Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

SmartUsaha Bukan Pesaing Anda

23 08 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

* Tajuk kali ini adalah untuk usahawan internet Malaysia, namun yang belum jadi usahawan internet pun boleh baca juga..

Satu pendapat peribadi yang panjang, dari orang yang biasa-biasa jer.. Wink

Di dalam perniagaan, pesaing dianggap sebagai ‘musuh’ anda. Hakikatnya yang sebenar, pesaing bukanlah musuh kita sebaliknya merekalah salah satu faktor yang meningkatkan usaha kita di dalam memajukan bisnes. Merekalah sahabat dan orang yang benar-benar buatkan kita terus berusaha untuk mengekalkan perniagaan kita.

Lainlah jika kedatangan mereka dibawa bersama dengan fitnah, tuduhan, sindiran tidak membina dan lain-lain, maka terserah kepada anda untuk meletakkan mereka di dalam golongan yang mana. tetapi, nak tak nak anda tetap perlu menghadapi mereka agar perniagaan anda terus mantap dan kukuh. Jahat atau baik mereka itu, anda tetap perlu menghadapai mereka.

Namun, saya di smartusaha, tidak pernah menganggap usahawan internet lain sebagai pesaing dari segi kemajuan diri, agama dan bangsa, tetapi di dalam konsep berniaga, anda tetap pesaing saya. Yang penting kita kena bersaing secara sihat dan jauhi daripada mengata-ngata orang tu tak bagus atau mengangkat-angkat diri sendiri. Lama-lama nanti orang akan muak dengan kita walaupun kita berniat ikhlas.

Di smartusaha, dari awal lagi saya meletakkan objektif untuk mahu bersama-sama dengan usahawan internet yang lain membina kejayaan pada diri sendiri DAN dalam masa yang sama membantu agama dan bangsa maju. Jika kita di kalangan usahawan sendiri bertikam lidah dan tuding menuding, bagaimana untuk melahirkan mereka yang lain sebagai usahawan internet yang sebenar? Di tulisan saya yang lepas, saya ada menyatakan bahawa usahawan yang sebenar bukan hanya dilihat pada keuntungan yang dijana, tetapi pada dalaman juga. Jika dalaman kita penuh atau ada ciri-ciri yang tidak bagus seperti dengki, berkata tidak benar, memfitnah, bercakap belakang, bertindak dan berkata tanpa analisis dan fakta, terburu-buru, dan lain-lain, maka adakah kita layak dikatakan usahawan yang sebenar? Ya, kita adalah manusia biasa, tetapi bagaiamana jika ia sering diulang-ulang walau kita tahu ia salah? Maka alasan manusia itu lemah mungkin sudah tidak boleh diguna-pakai.

Kepada usahawan internet Malaysia, marilah kita bergabung tenaga, saling bekerjasama antara satu sama lain. Jika sebelum ini ada terluka hati di antara satu sama lain, maka saya rasa jalan terbaik adalah bermaaf-maafan. Orang kata, belajar daripada kesilapan. Maafkanlah kesilapan pertama orang yang ‘melukai’ hati kita. Buang yang keruh.. Namun jika ada persoalan peribadi, maka ia adalah peribadi, yang penting adalah industri ini. Asingkan pendapat atau pegangan peribadi dan jangan jadikan ia sebab untuk anda tidak mahu bekerjasama di antara satu sama lain.

Apa yang saya perhatikan sekarang, kebanyakan usahawan internet di Malaysia lebih suka bergerak sendiri-sendiri. Jika menceritakan sesuatu pun, hanya menceritakan kejayaan atau berita terkini yang berkaitan dengan diri-sendiri. Susah betul untuk menceritakan kejayaan usahawan internet yang juga saudara kita bukan? Ketahuilah, tidak rugi untuk anda berkongsi-kongsi cerita kejayaan. Smile Sebaliknya apa yang saya perhatikan, kita sering menceritakan kejayaan orang-orang luar. Fuuh, kalau nak senaraikan memang banyak sekali. Tapi, usahawan internet di Malaysia pun tak kurang juga ada yang hebatnya. Dulu, saya ada senaraikan usahawan-usahawan internet yang telah berjaya dan berpengalaman. Antaranya adalah seperti Kidino, Saifulsham, Dr Irfan Khairi, Zamri Nanyan, Cikgu Fairuz dan lain-lain lagi. Tapi, kita jarang mendedahkan diri mereka bukan? Itu hanya satu contoh apa yang saya perhatikan. Kontadiksi daripada apa yang saya perhatikan adalah, kita yang mahu diangkat-angkat oleh orang ramai TETAPI kita tidak mahu ‘mengungkit-ungkit’ perihal orang lain yang boleh memberi manfaat yang besar kepada orang lain.

Antara lain ‘kesalahan’ yang saya perhatikan (juga pernah dilakukan saya dahulu) adalah begitu cepat kita menganggap negatif kepada usahawan yang lain. Jika ada sedikit kepelikan kepada mereka, kita terus menganggap negatif. Ya, jika mereka betul-betul salah, pertamanya, JANGAN terus percaya pada tanggapan pertama kita. Langkah pertama adalah, hubungi mereka samada melalui emel atau telefon. Tanya mereka apa yang anda musykil. Bukan terus menyebar-nyebarkan aib mereka. Inilah satu kesilapan yang pernah saya lakukan.. Jadikan ia pengajaran. Jika mereka betul-betul melakukan kesalahan (seperti skim cepat kaya) dan tidak mahu menerima pendapat dan nasihat kita, maka memberitahu orang lain itu sudah menjadi tanggungjawab kita untuk kebaikan bersama.

Berbalik kepada topik, wujudnya saya di dalam bidang ini bukanlah untuk bersaing dengan sesiapa dari segi konteks untuk kepentingan diri sendiri, tetapi sebaliknya saya mahu bersama-sama dengan anda semua bagi menjayakan diri sendiri DAN di antara satu sama lain.

Persoalan yang mungkin bermain di fikiran anda adalah: Bagaimana cara bekerjasama itu? Buat satu projek dan kongsi keuntungan? Tidak semestinya hanya itu, banyak lagi yang boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Mungkin anda tahu apa yang boleh dilakukan dalam bentuk kerjasama itu selagi mana ia tidak merugikan perniagaan anda. Wink

“Bisnes tetap bisnes, kawan tetap kawan”, kata-kata ini akan betul atau tidak bergantung kepada keadaan. Anda boleh fikirkannya sendiri.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Kriteria Usahawan Internet
  • Perniagaan Internet: Teknik Mudah Idea Produk
  • Rahsia Usahawan Berjaya..
  • Bisnes Ikut-Ikut + Tiada USP + Tak Buat SWOT
  • Kawan, Pesaing dan …… + Profesional + Selisih Pendapat
  • Tiga Tanda Orang Yang Berjaya
  • ‘Curi Cara Mereka…’
  • Tadaaa… Saya sekarang berada di konvensyen SaifulSham..
  • Kenapa Pelancaran Sistem EzSurvey Ditunda? Dan Lagi Mengenai Pakej Rahsia 10K.
  • Faktor Daya Tahan Emosi Usahawan Internet

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    17 Comments »

    Comment by Zack
    2006-08-26 16:33:56

    ada pesaingan bari menarik!!!

     
    Comment by Abdul Rahman
    2006-08-26 16:34:43

    Memang, memang hebat artikel ni. Tahniah diucapkan sebab buat artikel sebegini hebat. Semoga maju jaya. Smile (Tak tau nak cakap apa lagi)

     
    Comment by anas
    2006-08-26 17:27:46

    Persaingan yang sihat bermaksud… tak de penyakit (hati), kalau ada, carilah ubatnya. Kena cari ke? ya, wajib…Di mana?..dalam rumah kita pun boleh, masjid lagi baik. Macamana? Berdoa dan belajarlah? Belajar apa? Tauhid dan Tasauf

    …hmm boleh kot..

     
    Comment by alhafiz3d
    2006-08-26 17:39:20

    Payah nak cakap pasal hal ni. Takkan nak kata bangsa pulak kan..
    Pada saya, tak salah bekerjasama dengan sesiapa sahaja..
    yang penting kena berfikiran terbuka.. jangan berfikiran tertutup..

     
    Comment by Labanon
    2006-08-26 17:56:22

    Ya…ya… but “No Friends In Business”

     
    Comment by BAGAK
    2006-08-26 22:06:59

    pertama - templete blog memang menarik. tahniah!

    kedua - sikap usahawan di malaysia masih boleh diubah/ berubah
    kerana kita semua masih baru dan muda. Jangan lupakan yang utama, niat berniaga bukan untuk berlawan tapi mencari makan secara halal dan berkat.

     
    Comment by linn_comel
    2006-08-27 04:56:52

    Yang paling penting..jauhkan dari sikap Hasad Dengki, itulah asas kepada masalah ..yang betul2 patut dijauhi

     
    Comment by Galadriel
    2006-08-27 06:27:27

    Saya perhatikan dikalangan internet marketers di luar negara ramai yang bekerjasama diantara mereka walaupun mereka competitors. Mereka saling tolong-menolong promote e-book, software, seminar masing-masing dan juga beri support. Sebagai contoh, adakalanya Mike Filsaime akan bagi testimonial support untuk product John Reese, dan John Reese pula akan buat teleseminar bersama Mike pula pada kemudian hari. Yelah, sebenarnya komuniti kita ni, walaupun semakin berkembang, masih baru lagi dan kita kenalah saling sokong-menyokong dan bekerjasama. Kita di Malaysia lagilah banyak cabaran kerana memang baru lagi bagi kita dan juga masalah-masalah fraud dan mistrust yang sering dikaitkan dengan negara asia. Kita juga ketinggalan berbanding dengan negara seperti India, Korea dan China yang semakin agresif menerokai bidang Internet Marketing.

     
    Comment by smartusaha
    2006-08-27 15:21:26

    Yup, itulah maksud saya bahawa, ada persaingan lagi bagus. Itu yang akan menyebabkan kita lebih usaha. Tapi dalam bab lain seperti kita dalam satu agama dan bangsa, maka kerjasama jangan dilupakan. Wink

    PS. Tengah letih lagi, baru balik dari Kuantan. Badan pun masih berbisa..

     
    Comment by Tuah Emas
    2006-08-27 17:19:47

    persaingan bagus utk memajukan biz sendiri. Tanpa persaingan, kualiti biz kita rendah. So, jgn bunuh pesaing anda. Berikan mereka sebahagian peratus pasaran. Rezeki amat byk.

    Jgn ske buat biz monopoli mcm kes korporat besar kat negara kita. Kualiti produk & servis terus pun buat derk aje…

    p/s: tensen dgn kualiti broadband kat Malaysia

     
    Comment by tazamfn
    2006-08-27 20:30:27

    Ya apa yang berjaya untuk kita mungkin tidak sesuai kepada orang lain begitu juga kejayaan oarng lain maybe tak sesuai untuk kita….

     
    Comment by smartusaha
    2006-08-27 20:47:55

    Tul tu Tuah Emas, agak-agak bilalah nak wujud company ISP yang lain yer.. Wink

     
    Comment by Sabri SaifulSham
    2006-08-27 23:14:54

    hehe…

    Saya tak tau la nak kata camner, tapi kdg2 kita yang kecil2 ni malu juga, takut di kata nak tumpang glamer, hidung tak mancung pipi tersorong2… dll.. Kalau sesama kita yang dah kenal2 selalu juga berhubung, tak gitu Zul? Wink

    Tapi kalau nak buat secara besar-besaran, kena ada yang start. Insyallah, SaifulSham terbuka dalam hal ini… : )

     
    Comment by smartzul
    2006-08-28 00:45:38

    hehe.. saifulsham kecil ke? Saya lagi lah kecil-kecil sangat berbanding saifulsham. Smile InsyaAllah, benda-benda macam ni take time.

     
    Comment by walikard
    2006-08-28 14:24:45

    Zul, saya bersetuju dengan apa yang zul cuba bawakan…kawan tetap kawan, business tetap business…mungkin dengan usaha para IM especially yang berbangsa Melayu boleh menghakis sifat PhD yang tertanam sejak sekian lama dalam diri masyarakat kita. Alhamdulillah, sekarang pun lebih baik, taklah macam dulu…jadi, kita tambah baikkan lagi…IM agen perubahan Smile

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-07 14:39:35

    kalo takder saingan mcam mana nak tingkatkan kemajuan? asyik duk takuk lama je setiap hari? persaiangan yang sihat memang menguntungkan… jadikan saingan sebagai pemangkin ke arah kemajuan diri sendiri…

    Comment by Han
    2007-10-07 18:53:26

    saya setuju dengan abdfatah…
    takde pesaing maknanya takde peningkatan atau kemajuan…
    kalau ada pesaing lebih mencabar…

    han

     
     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: