Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Program Internet tu Bisnes ke?

23 05 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Kekadang, kita amat mudah teruja apabila sahabat kita atau sesiapa sahaja menceritakan yang dia mendapat income yang banyak melalui internet sahaja. Dan anda dengan keter-ujaan itu, anda pun ingin melakukan hal yang sama sahabat anda buat tersebut. TUNGGU!!

Jangan cepat dan mudah terpengaruh dengan ‘momokan’ mereka kerana pada hakikatnya kebanyakan program di internet amat besar dan tinggi risikonya! Sila jawab soalan ini:

Mahukah anda tidur dengan tidak lenanya kerana memikirkan wang anda ‘di internet’?

Mahukah anda asyik memikirkan untung rugi yang tidak menentu?

Setiap masa dan ketika, anda dikuasai ‘ketakutan’ yang mendalam kerana anda mungkin rugi bila-bila masa sahaja…

Persoalan tersebut akan menghantui anda jika anda menyertai beberapa program wang di internet. Tidak perlulah saya menyebut apakah program tersebut. Jika anda tahu, tahulah, jika tak tahu, inilah yang saya ingin bercerita dan berharap. Cerita apa? Ceritanya, anda jangan cepat menyertai program-program sebegitu. Kenapa? Saya bukan ingin menghalang anda, hanya sekadar pandangan.. Yang mana satu yang anda mahukan, risiko yang rendah atau risiko yang tinggi? Yang kukuh atau yang mudah rapuh?

Program wang begitu disukai oleh ramai orang kerana ia mudah, tapi pada hakikatnya anda perlu melakukan pelaburan dan jika untung, anda akan untung besar, jika rugi, mudah juga untuk rugi besar.. Tambahan, ia tidaklah sekukuh perniagaan internet. ;-)

Harapan? Saya cuma berharap dan mencadangkan, lakukanlah sesuatu yang tidak menyusahkan anda. Cuma satu perkara yang anda perlu tahu, program wang BUKAN bisnes.. Dan ia sudah semestinya tidak akan kekal atau mudah rapuh berbanding empayar bisnes.. Ya, perniagaan juga boleh digulung tikar, itu lain cerita, tetapi bagaimana dengan perniagaan yang kekal berzaman?

Rajinlah berusaha, jangan malas.. Ketahuilah, kita tak akan sampai ke mana kalau hanya ingin melakukan perkara yang mudah rapuh. Alih-alih sampai ke tempat yang sama juga..

PS. Program wang yang dimaksudkan di atas tidak termasuk program affiliate (program ini sah dan termasuk dalam model biz internet).

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Bisnes VS Program : Anda Wajib Faham
  • Binalah Bisnes Anda Sendiri..
  • Program Affiliate yang boleh anda sertai..
  • Pendapatan Tambahan : Tak Perlu Berhenti Kerja
  • Ini Blog Keusahawanan dan Perniagaan Internet :)
  • Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda
  • ‘Re-Invest’ = Bisnes Maju & Mantap + Multiple Incomes
  • Bayaran Komisen Telah Dilakukan :)
  • Panduan Membina Blog | Adsense + Blog = $$$$
  • Zoobie : Si Newbie Yang Main Hentam Sahaja…

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    3 Comments »

    Comment by cikguonline
    2006-05-23 19:07:13

    Jangan bertindak melulu. Saya pun pernah tertipu di internet ni tapi tak banyak la RM20 je kalau banyak mau menyesal tak sudah. Oleh itu berhati-hati lah.

     
    Comment by smartzul
    2006-05-25 01:37:35

    Rata-rata nak duit cepat.. Tak mahu susah2 usaha katanya.. Hmm..

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-20 01:31:40

    saya jugak suka untuk mendapatkan duit dengan cara yang mudah dan cepat hanya melalui blog yang saya bina dan tidaka perlu susah payah menanggung risiko website tertutup dengan sendirinya sebb takleh nak akses.

    manakala website jugak terkadang memberikan amaran untuk membanned website yang direportkan sebagai mempunyai aktiviti spamm… nak kena jel ke kalo suka sangat buat spammm???

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: