Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

“yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran..”

18 07 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Pertama sekali, betulkan jika saya salah dalam pepatah di atas. Kot-kot ada salah eja perkataan ke.. hehe.

Ok, kali ini saya ingin menyatakan sesuatu yang tak patut dilakukan oleh mereka yang ingin melakukan bisnes menggunakan internet. Kebanyakan saya melihat, tidak ada fokus. Kejap buat tu, kejap buat ini, tidak ada yang satu diutamakan. Percayalah, jika anda berterusan begini, satu sen pun susah untuk anda hasilkan. Atau sekurang-kurangnya, bisnes anda akan hidup segan, mati tak nak. Atau dalam bahasa ekonominya, graf pencapaian bisnes anda sentiasa mendatar dan terus turun tak naik-naik. Wink

Mengikut teknik yang disyorkan oleh pakar, anda perlu membina satu perniagaan internet anda dahulu sehingga berjaya, dan kemudian barulah membuka atau mewujudkan perniagaan yang lain, di samping mengekal dan meningkatkan lagi prestasi perniagaan internet yang sebelumnya. Apabila yang kedua sudah berjaya, buat yang ketiga, dan seterusnya di samping mengekal dan menambah-baikkan mutu perniagaan yang pertama dan kedua tadi.. Inilah cara yang sepatutnya anda lakukan. Barulah fikiran tidak kacau. Dan barulah anda tidak termasuk di dalam maksud peribahasa di atas.

Persoalan: Kenapa perkara ini sering terjadi terutama kepada newbie? Jawapannya mudah, tidak ada kajian dan perancangan.

Satu lagi persoalan: Mengapa tiada kajian dan perancangan?? Hehe, jawapannya juga mudah! Sebab anda tidak tahu bukan? Tak tahu apakah titik mulanya. Tak tahu bagaimana untuk bermula!!

Tambah lagi satu persoalan: Mengapa tidak tahu? Nak tahu jawapannya? Mudah jer, sebab anda tidak merujuk, membaca dan memahami.

Hmm, nak tambah satu soalan lagi boleh? Sebab apa anda tak baca? Tak merujuk yang dah berjaya (buku, bengkel, seminar..)? Jawapannya juga mudah saudara dan saudari, sebab mungkin anda tiada usaha yang bersungguh!!

Pepatah melayu mengatakan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau anda nak, usahalah. Beli buku, tanya yang berpengalaman, labur sedikit duit untuk ke seminar ( jangan labur ke tempat lain jer.. Wink ) dan rajin-rajinlah berforum seperti di wangcyber.com. Ramai internet marketer di sana sudi berkongsi ilmu. FREE lak tu. Dalam bahasa Melayu lagi.

Tapi kan, muncul pula satu persoalan lain!!

“Zul, saya dah baca banyak sangat ebook, buku, baca blog, forum, artikel, semualah! Tapi tak faham-faham. Blank. Tak tahu nak mula kat mana.”.

Aikk, sepatutnya kalau dah baca banyak, mestilah banyak ilmu dan yang tahu kan? Agak-agak kenapa yer? Apa masalah dengan dia ni? Macam-macam buku dan ebook dia baca. Tapi tak tahu nak mula pun.

Saya pun jawab kat dia:

“Awak pergi jumpa doktor pakar. Kot-kot ada kabel terputus ke dalam badan awak. Atau ada litar-pintas ke kat sel-sel otak tu…”. Haha, gurau jerr..

Jawapan yang selalu saya berikan adalah:

“Bergurulah, dan kekal dengan guru itu sehingga awak berjaya.”

“Ohh, saya tak ada duit lah nak join seminar..”.

“Ehh, jangan salah sangka lak. Saya tak suruh pun awak pergi seminar atau bengkel. Tapi pergi lebih baik. Maksud saya, rujuk sistem yang dia ajarkan. Kan awak dah beli macam-macam buku orang yang dah berjaya. Pilih satu model usahawan internet yang dah berjaya, beli buku dia, dan follow step by step. Jangan hiraukan sumber rujukan lain di peringkat awal. Lainlah kalau awak jenis yang boleh mengatur keutamaan.”.

Dalam kes di atas, contoh yang diberikan adalah dia telah dilanda penyakit information overload, atau limpahan maklumat. Perlu saya tegaskan, lain orang, lain cara. Nak berjaya, anda kena menggunakan satu formula sahaja dulu. Anda sebagai newbie, biasanya tidak akan mampu mencipta atau menggabungkan semua formula yang ada. Maka, cara yang terbaik adalah mengikut sistem yang telah dirumuskan oleh internet marketer dan buat sehingga berjaya. Punca limpahan maklumat adalah anda tidak dapat menapis dan membuat rumusan apa yang anda baca dan tidak tahu untuk meng-integrasikan dengan pengetahuan yang telah anda baca sebelumnya. Maka, berlakulah percanggahan maklumat, akhirnya anda rebah tersungkur, sehingga naik pitam. hehe.. Gurau jer. Namun, itulah punca information overload. Penyakit yang amat berbahaya.

Rata-rata buku asas perniagaan internet sudah memadai untuk anda memulakan bisnes anda terutama buku Irfan Khairi dan Saifulsham. Dan, tak cukup untuk anda membaca dan mengkaji berseorangan, bertanyalah mereka. Seperti SaifulSham, mereka siap turun padang lagi di forum wangcyber.com. Malah, siap bagi tips dan pengalaman mereka lagi di blognya. Tak cukup dengan itu, anda boleh tanya lagi macam-macam kepada mereka melalui saluran yang telah mereka berikan. Tak cukup lagi? Mereka buat follow-up lagi melalui emel newsletter jika anda mendaftar di saudagar.com.my. Semuanya FREE!! Tapi ikhlas saya beritahu, nak tahu lebih dan yang lebih secret, serta mendapat bimbingan berterusan dan berjadual, sertailah seminar mereka. Wink Kalau diaorang beritahu semua kat blog, forum, etc, habis kat seminar diaorang nak ajar apa lagi? hehe..

Oklah buat masa ni, sebenarnya tips di atas tak abis lagi. Cuma kesimpulannya:

1. Follow step / formula yang dirumuskan oleh mentor / model anda dengan baik sehingga anda benar-benar faham dan berjaya

2. Bina perniagaan internet anda satu-persatu. Jangan tamak.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Produk Sendiri Vs Program Affiliate
  • Jangan Ikut Angin!
  • AWAS! Ebook berharga murah akan tepu!
  • “Saya tak tahu.. Apa perlu saya buat?”
  • Perlukah Anda Femes?
  • Error dah settle..
  • Kenapa Wujudnya Folder Spam?
  • SmartUsaha.Com kena HAcK (2) : Siasatan
  • Info Kepada Pembeli Pakej Kit Blogger
  • Saya Bercuti 1 hingga 2 Minggu

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    14 Comments »

    Comment by RRC
    2006-07-18 20:49:07

    Post ni lah yang jadi inspirasi dan fokus saya, dulu saudara pernah kemukakan soalan ni… website yang lagi satu macam mana? hari ni saudara dah jawap soalan tu. Memang buat masa ni fokus utama kepada RRC nanti dah ok bolehlah mulakan yang lagi satu tu Smile sikit-sikit lama-lama habis hehehe gurau jer…fokus sedikit demi sedikit lama jadi bukit.

     
    Comment by khmh
    2006-07-18 21:14:46

    Rumusan yang di beri oleh zul memang tepat. Berguru dengan mereka yang membantu saya suka istilah mentor dalam internet.

    P/s:Blog smartusaha mentor saya

     
    Comment by smartzul
    2006-07-18 23:47:06

    RRC. Hehe, bisnes kekadang take time untuk maju. Bila ada fokus, kita akan tahu di mana silap kita, atau tahu di manakah ruang-ruang untuk kita perbaiki. Smile

     
    Comment by Labanon
    2006-07-19 00:33:42

    Ya mentor ataupun role model… seperti post terbaru diblog saya… Smartzul leh buat mentor nihs… TUNJUK AJARKU SIFU!!!!!!

     
    Comment by anas
    2006-07-19 08:50:08

    Macam orng lain, saya suka surf & get info thru internet, search & keep xploring e-comm, e-bis, etc.. then, dah sesat merata. Mayb ramai yg cam ni. 1 sunny day, i’m telling myself.. things get worst, kena berguru ni.. (kalau tak, terikut ajaran sesat, kan banyak janji KEKAYAAN sana sini dlm net).

    So, dicadangkan kita perlu ikuti saranan Smartusaha ni (its up to u guys). Bila saya sendiri ikuti seminar barulah clear dan yang best dapat mentor yang baik hati. Siap tambah networking lagi. Cabaran seterusnya ialah operasi. Tapi tak pe, kan ada mentor. (sy rasa cikgu kita jeles dengar cite ni..hehe)

     
    Comment by smartzul
    2006-07-19 14:57:50

    Yups, dah jadi lumrah untuk newbie akan blurrr dan dijangkiti penyakit information overload. Silap2 ari bulan boleh meletup otak tuu.. hehe..

    So, gunakanlah sistem yg telah ditapis dan dah terbukti berkesan oleh mereka yang telah berjaya.. Wink Just that.. Slow2.. Jangan gopoh-gopoh.

     
    Comment by irwan.dahnil
    2006-07-20 00:21:09

    Saja mencelah..

    Kadang2 bila usaha perniagaan yang pertama tak menjadi akan berlaku perkara2 seperti habis duit, habis tenaga, habis masa dan paling bahaya motivasi merudum. Kadang kala mereka (bukan semua) yang baru mencuba internet marketing nie mempunyai satu mind set bahawa melalui internet boleh buat duit cepat dan mudah.

    Bila masa projek pertama tak jadi, duit dah abes. Silap2 bole miss makan. Jadinya bile projek pertama tak jadi, terus lompat ke projek kedua kerana projek kedua dirasakan lebih baik dan berpotensi. Sedangkan projek pertama tadi terbengkalai.

    Percaya lah… dalam istilah berniaga, tiada yang senang, dan tiada yag datang melayang, atau bergolek atau terbang macam tu je. Semua mesti ada kesungguhan, kesabaran dan usaha.

    Comment by abdfatah
    2007-10-20 08:49:40

    itulah yang dinamakan pengalaman. memang begitulah yang akan terjadi jika satu2 ebiz itu terbengkalai… maka akan terjadilah melompat ke ebiz yang lain yang nampak berpotensi sedangkan kita tak tahu apa akan jadi selepas itu….

     
     
    Comment by Abdullah
    2006-07-20 18:58:49

    Assalamualaikum,

    bukan semua orang layak buat business internet, sebab attitude diorang terhadap kerja yang dibuat. Semuanya shortcut, kalo lama sangat, ditinggalkan macam tu sahaja. Macamlah dunia ni tiada penghujung. Orang macam ni, yg masuk ke internet marketing, macam2 lah dia complaint. Itu tak boleh, ini tak boleh. Yang boleh, dia dapat duit free dgn menjahanamkan orang lain… Apa nak jadik.

    Apa yang best sangat ha jahanamkan orang lain?

    Comment by abdfatah
    2007-10-20 07:40:32

    ia bergantung kepada tabiat depa laa. kalo dah tabiat mereka suka menjahnamkan orang maka itulah the way of life mereka. mereka peduli apa dengan orang lain… yang penting mereka akan suka hati dengan cara mereka sendiri yang suka menjahnamkan orang lain….

     
     
    Comment by smartzul
    2006-07-20 19:52:02

    Entahlah Abdullah, macam-macam ada di zaman sekarang ni.. Smile

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-06 12:11:25

    yer… kena tahu mana nak mulakan apa-apa biz yang berkaitan dengan internet. jika tak tahu nak mula macam mana nak bermula. itu ini begitu begini caranya… banyak menda yang nak kena fikir…

    akhirnya tak tahu nak buat apa…

    maka lebih baik cari menda yang boleh kita mulakan mengikut citarasa yang sesuai. kalo ikut hati nak buat itu ini… alamatnya semuanya akan lingkup dan merugikan diri sendiri aje tatkala tamak datang menguasai.

    merasakan semuanya boleh buat, padahal kita tidak mampu mengaut semuanya dalam sekelip mata.

     
    Comment by Han
    2007-10-06 21:29:24

    saya suka tajuk artikel ni…
    YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG KECICRAN…
    hehe…
    tajuk ni sesuai utk orang yang buat kerja tak tentu…
    sekejap buat ni sekejap buat tu…
    rugikan mcm tu…

    mcm gali telaga juga…
    kalau terus mengali, mungkin dah jumpa air…
    ni tidak! gali tak jumpa air, dia gali yang lain pl…
    sampai bila pun tak jumpa air…hehe..

    han

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-06 22:45:13

    nak bayar hutang yang ini, pi bayar hutang yang lain… kejar hutang sana… kejar hutang sini… akhirnya diri terperangkap takleh nak bayar hutang sehingga zaman berzaman.

    eh? apohal sangkut paut dengan hutang pulak?

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: