Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Kejayaan Orang : Apa Kata HATI kita?

7 07 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Hmm, perniagaan internet bukan hanya sekadar bincang pasal duit dan buat duit sahaja, ia juga bisnes, dan perlukan motivasi, pertukaran maklumat dan pengalaman, berkomuniti, saling pesan memesan dan bekerjasama.

Begitu juga blog ni, saya tak mahu hanya bercakap mengenai perniagaan internet semata-mata. Daripada statistik, mengguna beberapa tools yang berbeza, blog ini dikunjungi ratusan pelawat setiap hari dan jika di Alexa.com, ranking saya buat masa sekarang adalah dalam 227,091. Tinggi jugalah tu berbanding blog Dr. Irfan kita (266,324).. hehe..

Oklah, bukan nak cerita pasal tu, sebab benda tu tak penting sangat, hanya sekadar nombor jer.. Yang penting $$$$$, hehe….

Berbalik kepada tajuk kali ni, saya hanya ingin mendapat pendangan anda, apakah kata HATI yang amat wajar untuk mentafsir kejayaan orang lain? Tanyakan diri kita, setiap kali mendengar dan melihat kejayaan orang, apakah yang datang dulu? Syak wasangka? Atau terus mencari ruang-ruang kekurangan di dalam kejayaan insan tersebut sebagai penenang bagi hati yang dengki? Atau kita ingin melihat mereka akan gagal nanti?

Apa-apalah, marilah kita melatih hati kita yang lemah ni untuk mentafsir kejayaan orang dengan pandangan yang POSITIF pada pertama kali kita melihat kejayaan orang. Jangan diwar-warkan aib orang sementara diri sendiri penuh dengan aib yang tak ter-ubat. Jangan mencari kekurangan dan kelemahan orang dikala diri kita sendiri penuh dengan ‘kedaifan’.

Di dalam perniagaan internet, saya amat gembira dengan kejayaan anak-anak muda kita seperti Dr. Irfan, SaifulSham, Kidino, Zamri Nanyan, Cikgu Fairuz dan ramai lagi… Mereka ini sepatutnya diberi sokongan agar kejayaan mereka juga akan disambung atau juga dikecapi oleh semua orang yang menceburi bidang ini.

“Kejayaan orang adalah juga kejayaan kita, jika kita mahu berfikir..”.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Kejayaan Adalah Milik Individu..
  • Selamat Berpuasa
  • Usahawan - Kena Usaha Kuat!
  • Tiga Golongan Manusia…
  • Perniagaan Internet : Anda mesti jelas apa target anda!
  • Tips untuk blogger & usahawan internet
  • Dalam 100 orang, 1 Akan Menjadi ‘Musuh’ Anda…
  • Gelumang Bisnes Internet | Erti Kejayaan
  • SmartUsaha Bukan Pesaing Anda
  • Tip Cepat Berjaya: Jangan Letak Banyak Syarat!

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    16 Comments »

    Comment by robotys
    2006-07-07 10:10:44

    Hmmm, berat gak isu kali nih… tapi kalimah ini mmg tersangatlah benar

    “Kejayaan orang adalah juga kejayaan kita, jika kita mahu berfikir..”.

    Setuju 100%!

     
    Comment by hasrul
    2006-07-07 15:55:20

    betul…. saling bantu membantu.. kalau tak.. rosaklah industri

     
    Comment by cikguonline
    2006-07-07 17:51:25

    Aik betul ke aku punya ni

     
    Comment by ramzwatcher
    2006-07-07 22:36:02

    Kejayaan mereka memberi kekuatan kepda sesiapa yang mahu mencuba e-biz. Mereka berjaya, kita juga akan terkena tempiasnya. Kita akan diajar juga bagaimana utk berjaya. Jika yg buruk pun seperti gejala dadah etc, kita juga akan terkena tempiasnya. Benarlah Dia Maha Adil

     
    Comment by Tuah Emas
    2006-07-07 23:36:17

    Sepatutnya kita melihat kejayaan itu mengikut perspektif keserumpunan. Manusia ni ibarat zarah2 air dilautan. Satu zarah bergetar kuat bisa menggetarkan zarah2 lain disekelilingnya. Tambahan, dapat mencetuskan tenaga luarbiasa seperti tsunami.

    Manusia tabienya makhluk sosial. Bersaing biarlah secara sihat. Biarlah melengkapi antara satu sama lain, bukannya “membunuh” sesama sendiri sbb akhirnya akan kena batang hidung sendiri.

    Ewah… :D

    Comment by abdfatah
    2007-10-20 11:00:24

    kalo begitu lihatlah kejayaan orng lain itu bagai aur dengan tebing. saling bantu membantu mana yang boleh.

     
    Comment by Han
    2007-10-20 11:22:34

    betul kata tuah tu…
    bersaing biarlah sihat…
    jangan sesekali membunuh pula…

    han

     
     
    Comment by matzfaindotcom
    2006-07-08 00:41:30

    Betul tu..

    Bagi saya, kejayaan mereka tu lah yg mendorong saya untuk berusaha agar dapat sebaris dgn mereka atau lebih tepat lagi lebih baik dari sesiapa pun..

    Sebabnya KEJAYAAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN

     
    Comment by FATAH
    2006-07-08 10:59:57

    memang jelus laaa kalu orang lain berjaya, kita pun nak berjaya jugak. sama-sama bina kejayaan. sama-sama doakan kejayaan orang dan juga untuk diri kita sendiri… selamat maju jaya.

     
    Comment by Noorizam Shah
    2006-07-08 11:41:02

    Orang melayu selalu dikaitkan dengan PHD .. bila ada usahawan internet baru muncul.. ramai yang rasa irihati melihat kejayaan mereka. Apa-apapun kita perlu menyokong antara satu sama lain!

     
    Comment by Termin a.k.a Laptop
    2006-07-08 22:12:57

    Yes! Kejayaan juga bakal menanti sdr Zulfadli!!!!

     
    Comment by surfaddict
    2006-07-09 01:14:59

    kejayaan org lain di mata dan hati saya..saya merasakan kejayaan yg diperolehi adalah berkat usaha dan rezeki mereka..dan sesiapa sahaja boleh berjaya jika mereka berusaha dan ada rezeki dlm bidang yg diceburi..Namun, konsep kejayaan adalah berbeza antara individu dan individu yg lain. Kejayaan pada saya adalah perasaan puas dgn hasil usaha saya..Jadi tidak perlu perasaan dengki dan irihati..Saya sentiasa akan menyokong dan membantu sesiapa sahaja yg ingin berjaya..kerana itu kepuasan saya.(just my 2cents)

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-08 12:12:18

    orang dah berjaya dah tentulah kita suka tengok je… :lol:

    dan kejayaan orang tu membuatkan kita terfikir bagi yang nak fikir : saya jugak mahukan kejayaan seperi mereka. jangan hanya nak fikirkan jeles dan ingin menyusahkan orang lain pulok…

    kata hati saya ; saya mahukan kejayaan sebagaimana yang telah dia dapat. lebih2 lagi dapat cara cepat dan mudah sebagaiman yang telah disarankan oleh zul… cepat bukan sebarangan mudah tauu…

    Comment by Han
    2007-10-20 11:24:59

    tengok orang yang berjaya memberi motivasi…
    jangan pula kita tengok orang yang tidak berjaya tu…
    tu boleh menjatuhkan motivasi kita…
    tapi jangan salah faham dengan ayat saya tu…
    tak tengok orang yang tidak berjaya tu bukan bermakna kita hina mereka…
    kalau kita lebih berjaya, apa salahnya kita tolng mereka…

    han

     
     
    Comment by abdfatah
    2007-10-20 01:01:07

    memang jeles sungguh laa kalo nak diikutkan hati. namun kalo nak ikut hati macam mana nak jadi seperti orang yang telah berjaya? dah tentunya kata hati mengikut rentak seiring dengan apa yang telah mereka lalui dengan pengalaman yang setimpal dengan kejayaan mereka…

    Comment by Han
    2007-10-20 11:25:54

    senang je tu abdfatah…
    selalu lawat blog orang yang berjaya…
    mesti kita terikut2 dengan mereka…

    han

     
     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: