Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Tak ada kad kredit? Ruginya…

12 08 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Ops, saya betulkan balik tajuk tu, tak rugi jika anda tak ada kad kredit, malah lebih bagus jika anda seorang yang tidak dapat mengawal perbelanjaan seharian. Tetapi, untuk menjadi usahawan internet yang global, anda perlu mempunyai kredit kad. Apa? Tak mampu? Tak layak? Tak berani? Berisiko tinggi? Hehe, samalah saya pun. Maka, apa penyelesaiannya?

Tidak lain dan tidak bukan, kad debit adalah penyelesaiannya. Di tulisan ini dan di tulisan akan datang, saya akan kongsi mengenai hal ini dan apakah tujuan ianya dipakai bagi kita sebagai usahawan internet. Bagaimana memohonnya dan perkara berkaitan.

Secara mudah, kad debit atau kredit amat penting kerana di luar sana pelbagai peluang yang anda boleh dapatkan serta memerlukannya bagi aktiviti keusahawanan anda. Nak tak nak, anda perlu ada salah satu jenis kad ini. WAJIB!

Sebelum saya menulis panjang, saya ingin bertanya dua soalan.

1. Adakah anda mempunyai kad debit atau kad kredit? Jika tak ada, kenapa? Tak tahu nak mohon? Modal? Belum bersedia?
2. Apakah pendapat anda mengenai kepentingan mempunyai kad ini?

Atau berilah apa-apa pendapat pun.

Jumpa di tulisan seterusnya nanti. :)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Ebook Percuma : Panduan Pengaktifan PayPal
  • Buat Duit Dengan Ebook
  • Modal Percuma Pengiklanan PPC - Artikel 2
  • Modal Percuma Pengiklanan PPC - Artikel 1
  • Blook?
  • Hakikat Extra 1: Kenapa Tak Ramai Orang Malaysia Membeli Produk Anda?
  • Giliran Anda Pula Menulis!!
  • Langkah Pertama Perniagaan Internet!
  • Cara Alternatif Keluar Duit Dari Paypal
  • Chapter-M : Penyelesaian Paypal dan ClickBank

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    13 Comments »

    Comment by cikgubiz
    2006-08-12 07:18:57

    Kad debit apa yang bagus smartzul?

     
    Comment by Labanon
    2006-08-12 10:37:50

    Ya memang bagus cadangan tu.. walaubagaimanapun bro zul saya masih x dapat memohon kad debit itu megapa ekk??Sapa leh teka??

     
    Comment by sham
    2006-08-12 14:10:06

    Kad kredit lebih baik takde jika tak mampu..Mampu yang saya maksudkan ialah mampu untuk menguruskannya..Maybe kita boleh dapatkannya,tapi mampukan kita menguruskannya?

    Sama² kita renungkan..

     
    Comment by smartzul
    2006-08-12 14:48:52

    Saya lebih preferkan BCB Smartcash debit card dan Public Bank debit card.

    Labanon, kena cukup umur 18 dulu. ;)

    Betul sham, bagi saya cukuplah kad debit.

     
    Comment by sham
    2006-08-12 17:31:17

    Satu kelebihan Kad debit,kalo orang nak caj tapi dalam dia takde duit..dia akan jadi error,jadi diorg tak dapat caj..saya penah kene..Saya guna untuk bayar PPC,saya dah stop promotion PPC..tapi dia nak caj lagi..nasib baik ada skit je..Pastu dia dok hantar email,CC problem…saya wat tak tau jela..

    Bile statement sampai,tinggal RM25 dalam tu..apa lagi,cepat² p tutup akaun PPC tu..Kalo Kad Kredit,entah banyak mana dah kene tu..

     
    Comment by linn_comel
    2006-08-12 17:57:50

    tak yah lah..buat credit card, belajar2lah jd free debt people..rasa-rasanya internet biz ni mmg blh jadikan kita free debt. Guna jer debit card, katakan tidak pada credit card

     
    Comment by Labanon
    2006-08-13 00:23:51

    Wah……. memang pro betul SmartZul sekali teka jer dah kena… jd umur mesti cukup 18thn :D

     
    Comment by cjcm
    2006-08-13 09:46:54

    Debit card is the way to go. Tapi saya sebenarnya belum ada debit card ni, insyaallah nanti nak apply one from Public Bank.
    Saya selalu guna Maybank2u transfer untuk local sites yang menerima Maybank2u. Kalau overseas purchase, pakai kad kredit. Bila dah ada debit card, will start using debit card.

     
    Comment by robotys
    2006-08-13 13:42:24

    Owh, BCB pun ader debit card eh?! Kener apply nih. Tak sabar nak baca next entry.. err smartusaha, tulislah cam ner nak apply BCB SmartCash tuh.. :)

     
    Comment by Zack
    2006-08-14 15:42:06

    okey, tunggu info seterusnya dari Zul…
    setakat bankcard BCB tu ada la…
    tp, saya rasa kad kredit pun penting juga utk mereka yg nak buat bisnes online ni…

     
    Comment by Zack
    2006-08-14 15:51:01

    pd saya, untuk buat bisnes online ni, kad kredit memang penting jugak…
    sebab ada software atau apa² benda yg perlu kita beli, tak menerima Paypal, e-Gold dll…

     
    Comment by Faliq
    2006-08-14 16:29:19

    Akum, kad debit ni byk kelebihannya terutamana bagi golongan student, yang penting 18 thn ke atas …cara nak apply? hehe..pegila mana2 kaunter BCB n tanya “bang, nak apply smartcash mcm mane yer?”…and buat muka kesian….semudah tu la rasenye.Dlm buku RBDDI ade menerangkan kelebihan kad debit berbanding kad kredit ni..satu penyelesaian yg bgs bagi golongan tak bekerja tetap untuk menceburi bidang perniagaan internet.

     
    Comment by Awie
    2006-08-19 20:38:19

    Assalamualaikum ,
    Siapa belum ade kredit kad tetapi berhajat untuk mendapatkannya ? saya syorkan anda mencuba Kad Bank Islam…!!!
    Kad Bank Islam adalah Kad Kredit Pertama yang merupakan 100 % berlandaskan hukum & ketetapan shariah , ditawarkan khas kepada pemohon yang beragama Islam dan juga yang bukan Islam……

    http://kadkreditbankislam.blogspot.com/

    Wassalam

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: