Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Kenapa SAYA Tumpu Pasaran Malaysia.. SAYA, bukan ANDA :)

16 09 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Satu persoalan yang sentiasa berlegar-legar dan berpusing-pusing di kotak fikiran orang Malaysia terutama yang baru ingin memulakan perniagaan internet adalah, nak masuk market mana? Malaysia (tempatan) atau antarabangsa?

Nak kata ini satu isu, tak juga, nak kata ia satu benda remeh, tak leh jugak, nak kata ia benda mudah, ermm, tak mudah jugak. Tak per tak per, kita bincang sama-sama.

IMHO (in my humble opinion), kita wajar merebut kedua-dua pasaran ini. Itu sahaja jawapan mudah saya. Nanti saya tulis jawapan panjangnya yer.

Berbalik kepada topik, mengapa SAYA tumpu setumpu-tumpunya kepada pasaran Malaysia? Untung banyak sangat ke Zul?

Ok, bab untung banyak ke tak, kita bincang di lain kali, cuma saya ingin nyatakan pasal SAYA atau SMARTUSAHA. Wujudnya blog smartusaha.com ini bukanlah untuk menjana pendapatan, sebaliknya ada matlamat dan harapan yang BESAR.

“SAYA NAK BANGUNKAN INDUSTRI INI”

Hampir setahun saya ber-blog, memberikan informasi, sedikit teknik, dan banyak motivasi, saya tak ada lah buat income dengan smartusaha.com ini. Kalau ada pun, just dari program affiliate yang dapat saya guna untuk re-invest atau guna semula untuk support blog ini agar terus hidup dan bernafas.

Matlamat saya besar, saya nak orang-orang Malaysia sedar akan industri ini, bukan hanya dari sudut menjadi usahawan internet itu MALAH dari aspek pengguna itu sendiri. Kita perlu memberikan banyak lagi info kepada rakyat Malaysia mengenai pembelian melalui internet dan kita tidak hanya boleh menumpu kepada keusahawanan internet sahaja. Itu yang saya perhatikan bahwa selama ini kita banyak bercakap dan menulis mengenai buat duit di internet TAPI sikit sekali menulis untuk pengguna. Smile

Jadi, saya di smartusaha bukan hanya ingin mewujudkan barisan usahawan internet yang berjaya, malah saya juga ingin pastikan orang Malaysia sedar akan cara mudah membeli barang hanya melalui internet. Jadi, saya seru juga kepada anda yang mempunyai blog, tulislah sesuatu yang dapat menggalakkan rakyat Malaysia membeli barang secara online. Kesannya, industri perniagaan internet termasuk kuasa beli rakyat Malaysia di internet akan meningkat, insyaAllah.

Anda perlu tahu, masih ramai rakyat kita takut untuk membeli di internet walhal beribu-ribu bahkan berjuta pengguna online setiap hari. Tetapi kenapa mereka tidak mahu membeli secara online? Alasannya keselamatan (security) dan takut ditipu. Maka, kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyedar dan meyakinkan mereka.

Kembali kepada tajuk, saya di smartusaha ingin sedikit sebanyak memberikan sumbangan kepada industri ini di Malaysia dan sebab itulah kenapa saya menumpu 80% pasaran Malaysia. Saya nak push the market.. Saya tak mahu program scam, skim piramid dan seumpamanya melebihi atau lebih maju daripada perniagaan internet yang sebenar.

Hanya masa yang akan menentukan bila kuasa beli pengguna internet di Malaysia akan meningkat dan tinggi. Kita yang sudah ada pengetahuan dan kesedaranlah yang perlu memberikan ’suntikan’ kepada mereka, dan yang mendapat manfaatnya adalah kita juga sebagai usahawan internet.

Pendek ceritanya, jangan hanya tahu menjual, tapi kita juga perlu mendidik rakyat Malaysia menjadi pengguna yang bijak membeli di internet. Smile

PS. Kenapa saya? Kenapa bukan anda? Maksudnya, terserah kepada anda nak masuk mana-mana market pun. Setiap orang ada citarasa dan kehendak sendiri. Wink hehe.. Saya, ada plan sendiri, anda pula? Tanya diri-sendiri…

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Pasaran Tempatan Vs Pasaran Global
  • Perniagaan Internet : Pasaran Malaysia VS Pasaran Antarabangsa
  • Jom Main Bola Sepak!
  • Pasaran Ebiz Tempatan Perlahan | Bayaran Komisen
  • Local Market Vs International Market
  • Video Percuma Tanpa Sebarang Kos!
  • Hakikat Extra 1: Kenapa Tak Ramai Orang Malaysia Membeli Produk Anda?
  • Ke KL Selama 3 Hari + Bengkel Perniagaan Internet
  • Mengapa Saya Masih Belum Berjaya? - Siri II
  • Di Manakah Mereka Menghilang??

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    8 Comments »

    Comment by mohdismail
    2006-09-16 01:36:55

    mungkin..mungkin satu hari nanti kita boleh buat sesuatu untuk bangunkan industri ini bersama..mungkin..tunggu saja

     
    Comment by linn_comel
    2006-09-16 09:57:21

    Alhamdulillah, teruskan niat murni anda. Semoga berjaya.

     
    Comment by aku
    2006-09-16 12:54:45

    secara peribadi, aku menghargai jasa baik zul.

    keep up your good work!

    Semoga Allah bersama-sama kita mewarnai industri ini.

     
    Comment by ako98
    2006-09-16 12:57:20

    Tahniah!! Teruskan semangat tu. Sama-sama kita usaha.. kengkawan lain, jangan la tompang2 je..jom la sekali bangunkan industri ini.

     
    Comment by BAGAK
    2006-09-16 14:34:51

    Walaupun penulisan di blog saya tidak sehebat zul, tapi matlamat kita tetap sama. Memberi kesedaran kepada pembaca Bahasa Melayu yang berada di sekitar Nusantara.
    Blog saya juga tidak menghasikan pendapatan(macam NGO), tetapi cukup bermakna bagi saya sendiri bila sehari saya boleh hasilkan satu post dan di baca oleh kawan2 semua.
    Kita teruskan usaha ini bersama.

     
    Comment by Azahari
    2006-09-16 15:01:15

    Syukur ada anak bangsa kita fikir camtu.Saya pun baru nak berjinak-jinak dengan blog.Tapi setakat ni belum aktif lagi.Baru mencuba-cuba je.Tak rugi kita berkongsi ilmu dengan orang.Terukan usaha begini. Smile

    Salam Usahawan!

     
    Comment by hasrul
    2006-09-17 21:55:36

    tahniah zul…. sama-sama kita bangunkannya.

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-20 01:23:49

    dua-dua pasaran mempunyai potensinya yang tersendiri jika anda mahu kaut keuntungan yang berlipat-kali ganda di samping kepentingan ilmu yang berguna kepada ramai orang…

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: