Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Usahawan Internet Sepenuh Masa??

16 06 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Jumpa lagi kita pada kali ini. Hmm, saya adalah seorang pelajar Universiti dan baru saja menamatkan pembelajaran. Seperti biasa, semua yang dah bergraduan bersibuk-sibukan mencari kerja di sana-sini. Mak ayah dan keluarga saya pula sibuk bertanya, cari kerja ke? Nak kerja kat mana? Kenapa tak balik Kelantan je? Saya dipersoalkan dengan 1001 persoalan yang saya jawab dengan satu jawapan yang ringkas:

“Saya nak jadi usahawan.”.

Siapa yang kenal saya, dia tahulah sikap saya yang bila menetapkan sesuatu keputusan, saya amat sukar dan tak mudah goyah dengan keputusan tersebut dan bila saya kata A, A lah.. Mereka faham dan mereka diam sahaja. hehe..

Persoalan sekarang, saya nak minta pendapat rakan-rakan dan pembaca semua, patutkah saya terus menumpu atau menggunakan masa 24 jam untuk perniagaan internet pada peringkat permulaan sekarang? Mudah citer, 24 jam untuk buat duit di internet?? Patutkah? Atau sahabat semua mempunyai cadangan seperti saya patut bekerja sambilan di mana-mana? Suarakan pandangan anda semua.. Saya nak mendengarnya. Inilah kemelut kebanyakan graduan dan orang yang baru nak memulakan bisnes.

Tapi ingin saya katakan, hidup dan mati saya adalah dalam bidang keusahawanan!

PS. Saya mempunyai pelan perniagaan internet saya sendiri, cuma dalam kes ini, saya mahukan pendapat anda semua terhadap budak u yang baru abis belajar ni.. Wink

PPS. Blog ini selain memaparkan tips perniagaan internet, ia adalah tempat anda ‘memantau’ perkembangan saya di dalam menjadi usahawan internet yang berjaya. Smile

Nota: Sudahkah anda mendaftar Seminar Perniagaan Internet Anjuran Team SaifulSham.Com? Jika belum, mendaftar sekarang! Klik di sini!!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Serikandi Usahawan Internet Malaysia
  • Mengapa Kerjaya Usahawan Masih Diragui?
  • Zon Selesa: Keluar, Tapi Masuk Semula?
  • Peringkat Yang Perlu Dilalui Di Dalam Perniagaan Internet
  • Kisah Usahawan dan Bakal Isterinya
  • Projek Kecil VS Projek Besar
  • Portal SmartUsaha & Blog Versi 2
  • Dunia IM Malaysia Sana Sini
  • Cabaran Usahawan Internet Sepenuh Masa
  • Undang-Undang : Daftar Perniagaan Anda

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    13 Comments »

    Comment by Hafiz a.k.a Bitol
    2006-06-17 07:32:30

    Saya setuju utk jadi usahawan Internet sepenuh masa kalau income bulanan saya paling minimum rm3000, maksudnya tiap2 bulan, rm3000 tu la paling sikit yg akan saya dapat. Tapi ada 2 taun lagi baru bak abes study, huhu

     
    Comment by alhafiz3d
    2006-06-17 12:02:38

    Maybe mula dengan kerja makan gaji untuk dapatkan lebih pengalaman.
    Dalam masa yang sama, teruskan perniagaan internet..
    sebab pada saya usahawan internet ni tak perlu 24 jam..
    Bila semua dah ready.. boleh fulltime..

    Mesti kena berani.
    apa-apa pun its up to u.. Grin

     
    Comment by smartzul
    2006-06-17 22:40:09

    Terima kasih hafiz dan bitol. Maksud 24 jam bukanlah bermakna 24 jam mengadap pc dan internet, bukan sama-sekali. Maksud saya adalah kerjaya kita adalah usahawan internet. Smile

    Betul bitol, income kita kena mantap dan stabil. Satu tips, jangan hanya fokus kepada satu bisnes sahaja, ada modal buka bisnes lain spt hartanah, pelaburan, dan lain-lain peluang.

     
    Comment by workbizz
    2006-06-18 03:13:35

    Hmm, boleh jugak if u work part time as a netpreneur, and have a permanent day job at the same time. It’s up to you to manage. But it would be nice if we earn maybe 1.5k (average fix salary) as an employee to your boss and also earn RM4k (else if) as an online marketer (SOHO) at the same time. Wow!

    After all, then you are free to decide! All the best!

     
    Comment by bagak
    2006-06-18 19:18:36

    rm3000 adalh minima untuk sebulan untuk jadi usahawan yang boleh hidup
    tapi mungkin kurang kalau tak ada hutang dan kurang tanggungan selepas habis belajar
    dulu2 (10 thn lepas) selepas habis belajar RM1800 sudah cukup utk saya hidup di kl.

    teruskan kalau berani utk 24 jam usahawan internet. sebab dalam dunia maya apa2 pun boleh berlaku. kita mungkin balik modal dalam masa 2 minggu sahaja kalau kena gayanya.

    kalau tak berapa berani buat part time tetapi tak mengganggu urusan depan pc.
    part time juga boleh mengalakkan hubungan networking

     
    Comment by Che Din
    2006-06-18 19:46:34

    Saya lepas kuar u kerja dua tahun dan berhenti kerja kerana bertekad untuk jadi usahawan. Pada tahun 2002 saya berhenti dan mula mencari peluang perniagaan dan banyak yang gagal dan ada yang still berjalan sehingga kini. Tahun 2005 saya telah membuka mata untuk meneroka peluang perniagaan melalui internet dan ianya memang boleh mendatangkan wang. Saya mencari dan terus mencari. Sehinggalah saya melihat bagaimana internet boleh di gabungkan dengan bidang trading atau MLM. Akhirnya saya bertemu dengan peluang perniagaan MLM dan menggunakan internet sepenuhnya untuk membina rangkaian kerana aku amat faham lumayannya hasil perniagaan rangkaian ini ( network ). Alhamdulillah pendapatan 5 angka telah dicapai hasil dari internet.

    Boleh buat sepenuh masa kerana perniagaan internet ini memerlukan fokus yang amat tajam. Asalakan kita ada sesuatu produk atau perkhidmatan yang baik untuk ditawarkan serta strategi yang baik , InsyaALLAH ianya mampu membuahkan hasil. Tetapkan Matlamat Besar dan Berani Mendapatkkannya.

     
    Comment by Termin a.k.a Laptop
    2006-06-18 20:35:37

    Zul nak buat full time yer….bagus jugak tu. Tapi pada pendapat saya ada pro & const kalau buat full time usahawan internet ataupun bekerja.

    Full Time Usahawan Internet:
    -Zul kena bersedia untuk melakukan pengorbanan besar. Bila kita tiada pendapatan tetap/bulanan, kita kena bergantung kpd apa sahaja income yg kita ada hasil usaha sendiri. Kalau buat masa ini Zul sudah ada income sendiri yg masuk setiap bulan(contoh melalui pengiklanan etc)..maka Zul boleh membuat perhitungan income bulanan sama ada boleh menampung kehidupan seharian atau tidak….kalau mencecah lebih kurang RM1000 sebulan, maka tak perlu risau lah. Kalau tak cukup, maka kena fikir2 kan la. Smile
    -Tanpa kerja tetap akan menyukarkan memohon kad kredit (ianya satu keperluan pd saya walaupun ada keburukannya juga…tapi ada masanya ia sangat2 diperlukan).
    - Tanpa kerja tetap akan menyukarkan membuat pinjaman bank (cth Personal Loan utk kawin ker…utk modal bisnes ker…etc)
    - Tanpa kerja tetap, Zul mungkin kena beli kereta ‘cash’. Kereta adalah satu keperluan yg sangat penting sekarang ni. Saya masih tak berkereta & sy menerima pelbagai tohmahan dari pelbagai arah. Frown
    - Dan ada lagi pandangan dari saya…tapi lain kali saya sambung melalui email ker…sebab sy nk keluar jap….hehehe….

    Jumpa lagi….Smile

     
    Comment by smartzul
    2006-06-18 23:43:04

    Che Din, ya, saya mengikuti perkembangan Che Din dari awal penyertaan Che Din bisnes MLM tu. Alhamdulillah, Che Din berjaya. Saya ni ‘anak buah’ Dr. Amin. Smile

    Termin, terima kasih. Satu info yang bermakna kepada saya.

    InsyaAllah, saya sekarang dalam tempoh percubaan sebulan untuk buat bisnes online ini secara fulltime. Orang kata satu ‘permainan’ hidup mati saya. Ya lah, masa belajar lain dengan sekarang. Rumah sewa, api, air, minyak, dan lain-lain. Satu prinsip saya, saya tak akan meminta daripada keluarga jika diri tidak terdesak.

    Jika something happen, maybe saya akan kerja part time di mana-mana sehinggalah waktu tertentu (income biz dah stabil).

    Pasal belanjawan bulanan, insyaAllah, yang itu dah kira.

    Saya amat berterima kasih kepada penulis buku maskahwin yang hilang, kerana buku itu banyak memberi panduan kepada saya di dalam pengurusan kewangan: http://maskahwin.smartusaha.com. Terima kasih shuth.

    Kepada yg berikan pendapat, terima kasih, jazakallah. Smile

     
    Comment by alhafiz3d
    2006-06-20 20:30:58

    betul kata laptop tu,
    cuma.. rasanya sekarang ni rm1000 tak cukup oo..
    tapi kalau ada panduan pengurusan wang macam maskahwin tu, insyaAllah boleh.

    baru tahu shuth tu penulis maskahwin.. ingatkan dia pengedar je Smile

     
    Comment by Sabri SaifulSham
    2006-06-20 22:39:44

    Kami sentiasa menyokong Zul walau apapun keputusan yang diambil! Smile

    Sebab kitorg ni pun stadi lagi, tapi rasanya kalau kitorg la nak buat full time, masuk international market. Di sini baru boleh buat duit. Duit US$ besar.

    Good luck zul! Smile

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-04 09:31:43

    sekiranya income dah mendadak naik dan tidak merugikan diri sendiri memang patutlah menyediakan diri untuk menjadi usahawan sepenuh masa. fokus untuk membangunkan bisnes internet dengan jayanya… siapa yang nak menghalang kita untuk menjdi usahawan sambilan atau sepenuh masa…

     
    Comment by Han
    2007-10-04 09:58:42

    nak jadi usahawan internet sepenuh masa, kenalah biar income tu sedang dilihat dulu…hehe..
    kalau tak nak makan apa…

    biar betul2 kukuh usaha kita tu dulu…
    penting!!!

    han

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: