Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Idea Yang Kecil dan Unik : Hasil Bergunung..

4 07 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Assalamu’alaikum para pembaca semua,

Setelah dua hari lepas semua laman web smartusaha dicerobohi, saya kekurangan idea untuk menulis dan kesempitan waktu untuk menulis mengenai peniagaan internet. Satu, sibuk untuk mengemaskini semua laman web dan kedua ada beberapa kerja atau projek yang perlu disiapkan segera.

Baiklah, di kali ini, saya ingin menyentuh mengenai prinsip idea kecil, tetapi menjadi atau bak kata saifulsham “start small, finish big”. Mungkin anda perlu serius dengan konsep ini yang telah membuat ramai orang berjaya. Bahkan dalam masa yang sama juga, begitu ramai yang tidak mengetahui dan meremehkan konsep ini.

Saya suka mengambil satu contoh yang mudah dan menggemparkan dunia dalam pertengahan Ogos tahun lepas. Alex Tew, seorang mahasiswa yang perlu mencari duit untuk pengajiannya, telah mendapat satu idea yang tak wujud lagi atau tidak diaplikasikan sepenuhnya. Konsep itu telah ada, tetapi diubah sedikit dan akhirnya beliau menjadi jutawan dalam masa yang begitu singkat!

Ya, dengan jualan iklan pikselnya sebanyak 1 juta piksel, dengan harga USD1 untuk 1 piksel. Bermakna jumlah jualan adalah USD1 juta!! Hebat bukan?

Bagaimana idea itu terhasil? Disebabkan keperluan wang bagi pengajiaanya, dia mencari idea dengan membuat brainstorming di atas katil tidurnya.. Dalam waktu itu berbekalkan sebatang pen dan buku catatan, dia telah menulis beberapa idea.. Hmm, lantas dalam waktu itu dia ternampak stokinnya yang mempunyai warna (logo stokin) yang tidak penuh pada stokin itu.

Dalam masa 20 minit kemudian, Alex Tew telah mendapat idea yang mengubah hidupnya kini.. Ya, idea yang terhasil dari sepasang stokin yang telah menjadikannya seorang jutawan! Malah, beliau telah ditemubual oleh pelbagai pihak termasuk pihak media yang besar..

Pendek cerita, anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai beliau dengan menaip perkataan “alex tew” atau “million dollar homepage” di enjin carian. Begitu ramai yang bercerita mengenai dirinya..

Tujuan utama saya membawa contoh ini adalah mengenai idea kecil, bukan mengenai kehebatan atau keberkesanan idea beliau tersebut. Ternyata dan terbukti, idea kecil dan juga unik, menghasilkan pendapatan yang tidak disangka-sangka.

Di dalam perniagaan internet, inovasi terbaru juga amat diperlukan jika anda ingin berjaya. Sebagai contoh, Mike Filsaime dengan konsep Butterfly Marketing-nya yang telah memberikannya pendapatan yang besar, di mana menggunakan konsep yang mudah dan dikombinasi dengan sistem, kini sistemnya digunakan merata oleh internet marketer seluruh dunia.

Tiada siapa yang tahu, apakah perkara atau inovasi yang akan wujud pada masa depan di internet ini, dan tiada siapa yang tahu siapakah yang akan wujud selepas google dan yahoo. Atau kita tidak tahu, siapakah yang akan mendahului amazon.. Tiada siapa yang tahu melainkan anda salah seorang yang mahu berfikiran unik, mahu berinovasi (bukan fantasi ok) dan bermula dengan kecil!!

Fikir, rancang dan bertindak…. ;)

Wassalam.

Rujuk:

http://www.milliondollarhomepage.com

http://news.bbc.co.uk/1/hi/magazine/4585026.stm

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Perniagaan Internet | Usahawan Internet | SOHO
  • Projek Kecil VS Projek Besar
  • Trafik ke Blog SmartUsaha.Com semakin tinggi!
  • Idea Aku diambil Orang!!
  • Awas, Hakcipta Terpelihara!
  • Siri 2 : 5 Tips Mudah Program Affiliate
  • Ebook : Keluar Dari Skop EBiz!
  • Bagaimana Cara Untuk FOKUS?
  • Ruang Iklan Akan Dibuka..
  • Tujuh Idea Mudah Perkhidmatan di Internet - Siri 2

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    9 Comments »

    Comment by ramzwatcher
    2006-07-04 15:05:40

    Kalau berdasarkan idea pelik-pelik nie kita kena bergantung kepadaNya lah. Kadang-kadang idea pelik kita diterima tapi kadang-kadang tak. Cuma yang pentingnya kena slalu mencuba. Mana tahu idea yang ke-1000 itulah idea jutawan =p

     
    Comment by ramzwatcher
    2006-07-04 15:07:50

    lupa pulak..dah lama nak tanya: zul tak wat full ke feed@sydication? Sbb saya baca kat reader ade tajuk jer..saya minat baca kot thunderbird, senang..leh baca saifulsham and lain-lain skali harung..

     
    Comment by smartzul
    2006-07-04 15:54:23

    Kalau ikutkan, semuanya kena bergantung kepadaNYA.. :) Besar, kecik, pelik atau tak, Dia Yang Tentukan… ;)

    Hmm, pasal feed tu, saya rasa kalau blog orang lain ok jer, keluar tajuk dan isi dia sekali.. Saya tak pastilah sangat.. Apapun, nanti saya semak balik yer.

     
    Comment by cikguonline
    2006-07-04 21:39:11

    Artikel ni menarik. takpernah baca sebelum ni… idea dari stokin boleh jadi jutawan…

     
    Comment by suhaimy
    2006-07-04 23:22:23

    satu input yang baik

     
    Comment by Sabri SaifulSham
    2006-07-05 00:36:44

    aa….

    Start Small Finish Big

    Start Small tu betul dah, tapi yang Finish Big tu dia lari sedikit..
    hehe… takpe2, nanti time seminar kita tgk betul2

    mcm mana dikatakan Start Small Finish Big tu… ;)

     
    Comment by smartzul
    2006-07-05 00:46:43

    hehehe, lari sikit yer… Hmm, takper, kat seminar nanti lah yer..

    Apapun, tulisan saya kat atas nak bagitahu bahawa, benda kecik-kecik pun boleh mendatangkan hasil. ;)

     
    Comment by medichuman
    2006-08-07 11:45:46

    itulah dikatakan rezeki,, stokin pun stokin lah
    http://hair-loss-hair.blogspot.com

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-22 23:12:21

    lepas nih bolehlah cari idea-idea yang kecil untuk menghasilkan pendapatan idaman hati setiap hari… idea kecil yang bermanfaat kepada semua orang…

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: