Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Bertemu Dengan Usahawan Internet Malaysia..

29 08 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Menjadi satu impian dan kesukaan saya untuk bertemu dan berkongsi pandangan bersama dengan usahawan-usahawan internet Malaysia. Selama ini saya hanya menanamkan impian sahaja, tetapi sekarang sedikit demi sedikit beberapa cita-cita sudah tercapai.

Apabila kita berjumpa dan berkongsi idea, pendapat dan berbincang dengan usahawan lain, diri kita akan semakin bersemangat umpama bateri yang baru dicaj. Itulah yang berlaku kepada saya. Bermula dengan bertemu saifulsham pada seminar mereka, kemudian bertentang mata dengan Osman Affan, Dr Irfan Khairi dan Shuth Wangcyber di bengkel 3 dalam 1, dan yang lepas betemu dan bergabung tenaga dengan Sham RajaAdsense.

Sukar untuk mempercayai, tetapi itulah hakikatnya. Jika kita banyak bersabar dan jelas dengan matlamat serta kemahuan kita, kita akan mencapainya. Walaupun diri saya terasa begitu kerdil berbanding mereka yang lain, tetapi perasaan itu saya lontar jauh-jauh kerana untuk berjaya kita perlu berani melakukan sesuatu yang selama ini kita takut. Jangan jadi seperti anjing yang takut bayang-bayangnya sendiri.

Berbalik kepada topik, menjadi satu impian saya untuk berada sebaris dan sepentas bersama dengan mereka yang telah berjaya dan menempa nama di persada bidang keusahawanan internet. Bukan tujuan untuk terkenal, mengejar populariti atau lain-lain tujuan yang tidak sihat, sebaliknya apa yang saya mahu adalah erti kejayaan itu sendiri. Jika anda bertanya apakah tahap kejayaan saya sekarang, suka saya berterus-terang tanpa berselindung, pendapatan saya di internet tidaklah sampai berpuluhan ribu, tetapi bolehlah digunakan untuk menyara kehidupan seharian.

irfan khairi smartusaha

Saya dan Dr Irfan, di bengkel 3dalam1

shuth smartusaha

Shuth WangCyber (Suhaimy) yang memang sempoi gitu.. ;)

saifulsham smartusaha

Saya dan Sabri Saifulsham di seminar saifulsham

saifulsham

saya, syazwan, jimmy dan sabri

cheapestcovers smartusaha

Bersama team cheapestcovers.com di seminar saifulsham Julai 2006

osman affan

Bersama Osman Affan 3dalam1 di seminar saifulsham Julai 2006

rajaadsense smartusaha

Bersama Sham RajaAdsense

Jika anda melihat saya ke sana ke mari, ke bengkel itu dan ini, saya mengamalkan prinsip menuntut ilmu sampai ke mati. Semua mereka yang ada sekarang seperti saifulsham dan Dr Irfan adalah guru saya. Banyak yang telah saya pelajari daripada mereka. Walaupun saya sendiri sebagai usahawan internet, soal persaingan di antara satu sama lain saya jadikan perkara kedua, sebaliknya persahabatan, kerjasama, itu yang saya utamakan.

Setelah bertemu dengan beberapa usahawan internet Malaysia yang berjaya, diri saya kini semakin mendapat rentak tersendiri di dalam bidang ini. Inilah bidang ataupun medan perjuangan saya… Masih ramai lagi yang akan saya temui dan menjadi satu habit orang-orang yang berjaya untuk bertemu dengan mereka yang telah berjaya. Saya juga mahu begitu. Sesungguhnya bertemu dan bergaul dengan orang berjaya dan berfikiran +ve akan memberikan caj +ve juga kepada kita.. Diri kita akan terus bersemangat, kental dan tidak mudah putus asa. Malah komuniti atau rangkaian kita akan terus mantap dan bertambah.. Hidup kita bukan keseorangan, sebaliknya yang ringan sama dipikul, yang berat sama dijinjing.

Apalah yang saya merapu ni yer. Harap-harap tak merapulah..

Kesimpulannya, bukan saya mahu anda melakukan seperti apa yang saya buat, tetapi isi yang saya mahu sampaikan adalah:

TETAPKAN MATLAMAT YANG JELAS

Sudah ada matlamat yang jelas, pastikan anda tahu bagaimana untuk mencapainya dan seterusnya lakukan dengan sabar dan tidak berputus-asa.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 1.5 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Berjumpa Internet Marketer..
  • Matlamat Blog SmartUsaha.com
  • Apa Khabar Semua? Rindulah!
  • Kisah Usahawan dan Bakal Isterinya
  • Kemaskini Blog + Seminar
  • Kembali Dari WIMS | JV Invitation | Pertembungan Produk
  • Peluang Perniagaan Internet di Malaysia..
  • Mencuba Lebih Baik Daripada Tak Buat Apa-Apa
  • Serikandi Usahawan Internet Malaysia
  • Pasaran Tempatan Vs Pasaran Global

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    11 Comments »

    Comment by cikgubiz
    2006-08-29 21:06:24

    Wah saudara memeng hebat smartzul…. best best best.

     
    Comment by alhafiz3d
    2006-08-29 21:10:27

    bagus-bagus semua yang ada dalam gambar tu.
    semoga menambahkan semangat kepada beginer2 yang lain agar mencontohi Zul yang hensem ni.. :)

     
    Comment by fai
    2006-08-29 21:29:28

    Kesimpulannya.. Zul lg tinggi dari internet marketer yg lain.. He he..

    Saya pun rendah je.. Jalan sblah pun kena dongak.. Har Har Har

     
    Comment by smartzul
    2006-08-29 22:35:50

    Taklah, saya tak hebat. Tapi untuk berjaya, kena nuntut ilmu dengan yang dah berjaya.

    Dalam minda kita, kena ada minda yang yakin boleh. ;) Macam rakan muda lak yer..

    Saya taklah sehebat mana, tapi menjadi cita-cita saya nak berjaya seperti mereka. Namun anda, tentukan jalan dan matlamat anda. :)

     
    Comment by sham
    2006-08-29 22:43:09

    fai maksudkan yang zul lebih tinggi dari orang lain…tengok gambar² tu..cuma hafiz & najmi je yang tinggi agak sama rata..

     
    Comment by smartzul
    2006-08-29 23:23:05

    Sham, najmi dan bitol pakai kasut tumit tinggi daa…. hehehe… :lol:

     
    Comment by shuth
    2006-08-30 00:00:56

    kenapa saya kelihatan agak bulat sedikit di daam gambar tu!.. oh! tidak-tidak.. saya rasa saifulsham lagi bulat dari saya! ho! ho! ho!..

     
    Comment by fai
    2006-08-30 01:07:38

    nasib baik saya xbulat.. kalau x habis kene komen dgn shuth jgak.. he he he..

    PS: Just Kidding..

     
    Comment by Bitol
    2006-08-31 03:21:55

    Ish, patutla terbatuk-batuk bace blog ni, nama kami disebut rupenye. ;)
    Saya, Najmi, and Zul tinggi lebih kurang je, tapi kalau tengok En Tazilan ideabisnesluarbiasa, lagila tinggi :p

     
    Comment by zali
    2006-09-29 15:41:47

    Salam sejahtera tuan tuan semua’,
    Melihat dari gambar yg di onlinekan saya dapati memang ada gaya usahawan tersohor, tahniah - saya ucapkan.. kepingin saya utk bertemu dengan tuan tuan satu hari nanti utk menuntut Ilmu tahap 1 sampai 7 [ pinjam bahasa Zul ]… kalau tak mampu menuntut ILmu takat bertanyakan khabar pon jadilee… .Saya berharap satu hari nanti tuan2 semua mampu membuka sebuah gedong ILmu spt sekolah/ Universiti/IPT atau apa apa pusat utk membantu orang yg lemah dalam Internet seperti saya ini. Teknologi berkembang dgan kadar yg begitu laju sekali- spt kilat tapi Ilmunya yg sampai kepada kita[ saya ] begitu lambat sekali . Dengan bantuan tuan2 sekelian saya amat berterima kaseh… Thank U

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: