandangan awk tu bagus tp saya ada yang lagi bagus.saya nak cari pelabur yang ingin melabur duit mereka. . *komen terpaksa di-edit kerana mengandungi unsur splogs (spam blogs). Smile

     
    Comment by sifuu
    2007-01-01 20:13:46

    azizi, kami kat sini tidak akan melibatkan dalam pelaburan yang sangat2 meragukan kesahihannya. kalau nak melabur, melaburlah pada yang benar-benar di sahkan oleh kerajaan dan halal. dah banyak pelaburan halal di malaysia ni. janganlah kita selalu bermentaliti hendak cepat kaya sahaja. biarlah kita bersusah payah dahulu, baru kita rasa puas dan merasai keberkatan duit yang kita dapat…coz jika hasil yang kita dapat tidak berkat, sampai bila2 dan banyak mana pun kita x rasa cukup Smile

    Comment by abdfatah
    2007-10-26 02:09:49

    di sini bukan tempatnya untuk membuat iklan percuma dengan pelaburan yang entah apa-apa… beri perhatian kepada topik lagi bagus… menarik dan tertarik…

     
    Comment by Han
    2007-10-26 10:51:19

    sini memang bukan tempat buat iklan…
    kalau buat spam zul memang delete terus tu…

    han

     
     
    Comment by smartzul
    2007-01-08 04:37:09

    Wa’alaikumussalam Azizi.

    Hehe, en Azizi, komen anda terkategori sebagai spam, maaflah saya edit. Smile

    sifuu, betul tuu.. Wink

    PS. Nak berikan komen, kena berkaitan dengan topik. Grin

    Comment by Han
    2007-10-26 10:52:43

    zul, ni azizi mana ni?
    azizi ali ke?

    sifuu betul tuu…maksudnya azizi ali ke?

    han

     
     
    Comment by abdfatah
    2007-10-16 14:07:19

    kerja? kenapa perlu berhenti sedangkan kerja perlu diteruskan seperti biasa untuk menampung keperluan harian yang sentiasa meningkat. kalo dah berhenti kerja memang duit gaji anda akan terputus secara tak langsung sedangkan perniagaan yang anda ingin bina belum stabil dan kukuh…

    kalo dah kukuh baru laa boleh berhenti kerja dan buat secara sepenuh masa. jika tidaknya anda akan kerugian lantaran berhenti kerja tatkala masa yang tidak sesuai…

    Comment by Han
    2007-10-16 17:13:30

    kalau perniagaan dah stabil,
    memang tak salah kalau berhenti kerja…
    kalau berhenti kerja, mungkin boleh mengembang lagi perniagaan kita…

    han

     
     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins